Tajuk Novel :Takkan Kulepaskan
Penulis :Emy Raziela (FB; Emy Raziela Novelis)
Terbitan : Alaf21 (Januari 2013)
Selamat membaca dan semoga terhibur :-)
JERITAN
Tengku Alyah mengejutkan penghuni Vila istana. Maria yang berada di dapur
menelan air liur. Kecut perutnya tiba-tiba.
“Kenapa
ni Alyah? Terjerit-jerit. Apa lagi yang tak kena?” tegur Tengku Zafrul agak
berang.
Tengku
Ezairul yang tengah kusyuk menonton TV hanya menjeling sekilas.
“You
tahu tak, baju I yang you beli kat London dulu dah terkoyak!” Tengku Alyah
menjerit lagi tidak puas hati.
Terkejut
Tengku Zafrul dan Tengku Ezairul. Keduanya terus merenung wajah marah di
depannya ini.
“Baju
yang mana?” tanya Tengku Zafrul.
“Ni
hah!”
Tengku
Alyah menunjukkan baju berwarna putih itu. Memang cantik dan mahal. Sakit
hatinya saat ini.
“Macam
mana boleh terkoyak sampai besar macam ni?” Tengku Ezairul pula bertanya.
“Mana
bonda tahu Zairul. Kalau bonda tahu senanglah. Bonda pakai baju ini hari semasa
mesyuarat di rumah Datuk Paduka Azizah. Kemudian, baju ni bonda suruh budak tu
yang basuh. Tengok sekarang ni apa jadi?”
Tengku
Alyah menghentak kakinya geram. Dia sayangkan baju yang mahal ini.
“Bonda
tanyalah budak tu sendiri macam mana boleh terkoyak,” saran Tengku Ezairul.
‘Nampaknya kena lagilah orang gaji baru tu dengan bondanya. Padan muka kau!’
getus hati Tengku Ezairul.
“Jangan
nak menuduh Alyah. Cuba tanya elok-elok. Jangan asyik berkasar aje dengan budak
tu. Kesian I tengok dia,” nasihat Tengku Zafrul.
Menyirap
telinga Tengku Alyah mendengarnya. ‘Boleh pula suaminya ini membela budak tak
guna tu!’
“I bukan sengaja nak tuduh. Memang dia yang basuh baju
ni. I taulah! Memang sengaja nak cari nahas. Ingat baju ni murah ke?” bentak
Tengku Alyah dengan muka merah menyala, menahan rasa marah yang belum terburai
lagi.
“Suka
hati youlah Alyah. I tak nak dengar you buat yang bukan-bukan kat budak tu. Dia
datang sini nak cari makan. Belajar sikit hormatkan orang lain.”
Sebaik
berkata begitu Tengku Zafrul terus bangun meninggalkan dua beranak itu.
Tengku
Alyah yang masih memegang bajunya bertambah geram. “Timah! Panggil kawan kau tu
datang sini,” arah Tengku Alyah dengan suara yang garang.
“Baik
mak engku,” kata Timah takut-takut.
Beberapa
minit kemudian, Maria dengan dada yang berdebar-debar menghampiri kedua beranak
itu. Dia sudah mendengar apa yang isteri majikannya ini bebelkan tadi. Dalam
hatinya tidak putus-putus berdoa agar ALLAH melindunginya. Maria menelan liur.
“Mak engku panggil saya?”
Tengku
Alyah dan Tengku Ezairul serentak memandang Maria.
Sakitnya
hati Tengku Alyah melihat Maria. Dia terus bangun dan berdiri di depan Maria.
Maria
tunduk. Tidak berani dia hendak melawan pandangan Tengku Alyah.
“Kau
ni memang sengaja nak cari nahas dengan aku kan?” tengking Tengku Alyah seraya
memegang dagu gadis ini supaya memandangnya. “Kau tahu tak apa yang kau dah
buat hah?”
Maria
menggeleng. Hendak bersuara pun dia rasa takut.
Tengku
Ezairul mengambil kesempatan merenung wajah kacukan Inggeris ini.
“Ni...
kau nampak tak baju aku ni?” Tengku Alyah menayangkan baju putihnya di hadapan
Maria. “Kau sakit hati dengan aku dan kau koyakkan baju aku ni, kan?”
“Tak
mak engku. Saya tak koyakkan baju mak engku. Buat apa saya nak koyakkan baju
mak engku. Hari tu masa saya basuh, baju ni masih lagi elok.” Terketar-ketar
Maria menjawab.
“Pandai
kau nak kelentong ya!” Tengku Alyah mencampakkan baju itu di atas muka Maria.
“Kau
tahu tak laki aku belikan baju aku ni di London! Gaji kau sepuluh tahun kerja
kat sini pun, belum tentu lagi dapat ganti baju aku ni. Kau ni memang bawa
sial!”
Maria
tunduk. Air matanya menitis perlahan di pipi. Tergamaknya Tengku Alyah
melabelkan dia sebegitu. Pembuluh darahnya pecah dengan kata-kata nista isteri
majikannya ini.
“Huh!
Zairul, tengoklah ni. Kita cakap sikit, dia dah menangis. Hei, kau ingat ya!
Kalau kau nak balas dendam kat aku, kau memang silap besar!” Tengku Alyah
berterusan menyakitkan hati Maria.
Tengku
Ezairul tersenyum mengejek. “Orang macam ni kan bonda, tak boleh diberi muka.
Apa kata bonda potong aje gaji dia untuk bayar balik baju bonda tu. Apa susah!
Hidup menyusahkan orang aje!”
“Kau
tahu tak! Hati aku ni sakit sangat bila tengok baju aku ni terkoyak. Kau ni
reti buat kerja ke tak?” Pekik Tengku Alyah di muka Maria.
“Mak
engku... sumpah saya tak koyakkan baju mak engku. Saya tahu baju tu mahal.”
Maria cuba membela dirinya.
“Menjawab
kau ya! Menjawab!” Tengku Ezairul pula bangun dan dengan sengaja menolak-nolak
bahu Maria kasar.
Maria
memegang bahunya sakit.
“Jangan
pegang perempuan kotor macam ni Zairul! Nanti dengan kita-kita jadi kotor! Okey
tak apa, aku tahu kau tak mampu nak bayar baju aku yang mahal ni. Jadi aku akan
potong gaji kau tiap-tiap bulan. Maknanya gaji kau yang sememangnya sikit akan
menjadi sikit.”
Tengku
Ezairul merenung Maria dengan tajam.
“Malas bonda nak layan perempuan jahat macam ni!” Tengku
Alyah menjeling tajam pada Maria dan terus berlalu. Dalam hatinya gembira
kerana dapat mengenakan orang gajinya ini. Yang sebenarnya, dia yang telah
menggunting baju itu selepas Maria menyidainya di ampaian.
Kini,
hanya Maria dan Tengku Ezairul berada di ruang tamu. Maria mahu ke dapur.
Tengku
Ezairul segera menangkap pergelangan tangan Maria. Dia dapat rasa lembutnya
tangan Maria tapi dia tidak peduli tentang itu.
Langkah
Maria terhenti. Dia berpusing semula mengadap lelaki ini. Takut dia melihat
wajah bengis Tengku Ezairul yang sedari tadi merenungnya.
“Dari
awal aku tengok kau, aku dah tahu yang kau ni ada niat jahat pada keluarga aku,
kan?” soal Tengku Ezairul dan mencengkam kuat pergelangan tangan Maria.
Berkerut
dahi Maria menahan rasa sakit. “Tengku... saya tak ada niat apa pun pada
keluarga, Tengku. Percayalah, saya ke mari untuk bekerja dan mencari rezeki.”
“Huh!
Aku tengok muka kau aku dah tahu hati kau yang busuk tu!”
Hati
Maria dipagut rasa sebak. Sampai hati Tengku Ezairul berkata begitu. “Maafkan
saya Tengku. Percayalah, saya tiada niat apa-apa pun pada Tengku sekeluarga.
Saya ikhlas melakukan tugas saya.”
“Ikhlas
kau kata kalau baju bonda aku pun kau koyakkan?”
Maria
menggeleng berkali-kali menafikan tuduhan itu.
“Orang
yang buat jahat takkan nak mengaku dirinya jahat! Dahlah, pergi! Sakit hati aku
tengok kau lama-lama kat sini. Ingat kau tu cantik sangat ke? Kalau hati kau tu
busuk, memang jelas nampak kat muka kau!” herdik Tengku Ezairul lagi tanpa
pedulikan perasaan Maria yang sudah calar balar.
Dengan
rasa sedih, Maria terus berlalu dari situ. Air matanya terus tumpah. Sedih
mengenangkan nasib diri.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHIRIN
dan Tengku Ezairul sedang menari bersama di atas pentas. Mereka berdua
kelihatan benar-benar seronok dan seperti lupa pada dunia yang hanya
persinggahan semata-mata. Shirin memaut erat leher Tengku Ezairul.
Penat
menari mereka duduk. Shirin memesan minuman keras. “You tak nak ke Zairul?
Cubalah dulu. Kalau you tak cuba, mana you nak tahu sedap atau tidak.”
Tengku
Ezairul menggeleng. “I tak nak dan I tak suka you minum air tu. You kena ingat,
esok you kerja.”
Shirin
hanya ketawa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia keluar untuk menjawab
panggilan.Tidak lama kemudian, dia kembali semula.
“Siapa
call?” tanya Tengku Ezairul penuh curiga.
“Kawan
I,” jawab Shirin. Dia perasan wajah Tengku Ezairul yang berubah rona seperti
tidak suka. Dia memeluk lengan Tengku Ezairul dan mendekatkan tubuhnya pada
Tengku Ezairul. “Kenapa dengan you ni Zairul? Macam tak happy aje malam
ni. You cemburu ya?”
Tengku
Ezairul hanya diam. Sebaliknya dia meneguk airCoke. Entah kenapa, malam
ini dia berasa tidak gembira seperti malam-malam yang lain. Hatinya mahu segera
pulang ke Vila istana.
“Okeylah...
Datuk Ismail yang call tadi.”
Tengku
Ezairul merenung Shirin.
“You
jangan fikir yang bukan-bukan Zairul. I dengan Datuk Ismail tak ada apa-apa.
Dia selalu travel dan selalu terjumpa dengan I dalam flight,”
kata Shirin manja. Tangan Tengku Ezairul digosok-gosok lembut.
“I
tak kisah you nak kawan dengan siapa. Kalau tak terserempak dengan I, tak apa.
Tapi kalau I jumpa you dengan lelaki lain, memang nahas I kerjakan!” beritahu
Tengku Ezairul lembut tetapi tegas.
Shirin
melentokkan kepalanya di bahu Tengku Ezairul. “I sayangkan you Zairul. I
sayangkan you.”
Tengku
Ezairul hanya diam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
“HEI,
sini kau!” panggil Tengku Alyah dengan kasar sebaik sahaja ternampak kelibat
Maria.
Dengan rasa takut, Maria terus menghampiri Tengku Alyah
yang sedang berdiri tegak di tepi tangga ruang tamu.
“Ya,
mak engku. Ada apa yang boleh saya tolong?” Terketar-ketar Maria bertanya.
Takut melihat wajah wanita ini apabila mata mereka bertentang.
“Aku
nak kau masuk bilik anak aku dan kemas bilik dia. Aku akan masuk check
nanti. Kalau ada yang tak kemas dan ada habuk, siap kau! Dah, pergi kemas
sekarang. Terhegeh-hegeh buat kerja!” herdik Tengku Alyah.
“Baik,
mak engku.” Maria terus berlalu ke bilik Tengku Ezairul.
“Duit
gaji nak tapi buat kerja malas. Lembap!” Tengku Alyah menjeling tajam pada
Maria dan terus berlalu pergi. Benci betul dia melihat Maria. Memang sengaja
dia berkata begitu dan dia tahu Maria mendengarnya.
Tercekik
rasa leher Maria mendengar kata-kata itu.
Pintu bilik Tengku Ezairul dibuka. Sempat
Maria melihat keadaan sekeliling bilik mewah ini. Terpegun dia melihatnya.
Segalanya lengkap. Hilang sekejap rasa sedihnya sebentar tadi. Beruntung lelaki
itu dilahirkan dalam dulang emas. Tidak seperti dirinya. Lelaki ini tidak
pernah hidup susah. Ah... itu memang takdir ILAHI.
Maria
terus mengelap segala perabot yang berada di dalam bilik itu. Kemudian, dia
mengemas katil. Bilik air turut dicuci. Pakaian kotor Tengku Ezairul dikutip
dan dimasukkan ke dalam bakul.
Selesai
segalanya, dia mengvakum bilik tersebut. Khusyuk sekali dia melakukan kerjanya.
Pintu
bilik itu dibuka juga dia tidak sedar. Tengku Ezairul merenung Maria yang
sedang terbongkok-bongkok membersihkan biliknya. Setiap kali melihat Maria,
hatinya sakit. Sedangkan gadis ini tidak pernah berbuat salah padanya. Dia
terus mematikan suis vakum.
Maria
terkejut apabila suis vakum ditutup. Terhenti kerjanya. Kecut perut melihat
Tengku Ezairul berada di belakangnya. Dia benar-benar ketakutan.
Mata
mereka bertentangan. Wajah Tengku Ezairul begitu bengis sekali manakala wajah
Maria penuh ketakutan.
“Maafkan
saya Tengku. Saya tak sedar Tengku masuk.” Matanya tidak lagi memandang Tengku
Ezairul sebaliknya Maria tunduk. Tidak berani dia hendak berdepan dengan lelaki
ini.
“Siapa
suruh kau kemas bilik aku?” tengking Tengku Ezairul.
Maria
menelan liur. “Mak engku. Saya cuma buat kerja saya Tengku. Maafkan saya.”
Tengku
Ezairul menghampiri Maria. “Kau tahu tak ini bilik siapa?”
“Bilik
Tengku.”
“Kau
tahu kau tu siapa kat sini?”
“Orang
gaji.” Maria seperti orang bodoh menjawab setiap soalan Tengku Ezairul.
“Hah,
tahu pun yang kau tu orang gaji kat sini. Jadi yang kau masuk bilik aku
kenapa?” jerit Tengku Ezairul di telinga Maria dan tanpa belas kasihan Tengku
Ezairul menunjal-nunjal kepala Maria. Puas hatinya dapat menyakiti Maria.
“Sakit,
Tengku…” Halus saja suara Maria memohon simpati.
“Dah,
berambus dari bilik aku! Benci aku tengok muka kau tu!” Tengku Ezairul menolak
pula badan Maria sehingga ke muka pintu. “Kau dengar sini baik-baik! Aku nak
kau sedar sikit diri kau tu. Kau tu orang gaji kat rumah aku. Orang gaji!
Jangan kau buat benda yang aku tak suka. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!
Faham?” pekik Tengku Ezairul tanpa ada rasa simpati dalam dirinya.
Mata
Maria mula berkaca-kaca. Kalau tidak suka pun, cakap elok-elok tak boleh ke?
Tidak perlulah menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati. Hati Maria
betul-betul pedih tapi ditahan.
“Kau
dengar tak apa yang aku cakap ni?”
“Dengar
Tengku…”
“Dengar
pun! Ingat kau pekak! Jadi lepas ni, kau jangan nak masuk bilik aku lagi. Kau
simpan apa yang aku cakap ni dalam otak kau!” Sekali lagi, Tengku Ezairul
menunjal kepala Maria sehingga Maria terdongak. Dia perasan mata Maria yang
mula mengalirkan air mata tapi dia tidak peduli.
“Pelajaran
tak ada, sekolah pun tak habis, ada hati nak masuk bilik aku. Usahkan bilik
aku, pintu bilik aku ni pun belum tentu kau dapat cium!”
Tengku
Ezairul menutup kuat pintu biliknya meninggalkan Maria yang sarat dengan
kesedihan di hatinya.
Perlahan-lahan
air mata Maria mengalir di pipi. Dia benar-benar berkecil hati dengan kata-kata
Tengku Ezairul. Dia sedar siapa dia tapi dia juga ada hati dan perasaan.
Perlahan-lahan
air mata Maria mengalir di pipi. Dia benar-benar berkecil hati dengan kata-kata
Tengku Ezairul. Dia sedar siapa dia tapi dia juga ada hati dan perasaan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LEXUS
baru saja memasuki pagar villa istana. Tengku Ezairul tergesa-gesa memasuki
villa. Selepas maghrib dia akan ke hotel Istana bagi menghadiri satu jemputan
khas untuk semua ahli perniagaan.
“Hai bonda, ayahnda tak balik lagi ke?” sapa Tengku
Ezairul lembut dan menghampiri Tengku Puteri Alyah yang sedang mengunyah
buah-buahan sambil menonton rancangan kegemarannya. Pipi wanita itu dikucup.
“Sekejap lagi baliklah. Kamu kenapa ni Zairul? Macam
ribut je. Ada yang tak kena?” soal Tengku Puteri Alyah dan matanya memerhati
langkah laju anak sulungnya mahu mendaki tangga.
“Zairul ada mesyuarat malam ini pasal urusan niaga
antarabangsa. Jalan mesti jam, Zairul
kena cepat. Ayahnda pun kena pergi sekali. Kalau ayahnda lambat, Zairul pergi
dulu.”
“Oh, bonda lupa pulak. Ayahnda ada beritahu. Makan
dulu Zairul, baru pergi.”
“Tak sempatlah bonda. Dah lewat ni. Zairul naik atas
dulu nak bersiap.”
Saat Tengku Ezairul hendak mendaki tangga, Maria
baru keluar dari ruang makan. Di tangannya ada batang mop. Dia baru saja
selesai mengemop lantai. Masa itu jugalah bola matanya terpandang Tengku
Ezairul yang masih berdiri di tangga.
Kedua mata itu terpaut seketika. Tengku Ezairul
dapat lihat dengan jelas wajah pembantu villa istana ini sekali gus menerokai
mata coklat milik gadis ini. Tapi hatinya menjadi benci melihatnya.
Wajah Tengku Ezairul berubah menjadi bengis apabila
Maria cuba memberikan senyuman sekadar menghormati anak majikannya ini dan
sudah pasti senyumannya tiada balasan. Kecut perut Maria melihatnya.
Tengku Ezairul menjeling tajam kepada Maria.
“Huhh!!” Kasar dengusan Tengku Ezairul dan terus
naik ke biliknya.
Sedih hati Maria dengan kelakuan Tengku Ezairul tapi
dia harus sentiasa bersedia menerima keadaan ini.
“Apa lagi yang kau tercegat kat situ? Kat luar tu
penuh bunga-bunga yang dah gugur. Itu kan kerja kau. Kau tak check ke?” Marah Tengku Puteri Alyah
pada pembantu villa ini.
Tengku Ezairul yang baru sampai ke tangga teratas
senyum mengejek. Padan muka. Desis hatinya.
Maria menelan air liur dan memberanikan diri
memandang Tengku Puteri Alyah.
“Saya dah bersihkan taman pagi tadi mak Engku.”
“Itu pagi tadilah. Kau ni loyar burukkan.” Tengku
Puteri Alyah terus bangun dan menghampiri Maria. mencerlung matanya melihat
Maria.
“Eh, kau ingat aku tak nampak tadi kau cuba nak goda
anak aku pulakkan?” Tengku Puteri Alyah menunjal kasar bahu Maria dengan
tangannya. Sebentar tadi dia nampak Tengku Ezairul dan Maria bertentang mata.
Tidak senang hatinya.
Terkejut Maria dengan kata-kata Tengku Puteri Alyah.
“Tidak mak Engku. Saya tak ada niat nak goda sesiapa
pun mak Engku. Saya cuma buat kerja saya saja.” Jawab Maria takut-takut.
Ada saja yang tidak kena. Senyum pun di salah anggap.
Apa lagi yang dia boleh buat.
“Kau dengar sini baik-baik ya perempuan. Kalau aku
nampak lagi kau cuba nak dekat-dekat dengan anak aku atau laki aku, siap kau!
Aku hentak-hentak kepala kau kat tangga ni. Faham?”
Selamba sahaja Tengku Puteri Alyah menolak-nolak
kepala Maria sehingga sakit kepala Maria di buatnya.
“Baik mak Engku..” suara Maria di sulami dengan
perasaan yang sangat sedih tapi di tahan. Dadanya mahu pecah kerana terlalu
memendam rasa.
“Timah!!!” Kuat sungguh suara Tengku Ezairul
menjerit memanggil nama Timah.
Tergesa-gesa Timah naik ke bilik Tengku Ezairul. Dia
hanya berdiri di muka pintu lelaki itu. Tengku Puteri Alyah masih bercekak
pinggang di tangga mahu mengetahui apa lagi yang akan berlaku. Maria sudah
keluar ke taman untuk membersihkan halaman.
“Mana kau letak coat
kerja aku?” Keras suara Tengku Ezairul bertanya.
“Coat yang
mana Tengku?” Timah pula bertanya. Dalam hatinya begitu takut sekali. Susah
bercakap dengan orang berlagak seperti Tengku Ezairul ini.
“Warna kelabu. Kenapa tak ada dalam almari aku. Kan
aku dah cakap apa-apa saja barang dalam bilik aku jangan usik. Sekarang kau
cari sampai dapat. Aku nak cepat!”
“Saya cari sekejap ya Tengku.”
Timah menyusup masuk ke kamar mewah ini. Tengku
Ezairul yang masih lagi berdiri di tepi pintu hanya memerhati Timah yang sedang
mencari bajunya di dalam almari. Tengku Ezairul mendengus kasar. Sakit betul
hatinya.
Beberapa minit kemudian, Timah datang semula kepada
Tengku Ezairul.Kepalanya digaru. Coat
warna kelabu itu memang di simpan dalam almari besar itu, kenapa tidak ada
pula. Pelik juga Timah di buatnya.
“Err.. saya memang simpan coat Tengku dalam almari tu je. Saya tak ubah ke tempat lain.”
Gementar tubuh Timah melihat wajah bengis Tengku Ezairul.
“Kalau ada kat dalam almari, mestilah dah ada kalau
aku cari tadi. Kau ni bukan menyenangkan tapi menyusahkan aku tahu tak! Aku ni
dah lambat. Tak guna betul! Sekarang kau pergi panggil kawan kau yang dungu tu.
Hari tu dia yang kemas bilik aku. Cepat!” jerit Tengku Ezairul betul-betul di
depan muka Timah.
“Baik.. baik Tengku.” Terus Timah turun mencari
Maria. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah. Dia dapat mengagak pasti sahabatnya itu
kena lebih teruk lagi.
Cepat-cepat Maria naik ke atas apabila Timah
memaklumkan tentang coat Tengku
Ezairul yang tiada di dalam almari. Dalam hatinya tidak putus berdoa agar
sentiasa di lindungi Allah. Sejak di beritahu oleh Timah yang Tengku Ezairul
memanggilnya, hati Maria terus saja berdegup takut.
“Tengku.. Tengku panggil saya?” sopan Maria bertanya
tanda menghormati.
Kecil saja mata Tengku Ezairul melihat Maria yamg
sudah berdiri di depannya.
“Kau tahukan kenapa aku panggil kau?”
“Tahu Tengku..”
“Dah tahu, apa lagi yang kau berdiri lagi kat sini.
Kau pergi cari coat aku sekarang!”
arah Tengku Ezairul.
Maria terus masuk ke dalam bilik pemuda ini. Tengku
Ezairul hanya memerhati.
“Apa lagi Zairul? Dari tadi terjerit-jerit.” Tengku
Puteri Alyah turut naik apabila di lihatnya Maria naik ke atas sebentar tadi.
Dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Belum sempat Tengku Ezairul
menjawab, Maria sudah pun datang kepadanya.
“Tengku.. ini baju yang Tengku cari kan?” Maria
sudah pun berdiri di pintu. Dihulurkan coat
lelaki itu kepada tuannya.
“Inilah yang aku cari! Mana kau letak baju aku ni?
Kan aku dah cakap jangan ubah apa-apa barang aku!”
Dengan kasar Tengku Ezairul merampas coat tersebut dari tangan Maria.
“Saya letak dalam almari satu lagi, Tengku..” takut
betul wajah Maria melihat kebencian di wajah Tengku Ezairul.
“Kau ni kalau tak menyusahkan anak aku, memang tak
sahkan? Anak aku ni nak pergi jemputan. Nak kena cepat. Bengap!” Tengku Puteri
Alyah menambah lagi. Sengaja dia berbuat begitu dan matanya tidak kalih melihat
Maria.
“Eee.. lain kali jangan nak pandai-pandai ubah! Tak
payah layan perempuan ni bonda. Menyampah betul Zairul tengok dia!”
Tajam jelingan Tengku
Ezairul dan segera masuk ke biliknya meninggalkan Maria sesudah Tengku Puteri
Alyah turun. Seperti biasa pintu akan ditutup kuat. Maria menelan air liur cuba
menutup rasa sebak yang bertamu di hatinya. Semoga ada keinsafan di hati kedua
beranak ini terhadap insan yang lemah.
Maria tersedar dari tidurnya. Dia berasa
dahaga. Dia segera bangun. Rambutnya yang perang disanggul tinggi. Suasana sepi
dan sunyi. Dia segera menuju ke dapur. Tekaknya terasa mahu minum Horlicks. Dia
segera membancuh Horlicks dan duduk di kerusi meja makan dapur.
“Ewah-ewah...
sedapnya kau bersantai!”
Maria
terbahak. Horlicks yang diminum tersembur keluar. Tengku Ezairul sudah duduk di
sebelah Maria. Maria ketakutan. Dia mahu bangun pergi dari situ.
“Kau
nak ke mana? Duduk sini!” arah Tengku Ezairul. Matanya merenung Maria.
“Saya
nak masuk tidur, Tengku,” kata Maria tanpa memandang Tengku Ezairul di
sebelahnya.
Maria
duduk kembali.
“Air
apa yang kau minum tu?” tanya Tengku Ezairul penuh minat. Matanya tetap
merenung hidung, mata dan bibir halus Maria. ‘Macam manalah dia boleh jadi
orang gaji. Tak ada kerja lain ke yang dia nak buat?’ soal Tengku Ezairul dalam
hati.
“Air
Horlicks aje.”
Tengku
Ezairul bangun. Dengan pantas dia mencapai gelas yang masih lagi berisi air itu
dan menuang ke dalam sinki.
Maria
terkejut. ‘Kenapa Tengku Ezairul buang air tu?’
Tengku
Ezairul merenung Maria dengan tajam. “Kau ingat, bila kau dah duduk rumah besar
macam ni, kau boleh buat sesuka hati kau ya? Kau ingat ni rumah mak bapak kau
ke?” tengking Tengku Ezairul.
Rasa
mahu pecah pembuluh darah Maria mendengar tengkingan itu. ‘Maria tak ada ayah.
Maria tak pernah tengok macam mana rupa arwah ayah. Tapi kenapa Tengku Ezairul
mengungkit soal ayah.’
“Kau dengar sini baik-baik. Selagi aku ada dalam rumah
ni, kau tak boleh nak bebas buat macam rumah kau sendiri. Faham!” Tengku
Ezairul menunjal kepala Maria. Hanya Allah
sahaja yang tahu perasaan sedih yang dialami oleh Maria.
Maria mengangguk. Tidak pernah orang-orang di
Basyirah menunjal kepalanya.
“Aku
tak nak tengok lagi kau makan dan minum sedap-sedap dalam rumah aku ni. Faham!”
herdik Tengku Ezairul lagi.
“Faham,
Tengku.” Tanpa disedar, air mata Maria bergenangan.
Tengku
Ezairul memandang Maria sekilas sebelum berlalu pergi meninggalkan Maria.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“MARIA,
kenapa mata bengkak? Maria menangis ke?” soal Timah keesokkan paginya dan terus
merapati Maria.
“Tak
ada apa-apa,” jawab Maria yang sedang membancuh Nescafe. Malam tadi dia tidak
dapat tidur. Air matanya tidak henti mengalir kerana perbuatan Tengku Ezairul.
“Tak
cukup tidur ke?” soal Timah lagi tidak puas hati.
“Timah,
Maria okey. Malam tadi Maria rasa ada semut gigit mata ni. Lepas tu, Maria
gosok-gosok mata ni. Tu yang jadi merah ni,” bohong Maria.
Timah
berasa lega. “Eh, cepat Maria. Pak engku dah turun. Singa jantan tu pun ada
sama.” Timah menggelabah.
Maria
cepat-cepat keluar dari dapur dan terus menghidangkan makanan. Tengku Alyah
turut sama berada di situ. Maria mahu menyendukkan nasi goreng kepada Tengku
Zafrul tetapi Tengku Alyah terus merampas senduk dari tangan Maria.
Maria
terpaku seketika.
Tengku
Ezairul nampak perbuatan bondanya. Tetapi dia hanya diam. Dia memandang Maria.
Tanpa diduga Maria mengalihkan pandangannya. Untuk beberapa saat, mata mereka
bertaut.
Tengku
Alyah yang perasan keadaan itu mula berasa tidak sedap hati. “Apa yang Zairul
tengok tu?” tegurnya. Matanya bergilir-gilir memandang Maria dan Tengku
Ezairul.
Tengku
Ezairul terkejut mendengar teguran Tengku Alyah. Yang pasti, satu perasaan aneh
muncul dihatinya apabila melihat wajah Maria. Dia hanya diam. Dia terus
mengunyah nasi gorengnya. Sesekali mata lelakinya mencuri pandang pada si gadis
yang comel itu.
Maria
hendak ke dapur.
“Hmm...
Sedap nasi goreng ni. Awak masak Maria?”
Terhenti
langkah Maria. Dia berpaling semula. “Ya... pak engku. Saya yang masak.”
Tengku
Alyah rasa sakit hati dengan pujian suaminya itu. Selama ini, Tengku Zafrul
tidak pernah memuji masakan Timah. Dengan Maria, siap puji-puji lagi.
Mentang-mentang orang gaji ni ada rupa.
“Saya
suka masakan awak Maria. Sedap dan cukup rasa,” Puji Tengku Zafrul lagi.
“Eeii…
masin? Eeii... Macam manalah korang masak ni hah? Guna garam sekilo ke?” jerit
Tengku Alyah.
Tengku
Ezairul merasa lagi nasi goreng tersebut. Sedap. Mana ada masin. Apa kena
dengan bonda ni? Deria rasa dia rosak ke?
“Janganlah
menjerit macam tu. Tak baiklah depan rezeki terpekik-pekik!” tegur Tengku
Zafrul.
Tengku
Alyah buat tidak peduli. Dia menjerit memanggil nama Maria. Maria meghela
nafasnya perlahan cuba mencari kekuatan untuk mendengar kemarahan Tengku Alyah
sebentar lagi.
“Ada
apa mak engku?” Terketar-ketar Maria bertanya.
Tengku
Alyah merenung Maria dengan tajam. “Macam mana awak masak nasi goreng ni?
Masin! Berapa banyak garam yang awak letak?”
Maria
berfikir sejenak. Dia sudah berkali-kali minta Timah merasa nasi gorengnya.
Timah kata sedap dan cukup rasa. Mana pulak datang masinnya. “Saya dah rasa
tadi mak engku. Saya rasa okey.”
“Itu
kata kau!”
“Alyah!
What happen to you? Kalau nasi ni tak sedap tak payahlah you nak marah
dia sampai macam ni sekali. You makanlah benda lain. Nak makan pun tak senang!”
marah Tengku Zafrul dan terus bangun.
Tengku
Ezairul turut bangun. “Zairul pun nak pergi kerja. Bonda layanlah orang gaji yang
dungu ni!” Sekali lagi dia menjeling ke arah Maria yang sedang ketakutan.
Maria
berlalu ke dapur.
Dengan perasaan geram dan bengang, Tengku
Alyah ke dapur mahu mencari Maria dan Timah.
“Timah,
hari ni kau tak payah buat kerja! Biar si Maria yang buat kerja,” arah Tengku
Alyah sambil bercekak pinggang.
“Tapi
mak engku...”Timah sudah terketar-ketar di situ.Takut yang teramat.
“Apa
tapi-tapi? Hei, aku yang bayar gaji kau! Kalau kau tak buat kerja dalam rumah
ni, aku tetap bayar gaji kau tu! Sekarang, aku nak kau masuk dalam bilik kau!
Pergi sekarang!”
Dengan
perasaan takut, Timah bergegas ke biliknya.
Tengku
Alyah menghampiri Maria. Rasa mahu ditendang saja Maria saat ini. “Kau main
mata dengan laki aku kan? Baik kau cakap. Apa yang kau dah bagi Dato Zafrul tu
makan sampai aku ni pun dia boleh meninggikan suara?” pekik Tengku Alyah.
Maria
beristighfar di dalam hati. ‘Tidak! Maria tidak pernah bermain mata dengan pak
engku.’ Tidak berani dia menentang mata garang Tengku Alyah. “Saya tak buat
apa-apa mak engku..”
“Ooo…
Kau tak nak mengaku ya. Jaga kau!” Tengku Alyah menarik Maria dengan kasar.
“Mak
engku... jangan buat saya macam ni. Saya tak buat apa-apa pada pak engku,” rayu
Maria.
“Ikut
aku!” jerit Tengku Alyah dan terus mengheret kasar tangan Maria.
Timah
menggeletar di sebalik pintu biliknya. Apa kesalahan Maria sehingga dia
diperlakukan sebegitu?
Pintu
bilik air ditolak. Tengku Alyah menarik tangan Maria sehingga Maria terdorong
ke dalam bilik air.
“Tolong
mak engku... Apa salah saya? Jangan buat saya begini.” Air mata Maria mengalir
dengan laju.
“Ini
hadiah untuk kau sebab main mata dengan laki aku.” Pancutan air panas ditalakan
pada tubuh Maria.
Maria
meraung. Pedih kulitnya.
Tengku
Alyah semakin galak menyembur air panas itu.
Tengku
Ezairul yang baru menapak masuk Vila istana terkejut mendengar suara orang
berteriak. Terus dia menerpa masuk. Suara itu kemudian menangis. Itu bukan
suara Timah, bukan suara bonda tapi suara…
“Bonda!
Bonda!” jerit Tengku Ezairul. Dia segera berlari ke bilik air. “Apa yang bonda
buat ni?” pekik Tengku Ezairul sedikit terkejut. Dilihatnya Maria sedang
menangis tersedu-sedan. Tengku Alyah pula sedang menyiram tubuh Maria dengan
air panas.
Tengku
Ezairul menutup paip itu.
Maria
tunduk menahan pedih bukan saja di tubuh tetapi juga di hati.
“Apa
yang bonda buat ni?” tanya Tengku Ezairul. Suaranya sedikit meninggi.
“Zairul
tahu tak apa yang dia dah buat pada ayahanda?” tanya Tengku Alyah dengan kasar.
Dia tidak boleh terima sekiranya ada perempuan lain cuba memikat Tengku Zafrul.
Tambah pula perempuan cantik seperti Maria.
“Apa
yang dia dah buat bonda?” Tengku Ezairul berulang-ulang kali memandang Maria
yang seperti sudah lemah.
“Dia
cuba nak goda ayahanda. Dia cuba main mata dengan suami bonda!”
Perit
dan pedihnya hati Maria mendengar tohmahan itu. Tidak pernah terlintas di
hatinya mahu memikat majikannya.
Tengku
Ezairul kebingungan. Berkali-kali dia menoleh ke arah Maria. Gadis itu tidak
berganjak dari tempatnya.
“Kalau
Zairul tak percaya, Zairul tanyalah dia sendiri. Perempuan tak guna! Kau memang
tak guna!” jerit Tengku Alyah lagi dan menarik rambut Maria.
“Sudahlah
tu bonda! Biar Zairul tanya dia sendiri. Kalau dia betul-betul cuba pikat
ayahanda, dia silap bonda. Tahulah Zairul nak ajar dia.”
Tengku
Alyah terus berlalu pergi. Puas hatinya dapat mengerjakan Maria.
Tengku
Ezairul memandang Maria yang masih menangis. “Pandang aku.”
Perlahan-lahan
Maria mengangkat mukanya dan membalas renungan Tengku Ezairul.
Tengku
Ezairul tidak mampu menahan getar di hatinya. “Betul kau main mata dengan
ayahanda aku?” Keras bunyi suara Tengku Ezairul.
“Tidak,
Tengku. Saya tidak ada niat apa-apa pada keluarga Tengku. Percayalah. Saya
datang ke sini untuk mencari rezeki bukan untuk merosakkan keluarga Tengku.”
“Kalau
kau tak buat tak payahlah kau nak takut. Dahlah, pergi tukar baju kau tu. Ingat
aku terliur ke nak tengok kau dalam keadaan macam ni.” Sebelum melangkah keluar
sempat Tengku Ezairul mengambil kesempatan melihat pakaian Maria yang basah sekali gus menarik
perhatiannya untuk melihat sekilas tubuh Maria. Saat itu berdetak kencang jiwa
lelakinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tengku Ezairul mencari Tengku
Alyah di sekitar ruang tamu tetapi tiada. Dia terus mendaki anak tangga ke
tingkat atas. Dilihatnya Tengku Alyah sedang melayan perasaan di bilik rehat.
Dia menghampiri Tengku Alyah. “Selalu ke bonda buat budak tu macam tu?” soal
Tengku Ezairul selamba.
“Zairul
tahu tak yang hati bonda ni sakit sangat bila ayahanda puji setiap masakan
budak hingusan tu. Selama ni, masakan Timah tak pernah dipujinya. Yang paling
bonda tak boleh terima bila ayahanda tu asyik dok tenung orang gaji tu. Maunya
bonda tak marah!” jawab Tengku Alyah dengan marah.
“Itu
bukan salah budak tu. Ayahanda yang tenung orang gaji tu kenapa? Bonda kena
belasah ayahandalah bukan budak tu,” kata Tengku Ezairul.
Tengku
Alyah naik angin. Boleh anaknya bercakap begitu. Melampau!
“Zairul
ni memang tak fahamkan maksud bonda? Bonda boleh rasa yang perempuan tu macam
nak goda ayahanda,” tekan Tengku Alyah lagi dan matanya tajam merenung Tengku
Ezairul yang seperti tidak berperasaan.
“Tapi
tak patutlah bonda buat dia sampai macam tu. Itu dah macam kes dera. Kalau dia
buat laporan polis, tak ke malu kalau media datang jumpa Zairul dan ayahanda.
Zairul tak nak keturunan kita tercemar.”
Tengku
Alyah terpukul dengan kata-kata anaknya sendiri. Boleh tahan jawapan Tengku
Ezairul. Cukup pedas. “Eleh, Zairul ingat Zairul tu baik sangat. Zairul ingat
bonda tak tahu yang Zairul pun sama macam nak dera budak tu.”
“Apa-apa
ajelah bonda.” Tengku Ezairul terus bangun. Malas dia hendak melayan Tengku
Alyah.
“Kenapa
tiba-tiba kamu balik Zairul?” tanya Tengku Alyah sambil memerhati Tengku
Ezairul.
“Zairul
tertinggal dokumen kat bilik.” Tanpa menoleh, Tengku Ezairul terus keluar.
Tengku
Alyah menjeling tajam. Dalam fikirannya, merencanakan satu program baru untuk
perempuan yang cuba bermain mata dengan suaminya.
Petang itu di kawasan perumahan mewah ini
gelap dan seperti mahu hujan. Tiada angin yang bertiup cuma awan berarak
perlahan dan semakin hitam warnanya. Selesai menjahit tadi Maria tertidur. Dia
benar-benar rasa letih seperti bertahun-tahun tidak berehat.
Maria
menjenguk keluar mencari Timah. Tapi tiada. Dia mendongak le langit. ‘Ya Allah, nak hujan.’ Dia bergegas ke
ampaian. Cepat-cepat dia mengambil bakul dan mencapai satu per satu kain di
ampaian. Sambil mencapai pakaian mata Maria melilau mencari kelibat Timah.
Tidak
tahukah Timah hari mahu hujan. Air hujan mula menitik perlahan. Ketika itu juga
Porsche Cayenne milik Tengku Ezairul masuk ke garaj.
Tengku
Ezairul keluar dari porschenya. Hari ini dia terpaksa memandu sendiri kerana
Adli ada urusan lain yang perlu di selesaikan.
Ketika
Tengku Ezairul mahu membuka pintu, matanya terpandang Maria sedang mengangkat
pakaian di ampaian. Ralit dia memerhati. Dia tersedar apabila gadis itu sudah
siap mengangkat pakaian dan tiada lagi di situ.
Tengku
Ezairul rasa lain macam. Rasa seperti hatinya sedang bergolak kuat.Dia masuk ke
Vila istana dan menghenyak tubuhnya di atas sofa. Matanya dipejamkan.
“Tengku,
nak minum air apa?”
Sebaik
mendengar suara Maria, mata Tengku Ezairul terus terbuka. Dia memandang gadis
yang sedang berdiri di hadapannya ini. Dia hanya menjeling dan kemudian
merebahkan tubuhnya di atas sofa. Dibiarkan Maria tertunggu-tunggu.
Maria
hanya diam. Dia tidak berani untuk bertanya. Dia bimbang jika Tengku Ezairul
menjerit kepadanya.
Mata
Tengku Ezairul terbuka. Dilihatnya Maria masih lagi terpacak. Kenapa tercegat
aje kat sini? “Apa yang kau tengok tu?” tengking Tengku Ezairul.
“Jawablah
kalau aku tanya! Tak ada mulut ke?” Sekali lagi Tengku Ezairul menjerit dan
terus bangun menghampiri Maria.
“Maafkan
saya, Tengku. Saya cuma nak tahu Tengku nak minum apa?” jawab Maria. Tubuhnya
menggeletar ketakutan.
Tengku
Ezairul menghampiri Maria. “Lain kali kalau aku tak jawab pertanyaan kau,
maknanya aku tak naklah. Kau tak faham ke?”
Tengku
Ezairul menolak bahu Maria untuk menakutkan gadis itu.
Maria
memegang bahunya yang terasa sakit kerana ditolak Tengku Ezairul. “Saya faham,
Tengku. Lain kali saya tak akan buat lagi. Maafkan saya Tengku. Maafkan saya.”
Tengku
Ezairul tidak mempedulikan rayuan Maria. Dia menolak Maria sehingga Maria
terduduk. Sakit punggung Maria di buatnya. Tengku Ezairul ketawa. Tali lehernya
dibuka. Dia tahu Maria takut kepadanya.
“Kau
ni lembiklah. Macam ayam kampung. Tapi kau ni memang ayam kampung, kan?
Perempuan tak ada tastemacam kau ni mana berani nak berdepan dengan
orang macam aku ni,” kata Tengku Ezairul dan duduk di hujung anak tangga.
Maria
masih lagi terduduk. Wajahnya ditundukkan. Dia memaut tangannya pada besi
tangga dan berusaha untuk bangun tapi pinggangnya terasa sakit akibat tertolak
tadi.
“Hei,
bangunlah! Kau ingat aku nak tolong kau? Angkat kau dan hantar kau ke klinik?
Kau silap oranglah. Cepat bangun! Lembik macam tak makan setahun. Dah pergi.
Bau kau tu busuk! Tak jaga kebersihan langsung.” Tengku Ezairul menolak-nolak
bahu Maria lagi supaya bangun.
“Kau
ingat kau tu lawa sangat! Cerminlah sikit muka kau tu.” Sekali lagi Tengku
Ezairul menyakitkan hati Maria dengan kata-katanya.
Sedihnya
hati Maria mendengar kata-kata Tengku Ezairul. Dia hanya diam. Dengan susah
payah, dia bangun dan terus berlalu ke dapur. Tanpa dipinta, air matanya
mengalir. Cepat-cepat dia mengesat air matanya apabila melihat kelibat Timah di
dapur.
Belum
sempat dia menegur Timah, Tengku Ezairul muncul di dapur.
Tengku
Ezairul menjeling Maria. “Timah, awak tolong cuci bilik air dalam bilik saya
sekarang.”
Timah
tidak jadi untuk berbual dengan Maria. Sebaliknya dia terus ke bilik Tengku
Ezairul.
Maria mencapai pinggan dan dilapnya
perlahan-lahan. Padahal pinggan-pinggan itu telah dilap tengah hari
tadi.Tiba-tiba dia dapat rasa seseorang berdiri di belakangnya. Hembusan nafas
itu terkena pada pipi Maria. Maria berdoa dalam hati agar Tengku Ezairul tidak
memarahinya lagi.
“Mulai
hari ni kau jangan buatkan air untuk aku. Kau boleh buat air untuk bonda dan
ayahanda aku tapi bukan untuk aku. Aku tak suka setiap masakan dan minuman yang
di buat oleh tangan kau.”
Rasa
mahu jatuh jantung Maria apabila di perlakukan sebegitu. Sampai hati Tengku
Ezairul berkata begitu. Apa salahnya Maria dia sendiri tidak tahu.
“Pandang
aku.”
Maria
masih lagi tidak memberi respon. Maria sebenarnya takut. Tengku Ezairul naik
berang.
“Pandang
akulah! Pekak ke?” Tengku Ezairul memusing kasar tubuh Maria menyebabkan Maria
berpaling.
Dengan
mata penuh ketakutan dan kesedihan, Maria memaksa juga dirinya untuk memandang
wajah lelaki di hadapannya ini.
Pada
ketika inilah Tengku Ezairul menerokai mata coklat milik Maria. Entah kenapa,
dia terasa seperti berada di alam yang paling indah, penuh dengan cahaya yang
bergemerlapan.
“Tengku...”
panggil Maria.
Tengku
Ezairul tersedar. Dia berpaling ke arah lain. “Kau faham tak apa yang aku cakap
tadi?”
“Saya
faham Tengku. Saya tidak akan memasak dan membuat air untuk Tengku lagi. Saya
janji,” kata Maria bersungguh-sungguh.
“Kau
nak tahu kenapa aku tak nak makan dan minum air
yang kau buat tu. Kau nak tahu kenapa?” Tengku Ezairul menjauhkan
dirinya dan mencapai beberapa biskut di atas rak dan mengunyahnya.
Maria
hanya menggeleng.
“Sebab
kau ni pengotor, busuk dan sangat menggelikan. Aku tak tahulah kenapa setiap
kali aku makan apa yang kau masak, aku rasa macam nak muntah.” Tengku Ezairul
memandang Maria dengan jengkel.
Maria
hanya diam. Dia rasa kecil hati. Maruahnya rasa dipijak-pijak. Betulkah dirinya
pengotor dan busuk? Kalau busuk, sudah tentu Abang Syawal tidak akan menyukai.
Tengku
Ezairul menjeling Maria. “Malas aku nak layan perempuan busuk macm kau ni.
Pengotor!” herdik Tengku Ezairul lagi dan terus berlalu pergi.
Bersambung….