Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,176
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

        ADIBA tiada jalan lain, dia harus ke homestay itu.Mungkin Hartina bisa temankannya di sana nanti.Adiba tahu dalam keadaan sebegini , sudah tentulah abang, mama dan papanya tiada mood untuk pergi bercuti.Adiba bukan nak lari dari masalah yang sedang keluarganya hadapi , tetapi ingin mencari jalan penyelesaian.

       Adiba menapak perlahan menuju ke arah wanita yang sedang minum di bangku dihalaman luar rumah itu." Mama, Dib nak minta izin ke homestay  yang Adiba tunjukkan tu,        buat beberapa hari ni, kumpulan kami perlu lakukan sedikit kajian tentang alam sekitar ," ujar Adiba yang ....terpaksa...menipu.

       " Dah bagitahu papa ? ," 

        " Belum ma...Dib takut ..."

        " Nak takut apa ?"

        " Mama, tau tau jelah prob sekarang " 

        " Hurm, baiklah .Nanti mama bagitahu papa.Jaga diri kat sana nanti .Jangan lama sangat ...Nanti papa lagi bising..."

        " Baik mama...Thank you mama," ujar tersenyum girang lantas mendakap tubuh itu lalu di hadiahkan sebuah kucupan di pipinya.

        " Mama ni Dib ! Bukan teddy bear !"

         " Hi...Hi...," ujar Adiba tersengih sebelum melangkah ke arah tangga.Dia harus pack apa yang patut.


*******


         HAMPIR tiga hari dia dalam kamar hotel itu.Berkurung tanpa berbuat apa- apa.Dia terpaksa membantah cadangan papa untuk menjodohkannya dengan Reesya! Sedangkan gadis itu hilang ke mana dia sendiri pun tidak tahu .

         Ayra yang seharusnya dia cari bukannya Reesya ! Kerana gadis itu Ayra lari dari dirinya.Walaupun pada hakikatnya Reesya orang yang terdahulu dia kenali .Ya, dia akui Reesya telah menjadi mangsanya ! Bukan Firhad yang mencarinya tapi Reesya sendiri yang menyerahkan dirinya.Tubuhnya....Kerana dendam pada insan bernama perempuan ! Firhad menyeksa jiwa setiap gadis yang datang menyerah padanya.

         Namun, setelah bertemu Ayra .Jiwanya aman dan tenang .Tutur bicara gadis itu lembut membuai pendengarannya.Senyum dan  tawa Ayra masih dia terbayangkan.Keegoan runtuh pun tidak dia peduli .Hanya kerana ingin memiliki Ayra ! 

          Ayra ! Kaulah racun, kaulah penawar ! 


******


        ALIZA HOMESTAY semakin hari semakin ramai yang datang menyewanya.Aliza Homestay yang didirikan sebanyak tiga buah rumah berbentuk tradisional makin menambat hati para pengunjung di kawasan air terjun itu .

        Ayra juga semakin seronok berada di kawasan itu.Terlalu banyak ketenangan yang dia rasai .Sangat jauh perbezaannya jika nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur ! Kota itu sentiasa sibuk, sesak juga bingit  .Para penduduknya berlumba- lumba .

        Adiba dan Hartina memarkirkan kereta savvy merah di tempat parkir yang telah homestay itu sediakan.

         Kini keduanya menikmati kesegaran udara terlebih dahulu.Suasana sunyi yang di selang- selikan dengan suara pengunjung , riang- riang , cengkerik juga air terjun." Finally Dib !," ujar Hartina tersenyum sambil mendepangkan tangannya menikmati keindahan kawasan rekreasi itu .

          " Yup ! Finally , so apa tunggu lagi ? Lets go ," ujar Adiba seraya menarik bagasi berodanya.Hartina pula menyandang beg backpack nya.

          " Ya, boleh sa....ya..?," soalannya terhenti seketika tatkala mendongak .Senyumannya kini kian menghilang pabila dua wajah itu muncul di hadapannya secara tiba- tiba.

         ' Bagaimana mereka tahu aku di sini ? Siapa pula yang bagitahu ? Tak mungkin mama dan papa....' Desis Ayra tergamam.Senyuman mereka berdua juga berubah pabila melihat raut wajah itu .Raut yang menggambarkan kedatangan mereka di sini tidak di alu- alukan! 

          Ayra tersedar .Dia cuba berlakon dengan tidak mengenali insan- insan itu ." Ya, selamat datang ke Aliza Homestay ....Anda berdua sila pilih pakej yang mana ya ," ujar Ayra tersenyum sambil menyerahkan kad pakej harga.

         " Ayra ! Takkan kau tak kenal kami kot ?," soal Hartina sinis.Sakit juga hatinya pabila rakan karib sendiri buat - buat tidak kenal.Adiba pula lain telahannya .Adiba mengerti mengapa Ayra bersikap sedemikian.Mogok ! 

         " Tina, its okay ! Cik Ayra kami mahu pakej C ...," ujar Adiba menjungkit kening pada Hartina.Hartina memahami maksud itu.Dia kini berbuat seperti biasa.Jangan ingat Ayra sahaja boleh berlakon yearkk ! 

          Kini kunci telah pun berada di tangan Adiba.kini kedua- duanya mulai menapak ke arah homestay yang telah di khaskan mengikut pakej .

          " Dib, Tina....Maafkan Ayra...

Ayra terpaksa !! ," ujar Ayra perlahan seraya menghantar pandangannya pada dua insan yang kian menjauh itu .Cepat- cepat airmatanya di seka pabila kelihatan sepasang pelancong negro sedang menuju ke kaunternya.

          " Geram pula aku dengan si Ayra tu ! Boleh pula berlakon tak kenal kita ! Kita punyalah ingatkan dia ! Risaukan dia ! ," bentak Hartina terus baring telentang atas tilam empuk itu.

          " Tina, kita sebenarnya tak boleh salahkan Ayra juga.! "

          " Kenapa pula ? Berlagak doh !"

          " Ayra begitu sebab dia nak tunjuk protes ! ," ujar Adiba yang mengeluarkan tuala dari dalam bagasi." Babe, tapi bukan pada kita ok ! Apa salah kita pada dia ??" Bentak Hartina geram pabila Adiba pula menyebelahi Ayra.Bukan dirinya.

         " Dahla tu babe , tak apa kita bagi Ayra masa dahulu ya.Aku yakin nanti dia akan bercakap juga dengan kita.Eh jomlah kita mandi air terjun...Dah ketaq ni , tak saabaqq," ujar Adiba yang telah pun bersiap sedia tuala dileher dan baju sepasang untuk ditukar nanti .

        " Ok, Ok ! Jap ! Jap !," ujar Hartina bingkas bangun lalu mendapatkan beg backpacknya lantas tali di buka.Juga zip pada belah dalamnya.

          Tuala sederhana besar dengan gambar watak elsa frozen di letakkan pada bahunya.Kemudian dia menyelongkar lagi ke dalam beg sandangnya.Sehelai tshirt dan sehelai tracksuit juga dia keluarkan.

          " Lets go !," teriaknya bergegas keluar sebelum Adiba mengunci pintu dari luar .Kini keduanya beriringan menapak ke arah kawasan air terjun yang tidak berapa jauh dari homestay itu.

         Ayra hanya mampu melihat pasangan anak gadis yang sedang bergelak ketawa dalam air terjun yang jernih itu .Ayra masih lagi dalam persoalan.Mama dan papa tidak mengaku juga .Jadi siapa yang bagitahu mereka ? 

        Aliza Homestay ? Soalnya yang sedang membelek beberapa pamphlet percutian yang sengaja pihak hotel itu sediakan untuk kemudahan para pelancong.

        " Hello....Ya, mama.Firhad perlukan sedikit lagi ketenangan ma....Bagi Firhad sedikit lagi masa...Ma.....Please jangan paksa Fir lagi ....Fir tetap dengan keputusan Fir untuk mencari Ayra ! Hanya dia kekasih Fir ! Tiada yang lain ! ."

          Panggilan serta- merta Firhad putuskan kini.

           " Mama, Fir minta maaf," ujar Firhad seraya menyimpan pamphlet berkenaan Aliza Homestay dalam dompetnya.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.