Home Novel Cinta Sabar Denganku
Sabar Denganku
Zulaikha Rizal
13/9/2021 00:01:31
52,622
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Ain merenggangkan badannya dalam keadaan berbaring dan mata yang masih terpejam. Apabila dia membuka mata, kelihatan wajah yang dikenalinya berada betul-betul di hadapan wajahnya.

“Assalamualaikum, selamat pagi Ain” ucap Zaarif penuh semangat. Ain menolak lembut muka Zaarif dan terus menukar posisinya kepada menyandar pada dinding katil.

“Apa pagi-pagi ni, ustaz?” soal Ain sambil menggosok matanya.

“Kita kena mulakan hari kita dengan semangat, Ain. Barulah kita segar sentiasa” tutur Zaarif sambil membuat beberapa gaya tangan untuk menunjukkan bahawa dia sungguh bersemangat pada hari itu.

“Dah pukul berapa?” soal Ain dalam keadaan matanya masih terpejam.

“10 pagi dah” jawab Zaarif selamba. Ain mencelikkan matanya luas dan terus menuju ke arah bilik air.

“Kenapa ustaz tak kejut saya. Saya dah lambat tau” bebel Ain di dalam bilik air. Dalam pada itu, kedengaran bunyi pancuran air. Zaarif keluar dari bilik lalu duduk di kerusi meja makan yang agak dekat jaraknya dengan bilik air. Zaarif mulai berfikir. Lambat?

“Ain lambat untuk apa? Saya takt ahu apa-apa pun” soal Zaarif. 

“Ustaz mestilah nak makan. Saya pula tak sediakan, siap bangun lambat lagi” tutur Ain dalam bilik air. Suara itu kedengaran sedikit bergema.

Zaarif tersenyum kecil. Dia tidak menyangkan bahawa Ain prihatin terhadap dirinya.

“Saya ada belikan untuk kita sarapan. Ain janganlah risau. Saya pun dah alas perut sikit tadi lepas subuh. Saya minum dengan kawan-kawan saya dekat warung” suara Ain mulai menghilang. Baru sahaja Zaarif ingin kehadapan untuk menonton televisyen, langkahnya terhenti.

“Ustaz!!!” jerit Ain dalam nada yang terarah kepada memanggil lelaki itu. Zaarif mendekati pintu bilik air.

“Kenapa Ain?” soal Zaarif lembut.

“Ambilkan saya tuala, saya lupa bawa” ujar Ain selamba. Zaarif tersenyum lagi dan terus menuju ke arah bilik untuk mengambil tuala. Setelah agak lama, Zaarif kembali dengan tangan kosong.

“Ain, mana awak letak semua tuala? Saya tak jumpa. Yang ada, tuala saya pakai sekarang” tutut Zaarif.

“Ada dekat laci bawah, sebelah kanan” Zaarif menuju semula ke arah biliknya. Seperti yang dikatan oleh Ain, Zaarif membuka laci di bawah dan kelihatan semua tuala yang telah dilipat dikumpulkan di situ. Zaarif mengambil sehelai tuala dan terus menuju semula ke arah bilik air. Kelihatan Ain telah pun menghulurkan tangannya. Tanpa ragu, Zaarif meletakkan tuala di atas tapak tangan wanita itu dan melangkah ke arah ruang tamu.

Baru sahaja beberapa minit berlalu, kelihatan Ain telah datang ke arah Zaarif dan duduk bersebelahannya. Zaarif hanya memandang Ain sekilas dan menumoukan semula perhatiannya kepada televisyen.

“Ustaz dah makan?” soal Ain.

“Belum, saya tunggu Ain” tutur Zaarif tanpa memandang Ain. Tangan Zaarif digenggam kemas oleh Ain. Zaarif memandang ke arah Ain.

“Kalau macam itu, jom makan. Saya dah lapar. Sebelum saya makan ustaz, baik pergi sekarang” Ain berdiri lalu menarik tangan Zaarif. Zaarif segera mencapai alat kawalan jauh dan mematikan televisyen dan terus mengikuti langkah Ain.

‘Ganas betul, ni kalau kena makan betul-betul tadi mahu aku tinggal sisa’ gurau Zaarif sendirian di dalam hati. 

Ain melepaskan genggamannya dan mengambil sudu yang telah sedia ada diletakkan di atas meja makan. Ain membuka bungkusan nasi lemak dan ingin menyuapkan di dalam mulut. Hampir sahaja suapan itu mendarat di dalam mulut Ain, kedengaran Zaarif membacakan doa. Serta merta pergerakan Ain terhenti lalu meletakkan sudu dan turut menadah tangan. Zaarif tergelak kecil dek kerana perlakuan Ain. Selesai membaca doa, mereka berdua mulai menikmati makan malam.

“Ain, barang dapur dah nak habis tak silap saya. Saya cadang nak pergi beli petang ni” tutur Zaarif. Ain mengangkat muka memandang Zaarif.

“Saya nak ikut” ujar Ain penuh semangat.

“Boleh, nanti lepas Zohor kita pergi” Ain mengangguk dan meneruskan suapannya.


“Ustaz, saya dah siap” tutur Ain yang berdiri betul-betul dihadapan Zaarif. Zaarif yang duduk menyandar pada sofa terus menegakkan badannya. Kelihatan Ain mengenakan skinny jeans, baju berlengan pendek berwarna kelabu dan rambutnya dilepaskan. Zaarif menarik lembut tangan Ain lalu menepuk sofa menandakan meminta supaya Ain duduk bersebelahan dengannya. Tanpa persoalan, Ain hanya menurut.

Zaarif memandang wajah Ain dengan penuh rasa bersalah. Zaarif menarik nafasnya dan menghembuskannya dengan debaran yang disertakan. Zaarif memandang tepat ke arah mata Ain.

“Ain, Ain tahu kan aurat seorang wanita itu dari mana hingga ke mana?” soal Zaarif lembut. 

“Tahu” jawab Ain sepatah yang masih tidak tahu apa yang ingin disampaikan oleh Zaarif. Zaarif mengangguk kepalanya sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, bagus isteri saya” Zaarif megumpulkan semangatnya sekali lagi.

“Jujur saya cakap, saya tak nak paksa Ain dalam urusan menutup aurat tapi kita kan orang Islam. Kita ada agama, kita ada Tuhan dan kita ada suruhan Tuhan yang kita perlu patuh. Macam itu juga dengan menutup aurat” tutur Zaarif lembut. Ain mulai dapat menangkan apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Zaarif. 

“Tapi ustaz, saya tak sedia untuk buat semua tu. Kalau saya nak buat semua tu kan saya kena ada semangat yang kuat tapi saya tak ada. Islam tak memaksa kan?” Zaarif tersenyum.

“Saya faham, susah untuk Ain terus sedia dalam masa yang sangat singkat dan betul Ain kena ada semangat yang kuat. Ain, Islam tidak memaksa bukanlah untuk umat Islam, tapi untuk orang yang beragama lain. Sama ada mereka nak masuk Islam atau tak, itu bukan paksaan tapi bila kita dah jadi umat Islam, kita kena paksa diri kita untuk ikut suruhan Allah” entah mengapa, Ain menjadi bengang dengan kata-kata Zaarif.

“Kalau macam tu, ustaz pergilah ceramah dekat orang lain juga. Bukan saya seorang saja” Ain terus berdiri dan ingin menuju ke arah bilik. Zaarif yang melihat keadaan itu, mengikut langkah Ain.

“Ain, dengarlah sekejap” tutur Zaarif lembut. Baru sahaja Zaarif ingin masuk ke dalam bilik, pintu dihempas kuat dari dalam. Mujur Zaarif sempat mengelak jika tidak, pasti hidungnya menjadi mangsa. Zaarif mengetuk pintu perlahan.

“Ain, dengarlah sekejap apa saya nak kata” Zaarif menghentikan ketukan dan bersandar pada dinding bersebelahan dengan pintu bilik mereka.

“Saya harap Ain dengar” 

“Ain, bukan niat saya untuk memaksa Ain. Saya cuma nak yang terbaik untuk Ain. Ain, sejak saya melafazkan akad di hadapan keluarga Ain dan keluarga saya, saya dah berjanji dengan diri saya bahawa saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami. Salah satunya Ain, menegur seorang isteri jika isterinya tidak menutup aurat di hadapan lelaki lain. Saya tegur Ain bukanlah atas kepentingan saya tapi atas kepentingan Ain sendiri”

“Ain, saya tak nak Ain malu sebab Ain telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dayus, pengecut dan lalai andai saya membiarkan Ain tidak menutup aurat. Saya minta maaf, banyak saya terkasar dengan Ain hari ini. Kalau betul Ain masih tak nak tutup aurat, saya benarkan tetapi saya minta maaf sebab saya tak mampu benarkan Ain keluar dari rumah walau setapak saya.....”  baru sahaja Zaarif ingin meneruskan kata-katanya, pintu dibuka dari dalam. Zaarif menegakkan badannya dan secara tiba-tiba tubuhnya dipeluk. 

Kedengaran esakan kecil dari Ain membuatkan Zaarif membalas pelukan Ain dengan lebih erat. Zaarif mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

“Kenapa ni, Ain? Saya ada salah cakap, ya? Saya minta maaf” tutur Zaarif lembut. Ain meleraikan pelukan perlahan-lahan. Kelihatan Ain dalam keadaan sedu-seda. Zaarif segera menyeka air mata Ain dengan ibu jarinya.

“Ain minta maaf. Ain banyak salah dengan ustaz” Ain menyeka air matanya dengan lengan. Zaarif kembali mendakap tubuh itu.

“Ain tak ada salah dengan saya, andai ada saya dah maafkan dengan seikhlasnya” tutur Zaarif sambil mengusap lembuh lengan Ain. 

“Ain, kenapa ni?” 

“Ain rasa bersalah dengan ustaz” Zaarif tersenyum.

“Ain nak tahu tak, nasib baik saya sempat elak waktu Ain tutup pintu kalau tidak hidung saya ada separuh saja” kedengaran Ain tertawa kecil. Zaarif turut tertawa. Ain meleraikan pelukan.

“Jom, basuh muka tu, saya dah tak nampak macam muka Ain. Saya nampak macam muka badut, merah saja hidung tu” Ain menampar lembut lengan Zaarif. Mereka berdua tertawa kecil dan menuju ke arah bilik air. 

Selesai membasuh muka Ain, Zaarif menarik tangan Ain supaya menuju ke arah ruang tamu dan menghidupkan televisyen.

“Ustaz tak jadi nak pergi beli barang dapur?” soal Ain. Zaarif yang sedang menumpukan perhatian hanya menggeleng.

“Saya nak ajak Ain pergi malam ni, lepas Isyak. Boleh, Ain?” soal Zaarif.

“Boleh” ujar Ain sambil tersenyum. Zaarif membuka audio zikirnya dan memandang Ain.

“Ain tak boleh solat, kan? Jadi saya ajak Ain zikir dengan saya jelah. Lepas Ain boleh solat nanti, kita solat, mengaji dan zikir sama-sama” Ain dapat melihat bahawa ada sinar bahagia di dalam mata Zaarif. Ain mulai tersentuh.

“Ustaz, Ain nak beritahu ni” Zaarif memandang Ain sekilas dan menghentikan sementara audio zikir. Pandangannya kini tertumpu sepenuhya ke arah Ain.

“Apa dia, saya dengar” Zaarif menghadapkan tubuhnya ke arah Ain.

“Ain sebenarnya, dah lama tak solat. Mengaji dan zikir apatah lagi” tutur Ain perlahan kerana terasa malu dengan dirinya sendiri. Belum sempat Zaarif membuka mulut Ain terus menutur kembali.

“Tapi kalau Ain tak boleh solat, Ain tak pernah tipu” Zaarif tersenyum.

“Ain, saya tak kata apa pun lagi pasal Ain tak boleh solat dan saya percaya Ain”

“Tak apalah, saya cuba semampu saya untuk bimbing Ain. Kita belajar sama-sama dan saya harap Ain boleh bagi kerjasama dan ssemangat yang sama” Zaarif mengusap ubun-ubun Ain lembut.

“Ustaz tak rasa saya ni pendosa yang hina?” selama ini, setiap kali Ain jujur dengan mana-mana ustazah yang datang berdakwah kepadanya pasti mereka akan memandang Ain dengan pandangan yang hina namun kali ini, dia tidak nampak pandangan itu pada mata Zaarif.

“Ain, semua orang ada dosa dan tiada manusia yang dapat lari daripada melakukan dosa termasuklah saya dan Ain. Jadi, buat apa saya memandang dosa Ain sedangkan saya pun ada dosa, kan?” Ain tersenyum. Hatinya tersentuh.

“Kita zikir sama-sama, ya?” Ain mengangguk. Zaarif segera memulakan semula audio zikir dan sentiasa memandang ke arah Ain sepanjang mereka berzikir. Ain tidak pernah terasa bahawa dirinya diambil peduli sebegini berat. Kasih sayang Ain mulai diberikan perlahan-lahan kepada Zaarif tanpa disedari oleh Ain.


Ain sudah pun berada di muka pintu sambil meletakkan tuala di atas kepalanya sebagai lapik. Buat masa ini dia masih belajar untuk menutup aurat secara perlahan-lahan. Ain menunggu Zaarif dengan penuh kesabaran. Selang beberapa minit, kelihatan Zaarif muncul dalam keaadaan memakai jubah berwarna putih berserta dengan kopiah. Zaarif tersenyum melihat isterinya serta usaha Ain untuk belajar menutup aurat.

“Lepas Isyak nanti, Ain terus bersiap. Saya ada belikan Ain baju, saya letak dekat atas katil. Nanti saya telefon Ain” pesan Zaarif sambil membutangkan lengan jubahnya.

“Baik, bos” Zaarif tersenyum lagi. Zaarif melangkah melepasi Ain lalu menyarungkan selipar. 

“Ustaz” Zaarif mengangkat muka memandang wajah Ain.

“Iya saya”

“Ustaz ambik wuduk dari rumah atau dekat surau?” soal Ain lembut.

“Saya baru saja sudah ambil wuduk tadi. Itu yang saya butangkan balik butang dekat lengan jubah ni” jawab Zaarif tanpa sangsi. Ain mendekati Zaarif. Jarak mereka pada ketika itu sungguh dekat. Tangan Ain perlahan-lahan mencapai tangan Zaarif.

“Ain minta maaf sebab ustaz kena ambil wuduk dekat surau” tutur Ain sambil memandang tepat ke arah mata Zaarif. Zaarif yang baru sahaja menyedari tindakan Ain mulai menggigit bibir tanda menahan geram. Tawa Ain lepas.

“Apa salahnya kan? Hati-hati ustaz” Ain mengundurkan dirinya dan berdiri semula di hadapan muka pintu.

“Saya tak nak belanja Ain dekat pasar raya nanti. Assalamualaikum” Zaarif terus menuju ke arah motosikalnya dan perlahan-lahan bayangan Zaarif hilang daripada pandangan matanya. Ain masih menumpukan padangan matanya ke arah luar rumah.

“Waalaikumsalam ustaz” Ain menoleh dan menutup pintu dalam perasaan yang gembira kerana dapat mengenakan suaminya sendiri.


“Aku nampak kau ambil wuduk tadi. Tak ada air kat rumah ke?” soal Syafiq ingin tahu. 

“Selama ni aku tak pernah ambil wuduk kat surau ke?” soal Zaarif kembali.

“Tak, mana pernah kau ambil wuduk kat surau. Ini baru pertama kali” Zaarif mulai berfikir. Mungkin benar kata-kata Syafiq. Mungkin juga tidak benar kata-kata Syafiq. Entahlah, dia sendiri telah lupa.

“Bukannya tak ada air. Ada hantu air kat sana” Jawab Zaarif selamba sambil tergelak kecil. Dia terasa lucu apabila terkenangkan reaksi Ain yang sungguh nakal.

“Hantu air? Habis tu, Fiqah macam mana? Dia tu dahlah penakut kau tahu” Syafiq mulai risau.

“Bukanlah, kau janganlah risau. Bukan hantu air betul pun. Adik kau lah hantu air tu” Syafiq menghembus nafas lega. Zaarif tergelak kecil lagi.

“Apa pula Fiqah kau samakan dengan hantu air?” Syafiq mulai hairan.

“Aku tak perasan yang dia pegang tangan aku waktu aku dah nak gerak naik motosikal tadi. Lepas itu dia kata dengan selambanya, Ain minta maaf sebab ustaz kena ambil wuduk kat surau” tawa Syafiq lepas.

“Memang padan pun dengan muka kau. Apa salahnya, kan? Sekali sekala” keadaan menjadi sepi buat seketika.

“Eh, sekejap. Kau orang masih ustaz dan saya lagi?” soal Syafiq. Zaarif menjadi gelabah.

“Urmm, nampaknya macam tulah” 

“Kenapa boleh macam tu, sepatutnya orang baru kahwin dah tukar panggilan dah. Tak nak cuba bincang dengan Fiqah?” 

“Lah kau ni, aku tak nak lah dia rasa tak selesa. Lagipun aku dengan dia kan baru kenal, bagilah masa sikit” 

“Aku doa semoga bahagia hingga ke Jannah lah ya” 

“Aamiin” Zaarif menadah tangannya lalu menyapunya di wajah. 



Ain melihat apa yang diberikan oleh Zaarif di dalam beg kerta bercorak bung aitu. Terdapat sepasang baju kurung pesak, sehelai tudung sarung berwarna hitam, sepasang stoking dan sepasang handsock. Ain merenggangkan badannya lalu mencuba untuk memakai kesemuanya namun, hampa. 

Zaarif mengetuk pintu dari luar dan kelihatan Ain terduduk di atas katil. Zaarif merapati Ain.

“Kenapa ni?” soal Zaarif. Ain memandang wajah Zaarif. Emosi Ain pada waktu itu berada dalam keadaan yang sedih.

“Susah nak pakai handsock ni dengan keronsang” Zaarif tersenyum lalu mencapai handsock yang berada pada riba Ain. Zaarif memakaikan satu per satu pada lengan Ain dengan mudah dan lembut. Kerongsang pada tudung Ain juga dipakaikan oleh Zaarif.

“Ha, kan dah siap” Zaarif menolehkan badan Ain agar menghadap ke arah cermin. 

“Cekap eh ustaz buat, ni pernah buatkan untuk perempuan lain eh?” duga Ain.

“Astaghfirullah, Ain. Mana pernah saya pakaikan kepada mana-mana perempuan kecuali awak. Ibu pun saya tak pernah pakaikan. Saya cekap sebab saya selalu tengok ibu buat waktu dulu”

“Jom, pergi. Banyak barang nak beli” 

“Jom!!!” dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna, Ain cuba membiasakan dirinya. Kadang Ain terasa seperti dirinya terjaga hanya kerana tiada bahagian tubuhnya yang terdedah. Semuanya ditutup dan dijaga. Ain juga tidak merasakan kehangatan pada tubuhnya. Mungkin juga bantuan daripada pendingin hawa yang ada di dalam kereta juga pasar raya itu. Biarpun kadang dia terasa sukar untuk melangkah, namun dia cuba untuk melembutkan kakinya supaya dapat terbiasa dengan segala pakaian yang dikenakan olehnya.

Kadang Ain terfikir, takkan lah sampai bila-bila dia mahu memanggilZaarif dengan gelaran ustaz. Pastinya tidak. Zaarif pula tidak pernah mempersoalkan. Mustahil untuk dia memanggil Zaarif dengan gelaran abang pasti serta merta dia akan terasa seperti memanggil Syafiq. Hubby?

“Hubby, nak makan apa saja nanti?” soal Ain. Tiba-tiba Ain menutup mulutnya.

‘Ish, Ain! Macam mana boleh terkeluar??!!’

“Maksud Ain, ustaz nak makan apa saja nanti?” Zaarif telah pun tersenyum memandang wajah Ain.

“Apa dia, Ain? Ulanglah” Sengaja Zaarif ingin mengusik isterinya. Ain menarik nafas berat dan mengumpul semangatnya. 

‘Baik, Ain dah tiba masa untuk kau tukar panggilan. Alang-alang dah terkeluar, kan’

“Hubby, nak makan apa saja nanti?” soal Ain. Zaarif tersenyum.

“Hubby rasa Hubby nak makan ayam” Ain bercekak pinggang.

“Ayam lagi” Zaarif tersenyum.

“Nak buat macam mana, Ain. Saya, eh Hubby memang penggemar ayam”

“Yelah, tu tempat ayam kat sana” Zaarif menolak troli menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Ain.

Ketika sedang beratur untuk membayar barangan, Zaarif sempat berbisik kepada Ain.

“Saya lupa nak cakap dekat Ain, Ain nampak sungguh manis berpakaian macam ini. Semoga terus istiqamah dan syurga buat isteri Hubby” Ain tersenyum kecil.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulaikha Rizal