Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
120,703
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Bab 19

Dia tarik nafas lega apabila lelaki itu sudah keluar ke balkoni bilik resort ini. Lelaki itu menakutkannya. Entah lelaki jenis apa dia itu? Berkali-kali dia rasa mahu mati. Nasib baik telefonnya berbunyi. Kalau tidak dadanya tidak berhenti berdegup kencang seperti tsunami mengganas. Kalau sering begini, dia rasa dia harus cepat mati!

Argh! Dia belum mahu mati seawal ini. Banyak rencana dalam kerjayanya yang belum dicapainya. Sekurang-kurangnya jika rumahtangganya gagal, dia masih ada kerjaya yang kukuh dan berjaya. Tetapi jika kedua-duanya dia gagal, dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Sungguh menyakitkan mengingati semua yang baru berlaku pantas dalam hidupnya ini!

Dia terkenang Indra Roslan seketika ini. Kasihan sungguh dia dengan lelaki itu. Bagaimana dengan perasaan kawan sekerjanya itu apabila mengetahui dia sudah kahwin? Ah, Indra Roslan seperti sudah terpahat nama itu di hatinya. Namun dia tidak dapat memahat terus nama itu di hatinya. Dia sudah bersuami. Lainlah kalau suaminya ini kelak membuangnya. Kalau lelaki itu sudah membuangnya, dia tidak akan dapat buat apa-apa. Dia terpaksa reda dengan apa yang berlaku!

Ah, kasihan pula dia. Takkan ada lelaki yang sudi memungut dirinya setelah diceraikan oleh Syed Muhammad Budriz ini! Malang sekali nasibnya! Memang malang. Namun dia tidak mahu memfokuskan nasib malang ini dalam dirinya. Dia mahu menjadi setabah Mahatma Gandhi mengharungi pelbagai cabaran. Dia mahu setabah manusia-manusia tabah di dunia ini dan bukannya terus sahaja tersungkur jika mendapat dugaan sekecil ombak biasa!

Kini, dia harus menukarkan dengan nama lain dengan secepatnya. Lelaki lain sudah menikahinya. Apatah lagi kalau suaminya tahu apa yang terjadi kepada hatinya sejak bertemu dengan Indra Roslan selama ini. Ah, betapa sebuah kekecewaan terlalu bertapak di hatinya kini. Dia menarik nafas lega apabila lelaki itu keluar bercakap di telefonnya.

Ah, dia sempat menangkap ke anak mata Indra Roslan ketika dia pergi tadi. Dia tahu ada kekecewaan juga di mata itu. Dia sempat menyingkir perasaan itu seketika. Namun dia dua puluh kali ganda berasa kecewa. Kecewa dengan pertemuan mereka yang tidak disangkak itu. Kecewa dengan kedatangan suaminya yang juga tidak disangka itu dan kecewa dengan paksaan suaminya. Ah, memang berganda-ganda kecewanya sepagi ini. Kalau lah lelaki itu tahu. Maksudnya kalau Indra Roslan tahu akan hatinya.

Tetapi apa yang lebih mengecewakannya apabila dia tidak sempat bertanya kepada lelaki itu tentang aktivitinya selama ini. Hampir tiga bulan dia tidak melihat lelaki itu di pejabatnya. Para mahasiswa pun sering mencari-carinya untuk menyiapkan tesis mereka. Namun dia tidak tahu apakah jawapan kerani mereka. Dia sendiri pun hampa setiap kali bilik lelaki itu kosong dan sentiasa berkunci. Kosong. Tetapi di resort ini dia bertemu pula dengan lelaki itu. Kenapa setelah dia menikah, baru dia berpeluang bertemu dan berbicara dengan lelaki ini secara empat mata? Ah, benar-benar dia hampa!

Kenapa dia tidak tanya ke mana lelaki itu selama ini? Setiap kali mesyuarat juga mukanya tidak pernah muncul. Adakah dia bercuti? Atau menjalankan kajian lain? Dia tidak tahu. Dia memang tidak sempat bertanya kepada lelaki itu. Kalau dia sempat alangkah baiknya.

Tetapi bagaimana dia hendak melepaskan dirinya daripada lelaki ini setelah pertemuannya dengan Indra Roslan tadi? Bagaimana dia akan balik ke biliknya, mengemas biliknya dan pergi ke resort lain yang tidak melibatkan lelaki yang sudah sah menjadi suaminya ini. Haruskah dia berterus-terang? Haruskah dia memberitahu suaminya itu yang dia memang tinggal di resort ini dan mahu kembali ke biliknya?

Apa yang akan lelaki itu cakap nanti? Pasti melantun lagi kata-kata sinisnya kepadanya. Dia pasti, dia bukan berburuk sangka tetapi dia seperti dapat mengagak apa yang akan lahir dari mulut lelaki sekacak Remy Isyak itu. Tetapi bagaimana dia hendak pergi dari lelaki ini seperti mana dia melepaskan dirinya sewaktu hari pertama pernikahan mereka? Akan adakah lagi peluang itu? soalnya.

Telefonnya berbunyi. Dia cepat-cepat masuk ke bilik air yang sangat besar mengalahkan biliknya di kampung itu. Ini baru bilik resort. Belum bilik air di rumah suaminya ini. Kalau bilik air di rumahnya dia belum tahu bagaimana besarnya lagi.

“Helo, assalamualaikum,” katanya separuh berbisik. Lelaki itu masih di luar namun dia tidak mahu lelaki itu mendengar perbualannya dengan kawan baiknya ini.

“Wa, macam mana majlis perkahwinan kau, berjalan dengan lancar?” soal Rosnah dengan suara yang ceria. Dia sahaja yang begitu sedih dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Namun takkan dia hendak memberitahu mengenai kepedihan yang menimpa hatinya seketika ini. Ah, tidak mungkin. Tidak mungkin dia akan kongsikan di talian resahnya ini. biarlah dia sendiri menghadapinya.

Rosnah yang sedang sibuk dengan para pelajar dan pelajarannya sendiri tidak harus diganggu. Biarkan Rosnah mendaki tangga kerjayanya dengan cemerlang. Dia berdoa akan kejayaan kawan baiknya itu. Dia juga kelak ingin menjadi seperti Rosnah, yang hebat dalam kerjayanya.

“Lancar lah juga Rosnah, ok dah selesai semuanya. Syukur alhamdulillah,” jawabnya perlahan. Terasa sebak membuku di dadanya. Namun dia mahu memberitahu kegembiraannya tetapi perasaannya sukar dipaksa-paksa. Betapa sukarnya berpura-pura.

“Kau macam sedih? Kenapa suami kau ok tak?” soal Rosnah seperti dapat menangkap apa yang berlaku kepada dirinya. Apa yang dia mahu jawab?

“Eh suami aku ok ape? Kenapa aku nak sedih? Eh, tak kami ok aje. Jangan bimbang! Nanti aku kenalkan dia kat kau ya!” tersasul-sasul cakapnya. Nasib baik di telefon. Kalau berdepan entah bagaimana dia hendak menerangkan kepada Rosnah apa yang berlaku kepada dirinya. Memang haru mereka berdua.

“Oh kalau ok tak pelah, aku hanya tanya aje. Takut kau tak selesa dengan suami kau maklumlah kamu baru aje kenalkan,” kata Rosnah membetulkan persepsinya. Dia mengakui dia memang baru sahaja mengenali suaminya. namun sebagai isteri, dia wajib menyayangi suaminya. memang dia seakan jatuh suka dan hampir jatuh cinta kepada suaminya sendiri. Namun dia tidak mampu melafazkan perasaannya kepada lelaki itu. lelaki itu terlalu ego baginya. Kalaulah Rosnah tahu kisah hidupnya, alangkah tragisnya.

“Ya, selesa memang tak selesalah kan Rosnah tetapi aku kena biasakan diri dengan suami aku tu! Kan kami sudah suami isteri,” katanya membetulkan suasana yang berlaku antara mereka suami isteri. Kalau Rosnah tahu hakikat yang sebenar, Rosnah pasti akan pengsan! Apatah lagi kalau Rosnah tahu mereka bertemu di restoran di resort ini. aduhai, ngeri dia rasa!

“Kau kenalah pandai jaga hati suami kau tu Nuha. Aku takut kau tak biasa sebab aku kenal kau, kau tak pernah ada kawan lelaki,” kata Rosnah pula. dia ketawa di hujung kata-kata Rosnah. Memang dia tidak pernah ada kawan lelaki tetapi dia mudah perasan. Dia perasan Indra Roslan menyukainya seperti mana dia menyukai lelaki itu. alangkah tragisnya sekali lagi. Tetapi dia sudah insaf. Sejak dia sah menikah dengan suaminya, dia sudah mula menutup pintu hatinya kepada lelaki lain. Dia sudah mencintai suaminya dan menerima lelaki kacak itu seperti mana adanya. Itu janjinya dan ajaran emaknya.

“Ya betul juga tu Rosnah. Aku memang masih segan-segan kat dia.” katanya. Ah, hampir sahaja diperkosa tadi. Ah, bukan diperkosa kalau suami isteri namanya. Cuma dia belum rela, tahu?

“Bila kau turun kerja? Esok lusa?” soal Rosnah. Dia menggaru kepala. Memang dia cuti dua minggu dan pihak pentadbir sudah meluluskan cutinya. Tetapi entahlah, bagaimana akhir pertemuan mereka kali ini. kalau boleh ini adalah pernikahan dan perkahwinannya yang pertama dan terakhir. Dia tidak mahu ada kedua atau ketiganya. Tetapi kenapa hubungan mereka nampak goyah?

“Belum lagi Rosnah, aku akan cuti lagi dalam seminggu ni. Cuti aku dua minggu!” katanya memberitahu Rosnah. Entah ke mana lagi dia selepas ini. entah ke mana suaminya akan membawa dia selepas ini. Entah apa yang akan berlaku kepada dirinya selepas ini pun dia tidak tahu. Entah bagaimana nasibnya selepas ini lagilah dia tidak mampu hendak mentafsirnya. Apa yang dia tahu dia rindu emak dan ahli keluarganya yang lain.

“Wah, banyaknya cuti kau! Aku ni bukan apa, aku rasa sunyi. Kawan-kawan lain tu bukannya lekat di rumah. Ada-ada sahaja aktiviti mereka! Tu yang aku tinggal sendirian di sini,” kata Rosnah yang memberitahunya perkara sebenar. Dia faham akan keadaan Rosnah.

“Aku faham juga. Tapi memang aku cuti sampai minggu depan. Kau sabar dulu lah ya! Kau kan selalu sibuk! Kau sibukkanlah diri kau di pejabat! Buat aktiviti dengan student kau!” katanya kepada Rosnah. Rosnah ketawa. Dia turut ketawa. Rosnah memang tenaga pengajar yang cekap dan lincah. Dia memang senang dengan kawannya yang agak rajin dan sungguh komited dengan kerjayanya. Dia sendiri mencontohi kawan baiknya ini. namun dia tahu dia tidak sebaik Rosnah.

“Eh, macamlah kau akan balik di sini nanti! Mesti kau akan tinggal di rumah suami kau kan? Alamak aku lupalah Wa!” kata Rosnah pula. terdengar ketukan di pintu bilik air. Dia pandang wajahnya melalui cermin. Tercermin wajahnya yang agak pucat ketakutan mendengar ketukan tiba-tiba itu. semakin kecut hatinya.

“Oklah Rosnah, aku tak tahu aku nak tinggal kat mana! Suami aku pun belum balik lagi. Nanti kami akan bincang di mana kami akan tinggal. Kita akan jumpa nanti. Bye, Rosnah! Assalamualaikum!” katanya mematikan telefonnya. Dia takut suaminya sudah mencarinya. Alamak, kenapa lagi lelak ini mengetuk pintu bilik air ini? bukankah di bahagia depan sana ada bilik. Kenapa bilik air ini juga yang dia mahu? Soalnya.

“Cepat buka! Sebelum aku masuk dengan kunci pendua ni!” ugut Syed Muhammad Budriz mengugut dia di pintu bilik air ini. Sakit hatinya tiba kembali di hatinya. Perlahan dia buka pintu. Terjengul wajah kacak menakutkan itu. dia pula seperti ternampak hantu pula. mukanya memang pucat. Kalau ditoreh pasti tidak berdarah.

“Ada apa?” soalnya memberanikan diri menentang mata lelaki itu. Kepalanya masih bertuala.

“Bagus, aku nak kau mandi dengan aku.” Bulat mata bundarnya ini. Kenapa pula dia kena mandi? Dia sudah mandi tadi di biliknya ini. ah, lelaki ini memang suka buat onar kepadanya. Malah cepat pula berubahnya dia. alangkah baiknya kalau lelaki ini tidak melihat dia dengan Indra Roslan pagi tadi. Dia tidaklah sesusah ini!

“Tak boleh bang. Abang, lepaskanlah saya. Saya err sebenarnya saya ada bilik di tingkat tujuh. Semalam saya check inkat sini. Jadi, izinkan saya kemas barang-barang di situ kalau benar abang nak saya pindah ke bilik ni!” katanya terpaksa berterus-terang sebelum lelaki ini membawa dia mandi di bilik air besar ini. Terbuntang mata kuyu lelaki itu. Mungkin terkejut dengan pengakuannya dan sekaligus permintaannya. Malah dia takut pula pelbagai andaian akan dikatakan kepadanya nanti. Ah, lagi-lagi dalam kepalanya ada Indra Roslan! Aduhai!

“Oh awak ada bilik kat sini? Awak dah tidur dengan kekasih awak semalam ya? Awak dah janji dengan dia rupanya! Patutlah nampak sangat bahagianya! Sepatutnya kita yang bahagia!” seperti bertempik suaminya ini di depannya. Dia menggeleng beberapa kali. Dia menutup mukanya dengan tangannya. Tidak mungkin dia akan tidur dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Dia belum habis iman lagi hendak tidur dengan lelaki lain selain suami dan adik beradik lelakinya! Ah, kenapa lelaki di depannya tergamak menuduhnya?

“Tak bang! Tak, kami tingggal berasingan bang! Tak tahu pun dia tinggal kat sini! Saya tak tahu pun dia ada kat sini bang! Percayalah saya bang! Saya tak pernah bohong! Izinkan saya bang! Saya nak ambil beg da check out!” katanya terketar-ketar. Wajah suaminya sudah seperti serigala yang hendak melawan musuhnya. Alangkah takutnya dia kepada lelaki ini.

“Bagus! Abang akan temankan awak pergi ke bilik awak! Mana tahu ada kekasih awak kat sana!” kata lelaki itu. nasib baik lelaki itu melepaskan tangannya di kepalanya. Kalau tidak, memang dia sudah mahu mati tadi. Beg tangannya di dalam almari di keluarkan. Kasutnya pula berdekatan dengan pintu. Dia lega. Dia ingat beg tangannya sudah hilang. Beg tangan berjenama Chanel itu baru dibelinya beberapa bulan lalu. Hadiah perkahwinannya tidak sempat dibuka. Mungkin masih ada di biliknya. Perlahan dia menyiapkan dirinya. Lelaki itu hendak menemaninya keluar ke biliknya di tingkat tujuh. Syukurlah!

“Mana ada bang! Kalau nak tuduhpun agak-agaklah!” katanya agak marah. Lelaki itu dijelingnya. Ah, kantoi! Lelaki itu turut memandangnya. Dia cepat-cepat menundukkan pandangannya.

“Pandai pula marah!” kata lelaki itu. dia semakin marah. Tangannya diraih perlahan apabila mereka keluar dari bilik itu.

“Lepaslah bang!” katanya menarik tangannya dari lelaki itu. dia tidak selesa berpegangan tangan dengan lelaki. Tangannya sejuk macam ais. Lelaki ini mahu menunjukkan sikap prihatin kepadanya. Alangkah malunya dia.

“Nak lepas? Kalau awak lari siapa yang susah?” soal lelaki itu. dia tidak akan berniat hendak lari daripada suaminya sendiri.

“Siapa nak lari?” soalnya pula. dia marah kalau dituduh yang bukan-bukan. Dia pun ada maruah diri. Dia tidak akan sesekali hendak melarikan dirinya.

“Awaklah!” katanya. Akhirnya mereka masuk ke dalam lift dan kedua-dua mereka mendiamkan diri.

“Buat apa saya nak lari!” katanya. Lelaki itu masih mengejapkan pegangannya. Mereka bergerak ke lift seperti sepasang kekasih. Suaminya mengejapkan tangannya di pinggang kecilnya. Kalau dia ada kuasa menghilangkan diri, dia mahu menghilangkan diri dari mata kuyu lelaki ini! Tetapi apalah kekuatannya!

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha