Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

        KEDUA- DUANYA menapak ke arah restoran yang diberikan nama sebagai Boat Noodle.Dihati masing- masing terselit satu perasaan yang mereka sendiri pun kurang pasti .Adakah itu cinta atau tidak .Ayra kian berdebar begitu juga dengan Firhad.

         Walaubagaimanapun , mereka harus bersemuka.Mereka harus berterus - terang .Apa pun jawapan yang bakal mereka terima nanti mereka harus redha.

         Setelah kerusi Firhad tarik keluar, Ayra terus melabuhkan punggungnya ke kerusi sementara Firhad pula menapak ke kerusi dihadapan Ayra.

         Pelayan lelaki kemas dengan sut hitam putihnya kini tegak berdiri di meja mereka dengan buku dan pen di tangan untuk mengambil order." Give us two grill hot salmon and two glassess of kiwi juice ," arah Firhad lantas menutup buku menu ." Thank you sir ," ujar pelayan itu dan terus berlalu .

        Firhad memandang Ayra yang jelita berselendang instant dari jenama naelofar dan berkurung kapas corak bunga inggeris .Ayra juga melawan pandangan mata itu buat seketika sebelum dia tewas dan merenung meja .

       ' Oh , abang ceo ku , janganlah diam  seribu bahasa ' Desis hati kecil Ayra yang tertunduk itu.Derap tapak kaki kian mendekati meja itu .Setelah pinggan dan gelas diletakkan pelayan itu terus ke arah pelanggan yang memanggilnya tadi.

        " Ayra, come we eat first ," pelawa Firhad seraya melabuhkan kain petak kecil warna merah atas pehanya yang berseluar slack hitam .Ayra juga begitu .Dia yang agak haus mencicip dahulu jus kiwinya.Segar dan sejuk terasa di saluran esofagusnya kini.

       " Ayra, biarlah saya berterus- terang akan sebab mengapa perlu kita bertemu kini ," ujar Firhad sambil mengerling ke arah Ayra yang seakan segan untuk makan itu .Ayra yang mendengarnya terus terdongak.Matanya bertemu dengan mata tajam milik Firhad .

         Biar apapun jawapan yang keluar dari mulut gadis itu akan dia akur .Tetapi , sekiranya ke arah positif  dia benar- benar bersyukur .Tetapi seandainya yang sebaliknya dia redha kerana dia wajib percaya pada qada dan qadar.Mungkin itu telah menjadi suratan takdir .

          " Ayra, yang sebenarnya perkara ini dah lama saya pendamkan.Saya cuba cari ruang untuk menyatakannya selama ini tetapi , tiada kesempatan."

        " Tapi, apa dia ?"

        " Tapi sebelum itu , izinkan saya untuk mengetahui sama ada gadis dihadapan saya ini sudah berpunya atau belum," soal Firhad begitu formal .Dia tidak pandai sebenarnya untuk berbahasa yang berbunga.Dia bukan budak sastera.

        Ayra tergamam seketika.Soalan yang lelaki itu persoalkan tidak sukar untuk dia jawab sebenarnya, tetapi entah kenapa lidahnya kelu untuk berkata- kata.Memang dia tiada yang punya.Siapalah dia itu , hanyalah gadis kampung .Adakah pemuda- pemuda di  Kuala Lumpur ini yang mahukannya ? 

        Firhad tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan ." Ayra, soalan saya masih tidak berjawab lagi ? Dan saya rasa soalan saya itu tidaklah begitu sukar ," ujar Firhad cuba mencari kesempatan untuk merenung mata itu .Mata adalah tempat untuk mencari jawapan sebenar .

       " Siapalah saya ini , awak....Jika kekasih hati yang awak maksudkan memang saya tiada berpunya lagi ...Tak semua lelaki meminat gadis kampung macam saya ini ," ujar Ayra berterus- terang .

         Nafas ditarik , bibirnya kian mengukir senyuman.Jika itu jawapannya ? Ini bermakna dia masih ada peluang lagi .

         " Mana awak tahu tiada yang berkenankan awak, Ayra ?," soal Firhad cuba bermain kata.Sengaja dia mengusik perasaan gadis di hadapannya itu .Ayra tersenyum lantas mencicip sedikit minumannya yang tinggal separuh itu .

        " Mestilah saya tahu diri saya ...," jawabnya yakin." Kalau saya katakan ada yang berkenan , apa kata awak ?," soal Firhad cuba provok." Jika benar bagai dikata, sayalah gadis yang paling bahagia ," jawab Ayra bersastera .

        " Ayra, kalau saya katakan ....Saya lah lelaki itu ?," soal Firhad berdebar semula.Apakah reaksi gadis ayu itu setelah mendengar luahannya itu .Adakah ditolak ? Adakah diterima ? Adakah ? Arghh !! 

          Ayra terdongak terus merenung Firhad .Firhad juga mengambil kesempatan itu untuk mencari jawapan sebenar melalui mata gadis itu .Debaran dan denyutan jantung mereka kini tidak sekata.Masing- masing berdebar .

           Allah ! Bantulah aku ! Desis hatikecil Ayra.Ya , memang dia mulai jatuh cinta pada lelaki hadapannya itu tetapi dalam masa yang sama dia juga keliru pada perasaannya.Ayra tidak yakin pada dirinya sendiri.Apakah itu cinta ? Atau sebaliknya ? 

          Benarkah aku menyintainya ? 

          " Ayra ?"

          Tapi......

          " Ayra, please give me an answer ? Don' t play with me ?" 

          Ayra makin tertekan kini.Memang , dia tiada sesiapa di dalam hatinya ....Tapi ....Jika dia menerima cinta dari lelaki itu ....Akan bahagiakah dia ? Jujurkah hatinya itu ? 

         " Ayra.....Walau apa pun jawapan yang keluar daripada mulut mu aku terima....Walaupun jika ia melukai hatiku ...." 

         Hilang kini sikap dinginnya ! Hilang juga gelaran mr perfectionist ! Firhad kini tertunduk dan merayu pada insan bernama perempuan ! Mana egonya selama ini ? Mana ?

         Dengan lafaz basmallah....

" Firhad, benarkah apa yang awak nyatakan itu ? Adakah ini bermaksud yang awak menyintai saya ? Atau ? ," soal Ayra inginkan kepastian.Kerana dia takut ....Kerana dia juga menyintai lelaki itu ! Dia tidak rela dipermainkan ! 

          " Ayra, saya tahu awak agak terkejut .Tetapi yakinilah saya benar- benar ingin bersama dengan awak ...Dan ...Dan saya juga menyintai awak , Ayra Ervina " 

          Ayra Ervina cuba melawan mata itu .Dan ternyata dia seakan terlihat sinar itu dari dalam mata Firhad .Perlahan- lahan bibirnya mengukir satu senyuman , dan senyuman amat melegakan hati Firhad .Ayra Ervina seraya mengangguk lantas tertunduk malu .

          Tapi Firhad sengaja mahu bersikap nakal dengan gadis itu ." Ayra, awak juga menyintai saya ke ? Atau saya bertepuk sebelah tangan," soal Firhad tersenyum nakal.Perlahan- lahan tangannya merayapi atas meja itu lalu kian mendekati tangan milik Ayra.

          Ayra terdongak.Hangat dia rasakan kini.Tangan Firhad masih kekal menggenggam tangannya itu ." Ayra sayang ....Jawablah ," duganya lagi .

         " Ya....Sa...Sa....Saya juga men...menyintai awak ....," jawapan yang paling Firhad ingini kini telah pun dia dengari dengan senyuman yang kian melebar .Pertemuan ini amat bermakna buat Ayra dan Firhad .

          Dan sebenarnya, Firhad juga ada kejutan terakhir untuk gadis itu tetapi biarlah dahulu.Takkan lari gunung dikejar ! Jika Ayra jodohnya pasti bertemu jua.

         Senyuman kian terukir di bibirnya yang dihiasi gincu merah,     tatkala pasangan itu telah memasuki ke dalam kereta.Jika dia tidak dapat ! Maka perempuan lain juga pasti tidak akan sesekali dia izinkan.

         Namun begitu , tanpa dia sedari ada seseorang yang mengetahui akan plannya itu ." Hello ! Fir ...."


********


        BREK tangan juga kaki tak makan.Kereta yang sememangnya agak laju kini makin laju ke depan." Hello ! Hello ! Fir ! Fir !"

         " Arghh !!," teriak kedua- duanya.Ayra cuba menahan tangannya pabila serpihan- serpihan kaca cermin hadapan yang terbang menuju ke arahnya.

          Firhad terhantuk kuat pada permukaan stereng .Darahnya kian deras mengalir menuruni pipinya yang bermula daripada luka di dahinya.Hon kini nyaring kedengaran.Pandangan mata Ayra makin lama makin berbalam apatah lagi hampir separuh tangannya terpacak serpihan kaca cermin hadapan kereta mercedes hitam metalik itu.

         Air minyak kian menitik membasahi aspal jalan bawah kereta berkenaan.

          " Hello ! Ambulance tolong saya ! Ada kemalangan ! Berdekatan simpang masuk ke Cheras ! ," laung pemuda bermotor yang berhenti mengejut itu.Manakala kawan Firhad yang bergelar doktor itu pula terus memandu mencari di manakah mereka...


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.