Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,179
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

        LENGAN yang berbalut menyukarkan segala pergerakan tangannya.Suara perbualan itu makin dekat dia dengari kini.Dia perlu cari Firhad ! Bagaimana dengannya kini ? 

         Para pesakit, jururawat serta doktor yang lalu- lalang tidak dia endahkan.Yang ada dalam mindanya kini hanyalah Firhad .Kerana waktu itu dia berada dengan Firhad.Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sekali .

        Lenanya di dalam kamar wad tidak pernah , tidak ada gangguan setelah kejadian ngeri itu berlaku .Derap tapak kakinya di pintu wad itu telah mengejutkan keluarga itu .

       Dia kenal mereka.Sangat kenal.Adiba yang sedari tadi dalam tangisan kini berlari mendapatkannya.Tubuh Ayra kemas dia dakapnya." Abang Firhad ....Ayra....Abang Firhad!," raungnya tersedu- sedan .

       " Dib, kenapa dengan Firhad Dib ? Kenapa dengan dia ?," soal Ayra ada keketaran dalam suaranya kini.Adiba melepaskan rangkulan tubuh itu perlahan- lahan tangan yang tidak berbalut itu dia raih dan pimpinnya mendekati katil.

        " Rohana ! "   

         " Ye abang ! Kenapa ?"

         " Mana Reesya ? Apa yang telah dia lakukan ?! ," bentak En.Rafwan berang .Di sebelahnya berdirinya seorang lelaki berkemeja putih .Puan Rohana menelan liurnya tatkala terlihat akan pemuda bergelar doktor itu .

        " Reesya !!," herdik En.Rafwan dari ruang tamu ." Sabar En.Rafwan ! Sabar ! ," ujar doktor muda itu cuba menenangkan lelaki separuh umur itu ." Doktor, apa yang telah berlaku ? Apa yang telah Reesya lakukan ?," soal Puan Rohana semakin gusar .

         Wajah suaminya itu semakin memerah kerana menahan api kemarahan.Reesya yang terpunduk bawah tiang tangga itu mengigit- gigit jarinya.Wajahnya kelihatan biasa sahaja seperti tidak bersalah.

         " Ya Allah bang ! Apa yang telah anak kita lakukan ? Reesya....Apa yang telah kau lakukan ?," soal Puan Rohana sungguh tak percaya." Ana, kita tiada pilihan lain ....," ujar En.Rafwan.

          " Apa maksud abang ? Tergamak kah abang ? ," soal Puan Rohana makin tertekan." Begini Puan, bukanlah untuk jangka masa yang panjang ....Hanya untuk sementara.Reesya, perlu diberikan rawatan intensif , jika tidak bukan sahaja membahayakan orang lain malahan dirinya juga .Beginilah biarkan dia tinggal di wad khas kami untuk beberapa minggu ini, dia sekarang dalam pantauan kami"

         " Reesya !," laung En.Rafwan." Encik , jangan begini .Bukan itu  caranya.Mana biliknya ? ," soal Dr.Afwan menenangkan kemarahan lelaki itu." Di atas ," sahut Puan Rohana .

           Ayra Ervina akur pada ketentuan Ilahi walaupun ia agak sukar untuk dia percaya.Namun, siapa tahu kesan hentakan itu boleh menyebabkan Firhad terpaksa mengalami temporary amnesia.Hilang daya ingatan sementara.

           Kini mereka berada di luar wad lelaki yang sedang ditenangkan oleh beberapa orang nurse juga doktor.Mereka tidak lelaki itu kenali kini.Tan Sri Yusuf dan Puan Sri Aiza redha .Adiba juga akur .Inilah ujian buat mereka juga Firhad.


********


         BERUBAH wajah Rea kini, dia yang baru pulang dari kota New York dikejutkan pula dengan berita kemalangan Firhad ." Sayang, Im Rea your lover , don' t you remember?," soal Rea tidak berpuas hati .Sakit pula hatinya pabila lelaki itu tega berlakon tidak mengenali sesiapa termasuk dirinya.   

         " Aku tak kenal kau !"

         " Sayang ! "

         " Aku tak kenal kau ! Kau pergi ! " 

         " Sayang ! Im Rea ! ," ujar Rea juga meninggikan suaranya.Benarkah Firhad tidak mengenalinya lagi atau sekadar sandiwaranya ? Apakah Firhad amnesia ? 

          " Sayang, Ni Rea....Ingat sayang lagi tak ?," soal Rea merendahkan semula oktaf .Kepalanya kembali berdenyut kuat .Firhad memegang kepalanya sambil berkerut muka.Sakit sangat kepalanya kini.

          " Sayang, kenapa sayang ?;" soal Rea resah pabila melihat lelaki itu diserang kesakitan." Argh ! Don' t you dare to touch me ! Leave me alone ! Leave me alonee!!!" Teriak Firhad bertindak agresif.Habis jarum yang menyambungkan laluan air sodium di tanggalkannya kasar .

         " Doctor !! Nurse ! Doctor !! ," teriak Rea ketakutan melihat perubahan sikap lelaki berpakaian pesakit itu .Pintu ditolak rakus , kelihatan dua orang nurse dan seorang doktor bergegas ke arah katil

Rea di arahkan keluar sebentar .

        Diri berdiri seraya menyangkutkan steteoskop ke lehernya .Rea terdongak ." Doktor ?," soalnya inginkan jawapan.


********


        " SYUKUR , alhamdulillah ! Akhirnya abang Dib keluar juga ," ujar Ayra bersyukur ke hadrat Illahi .Dia yang keluar seminggu awal kini masih lagi dalam mc nya.Hartina pula tidak pernah jemu datang melawatnya dari dia dalam wad sehinggalah dia sudah pulang .

       " Ayra pula bagaimana ? Semakin sembuh juga ke ? Nanti ada masa datanglah rumah .Dib, tahu Abang Fir sangat- sangat perlukan Ayra buat masa ini walaupun iya dia tidak mengenali kita "

      " Inshaa Allah, kita doakan yang terbaik.Ayra pernah terbaca tentang masalah temporary amnesia ini  , kita perlu lakukan sesuatu yang boleh merangsang daya ingatannya semula , selain itu dia perlu terjatuh semula ! Tapi , tula takkan kita nak lukakan dia kembali kan melainkan jika kepalanya terhentak dengan sendiri "

      " Akan kami usahakan...Tapi kami sekeluarga perlukan Ayra ! Ayra nak dengar cerita tak ? Kak Reesya ! "

      " Kenapa dengan Reesya ? ," soal Ayra berdebar - debar ." Dia dimasukkan ke wad sakit ...." ujar Adiba terhenti ." Sakit apa ?," soal Ayra ingin tahu.

       " Adiba akan sent melalui whatsapps .Tapi Ayra jangan terkejut pula...Mama dah lama tahu tentang perkara ini , tapi tidak pula dia sangka Reesya begitu nekad "

       " Dib, apa Dib maksudkan ? Apa yang Dib cuba sampaikan pada Ayra ! Reesya nekad ? Nekad apa ?," soal Ayra makin berdebar.Adiba dapat mendengar kegusaran dalam suara itu .

      " Ayra, berkemungkinan Reesya terlibat dalam kemalangan Ayra dengan Firhad hari itu ! Dia di syaki ! Ada orang yang nampak apa yang telah dia lakukan pada kereta abang Fir ! Syukur , kamu berdua cepat diselamatkan kalau tak terperangkap dalam kebakaran kereta itu.Minyak bocor ! "

      " Apa ? Ya Allah ! ," teriak Ayra tergamam.Lemah lututnya kini.Memang selepas mereka berdua di keluarkan kereta itu meletop secara tiba- tiba ." Ayra ! Ayra ! Ayra ok ke ?," soal Adiba risau kerana tiada suara dari arah sana .Sayup- sayup dia mendengar suara tangisan.Dia pasti tangisan itu milik Ayra.

       " Dib, Ayra benar - benar tak menyangka sampai begitu sekali bencinya Reesya pada Ayra ! Tidakkah dia sedar bahawa Firhad juga ada ! Bukannya Ayra seorang dalam kereta itu ! ," ujar Ayra makin jelas suara tangisannya kini.

       " Tula, Dib juga pada mulanya sukar untuk percaya perkara itu sampailah mama buka rahsia ! Terima tak whatsapp Dib ? Bacalah laporan itu ..." 

       Aplikasi whatsapp dicari lantas dibuka.Berkerut dahinya tatkala membaca laporan itu .Menurut Adiba lagi , laporan itu mama  dapat dari rakan abang Firhad,  iaitu doktor yang sedang merawat Ayra ! Dan laporan yang sama juga ada dalam simpanan Firhad.Doktor itu jugalah saksi dimana dia lihat Reesya sedang membuka pintu ferrari merah milik Firhad.

       Awalnya dia fikir mungkin Firhad keluar dengan Reesya . Eh, kejap ! Doktor itu tahu hubungan Firhad dan Reesya ? Menurut Dib lagi , doktor itu berasa was - was kerana Reesya kelihatan berwaspada.Berkali dia pandang sekelilingnya tika dia cuba menceroboh kereta itu .

       Dia yang bersembunyi makin mendekati gadis itu .Dia tidak pasti apa Reesya lakukan pada kereta itu tetapi sehinggalah dia menjumpai pisau kecil dan potongan wayar ditempat Reesya berlari .Dia mulai syaki sesuatu.Dia cuba menelefon Firhad ! Tetapi sudah terlambat ! Hanya jeritan mereka dapat dia dengari dari dalam corong telefon pintarnya.

       Ayra tersandar kelesuan kini.Adiba pula masih lagi menanti jawapan dari sana....


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.