Home Novel Cinta DINDA CINTA KANDA
DINDA CINTA KANDA
Nur Insyirah
17/3/2014 16:59:57
81,680
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15

“So what’s up?” soal Tengku Faiq ringkas apabila dia kembali ke ruang tamu setelah menukar pakaian yang telah basah.

“Nothing. Saja drop bylawat kau. Kata dapat MC, tapi tak sangka dapat tengok scene keluarga bahagia pulak ya, Farel.”

Usikan Mus membuatkan Tengku Faiq membuntangkan matanya. Farel di hadapannya hanya ketawa. “Merepek apa kau ni, Mus? Kau orang dari mana ni?”

“Dari ofislah. Baru lepas meeting tadi. Sampai aje ofis pagi tadi, May cakap kau dapat MC. Aku call handphone kau tak berjawab. BBM pun tak reply. Itu yang kami datang,” ulas Farel.

“Oh maaflah tak dengar pun bunyi handphone. Ada kat ataslah tu. Apasal tak callnombor rumah je?”

Bicara mereka terhenti apabila Adif datang membawa sedulang air dan kuih kering.

“Jemputlah minum,” pelawa Adif ringkas setelah menghidangkan air yang dibawa.

“Macam mana nak sedar kalau tengah diulit bahagia...” balas Mus separuh berbisik apabila Adif berlalu semula ke dapur.

“Mus!” jerit Tengku Faiq sambil membaling kusyen kecil di sebelahnya.

Mus hanya tergelak sambil menyambut kusyen kecil yang menuju ke arahnya. Farel hanya menggeleng melihat ragam rakan-rakannya.

“Macam budak-budak. Kau pun satu Mus tak habis-habis nak usik dia. Biarlah orang tengah bahagia... Yang kau tu bila lagi? Aku tak lama dah, Faiq pun dah selamat. Tinggal kau aje yang membujang.” Kata-kata Farel disambut dengan ketawa kuat Tengku Faiq.

“Entah-entah kau ni gay tak?” Giliran Tengku Faiq pula menggiat.

“Baik sikit cakap tu. Nanti silap-silap ada yang kena hentak ni,” ugut Mus sambil mengangkat buku lima. Namun kata-katanya hanya disambut dengan gelak tawa kedua-dua sahabatnya.

“Alah... itu pun nak emo. Rilekslah.” Farel cuba meredakan keadaan. Tahu sangat gurauan mereka yang ada kalanya kasar.

“Kau ni apa kes sampai MC ni? Selalunya payah betul nak cuti? Yang tangan berbalut tu apahal?”

Soalan Mus hanya disambut dengan sengihan kecil. Namun, tiada jawapan yang diberikan. Tangan kirinya menggamit-gamit ke arah anaknya apabila melihat si kecil itu telah siap menukar baju. Rambutnya juga telah disikat rapi siap bereben bunga-bunga lagi!

‘Ini kerja Adiflah ni,’ getus hati kecilnya.

“Salam dengan uncle, sayang...” suruh Tengku Faiq apabila anaknya telah berada dalam pangkuannya.

Akur dengan arahan babahnya, Tengku Auni tunduk menyalami kedua-dua sahabat babahnya lalu kembali duduk di pangkuan babahnya.

“Babah... mama cakap jangan lupa makan ubat.”

Polos bicara Tengu Auni menggamit tawa kedua-dua sahabatnya. Tengku Faiq hanya tersenyum.

“Baiknya mama...” ujar Mus seolah-olah mengejek Tengku Faiq yang selama ini begitu membenci kehadiran Adif dalam hidupnya. Alih-alih, wanita itu juga yang menjaga kebajikan dirinya.

“Sibuk aje mengata aku. Sikit aje luka. Aku tertusuk gelas pecah semalam. Kena jahit sikit sebab luka dalam,” terang Tengku Faiq ringkas.

“Amboi, gurau kasar dengan bini kat dapur ke sampai luka-luka bagai?” giat Mus mengusik. Air teh yang dihidangkan oleh Adif diteguk perlahan. Matanya menangkap riak sabahatnya yang kelihatan selamba.

“Mengada-ngadalah kau ni. Tak sengaja pun,” balas Tengku Faiq. Enggan mengulas panjang komen temannya kerana bimbang disalah erti sedangkan hatinya tidak punya apa-apa perasaan terhadap isterinya.

“Whatever. Apa yang kami nampak tadi rasanya a good improvement for you to move on. Cubalah spend quality time together.Buka hati kau untuk dia Faiq.” Farel cuba member nasihat setelah sekian lama menjadi pemerhati dan mendengar segala keluhan sahabatnya mengenai perkahwinan barunya itu.

“Auni sayang, pergi tolong mama kat dapur ya? Babah nak bincang dengan uncle.”

“Okey babah!” Tengku Auni patuh.

Tengku Faiq melihat anaknya yang berlari-lari kecil menuju ke dapur. Pandangannya dihalakan pula ke arah sabahatnya. Keluhan kecil dilepaskan.

“Entahlah... hati aku payah nak terima dia. She’s something. Weird and mysterious.Hati aku masih belum terbuka untuk orang lain walaupun dia tu dah sah jadi isteri aku. Biarah masa yang tentukan.”

Kata-kata Tengku Faiq membuatkan Farel dan Mus berpandangan sesama sendiri dan mengangkat bahu. Sudah berbuih mulut mereka memberikan nasihat, namun hati sahabat mereka itu terlalu keras. Cintanya seolah-olah tersemadi bersama-sama jasad arwah isterinya, Maisara!

“Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kau, Faiq. Cuma aku harap kau tak bazirkan masa dengan meratapi pemergian arwah saja. Dah bertahun-tahun dia pergi... Hidup mesti diteruskan. Permata dah ada di depan mata tu jangan disia-siakan, kelak kau akan menyesal.” Panjang lebar ucapan Farel, namun hanya disambut dingin oleh Tengku Faiq. Reaksi biasa bagi mereka apabila membicarakan soal hati dan perasaannya.

“Dahlah, jom gerak. Aku ada lunch-meeting dengan klien kejap lagi,” ujar Mus memecahkan suasana yang bertukar hambar.

“Okey Faiq, kami gerak dulu.”

Tengku Faiq hanya mengangguk dan menyalami sahabat-sabahatnya sambil menemani mereka hingga ke pintu.

“By the way, thanks for coming Mus, Farel,” ucap Tengku Faiq sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya.

“Alah... geli pulak aku dengar Faiq touching. Macam tak biasa pulak.” Usikan Mus disambut dengan tumbukan kecil di bahunya.

Tengku Faiq hanya tersenyum melihat kereta Nissan Murano hitam milik Mus yang makin hilang daripada pandangan. Senyumannya masih bersisa ketika masuk semula ke rumah, mati serta-merta apabila terpandangkan isterinya yang sedang mengemas cawan-cawan yang digunakan tadi.

Pandangannya bersatu dengan Adif yang nyata kaku tiba-tiba apabila melihat dirinya. Tengku Faiq segera melarikan pandangannya dengan menuju ke tangga dan terus menghilangkan diri ke bilik.

Adif terduduk di sofa. Termangu seketika. Perasaannya bergetar. Antara sebak, sayu, dan geram. Semuanya bersatu. Diadun sebati di dalam hatinya.

‘Awak... pandanglah saya sebagai isteri awak... Berilah saya peluang untuk menjadi isteri awak demi kebahagiaan Auni. Sara... aku cuba, Sara... Aku cuba...’ rintih hati kecilnya.

Previous: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.