Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
211,385
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Bab 14

Adam memandu Mercedes-Benz SLSnya dengan laju. Pedal brek ditekan tatkala hampir melanggar kereta Mercedes E250 di hadapan. Pintu kereta dikuak dan Adam keluar dengan tampannya sambil menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai. Dia bergegas lari ke dalam rumah apabila kelihatan beberapa orang anggota bomba sedang bersidai di pintu hadapan rumahnya. Kelihatan juga kenderaan bomba berwarna merah menyala diparkir berdekatan dengan halaman rumah.

Sebaik sahaja Adam melangkah masuk ke bahagian ruang tamu, bau asap menusuk ke rongga hidungnya. Ia menambahkan lagi perasaan gementar yang bersarang di jiwa. Entah apa yang sedang berlaku di dalam rumah ini. Harap-harap semuanya dalam keadaan selamat!

Adam mendekati seorang pegawai bomba yang sedang berbicara dengan isterinya, Arissa. Pegawai bomba itu tersenyum sambil menghulurkan salam.

“Encik Adam!” sahut pegawai bomba yang bernama Sharif.

“Ya.. encik?” Adam teragak-agak ingin memanggil nama pegawai bomba yang tertera di jaketnya SHARIF.

“Sharif..” jawab pegawai itu ringkas.

“Terima kasih kerana menyelamatkan keadaan.. saya tak sangka perkara macam ni boleh berlaku..”. Namun tidak sempat Adam menghabiskan ayatnya, pegawai bomba tersebut memintas kata-katanya.

“No.. no.. jangan berterima kasih kepada saya, say thanks to your wife! She’s a heroin! Dia yang menyelamatkan keadaan,” kata Encik Sharif sambil tersenyum melihat Arlisa. Arlisa yang menyedari dirinya dipuji hanya menunduk ke bawah. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi bagaimana.

“How? What? Arissa?” Adam seperti tidak percaya. Arissa? Dalam banyak-banyak manusia dalam rumah ini, Arissa?

“Yes Puan Arissa.. she is a very brave woman. Kalau saya jadi Encik Adam, saya sangat bangga ada isteri yang berani macam ni!” puji pegawai bernama Sharif itu lagi.

“Okey.. okey. Anyway thanks Encik.. Sharif.”

Pegawai bomba berkenaan berlalu pergi. Adam kemudian melawat kawasan dapur yang hampir separuh rentung itu. Arlisa mengekorinya dari belakang. Nasiblah api belum merebak hingga ke barangan elektrik yang berhampiran. Namun bahagian jendela, langsir serta meja kayu di dapur berkenaan habis rentung semuanya.

Adam kemudian beralih ke arah Arlisa. Dia memandang wajah wanita itu dengan penuh kekeliruan.

“How did you..?” Adam tidak dapat membayangkan bagaimana Arissa melakukannya. Arissa setahunya, tidak akan membiarkan walau sedikit pun kukunya tercalar walaupun hanya sekadar mengutip sampah di lantai. Tetapi kali ini, Arissa bertarung dengan api?

“I.. just…” Arlisa terkedu. Dia pun tidak tahu bagaimana dan dari mana kekuatan itu datang.

Adam mendekatinya. Memegang bahu Arlisa dan… menciumnya di dahi. Arlisa tertegun seketika. Adam! Oh mengapa lelaki ini membuat dada ku bergetar lebih kencang dari biasa? Adakah aku..? Tidak! Arlisa cepat-cepat mengalihkan wajahnya.

“Adam, you tak nak tengok mama?” Arlisa cepat-cepat menukar topik perbincangan.

“I know she is fine…” Adam memegang lengan Arlisa.

“I think I better check on her,” kata Arlisa sambil merentap tangannya perlahan dari cengkaman Adam. Adam menggelengkan kepalanya. Arissa!

****

MALAM menjelang tiba dan seperti biasa Arlisa tidak turun ke bawah untuk menjamu selera bersama. Ini adalah kerana janji yang telah dia persetujui dengan Puan Murni untuk tidak turun ke bawah semasa wanita itu makan bersama-sama anak-anaknya. Adam seperti biasa tidak bersetuju dengan tindakan Arlisa yang mengikuti permintaan ibunya. Namun apa yang boleh dia lakukan, Puan Murni sudah semakin cergas dan berubah semenjak dari hari itu. Oleh itu, dia harus turutkan juga. Namun hari ini, berlainan pula gayanya.

“Adam, Arissa tak turun makan ke?” Suatu pertanyaan yang mengejutkan semua orang yang berada di meja makan.

“Ma? Kenapa plak ni tetiba tanya pasal perempuan tu?” sampuk Fida. Jangan-jangan mama dah berubah hati sejak kejadian pagi tadi. Cis! Perempuan tu dah berjaya atur strategi.

“Saje.. dia tu tak lapar ke? Tiap-tiap malam tak turun makan?” tanya Puan Murni lagi.

“Mama kan dah buat perjanjian dengan dia. Dia tak mahu langgar perjanjian tu.” Adam bercakap tanpa memandang wajah ibunya. Mama hendak bermain dengan perasaan Arissa kah?

“Sudah-sudahlah dengan perjanjian. Ajak dia turun makan. Esok kata kamu dia nak buat presentation kan?” Puan Murni berubah sikap terhadap Arissa. Mak Jah yang berada di dapur juga curi-curi dengar perbualan mereka sekeluarga.

“WHAT? Presentation? Jangan haraplah I nak join. I don’t want to hear any rubbish!” Fida bingkas bangun. Dia menuju ke dapur lalu membersihkan tangannya. Lagi lama aku duduk sini. Lagi bingit telinga aku dengar pasal perempuan tu. Tak cukup kau dah cuba nak lembutkan hati mama aku, sekarang kau nak sibuk pula hal syarikat. Dulu tak pernah pun nak ambil tahu.

“Fida… Fida…!” Adam cuba menghalang adiknya dari meninggalkan meja makan begitu sahaja.

Namun perbuatannya dihalang Puan Murni. “Sudah. Let her be. Siti, panggilkan Puan Arissa turun makan.”

****

ARLISA turun dari kamarnya ke ruang makan. Dia duduk dengan perlahan dan memandang isi meja dengan mata yang kuyu. Dia takut nak bertentangan mata dengan Puan Murni kerana dia tidak suka untuk bertekak lagi. Dia juga takut untuk memandang mata Adam, kerana tindak tanduknya yang meragukan pagi tadi di ruang dapur yang terbakar. Jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam dan makan.

Puan Murni yang melihat tingkah laku Arlisa jadi tertarik. Arissa dahulu bukan begini orangnya. Dari pada mula pertemuan, Arissa seorang yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi. Selalu memandang tepat ke mata orang yang dia sedang berhadapan. Seorang yang bersuara lantang walaupun dia tahu dia sedang menegakkan benang yang basah. Namun wanita yang ini, seorang yang lemah lembut, pemalu, pandai dan berani. Arissa pula seorang yang kasar dan mengambil sesuatu keputusan mengikut kata hati, dan sangat terburu-buru orangnya.

“Arissa, esok kata Adam kamu akan ke pejabat dan tunjukkan pelan perancangan kamu pada Fashionista?” tanya Puan Murni. Masa untuk menguji.

“Emm, ya Puan.. eh Mama.” Arlisa sedikit tersasul. Lalu dia terus menghadapkan wajahnya ke pinggan makan.

“Sejak bila pula kamu berminat tentang soal syarikat? Dulu tak pernah pun ambil tahu,” soal Puan Murni.

“Sejak Adam yang bagitahu saya. Dia cakap Fashionista dah kurang digemari.”

“Mama, you’re going tomorrow?” Adam mencelah.

“Yes I’m going.”

Puan Murni melirik pada Arlisa. Kita tengok nanti. Adakah telahan aku benar atau tidak?

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.