Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,532
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Bunyi jam loceng berbunyi, memecahkan kesunyian pada pagi itu. Telefon pintar dicapai perlahan untuk melihat masa pada ketika itu. Jam menunjukkan pukul tiga lima belas minit pagi. Zaarif membuka matanya lalu segera bangun. Dia bimbang bahawa dia akan tertidur semula memandangkan ada suatu perkara yang perlu dilakukannya. Dengan mata yang terpejam bersama tuala yang diletakkan di atas bahu, Zaarif berjalan perlahan ke arah bilik air yang terdapat di dalam rumahnya. Dia membuka suis lampu serta membaca doa sebelum menjejakkan kaki ke dalam bilik air dan mulai membersihkan dirinya.

Dengan rasa yang segar, dia keluar dari bilik air lalu membaca doa selepas mengambil air wuduk serta doa selepas menggunakan tandas. Zaarif tidak terus menuju ke arah bilik tidurnya malah dia menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya dengan beberapa gelas air. Setelah itu, dia mulai melangkah ke arah bilik tidur untuk mendekatkan dirinya kepada Allah. Dengan hati yang penuh berharap kepada Yang Esa, dia mulai membentangkan sejadah, berniat lalu mengangkat takbir. Dia menunaikan beberapa solat hajat serta berselawat, berzikir, beristighfar serta membaca beberapa helai Al-Quran.

Disebabkan kepenatan yang dialaminya semalam kerana bekerja sehingga jam dua pagi, Zaarif tertidur ketika dia sedang berselawat. Hanya audio selawat yang dipasang olehnya kedengaran di dalam rumah itu. Suaranya mulai tenggelam dan terus dihanyut mimpi.

Zaarif terbangun lalu menggosok perlahan matanya, dia melihat jam di telefon pintarnya yang menunjukkan jam lima pagi. Tiba-tiba, bahunya disentuh dari belakang. Kelihatan wajah insan yang pernah menarik perhatiannya pada suatu ketika sehinggakan mampu membuat dia tersenyum muncul di hadapan matanya. Dia mulai berganjak dengan laju akibat terkejut.

“Apa awak nak? Macam mana awak boleh masuk dalam rumah saya?” soal lelaki itu sambil matanya dihalakan ke arah lain. Dia tidak ingin melihat bahagian tubuh wanita itu yang terdedah. Dia juga ingin menjaga pandangannya biarpun jikalau wanita itu menutup keseluruhan tubuhnya dengan sempurna.

“Apa maksud awak ni? Awak lupa ke, saya ni isteri awak?” soal wanita itu hairan.

“Isteri?” soal Zaarif dengan penuh tanda tanya. Pandangannya masih tidak dihalakan ke arah wanita itu.

“Iyalah, saya kan jodoh awak jadi, saya lah isteri awak”

“Mustahil, bila masa saya berkahwin?” tangan kiri wanita itu mulai memegang dagunya lalu dibawakan ke tepi supaya mengahadap wajahnya. Apabila dia memandang sahaja wajah wanita itu,tiba-tiba tangan kanan wanita itu bergerak pantas ke arah wajahnya.

“AHHHHHHHH!!!” jerit Zaarif dengan sungguh kuat. Dia membuka mata buat kali kedua, kali ini dia mengelilingi rumah untuk mencari kelibat wanita itu malah dia turut menampar perlahan wajahnya untuk memastikan dia tidak bermimpi. Dia melihat ke arah jam dinding yang ada di rumahnya lalu menghela nafas lega.

“Dah pukul enam” Zaarif meraup wajahnya lalu menarik nafas berat.

“Astaghfirullah, Allahuakbar” Zaarif segera menuju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk dan segera menunaikan solat fardhu subuh. Dia beristighfar kepada Allah. Mimpi yang dialaminya pada hari itu, kerap bermain di fikirannya. Selama ini jarang untuk dirinya bermimpi namun kali ini, mimpi itu bukan sahaja mengacau fikirannya malah terasa seperti ia benar-benar berlaku.

Mujur ketika dia bekerja pada hari ini, dia mampu menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa memikirkan wanita itu walau sekali. Namun, ketika dia ingin melelapkan mata, dia sering terbayang akan kejadian itu dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka audio ayatul kursi yang ada di dalam telefon pintarnya. Akhirnya pada malam itu, dia tidur dengan sungguh tenang.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal