Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 31

“Isteri kamu dah balik bilik katanya diapenat. Sebenarnya dia cari kamu dari tadi lagi, dia cari di dalam dan di luar.Dekat pantai pun dia kata kamu tak ada. Kamu ke mana, Fir?” Puan Melurmemandang anak terunanya itu.

“Sekejap, mummy cakap tadi, Yana cari Firdekat pantai?”

“Haah.”

‘Ya Allah, mesti dia nampak aku denganKayla tadi. Mungkin sebab itu dia balik bilik. Maafkan abang, sayang.’

“Daddy, mummy. Fir betul-betul mintamaaf. Tapi Fir nak pergi tengok Fifi sekejap, kalau tak teruk sangat Fir turundewan balik. Jika teruk, Fir kena teman isteri Fir.”

Tengku Warfiq menepuk bahu anaknyalembut, “Pergilah, daddy faham. Dia nampak sedih tadi. Anything, just informus.”

Firdaus membuka pintu bilik mereka, nasibbaik kad akses diberi dua. Kalau tidak, mahu dia tidur bilik lain malam ini.Keadaan bilik itu gelap, isterinya mesti sudah tidur. Suhu bilik terlalu sejuk.Lampu meja disisi katil, dipasang. Wajah isterinya yang sedang lena ditatap.Manis kelihatan. Tiba-tiba dia lihat ada sepapan ubat dan segelas air.

“Yana, you do it again.” Firdaus masihtidak mampu berjaya menghentikan ketagihan isterinya terhadap Panadol danpainkiller. Dia perasan isterinya kalau stress atau terlalu banyak fikir, pastimengambil jalan mudah dengan menelan ubat itu tanpa pengetahuannya.

Firdaus nampak jelas mata isterinya penuhdengan cinta terhadapnya tetapi dia masih keliru dan belajar. Bukan dia tidaksedar, isterinya menunduk tadi dipentas bila dia tidak memberi apa-apa reaksi.Sungguh dia rasa terharu dan rasa tidak layak mendampingi perempuan setabah dansebaik isterinya. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket.

Fir, stay tengokkan menantu kesayanganmummy ni – Firdaus

Ok. Esok daddy dengan mummy pergi tengokdia. Malam ni dah lewat pun – Daddy

Thanks daddy. – Firdaus

Firdaus menukar pakaiannya kepada pakaiantidur. Suhu bilik juga tidak lupa untuk dinaikkan supaya tidak terlampau sejuk.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy