Home Novel Cinta Mrs. Firdaus
Bab 32

Terasa ingin menggeliat badan ni, tapiterhalang kerana Firdaus memelukku erat. Untuk aku tidak mengganggu lenanya,tangannya aku angkat dan letak ditepi. Pagi ini aku ingin mengambil udarasegar. Selepas bersiap, aku melekatkan nota mengatakan aku keluar di cermin. Telefonbimbit aku tinggalkan diatas meja solek. Sebelum aku keluar, dahinya aku kucup.‘I love you always, my dear hubby.’ Bisik hatiku.

Dari jauh aku melihat sepohon pokok yangrending dan bawah pokok itu ada sebatang kayu besar terhanyut, boleh dijadikantempat untuk aku duduk. Perlahan-lahan kaki ini melangkah kearah sana sambilbermain dengan ombak. Terlalu banyak perkara yang bermain di minda ini.

Firdaus tak pernah bahagia bersama diadan dia tahu itu. Dia tak mahu lagi menyeksa hati dan perasaan suaminya.Kehadiran dia dalam kehidupan Muhammad Tengku Firdaus Al-Amin hanyalahmenjemput nasib malang.

Lututnya dipeluk. Dia menangisteresak-esak. Sungguh dia tidak tahu untuk membuat apa.

Tiba-tibanya, bahunya disentuh daribelakang. Alangkah terekejutnya dia melihat gerangan yang menyentuh bahunya.“Daddy.” Dia mengelap menghapuskan air matanya.

“Seorang sahaja? Fir mana?”

“Fir masih tidur. Malas Fifi nak ganggu,nampak letih sangat. Pukul berapa abang balik pun, Fifi tak sedar.”

“What happen to you? Do you want toshare?” Encik Warfiq cuba merungkaikan hati menantunya. Dia tahu tentangkelakuan anak lelakinya itu.

“Nothing. Eh, mummy mana?” Aku cubaberdalih.

“Mummy tengah bersiap-siap untuk turunbreakfast. Bosan pula daddy tunggu mummy dekat dining hall, so daddy sajajalan-jalan dulu. Tak sangka terserempak dengan menantu daddy ni.”

“Ooo. Kalau macam tu, jom lah kita kedining hall. Kesian pula kalau buat mummy tunggu.” Tapi sebelum aku bangun darisitu, baru aku ingat yang telefon bimbitku sengaja ditinggalkan di bilik.

“Erk, daddy can I borrow your phone. Ileft my phone in room.”

“Sure.” Daddy hulurkan Samsung Galaxy S8.Pergh lawa siot.

“Fi, guna dulu. Daddy tunggu pergi dekatmummy dulu.” Kata Daddy sebelum pergi.

Percaya pula daddy dekat aku. Kalau mintadekat daddy telefon ni terus, aci tak? Aku mendail nombor suamiku.

“Yes daddy.” Seksinya suara serak dia.Cair dah hatiku. Macam manalah nak lepaskan dia pergi dari hidupku.

“Hello, daddy. Are you there?”

“But, wait. Where is my wife?” Suaradisebelah sana risau. “Yana… Sayang…. Yana…” Aku cuba menahan gelak. Comel,cari macam kucing hilang je. Siap buat bunyi meow meow lagi.

“Abang…”

“Daddy, kenapa Fir dengar suara daddymacam suara Yana? Oh my God, tak kanlah angau macam ni sekali.”

Terburai gelak aku akhirnya. “Abang…Thisis me.”

“Eh, Yana dekat mana? Kenapa guna telefondaddy?” banyaknya soalan dia.

“Wake up, abang. Turun dining hall. I’llwait for you with your parents. Help me, please. Bring my phone. Thanks. Loveyou.” Belum sempat dia bertanya lebih, aku pun dah matikan panggilan.

Sedang sibuk asyik berbual dengan daddydan mummy. Ada satu kucupan singgah di pipiku. Ahhh, malunya. Suaminya initidak tahukah public dan private?

“Amboi mesranya dia dengan isteri dia.Kiss untuk mummy tak ada?” Sakat mummy.

Firdaus mencium pipi mummy. Anak manjamummy lah katakan. Dia duduk disebelah aku. Tangan aku dibawah mejadigenggamnya. Macam mana nak makan kek? Red velvet di depan mata sepertimenggoda-goda aku. Terdera jiwa dan perasaan aku.

Aku mencubit perut dia menggunakan tanganyang sebelah lagi. Hah, berkerut mukanya menahan pedih. Padan muka. Mata diamenjeling aku. Eh, aku cucuk mata tu karang. Geram.

Maka bermulalah bahasa mata antaraFirdaus dan Yana,

‘Why? Sakit tahu tak?’

‘Do I care?’

Firdaus memandang arah lain. Akumencucuk-cucuk bahunya.

‘Apa?!’ Dia jegilkan mata.

Aku mencebik, ‘Na tu.’

‘Tak nak.’

‘Suap please.’ Dah buat muka sedih dah.

“Say aaa.” Yeay, finally red velvet masukperut juga.

“Thanks.” Aku mencium pipi dia.

“Amboi. Daddy, tengok budak dua orang ni.Tak sedar lansung kita dari tadi perhati je.” Kata Mummy menyedarkan aku.

“Erk, sorry.” Segan wey. Firdaus hanyabuat biasa dan masih meneruskan suapan ke mulut aku.

“Mummy, jom kita pergi spa. Daddy malasnak kacau pengantin lama yang macam baru ni.” Daddy mengusap lembut kepalaku.Mummy pula mencium kedua belah pipiku. Terasa kasih sayang dari keluargamertuaku.

“Lepaslah. Mummy dan daddy dah tak ada.Yana reti suap sendiri.” Aku cuba lepas dari genggamannya.

“So? Biarlah abang nak manjakan isteriabang ni.” Aku hanya senyap sahaja.

“Sayang..” Siapa panggil? Firdaus la. Takakan orang lain pula. Mahu kena tumbuk dengan Firdaus jika orang lain panggilaku sayang. Tapi, iye ke dia ni nak tumbuk.

“Sayang pandang abang atas bawah atasbawah, kenapa?”

“Nothing.”

“Hensem kan?”

“Hmm.”

“Kacak?”

“Hmm.”

“Sayang…”

“Hmm…”

Firdaus menarik tangan kiriku dandigenggam. Kini, aku dan dia berhadapan. Aku hanya menundukkan pandangan. Taksanggup melawan panahan mata dia. Panahan mata atau panahan cinta?

“Sayang…”

“Iya, Muhammad Tengku Firdaus Al-Amin.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

“Awak tolong bagi saya tips, macam mananak lembutkan hati seorang isteri yang merajuk?” Dia kelip-kelipkan mata.

Comel…. Hensem….. Cair…… Aku gelak. Macammanalah nak merajuk lama dengan awak, wahai cik suami? Kalau awak selalu buatsaya cair macam ni.

“Isteri saya gelak lah. I miss you somuch.” Aku menghalang mukanya dari rapat.

“Public.”

“Alaaaa.”

“Taka da, alaa alaa. Pergi amikbreakfast, sayang tunggu abang dekat sini.” Pujuk aku.

Firdaus pergi ke arah buffet yangmenyediakan pelbagai macam makan untuk tetamu di hotel bersantap pagi ni. Aku?Sudah kenyang makan dengan daddy dan mummy.

“Hai.” Kayla duduk di hadapanku.

Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Atul Aisy