Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 31

Aku berjalan mundar mandirdi hadapan pintu bilik Encik Faries. Masih belum ada keberanian untuk mengetukpintu biliknya. Tapi aku sudah pun berada di hadapan pintu biliknya. Habis takkan kau nak mundar mandir depan bilik Encik Faries sampai ke pagi Nasha? Danmacam orang sakit mental pulak kan aku ni. Aku menarik nafas danmenghembuskannya perlahan. You can do it Nasha! He’s your husband and it isyour duty. Aku ulangi perkataan itu berulang kali untuk menyenangkan hati.

 

Dengan membaca basmallah terlebih dahulu akumemberanikan diri mengetuk pintu bilik Encik Faries perlahan. Aku benar-benarberharap agar Encik Faries sudah tidur dan tidak terdengar akan ketukan akutadi. Kalau dia dah tidur aku selamat dan tak perlu merasa bersalah. Ya Allahampunilah dosa aku.

 

“Masuk,”

 

“Issk dia belum tidur lagi, rosak plan aku..”bisikku perlahan. Hendak tak hendak terpaksa aku memulas tombol pintu, bila diarah masuk ke biliknya. Encik Faries memandang wajah ku dengan pandanganhairan. Tengok dari gayanya Encik Faries masih belum tidur kerana dia masih dudukmenyandar di headboard katilnya manakala lampu sisi di nyalakan. Di tangannyaterdapat sebuah buku. Matanya sempat mengerling jam di sisi. Jam digitalmenunjukkan pukul 11.06 malam.

 

“Kenapa tak tidur lagi? Something wrong??,”soalnya bila Nasha masih belum masuk tidur. Selalunya waktu begini Nasha sudahmasuk tidur.

 

Aku memandang wajah Encik Faries. Selambasahaja wajahnya. Seperti tidak terasa bila aku menolak ajakannya tadi. Hmm. Merajukke? Ah macamana aku hendak mulakan ayat eh. Segan lah pulak.

 

“Ermm..tak boleh tidur sebab takut youmarah pada I,” jawabku lalu menghampiri katilnya yang bersaiz king lalu dudukdi hujung katil.

 

Faries mengerutkan dahinya bila Nashamengatakan dia tidak dapat tidur kerana takut dimarahi olehnya. Buku yang dibaca tadi di tutup lalu di letakkan di meja sisi.

 

“Marah pada you? Kenapa I hendak marahpada you?,” soal Faries memandang wajah Nasha bila wanita itu takut dimarahinya. Apa kesalahan yang Nasha buat sehingga wanita itu begitu takuthendak tidur. Faries memeluk tubuh lalu memandang wajah Nasha ingin tahu sebabmengapa Nasha berkata demikian.

 

“Errmm…sebab tadi you kata hendakkan Iaccompany you? Tapi I tak accompany you takut I berdosa pulak pada you,” ujarkuserba salah. Wajahku terasa berbahang bila terpaksa berkata demikian. Malu padaFaries usah cakaplah.

 

Faries tersenyum lebar sebaik sahajamendengar alasan Nasha yang tidak dapat tidur. Patutlah Nasha seperti tidaksenang duduk kerana merasa berdosa padanya. Kesian pula dia pada Nasha. Fariessengaja mendiamkan diri tidak memberi respon apa-apa, namun matanya tidak lepasdari memandang wajah Nasha yang kelihatan serba salah dan serba tidak kena biladia memberi pandangan sebegitu.


Issk Encik Faries ni. Boleh tak janganpandang aku begitu. Aku segan tahu tak? Aku menarik cardigan yang aku sarungkanke badanku tidak selesa bila Encik Faries memandangku begitu.

 

Faries tiba-tiba bangun dari katilnyasetelah berdiam diri agak lama. Secara automatic badanku akan terasa kaku bilaFaries mendekatiku. Faries duduk bersebelahan denganku lalu memeluk lengankurapat ke badannya. Mode manja.

 

“I suruh you temankan I tidur sebab I don’t feel like sleeping alone..tapikalau you hendak beri lebih pada I..I tak menolak,” ujar Faries tersenyum nakal.Nasha salah faham dengan maksud ‘accompany’. Dia mahu Nasha menemaninya tidur. Danbila dia mengatakan Nasha belum bersedia. Bermakna Nasha belum bersedia untuktidur sebilik dengannya secara permanentdan Nasha masih mahu tidur di bilik berasingan. Dia tidak bermaksud untuk mengadakanhubungan suami isteri. Dia tahu Nasha belum bersedia dan dia tidak akanmemaksa.

 

“Oh teman tidur..silly me.,” ujarku denganwajah merah padam kerana cuba menahan rasa malu. Apsal aku boleh salah tafsireh. Eii malunya aku. Encik Faries tidak apa-apa aku yang over. Aduh. Paisehnya.

 

“Nasha sayangkan abang?,” soal Faries perlahansecara tiba-tiba lalu menoleh ke arah Nasha.

 

Gulp. Aku menelan air liur bila Fariestiba-tiba menyoalku soalan cepu emas. Berderau darahku seketika.

“Err sayang..tentulah saya sayangkan En-..abangsebab abang suami Nasha,” jawabku tergagap-gagap tanpa memandang ke arahnya.Terasa janggal pula bila Faries tiba-tiba menyoal sama ada aku sayang padanyaatau tidak. Agaknya beginilah perasaan yang pasangan yang sudah berumahtangga,tapi baru belajar mengenali cinta selepas bernikah. Segan terhadap pasanganterlalu amat sangat. Bercinta selepas bernikah amat berbeza dan lebih unikberbanding dengan bercinta sebelum nikah.

 

“Sayang..sebab abang suami Nasha begitu?Bukan sayang kerana Nasha cintakan abang?,” soal Faries lagi. Dia mahu tahu apaperasaan Nasha terhadap dirinya sekarang? Adakah masih seperti dahulu atauperasaannya sudah bercambah menjadi sayang padanya kerana perasaan itu yang diarasakan sekarang. Dia sayangkan Nasha. Nasha bukan sekadar PAnya yang menguruskansegala keperluannya. Nasha isterinya. Tapi kalau perasaan Nasha terhadapdirinya masih tidak berubah. Faries akan menunggu sehingga wanita itu dapatmenerimanya.

 

Aku menjadi tidak selesa bila Fariesbertanya soalan demikian. Faries sedang menghafal skrip dalam salah satufilemnya atau soalan itu memang benar-benar di tujukan kepada aku.

 

“Sayang sebab abang suami Nasha,” jawabku perlahan,aku terpaksa berbohong kerana aku tidak mahu Faries terasa hati. Kerana akusukakan Faries kerana dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, hanyaaku masih belum merasa cinta padanya.

 

“Jadi Nasha hendak temankan abang tidur malam ni ketidak? Dan jangan cakap Nasha terpaksa kerana takut abang marahkan Nasha,” soalFaries lalu tersenyum. Dia tahu Nasha stress bila dia bertanya tentang hati.Dia sendiri tidak tahu samada Nasha berkata benar atau tidak? Mungkin Nashaberhati-hati dan masih belum dapat mempercayai lelaki dan juga masih ragu akanperasaannya terhadap dirinya.

 

“Teman tidur aje kan..ok,” jawabku tersenyum lalumenoleh kearahnya. Kalau teman tidur aku ok je. Lagipun katil Faries bersaizking. Tak takut kalau aku terlanggar dia nanti.

 

“Kalau nak lebih pun boleh kan..,” usik Faries lalutersenyum lagi.

 

“Abanggg..,” ujarku geram lalu membesarkan bola matakubila Faries berkata demikian dan ingin bangkit dari katilnya namun Fariesterlebih pantas menarik lenganku agar aku duduk kembali. Faries tertawa kecilbila Nasha ingin lari darinya bila dia mengusiknya tadi. Takut betul Nashadengan dirinya. Dia tidak makan orang.

 

“Abang harap Nasha mengerti bahawa abang tidak akanpaksa Nasha jika Nasha belum bersedia,” jawab Faries perlahan lalu memandangwajah Nasha. Dia bukan seorang lelaki yang rakus dan yang tidak bertimbangrasa.Dia mahu Nasha mengerti dia bukan lelaki seumpama itu.

 

Sayu pula hati aku bila Faries berkata demikian. Murnisungguh hati suamiku itu. Dia sanggup menunggu sehingga aku benar-benar bersediauntuk menerimanya. Terima kasih abang kerana begitu memahami diriku. In ShaaAllah berkat kesabaran abang hatiku terbuka untuk menerima cinta abang.

 

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.