Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,139
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Bab 14

Lelaki ini memang sudah gila. Apa lagi alasan yang hendak dia berikan agar dia dapat meloloskan diri daripada lelaki ini? Dia tidak mahu dibawa ke bilik lelaki ini. Dia sudah ditarik macam kerbau. Dia menguatkan kakinya menjejakkan ke lantai simen itu.

“Jangan tarik tangan saya lah bang! Sakit tahu tak? Malulah orang nampak!” katanya marah kepada lelaki ini. Lelaki ini bertambah menguatkan lagi pegangannya. Sakit hatinya.

“Apa nak malu! Kita kan suami isteri.” Kata lelaki itu seperti cuba mengusiknya. Lelaki itu masih memandangnya dengan pandangan yang cukup tidak disukainya.

“Suami isteri apa? Abang kan nak kita tinggal asing-asing! Buat apa abang nak bawa saya ke bilik abang? Ini sudah melanggar perjanjian!” soalnya mengembalikan paku buah keras. Lelaki itu berhenti dan memandangnya dengan tajam.

“Tinggal asing-asing? Melanggar perjanjian?” soal lelaki itu. Dia angguk. Dia sudah terima pernyataan tinggal asing-asing itu. Kenapa pula lelaki ini hendak membawa dia pergi ke biliknya? Soalnya masih berdebar-debar. Sakit hati pun ada.

“Oh nak tinggal asing-asing ya?” soal lelaki itu. Dia angguk. Ada kegembiraan dalam hatinya.

“Ya, kan awak suka kalau kita tinggal asing-asing?” katanya pula. Menyengih lelaki itu. dia pula yang semakin benci kepada suaminya ini. Ah, suami apa begini! Mungkin ini suami zaman moden. Oh, tidak. Harap-harap tidak!

“Oh supaya senang awak nak berjumpa dengan kekasih awak tadi tu kan? Memang pandai betul akal awak kan! Awak memang cerdik!” perli suaminya itu. Bertambah sakit hatinya menerima tuduhan begitu.

“Jangan nak tuduh-tuduh sembarangan ya. Saya bukannya macam abang!” suaminya semakin memandangnya dengan pandangan tajam. Dia menundukkan pandangannya.

“Kenapa pula macam abang?” soalnya. Lidahnya kelu. Apa yang dia tahu mengenai suaminya ini? Apa yang dia tahu mengenai lelaki ini? Ah, sesak nafas dia. Dia terlalu harapkan ibu bapanya dalam menentukan jodohnya. Apa yang dia tahu? Ah, apa? Cakap? Ah, dia semakin kelu. Tetapi apa yang dia tahu lelaki ini ahli perniagaan. Tetapi niaga apa? Dia sebagai apa di syarikat tempatnya berpaut itu? Huh, semakin menyampah dia direnung-renung mata galak macam singa jantan itu!

“Banyak kekasih!” lelaki itu ketawa. Itu sahaja jawapan yang mampu dia berikan. Tetapi di mana dia mendapat maklumat itu? siapa yang beritahu dia? Dia main agak-agak. Aduh, matilah dia oleh lelaki ini. Kalau benar sangkaannya tidak apa! Kalau tak benar, naya dia!

“Mana ada abang banyak kekasih!” kata suaminya itu. lelaki itu sudah mendekatinya semula dan memegang tangannya. Mengucupnya perlahan dan memegang bahunya. Eh, apa lelaki ni hendak buat kepadanya? Semakin bergalau benaknya memandang tingkah lelaki ini yang semakin songsang dan menyakitkan matanya.

“Lepaskan tangan saya.” Pintanya lagi. Lelaki itu terus menarik tangannya, menggenggamnya dengan erat.

“Jangan banyak cakap! Kita bincang dalam bilik abang!” kata lelaki itu dengan tegas. Dia terus ditarik menuju ke tingkat berapa entah! Dia malas mahu memikirkan lelaki ini. Namun apa yang dia lihat, bilik lelaki ini di bahagian hujung.

Sebaik sahaja tiba di bilik suite itu dia terus dihumbankan ke tilam empuk saiz King itu. semakin meningkat takutnya. Namun dia tidak mahu berhenti menolak kemahuan lelaki itu. Tetapi siapa dia?

Previous: Bab 13
Next: bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha