Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 20

“Fir, jadi suami aku?” Sekotak cincinditolakkan kepada Firdaus.

Ketika itu mereka sedang enak menjamuselera di sebuah restoran yang berkonsepkan nature. Nasib baik, tempat yangmereka duduk sedikit asing dari pelanggan yang lain.

“Are you out of mind?!” Firdaus dengansuara petir guruh memang tak boleh lepas.

“I’m deadly serious.” Yana masihmenunjukkan muka tenangnya walaupun dalam hati dah bergelodak seribu rasa.Berani buat, berani tanggung.

“Why?” Intonasinya agak rendah, mungkintidak mahu menarik perhatian pelanggan lain. Ini bukan drama melayu yang bolehsuka-suka dipertontonkan.

“Yana dah lama simpan perasaan cinta padaFir.”

“Kita hanya pekerja dan majikan sahaja.Apa taraf kau yang membuatkan kau berani melamar aku?”

“Sebab saya yakin yang saya peminjamtulang rusuk kiri awak.”

Firdaus gelak. Yana hanya buat muka toya,sebab bagi dia tak lawak langsung penyataan yang dia bagi.

“Aku dah ada girlfried dan calon isteri akusendiri!” tegas. Dia tak mahu lagi Yana mendesak.

“Kayla?”

“Yes, she will become my wife.”

“Encik Tengku Firdaus Al-Amin, awakyakin?” Yana tersenyum sinis.

“Aku yakin. 100% yakin.”

“Kalau saya yang jadi isteri awak? Apatanggapan awak?”

“Kau hanya boleh jadi isteri di ataskertas. Mungkin kau boleh pegang gelaran sebagai isteri aku, tapi kau samasekali tak akan dapat cinta daripada aku sampai bila.” Firdaus menolak cincinitu semula ke arah Yana dan terus berlalu pergi.

“Awak lupa siapa saya Fir? Cinta sayahanya untuk awak dan dengan cinta ini saya akan buat awak jadi suami saya.”Kata-kata Yana membuat Firdaus menoleh semula ke arahnya dengan senyuman yangsinis. Firdaus seperti mengejek apabila mendengar kata akhirnya.

Keesokan harinya, diatas meja diaterdapat satu sampul surat. Surat notis perletakan jawatan dari Shafira Liyanabinti Adam Micheal. Firdaus tersenyum, dia merasa dia menang dalam permainanyang dicipta oleh Yana. Mana mungkin gadis itu akan dia peristerikan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy