Home Novel Cinta Salwa Maisara
Salwa Maisara
Putri Iman Nasuha
29/5/2014 23:45:35
119,010
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Bab 12

Terkocoh-kocoh Salwa Maisara turun ke cafe setelah bersiap ala kadar. Dia baru berasa lapar. Semalam dia langsung tidak makan. Sakit hatinya memikirkan suami yang baru dinikahinya. Bersuami rupanya bukannya menyenangkan, tetapi menyusahkan hidupnya pula. Seleranya hilang terpandangkan wajah suaminya yang agak masam dan marah-marah. Sayang sahaja wajah kacak macam pelakon Remy Isyak tetapi muka masam macam mangga muda! Pagi ini dia berasa agak lapar pula. Walaupun dia minum kopi yang disediakan di biliknya tadi, namun perutnya tetap tidak mahu bekerjasama dengan kemahuannya. Kemahuannya ialah tidur dahulu di biliknya itu.

Ketika dia masuk ke situ, dia terus sahaja terpandangkan Encik Indra Roslan. Tidak sia-sia dia menginap di resort itu. rupanya ada orang yang dikenalinya di situ. Sayang pula dia sudah kahwin, tak dapatllah dia nak tackle lelaki yang sama kerja dengannya itu. sedikit hampa dia tetapi dia ingat dia sudah menjadi isteri orang. Dia terpandangkan dengan orang yang dikenalinya.

Pertemuan dengan Indra Roslan, pensyarah kanan sekerjanya ada di resort itu. Dia gosok mata berkali-kali. Dia bagaikan tidak percaya. Dia bagaikan bermimpi! Apa yang dia buat di sini? Sedang berhoneymoon dengan isterinya ke? Bila dia kahwin? Setahunya lelaki segak itu belum kahwin.

Mata mereka bertembung. Lelaki itu terus melambaikan tangan ke arahnya. Sedikit agak terkejut dia. Setahunya lelaki itu pendiam. Hanya mata mereka sahaja yang berkata-kata. Hampir enam bulan mereka sebumbung tetapi mereka jarang bertegur sapa. Dia terpaksa mendekati lelaki itu setelah dia melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Lelaki itu sudah berdiri dan menarik kerusi untuknya. Eh, gentlemennya! Bisiknya.

“Assalamualaikum Encik Indra,” sapanya apabila lelaki yang sedang duduk di kerusinya itu sedang memandangnya dengan senyuman yang paling manis. Takkan dia hendak buang muka pula dengan lelaki yang sekerja dengannya? Dia terpksa tegur juga walaupun dia agak segan sebenarnya. Tambahan lagi dengan inai di jarinya.

“Walaikum salam, eh, Cik Salwa pun ada di sini? Cik Salwa buat apa di sini?” soal lelaki itu. bertubi-tubi soalannya. Mana satu yang hendak dijawabnya?

“Ya, ada lah ni dah di depan encik pun!” kata Encik Indra Roslan.

“Silalah duduk di sini.” Pelawanya. Salwa Maisara teragak-agak.

“Tak de orang marah?” Encik Indra Roslan tersenyum kambing.

“Mana ada! Kalau ada, tak de peluanglah Salwa!” jawabnya. Berdetak hebat jantung Salwa Maisara. Tidak disangkanya yang lelaki itu akan menyuarakan sesuatu yang di luar kemahuannya. Sayangnya dia sudah menjadi isteri orang.

“Terima kasih encik. Saya nak ambil makanan dulu.” Kata Salwa Maisara lalu segera berdiri.

“Ya silakan.” Katanya. Salwa Maisara terus bergerak menuju ke meja hidangan di bahagian nasi goreng dan aneka mee goreng.

“Ya sebentar lagi!” katanya. Dia terus mengambil nasi goreng dan ayam goreng dan duduk di depan Encik Indra Roslan. Dia berasa segan tetapi sudah terlanjur dia bercakap dengan ketuanya itu. Jika tidak, dia mahu sahaja duduk sendirian di meja yang agak tersorok. Dia tidak mahu duduk di depan lelaki itu namun dia tidak ada pilihan. Selepas mengambil makanan dia duduk semula di depan Encik Indra Roslan.

“Makan sikit aje?” soal lelaki itu.

“Tak, ini round pertama,” ucapnya. Encik Indra meneruskan makannya memakan mee goreng dan telur goreng mata lembu.

“Bagus! Makan lebih sikit! Badan awak tak naik-naik!” kata Encik Indra Roslan lagi. Dia angguk. Sebenarnya dia hendak makan semata-mata hendak mengisi perutnya yang agak lapar sahaja.

“His encik ni!” kata Salwa Maisara.

“Tak payah berencik-encik! Panggil Indra aje.” Katanya. Terkejut Salwa Maisara dengan panggilan itu. Dia berasa agak segan hendak memanggil nama lelaki itu.

“Ya encik err Indra. Panggil saya Salwa.” Kata Salwa Maisara. Encik Indra Roslan merenungnya pula. Alahai ini yang dia tidak suka. Dia terpaksa menundukkan pandangannya. Lelaki di depannya ini banyak merenungnya. Merenung pula meremangkan bulu romanya. Suaminya sendiri tidak pernah bernafsu merenungnya. Maklumlah dirinya ini tidak disukai oleh suaminya sendiri.

Dalam diam pula ada insan yang sedang leka memerhati dan tidak menyukai kerenah kedua-dua orang itu. Makan sambil bergurau senda. Sakit hatinya!

***

Suaminya ternampak Salwa bagaikan tidak percaya. Apa yang dia buat di sini? Bukan dia dh balik rumah? Kenapa dia di sini? Tetapi dengan lelaki lain? Oh, dia dah ada kekasih rupanya? Senang lah dia nak ceraikan nanti dan dia dah ada bukti pula. Harus!

Syed Muhammad Budriz terasa agak lapar pula. Perutnya agak berkeroncong. Tetapi kenapa jantungnya bagaikan berhenti berdegup dan marahnya memuncak melihat isterinya dengan kekasihnya sedang memadu asmara? Kekasihnya ke tu? Kenapa mesra sekali? Ketawa bersama dan jeling-menjeling? Memadu asmara ke tu? Benarkah dia tiada perasaan? Benarkah? Dia ego sekali. Dia banyak duit. Dia kaya. Dia banyak harta. Dia bukan tak kacak. Dia kacak. Sekali petik entah berapa yang berlri mengejarnya. Tetapi kenapa dengan gadis itu pula dia marah dan terasa diri terhina? Dia dipinggirkan? Aneh pula perasaannya ini?

Dia tidak terus makan atau mengambil tempat duduk. Jiwanya sudah mendidih bagaikan air mendidih di cereknya. Tetapi kenapa jiwanya mendidih sedangkan dia benci sungguh kepada perempuan yang sudah menjadi isterinya itu. Ah, dia tidak mahu maruahnya tercalar. Sementelah dia CEO di syarikat papanya. Kenapa dia perlu biarkan isterinya begitu? Aduhai!

“Eh, awak buat apa kat sini? Rupanya awak dengan kekasih awak! Patutlah nampak mesra dan bahagia!” kata Syed Budriz yang sudah berdiri di depan Salwa Maisara dan Indra Roslan. Terbuntang mata Salwa Maisara. Dia kehairanan kenapa lelaki ini ada pula di sini.

“A...wak... kenalkan ini bos saya...” gugup Salwa Maisara terus. Mata lelaki itu pula sudah macam singa lapar.

“Oh bos! Rupanya awak di sini dengan bos awak!”

“Encik, ini Syed Budriz...” kelu lidah Salwa Maisara hendak menyebut suaminya.

“Saya suaminya!” kata Syed Budriz memberitahu status mereka.

“Oh dah nikah rupanya. Tahniah! Maafkan saya kalau Puan Salwa datang dengan suami,” kata Encik Indra Roslan.

“Ya dia kebetulan turun awal sikit tadi. saya pula lewat sikit. Perut sakit!” kata Syed Budriz. Salwa Maisara gigit bibir. Lelaki ini sudah menipu dirinya sendiri. Benci sungguh dia.

“Mari ikut saya,” kata Syed Budriz yang sudah menarik tangannya. Salwa Maisara terpaksa mengikut lelaki itu dengan hati yang rela.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” soal Salwa Maisara. Dia ketakutan dan berasa benci kepada lelaki itu.

“Saya nak bawa awak ke syurga!” kata Syed Budriz yang benci dengan tingkah laku Salwa Maisara.

“Lepaslah! Sakit tahu tak!” kata Salwa Maisara menarik tangannya. Lelaki itu bermuka bengis. Tadi di depan Encik Indra Roslan, dia hanya pura-pura sahaja. Sakit hatinya. Mereka duduk di satu tempat yang tersorok. Entah di mana sudah Encik Indra Roslan. Dia berasa sangat sakit hati.

“Oh dah pandai menggatal rupanya! Rupanya dah ada janji dengan kekasih!” katanya. Semakin marak hati Salwa Maisara.

“Saya bukan menggatal! Kebetulan kami jumpa!” kata Salwa Maisara tidak senang dikata menggatal. Sakit hatinya.

“Oh bukan menggatal lah ya! Yang korang bersuap-suapan tu tak menggatal namanya?” asak Syed Budriz tidak puas hati. Sakit hatinya.

“Awak ingat bini awak rupanya ya!” perlinya dengan nada geram. Sakit hatinya.

“Ingat bini? Huh! Jangan harap!” katanya.

“Jadi? Kenapa awak nak tarik-tarik saya? Awak sudah memalukan saya!” kata Salwa Maisara dengan nada marah.

“Itu saya punya suka dan balasan untuk isteri yang curang!” katanya dengan tegas. Ada riak cemburu di wajahnya. Sakit hatinya.

“Awak kan tak mahu duduk sebumbung dengan saya. Apa maksudnya tu?” soal Salwa Maisara tidak mengerti apa yang suaminya mahukan. Dia tahu dia tidak laku di mata lelaki itu. Tetapi peristiwa sebentar tadi, dia tidak berniat hendak bertemu dengan mana-mana lelaki. Dia memang lapar. Hanya kebetulan dia bertemu dengan Encik Indra Roslan di sini. Dia tidak ada niat hendak menduakan suaminya walaupun seribu tahun lagi mereka duduk asing-asing.

“Tak duduk sebumbung tidak bermaksud awak boleh jumpa mana-mana kekasih awak!” tegas katanya.

“Dia bukan kekasih saya!” katanya mempertahankan diri.

“Kekasih atau bukan, kamu bukan muhrim kan! Kita tak apalah! Buat lebih-lebih depan orang pun dah sah!” buntang mata Salwa Maisara. Lelaki itu sudah berani buat muka gatalnya. Bencinya dia.

“Tak, awak tak boleh nak buat macam tu!” katanya mempertahankan dirinya.

“Saya ambil makanan dulu. Awak nak makan apa sayang,” Katanya lalu berdiri. Masam muka Salwa Maisara dipanggil sayang oleh lelaki itu. Bencinya meningkat.

“Tak nak, saya nak balik bilik!” katanya. Panjang mulutnya. Bencinya kepada lelaki itu.

“Tunggu abang. Kita akan balik sama-sama!” kata lelaki itu. Menggeletar tubuhnya mendengar ungkapan suaminya itu. Memang menyakitkan hatinya. Apa yang hendak dibuatnya?

Serba salah. Dia turut berdiri mengambil makanannya semula. Nasi gorengnya tadi belum habis dimakannya. Ah, kisahnya dengan Indra Roslan belum habis lagi. Teka-teki di mata lelaki itu pun belum terjawab lagi. Entah bilakah dia dapat bertemu dengan lelaki itu. Lelaki itu sangat sensitif dan sangat pendiam. Tadi bukan main mereka berbual-bual. Tetapi kedatangan suaminya mengganggu kelancaran perbualan mereka. Sakitnya hatinya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha