Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 40

“Allahu Akbar, Allahu Akbar.” Mengalirair mata. Terasa syahdu melihat suamiku sedang mengazankan mereka bertiga.

Tengku Rayqal Atif bin Tengku FirdausAl-Amin, Tengku Rayqal Afiq bin Tengku Firdaus Al-Amin dan Tengku Rayqal Akimbin Tengku Firdaus Al-Amin terlahir di atas dunia ini tepat jam 10.45 malamoleh aku. Alhamdulillah, kondisi aku dan hero-heroku baik sahaja.Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

“Sayang, terima kasih untuk anugerahterindah ini. Semoga kita dapat menjadi abi dan ummi yang berjaya mendidik anakyang soleh dalam memimpin dunia berpandukan sunnah Rasulullah.” Bisiknya ditelingaku.Kucupan di dahiku menandakan terima kasih.

“Terima kasih juga pada abang keranamemberi peluang kepada sayang memegang gelaran sebagai ummi kepada anak-anakTengku Firdaus Al-Amin. Sayang rasa bersyukur sangat-sangat kerana bahagiadisamping abang dan kini dilengkapi lagi dengan Rayqals.” Ucapku.

Keesokannya, wad yang menempatkan akudipenuhi dengan keluargaku dan keluarganya datang melawat melihat aku dananak-anak kami. Acap dan Maria juga turut datang dengan satu kejutan. “Mariamengandung.” Beritahu Acap.

“Alhamdulillah, bunting pelamin. Tahniahmama to be dan papa to be. So, Acap buanglah perangai gegila kau tu.” Gurau aku.

Mereka yang ada disitu ketawa dan Acapmengacah penumbuk kepadaku. Tapi, sweet apabila Asyraf berdiri dihadapan Acapdengan senyuman sinis. Seperi berkata ‘Kau berani tumbuk, aku tumbuk kau balik.’Terasa bahagia disamping mereka.

Untuk dia, kewujudan aku hanyalah pembawamalang dan orang ketiga dalam perhubungan cintanya. Tapi, aku nekad untukmengikat dan mendapatkan cinta darinya. Pelbagai rintangan dan cabaran perluaku hadapi untuk mendapat cinta dan sayang dari lelaki yang bernama TengkuFirdaus Al-Amin. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan ketabahan aku,akhirnya dia berjaya juga meluahkan cinta kepadaku. Tanpa aku sedar, impianmenggapai gelaran Mrs. Firdaus daripada Miss Fifi memberi seribu satupengajaran dan kisah kepada diriku sendiri. Kini, gelaran aku menjadi lebihdekat dengannya, iaitu Rayqals’s Ummi. Terima kasih Firdaus kerana wujuddidalam kehidupanku, mencintaimu dan menjadi isterimu adalah anugerah terindahyang Allah berikan kepadaku.


TAMAT

-CKK-

Previous: Bab 39
Next: CKK

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy