Home Novel Cinta Hello Mr Freeze
Hello Mr Freeze
awa
18/6/2024 08:23:01
12,568
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

"You're stupid, Raid!"  


"Yes, I know." Sahut Raid dengan nafas sedikit tersekat.


Hampir saja penumbuk aku singgah di dada bidang Raid. Ini bukan masa yang sesuai untuk Raid melawak. Sekarang ini soal hidup dan mati.


"Hei, you are crying."


Raid benar. Memang sejak dari tadi aku sudah menangis teruk. Sangat-sangat teruk. Tapi itu semua tak penting. Yang penting sekarang ini, Raid perlukan rawatan.


"I'm here, Heera. Stop looking around."


Tolonglah. Saat-saat gening begini, kesabaran aku sedang bertempiaran lari. Entah ke mana. Takut sekejap lagi aku akan menjadi pemarah. Raid lah tempat aku melampiaskan kemarahannya.


"Please, Heera..." Rayu Raid dengan suara hampir tenggelam.


Segala pujuk rayu dia aku balas sepi. Aku masih sibuk memandang sekeliling. Muka yang lencun tak dihiraukan lagi. Biarlah Raid lihat wajah aku yang buruk ini.


"Please...Sebelum saya tutup mata." Raid batuk keras. Disusuli dengan cecair merah.


"Berhenti merepek Raid!" Tanpa sedar aku  tertinggi suara. Bingit telinga dengar ayat-ayat orang mahu mati dari mulut dia.


"Saya..." Nafas Raid tersekat-sekat.


"Cukup Raid!" Semakin teruk tangisan aku.


"Mana ambulan ni?" Gerutu aku tak sabar lagi.


Kali ini aku bangkit. Berlari ke kiri dan kanan hingga tidak cukup tanah. Aku perlukan bantuan untuk selamatkan Raid walau apa cara sekalipun. Berlari ke hujung dunia pun aku sanggup.


"Anyone, please!" Air mata diseka kasar. Hampir putus harapan. 


Habis setiap penjuru aku tuju. Mengharapkan seseorang untuk menagih bantuan. Masa semakin suntuk. Setiap saat itu amat menyakitkan bila tiada sesiapa yang dapat membantu kami berdua.


Selang dua saat, terdengar bunyi siren ambulan. Semakin jelas. Lekas aku pusingkan badan bersama senyuman tipis. Tanpa sedar aku menghela nafas lega. Sempat menhapuskan air mata sebelum kedua belah tangan melambai-lambai van yang kian menghampiri.


"Sini...Sini." Kalut aku menunjuk arah sebaik saja pegawai bertugas turun dari kenderaan.


"Encik, cepat sikit..." Air mata yang hampir kering mahu tumpah bila mengenangkan Raid yang sedang bertarung nyawa.


"Raid...bantuan dah sampai." Aku terlebih dahulu meluru ke arah sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak.


Sepi menguasai.


"Berhenti bergurau Raid. Everything will be fine."


Aku sudah tidak sedap hati bila Raid tiva-tiba diam. Baru sebentar tadi mulut Raid riuh bercerita tentang mati biarpun payah. Percakapkan lelaki itu berselang-seli dengan batuk keras. Wajarlah aku marahkan Raid. Tengah nyawa-nyawa ikan pun masih nak merepek.


"Raid...Raid...I'm sorry. Cakaplah banyak mana pun, saya akan dengar. Jangan diam macam ni." Rayu aku dengan suara hampir hilang. Kurang sesaat, air mata tumpah lagi. Entah kali ke berapa. Semuanya gara-gara Raid lagi.


"Buka mata awak Raid..." Wajah Raid yang sejuk, ditampar. Sedikit keras. Biar Raid bangkit dari mimpi.


"Awak janji tidur sekejap je tadi. Sekarang dah overlimit, Raid. Wake up now." Tangan aku meraba-raba bahagian dada kiri Raid yang basah dengan cecair merah. Lama.


"Puan..."


Wajah diangkat. Bertentang empat mata dengan pegawai bertugas. Kepalanya digeleng berkali-kali. Bibirnya bersedia untuk memberi kenyataan yang aku belum sedia untuk dengar.


"No!" Aku sudah mengongoi.


"No..."


"Raid belum mati..." Tubuh sejuk Raid digoncang berkali-kali. Perlahan-lahan aku sembamkan wajah di dada Raid.


"Awak janji nak sehidup semati dengan saya, Raid..."


"Tapi awak tipu saya!" Jerit aku sekuat hati.


"Macam mana saya nak hidup tanpa awak, Raid..." rintihku perlahan. Sangat perlahan sebelum pandangan aku gelap.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.