Home Novel Cinta DIA CEO HATIKU
DIA CEO HATIKU
Pemburu Malam
6/11/2017 16:03:59
87,243
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

        AYRA ERVINA kelihatan makin jelita setelah wajahnya selesai di mekap oleh mak andam dari butik yang sama dia tempah baju dan pelamin tunang.Dia yang memakai kurung moden kain chiffon warna pink , sequin di dadanya , selendang pink kuat dan tudung Ekin sebelah dalamnya.

      Hartina dan Adiba kini memasuki ke kamar itu setelah mak andam keluar." Ya Allah! Kau ke ni Ayra ?," soal keduanya serentak.Lantas tertawa.Ayra amat anggun sekali dalam persalinan itu .

      " Ni kalaulah cik abang nampak ni ...uish ....kompem tak keluar bilik kikiki," usik Hartina sehingga kemerahan wajah Ayra.Adiba juga terkesima.Tak sia- sialah abangnya memilih Ayra.Sudahlah cantik , tinggi pula budi bahasa.

       Tali dibiarkan tergantung , dia memanjat naik  rumah teres dua tingkat tersebut.Dia tahu rumah itu ada kenduri kerana dari arah belakang rumah tadi dia nampak khemah dan orang yang agak ramai.

        Cuma yang menjadi persoalan kini apakah tujuan kenduri tersebut.Dia agak beruntung kerana ditingkat itulah adanya bilik Ayra.Dia cuba bersembunyi di bilik depan yang pintunya sedikit terbuka.Reesya mula berasa tidak sedap hati pabila melihat Ayra kelihatan sungguh jelita dalam persalinan baju tunang! 

        Tak sia- sia dia ceroboh masuk.Memang niatnya mahu mengugut Ayra.Dia tahu dimana rumah Ayra pun dari pelajar kolej Ayra.Tak lama lagi Ayra akan belajar semula untuk semester terakhir .

         Tiga kereta mewah kini selamat terparkir dihadapan rumah Ayra.Kelihatan dulang hantaran dihiasi indah dalam pegangan mereka.Firhad hanya duduk di khemah sahaja sementara menanti proses peminangan itu selesai.

         Tan Sri Yusuf kelihatan kacak bersongkok dan berkemeja batik lengan panjang , begitu juga dengan Puan Sri Aiza yang kelihatan anggun berkurung batik warna senada dengan suaminya dan berselendang putih.

         " Mama!," laung Adiba berlari ke arah kedua ibubapanya." Abang Fir mana ?," soalnya bersama- sama dengan Hartina menyusun hantaran di atas karpet berdekatan pelamin." Ada diluar , dia tak elok joint sekali huhuhu ," sahut Puan Sri Aiza tersenyum tatkala mama kepada Ayra kian mendekatinya.

         Kini kedua- dua wanita separuh umur itu saling bersalaman .Pihak Firhad dijemput masuk.Pabila semuanya sudah ada, maka bermulalah acara berbalas pantun di antara Tan Sri Yusuf dan En.Wahab.Fenner.Tan Sri Yusuf akhirnya akur pada pilihan anak lelakinya itu.Firhad telah pun menemui kedua ibubapa Reesya, dia akur pabila dimarahi mereka.Tetapi hatinya tetap tidak mahu menikahi anak mereka .Dia hanya mampu memohon maaf.

          Entah kenapa tiba- tiba hatinya seakan terasa gelisah.Namun, Firhad cuba tidak melayankannya.Mungkin itu rasa gentar tatkala bakal menjadi tunangan orang.

          Sebelah lelaki

Cantik memanjat pohon ara,

Nampaknya cantik berseri laman,

Besar hajat tidak terkira,

Hendak memetik bunga di taman.

         " Wahab, apa lagi di tunggu ! Orang dah menjual tu !," laung satu suara disambut tawa mereka.En.Wahab Fenner agak gementar sebenarnya pabila terpaksa berbalas pantun.

         Sebelah pihak perempuan,

Teliti buah teliti,

Terletak seri diatas papan,

Tepak sireh sudah menanti, 

Minta sudi datuk makan,

         Setelah selesai perbincangan tarikh juga wang hantaran.Puan Sri Aiza berdebar pabila dia akan menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya .

         " Mana pengantinnya ?," soal salah - seorang lelaki disitu.Adiba dan beberapa orang gadis bangun untuk naik ke atas.Hartina pula yang diserang sakit perut tiba- tiba baru selesai kerjanya ditandas.

          " Turunlah cepat !! ," herdik Reesya yang merangkul leher Ayra dan pisau kini terletak di rengkungan Ayra.Semuanya tergamam.Keseronokan tadi kini berubah angin.

         " Reesya! ," laung Adiba, Tan Sri Yusuf , Puan Sri Aiza juga Hartina yang kini berada selang beberapa buah anak tangga belakang Reesya.Hartina mula berasa menyesal kerana terpaksa berulang kali meninggalkan Ayra keseorangan.

          Hartina cuba membaca gerak mulut Adiba." Call Firhad!," ujarnya lantas mengangguk.Hartina naik ke atas semula.Dia mahu call Firhad tanpa di dengari sesiapa.

          " Reesya , bersabar nak...," ujar Puan Sri Aiza cuba bermain psikologi." Mama! Sampai hati mama , papa buat Reesya begini ? Kenapa perempuan ini !!! Kenapa bukan Reesya!!! Mana Fir ???!! Pulangkan Fir pada Reesya!!," bentak Reesya semakin dia menekan hujung pisau yang tajam itu ke rengkung Ayra.Ayra semakin pucat dan kian di basahi peluh.

          " Hello! Fir ! Cepat masuk ! Ayra , Fir ! Ayra dalam bahaya! Reesya...!," teriak Hartina agak kuat.

          "Apa ! Ya Allah!," laung Firhad yang kini keluar daripada mercedes .Dia berlari bergegas ke arah pagar yang terbuka luas.

          " Tidakk ! Dia patut mati ! Dia perampas Firhad ! Firhad milik Reesya! Tak ada sesiapa yang boleh rampas firhad daripada Reesya!! !," tengking Reesya makin kuat.Keadaan semakin cemas kini pabila Reesya mengacah mahu menikam rengkung Ayra.Habis segala hantaran dia sepak.Tepak sireh juga bergeletak tepi pelamin .

        " Dr...Cepat Reesya di sini.Saya dah call polis!," teriak Hartina sebelum dia menamatkan panggilan kecemasan itu.

        " Reesya! Lepaskan Ayra! Dia tak bersalah ! ," laung Firhad meluru ke arah kerumunan itu." Selagi dia tak mampos ! Dia bakal menjadi penghalang kita! Fir milik Reesya seorang! Fir tahu tak !?? Fir paham tak perasaan Reesya!! Sakit hati Reesya pabila Reesya lihat kamu bermesraan!! ," herdik Reesya berlinangan airmata.

          Tajam pandangan mata Firhad tatkala merenung jaket itu.' Kaulah orangnya, Reesya!' Desis Firhad yang teringatkan kembali ada orang menghendap rumahnya tempoh hari.

          " Fir, tolong buat sesuatu!," rayu Puan Sri Aiza yang makin diburu kerisauan.Apatah lagi kedua ibubapa Ayra.Sungguh ! Tak mereka sangka hari yang sepatutnya sangat istimewa itu kini bertukar menjadi sebuah episod tragis.Hartina berlari mendapatkan Adiba." Aku dah kol polis and semua," bisik Hartina pada Adiba.

         " Reesya, please sayang lepaskan dia ! Baiklah jika Fir yang Reesya mahukan Fir bersedia," ujar Firhad cuba memujuk gadis itu.Firhad tahu Reesya tak seperti mereka.Jika dia gunakan kekerasan maka kekerasan juga yang akan dia terima nanti.

         Firhad yang pernah menemui sahabatnya itu Dr Afwan dan berbincang heart to heart.Firhad akui pada Afwan memang dialah punca penyakit Reesya timbul semula.Ini semua tidak berlaku jika Firhad tidak berkeras mahu menggugurkan anak mereka .Tapi waktu itu , Firhad memang tidak sangka sama sekali sehinggalah dia menemui botol ubat depression dalam tas tangan Reesya dan salinan laporan kesihatannya .Reesya mengalami personality disorder semenjak sekolah menengah.

         " Tidak Fir! Reesya mesti bunuh dia ! Reesya tahu Fir bohong ! Ya, memang Fir yang Reesya idamkan selama ini...Tapi Fir yang lukakan hati Reesya! Sampai hatikan Fir ? Fir tahukan Reesya terlalu mencintai Fir! Tapi tergamak Fir curang dengan Reesya! Depan mata Reesya! Fir tahukan anak kita rindukan Fir ! ," bentak Reesya seraya mencampakkan bangkai tikus yang dia sangkakan anaknya ke arah Firhad.

        "Argh!! Para gadis dan kanak- kanak berlari dalam keadaan ketakutan pabila melihat bangkai tikus besar itu ." Ha....Ha....Ha...Fir kenapa lari Fir ! Itukan anak kita !," ujar Reesya sinis.Makin erat tubuh Ayra dia dakap .Dia tidak mahu Ayra terlepas kali ini.Tangisan yang berlagu tidak Reesya pedulikan.    

        Kedengaran siren berbunyi lantang dan semakin menghampiri rumah teres dua tingkat itu.Reesya mulai berasa gusar.Ada poliskah di luar ? 

         " Ayra! Tolong lepaskan dia nak...Mama ni nak....Jangan buat lagi Reesya! Tak kasihankah pada mama juga papa ? ," laung Puan Rohana yang hadir bersama suami juga Dr.Afwan.

        " Reesya! Bertenang Reesya....Mari Reesya kita pulang...Mari kesian anak Reesya dirumah...Dia lapar tu  ...," sahut DR.Afwan cuba provok gadis itu.Tanpa semua sedari Adiba kini berada di tepi Reesya." Reesya...Mari kita pulang ya...Bertenang Reesya....Lepaskan Ayra....," ujar Dr.Afwan semakin mendekati Reesya." Jangan dekat !," herdik Reesya seraya menghalakan pisau ke semua arah.

         " Ayra ! Lari !," laung Adiba merentap lengan Reesya sehingga Ayra terlepas.Ayra meluru ke arah Firhad.Adiba juga dengan pantas berlari .Reesya semakin mengganas kini.

        " Arghh!!!!," laungnya terus berlari sambil menghalakan pisau ke arah pasangan itu." Ayra! Jangan bergerak! Saya kata jangan bergerak!!," laung pegawai polis yang sedang menghalakan pistol itu.

        " PENG!"

Akibat kedegilan Reesya, kini dia terjelepuk ke atas lantai dengan kesan tembakan di perut.Pegawai muda itu tiada cara lain lagi.Dia terpaksa...

        " Ya Allah !! Reesyaaaa!!!," laung Puan Rohana meluru ke arah sebujur tubuh kaku itu.Kepala Reesya dipangku." Ma...Ma....Ree...Ree...

reesya minta....maaaaaff," ujar Reesya lalu terkulai diribaan Puan Rohana." Tidakkkkk!!!!," laung Puan Rohana.

          " Firhaddd!!!," laung Puan Rohana dengan pisau ditangan ." Rohana!!! Jangannnnn!!!," laung En.Rafwan sebelum tubuh itu pula terkulai layu ...

          Ayra makin erat memegang lengan Firhad.Dia benar- benar terkejut kini.


Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.