Home Novel Cinta TAKKAN KULEPASKAN, EMY RAZIELA
TAKKAN KULEPASKAN, EMY RAZIELA
EMY RUSLI
5/12/2014 23:13:41
39,408
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

LAMPUbilik ditutup. Maria baru sahaja mahu merebahkan diri di atas katil bujang. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising di kawasan asrama.

Pintu bilikdiketuk. Maryam bangun, membuka lampu dan membuka pintu.

Maria mengikut dari belakang. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang. Tidak tahu mengapa.

Sebaik pintu dibuka.

“Maryam, Maria, saya nak masuk dalam bilik kamu berdua untuk buat pemeriksaan,” beritahu Puan Sarah.

Maria dan Maryam sama-sama terkejut. Kelihatan ramai sahabat yang lain di luar bilik mereka.

“Nak periksa apa Puan Sarah?” tanya Maryam hairan.

“Macam ni Maria, Maryam, rantai Puan Siti hilang petang tadi. Kami dah periksa semua bilik cuma tinggal bilik kamu berdua aje. Benarkan kami untuk periksa ya.”

Linda yang berada di belakang Puan Sarah tersenyum lebar. Puas hatinya. ‘Ini baru sikit Maria. Lepas ni kau akan dibuang dari Basyirah. Kau hiduplah kat luar sana tu seorang diri!’

“Puan, saya dah jumpa rantai ni!” jerit salah seorang yang memeriksa almari Maria. Rantai tersebut diambil dan ditayangkan kepada semua.

Maria terlopong.

Semua mata memandang Maria. Mereka terkejut. Seorang gadis yang baik, sopan santun dan lembut seorang pencuri.

Maria menggelengberkali-kali. Dia tidak pernah melihat rantai yang berloket ‘S’ itu. Tidak mungkin dia akan mencuri rantai Puan Siti.

Puan Sarah juga turut tidak percaya. Siasatan perlu dilakukan. Dia kenal Maria. Dia tahu siapa Maria. Dia menghampiri Maria yang masih lagi kebingungan. “Maria, betul ke awak ambil rantai Puan Siti ni?”

“Tidak, puan. Maria tak ambil. Memang petang tadi Maria masuk pejabat Puan Siti untuk ambil jarum peniti, tapi Maria tak ambil rantai tu. Maria tak tahu kat mana Puan Siti letak rantai tu,” beritahu Maria takut-takut.

“Puan Sarah, saya rasa ini salah faham dan mungkin ada orang cuba nak khianat Maria. Saya tak percaya Maria lakukan semua ini.” Maryam membela Maria. Tidak sampai hati dia melihat Maria dituduh begitu.

“Puan Sarah, kalau bukan dia yang ambil siapa lagi? Tak akan ada orang nak kianat Maria ni. Kita kena siasat perkara ni puan. Kalau betul dia yang ambil, kita tak boleh biarkan. Sebab kes kecurian pasti akan berlaku lagi lepas ni,” sampuk Linda.

Maria tunduk. Takut dan sebagainya bercampur aduk dalam dirinya. ‘Kenapa ini semua berlaku pada aku?’ rintih Maria di dalam hati.

“Linda, kau tak ada hak nak tentukan kesalahan orang. Entah-entah kau yang letakkan rantai tu dalam almari Maria. Kaukan memang tak suka pada Maria!” bentak Maryam.

Linda benar-benar panas hati.

“Sudah! Maria, saya tak mahu tuduh awak yang bukan-bukan. Sekarang, mari ikut saya dulu ke bilik Puan Siti,” arah Puan Sarah lagi.

“Tapi puan... Maria tak ambil rantai tu,” kata Maria.

“Jangan takut, Maria. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Mari ikut saya. Kita bincang nanti di bilik Puan Siti.”

“Aku ikut kau Maria!” kata Maryam.

“Maryam, biar Maria selesaikan sendiri masalah ni. Doakan yang baik-baik ya.”

Maryam hanya mengangguk. Dia mahu menangis melihat wajah Maria yang muram.

DI DALAMpejabat Puan Siti, Maria hanya tunduk. Walaupun dia tidak mengambil rantai tersebut, Maria tetap gugup.

“Saya tidak tuduh Maria atas kehilangan rantai ini. Tapi saya musykil bagaimana rantai ini boleh berada dalam almari awak?” Suara Puan Siti sambil merenung Maria.

“Puan, saya berani bersumpah. Saya tidak ambil rantai puan tu. Memang petang tadi saya masuk pejabat puan. Tapi saya hanya ambil jarum peniti saja,” terang Maria sebaik mungkin.

Masing-masing diam. Tubir mata Maria rasa mahu pecah. Bergenang air mata di kelopak matanya. Maria cuba bertahan. Tapi dia gagal. “Saya tahu saya tidak berduit. Tapi saya bukan pencuri,” kata Maria dalam tangis.

Puan Siti dan Puan Sarah berpandangan antara satu sama lain.

“Puan, saya tidak minta untuk puan percayakan saya tapi saya mahu Puan Siti dan Puan Sarah tahu yang saya tidak mengambil rantai itu. DemiAllah!”

Maria tunduk. Sedihnya rasa hati bila dituduh mencuri sedangkan bukan dia yang melakukannya. Apakah ini satu pengkhianatan?

“Saya tidak tuduh Maria. Sekarang rantai ni pun dah jumpa. Kita akan siasat nanti siapa yang mengambilnya,” kata Puan Siti.

“Puan Siti boleh menghukum saya sekiranya kesalahan saya ini ada termaktub dalam undang-undang Basyirah. Saya terima hukuman yang akan di berikan dengan hati yang terbuka.”

Puan Siti berasa sebak. Pengakuan itu menusuk masuk dalam hatinya. Gadis ini begitu tabah. Wajah lembut Maria membuktikan bahawa Maria adalah gadis yang baik-baik.

“Macam ni Maria, saya tidak mahu menghukum Maria. Saya maafkan Maria atas apa yang telah berlaku. Kita lupakan hal ini dan saya bersyukur kerana rantai ini ada. Cuma selepas ini saya tidak boleh cuai lagi. Saya tidak mahu kes seperti ini berulang lagi. Dan untuk menutup mata semua penghuni Basyirah, saya akan memberi hukuman pada awak…”

Maria cuba bertenang.

“Awak kena mencuci semua tandas perempuan selama tiga hari berturut-turut. Ini sebagai syarat sahaja. Saya perlu bersikap adil dan menutup mata penghuni yang lain. Saya tidak mahu dikatakan memilih kasih pula. Awak faham Maria?”

Maria membalas pandangan mata Puan Siti. Hatinya lega kerana dimaafkan tapi untuk hukuman itu dia berasa tidak adil kerana bukan dia yang melakukannya. “Baiklah, Puan Siti. Saya terima hukuman ini. Kalau tidak ada apa-apa, saya keluar dulu.”

Dengan rasa berat hati dan sedih Maria bangun. Terus dia berjalan ke biliknya.

CUBALAH duduk rumah, Zairul. Ini tidak, asal aje bulan keluar dia pun sibuk jugak nak keluar. Apa yang istimewa sangat kat luar malam-malam macam ni? Cuba beritahu bonda. Bonda nak tahu,” tegur Tengku Puteri Alyah.

Tengku Ezairul yang baru hendak keluar terperanjat mendengar teguran sinis bondanya. Terus dia berpaling.

“Bonda nak ikut ke? Jomlah. Tapi bonda jangan ajak balik sudahlah lepas ni.” Selamba sahaja Tengku Ezairul menjawab dan tersenyum.

Masam muka Tengku Puteri Alyah. Tajam pandangannya pada anak bujangnya itu.

“Kamu nikan Zairul kalau bercakap memang tak berlapis. Zairul nak ke kelab lagi? Tiap-tiap malam jadi tetamu tetap. Tidur ajelah kat sana. Habis cerita.”

Berkerut dahi Tengku Ezairul mendengar kata-kata Tengku Puteri Alyah. “Bukannya Zairul nak buat benda yang bukan-bukan. Zairul cuma nak jumpa kawan-kawan. Bosanlah bonda duduk rumah aje. Siang dah mengadap kerja.Waktu macam nilah boleh jumpa kawan-kawan bisnes. Lagi satu kan bonda, kalau kita nak majukan perniagaan kena banyak kenal orang-orang besar.”

“Yalah tu.” Tengku Puteri Alyah mencebik.

“Oh ya, ayahanda mana bonda? Tak balik lagi waktu ni.”

“Ayahanda kamu jumpa Tan Sri Robert. Ada urusan nak diselesaikan tentang Zafrul Holding. Sekejap lagi baliklah.”

Tengku Ezairul sudah siap menyarung kasut. Dibetulkan baju kemejanya.

“Jangan balik lewat, Zairul. Bonda tak laratlah nak bersoal jawab dengan ayahanda kamu nanti,” pesan Tengku Puteri Alyah. Direnung wajah anak sulungnya ini penuh kasih sayang. Kadang-kadang dia geram juga dengan sikap degil dan baran Tengku Ezairul ini.

“Baiklah bonda. Zairul pergi sekejap aje.” Tengku Ezairul mencium pipi Tengku Puteri Alyah.

“Orang suruh kahwin tak nak! Jadi bujang terlajak. Nanti satu hari bonda nak kenalkan Zairul pada anak kawan bonda. Jangan nak tolak-tolak.” Sempat Tengku Puteri Alyah berkata begitu dan menyapu-nyapu habuk di baju Tengku Ezairul.

Tengku Ezairul buat tidak dengar dan terus berjalan ke arah Porsche Cayennenya.

Tengku Puteri Alyah menggeleng.

Sampai sahaja di Kelab Seroja, rakan-rakan Tengku Ezairul terus menyambutnya. Riuh suara mereka. Tengku Ezairul dan rakan-rakannya terus masuk ke dalam kelab. Suasana hiruk pikuk dengan bunyian lagu rancak dengan di sinari lampu-lampu berwarna warni.

Shirin yang melihat Tengku Ezairul berjalan membelakangkannya terus mendapatkan kekasih hatinya dan terus memeluk Tengku Ezairul dari belakang.

Tengku Ezairul tahu, itu Shirin. Dia terus berpaling ke depan.

“I rindu...” Shirin merapatkan bibirnya di telinga Tengku Ezairul. Dia mahu mencium bibir Tengku Ezairul tetapi Tengku Ezairul pantas melarikan wajahnya. Di dalam kelab ini, tiada siapa yang peduli. Masing-masing dengan aksi sendiri.

“I pun rindu pada you,” balas Tengku Ezairul penuh romantis dan memeluk erat pinggang Shirin.

Mereka berjalan ke tempat rakan-rakan Tengku Ezairul.

“Hai Shirin, lama tak nampak you,” sapa Mimi.

“You taulah kerja I kan macam mana. Bukan selalu ada kat Malaysia,” jawab Shirin dengan bangga. “You ada rokok? I nak mintak sebatang.”

“Ada.” Mimi menghulurkan sebatang rokok pada Shirin.

Saat Shirin hendak menyalakan api, Tengku Ezairul terus menyambar rokok tersebut dan ditekan masuk ke dalam bekas rokok. Benci dia melihat Shirin merokok.

Shirin membulatkan matanya. “Kenapa dengan you ni Zairul? You tahukan I memangsmoking.”

“I tak suka you hisap rokok dan I nak you berhenti tabiat buruk ni. I lelaki pun tak pernah hisap rokok!” marah Tengku Ezairul.

“Itu you. I memang hisap rokok sebelum you kenal I lagi. Apa masalahnya?” Shirin berterusan menjawab.

“Masalahnya I tak suka! You jangan nak melawan Shirin!”

“You ni macam semalam baru kenal I kan?”

“Tak kisahlah bila I kenal you. Yang penting I tak suka you merokok. Faham!” Keras suara Tengku Ezairul kali ini.

Shirin membalas tajam renungan Tengku Ezairul. Geram betul dia dengan tindakan kekasihnya ini. Tapi untuk menghisap semula rokok, dia berasa takut. Gerun juga dia dengan Tengku Ezairul.

“Malas nak layan you!” bentak Shirin dan terus bangun.

“You nak ke mana?” jerit Tengku Ezairul apabila Shirin bangun.

Shirin tidak menjawab sebaliknya terus berlalu pergi.

Tengku Ezairul memerhati lenggok Shirin yang sedang berjalan ke arah rakan-rakannya yang turut berada di kelab ini.

“Kenapa dengan Shirin tu?” tanya Zul dan menepuk lembut bahu Tengku Ezairul.

Tengku Ezairul meneguk air Cokenya.

“Biasalah orang perempuan, pantang kena tegur mulalah merajuk. Tapi Shirin tu merajuknya sekejap aje. Nanti aku peluk cium dia, okeylah nanti.”

Zul ketawa kecil. “Pandai ya kau Zairul. Aku kena belajar tip untuk pujuk orang perempuan dari kau.”

Suasana menjadi semakin rancak apabila penyanyi kelab malam mula naik ke pentas. Lagu-lagu rancak dinyanyi. Ramai pelanggan menarik pasangan masing-masing untuk menari.

Tengku Ezairul bangun dan menghampiri Shirin. Dirangkul pinggang Shirin dan ditarik naik ke pentas.

Shirin memeluk Tengku Ezairul dan mereka sama-sama menari penuh keasyikan. Lupa pada dunia yang hanya bersifat sementara.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tandas perempuan Basyirah dicuci Maria bersih. Cermin yang sudah berhabuk dilapnya. Lantai disentalnya dengan sabun kemudian dimop. Dia berdiri tegak membetulkan posisi badannya. Terasa lenguh pinggangnya. Maria tidak larat lagi untuk mencuci tandas. Ada dua tandas lagi di blok hujung sana.

“Rajin nampak. Berapa Basyirah bayar kau buat semua kerja ni?”

Maria yang terkejut dengan sapaan itu, segera menoleh ke belakang. Linda! Maria buat tidak kisah.

“Hei Maria! Kau pekak ke? Atau kau ni memang pekak badak?” jerit Linda.

“Apa yang awak nak dari saya Linda?” tanya Maria berani. Lembut tetapi lantang.

Mata mereka bertentang. Mata Linda penuh dengan kebencian.

“Aku tak nak apa-apa dari kau. Saja je aku nak bercakap dengan kau. Takkan tak boleh kot!”

“Bukan macam tu caranya nak bercakap dengan orang,” beritahu Maria sebaik mungkin.

“Eh Maria, kau jangan nak poyolah. Kau tahu tak yang perbuatan kau mencuri rantai Puan Siti dah diketahui oleh semua orang. Asrama budak lelaki pun kecoh!” jerit Linda sengaja mahu menyakitkan hati Maria dan tangannya menunjal-nunjal dada Maria.

“Biarlah dia orang nak mengumpat ke atau nak apa. Saya tak rasa sakit pun dengan perbuatan mereka tu,” nalas Maria lembut tetapi tegas.

“Kau jangan ingat dengan perbuatan kau mencuri tu kau akan selamat! Lepas ni entah apa pulak yang kau akan curi dalam Basyirah ni. Bahaya tau tak simpan orang macam kau kat sini!”

“Linda,Allah lebih tahu apa yang berlaku.Allah nampak setiap perbuatan hamba-nya. Kalau saya yang mencuri,Allah akan timpakan bala kepada saya. Tapi kalau saya dikhianati, maka balanya lebih besar lagi pada pengkhianat tu,” ujar Maria.

Linda menelan liur. Kecut perutnya mendengar kata-kata Maria.

Maria menolak sedikit tubuh Linda dan terus berlalu pergi.

“Kalau dah pencuri tu, pencurilah jugak!” jerit Linda kuat apabila Maria semakin jauh berjalan.

Maria meneruskan langkahnya seperti biasa. Semakin lemah tidak berdaya. Setitik gugur. Pedih hatinya dituduh sebegitu rupa. Apalah nasib dirinya.

Dia tidak berdaya untuk melawan Linda. Sebak hati Maria mengenangkan apa yang telah berlaku pada dirinya ini.

Maria membuka pintu biliknya. Maryam sedang menjahit baju kurung Kedah.

“Baru balik. Kau dah cuci ke semua tandas tu?” tanya Maryam sambil meletakkan baju tersebut di atas meja.

Maria mengangguk lemah. Dia merebahkan badannya dia atas katil.

“Maria, kesian kau. Aku nak tolong tadi, kau tak nak.”

“Tak apa Maryam. Nanti kalau Maryam tolong apa pulak kata Puan Siti dan yang lain-lain. Lagipun hukuman itu untuk Maria bukan untuk Maryam,” kata Maria sambil memicit kepalanya. Sakit tubuhnya kerana lama berdiri dan melakukan kerja.

“Aku rasa aku tahu siapa yang khianat kau Maria.” Maryam bersuara penuh yakin.

“Maksud Maryam?” tanya Maria hairan.

“Aku rasa orang yang khianat kau dengan meletakkan rantai Puan Siti dalam almari kau tu, mesti kerja si Linda tu!”

“Maryam! Tak baik tau tuduh orang macam tu. Kita tak tahu siapa yang buat. Entah-entah bukan Linda. Lainlah kalau memang kita yang nampak Linda letakkan rantai tu dalam almari Maria.”

“Tapi aku yakin sangat ini semua kerja si Linda tu. Kau tengoklah dia malam tadi, bersungguh-sungguh tuduh kau. Dia pun bukan nampak kau yang ambil rantai tu dalam bilik Puan Siti. Itu pun dia tuduh kau jugak!” kata Maryam.

Maria memejam matanya. Malas hendak bercerita lagi soal kehilangan rantai itu. Menyakitkan lagi hatinya. Dia membuka semula matanya dan memandang Maryam.

“Tapi rantai tu memang diorang jumpa dalam almari Maria, kan? Maryam pun nampak malam tadi, kan? Semua orang nampak.”

“Aku tak puas hati betullah...”

“Dahlah tu, Maryam…” Maria cepat-cepat memotong kata-kata Maryam.

“Petang ni, Abang Syawal nak jumpa kau. Dia nak bawa kita makan kat luar. Abang Syawal dah minta izin Puan Sarah.”

Maria tidak memberi sebarang maklum balas.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni Maria?” tanya Maryam geram sambil memerhati wajah Maria.

“Maria dengarlah. Abang Syawal tahu ke apa yang berlaku ni?” soal Maria pula.

Maryam menggangguk. “Kau jangan risau Maria. Aku akan teman kau. Abang Syawal percaya pada kau.”

Maria diam. Maryam juga begitu. Fikiran Maria kosong. Sekarang di Basyirah dia semakin kehilangan kawan-kawan ekoran tuduhan mencuri dilemparkan kepadanya. Ke mana sahaja dia berjalan pasti akan ada orang yang berbisik dan mengejeknya terutama Linda.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TENGKU Ezairulmenyembur pewangi berjenama di bajunya dan badannya. Semerbak bau haruman di kamar mewahnya. Dia menilik mukanya di cermin. Wajahnya putih bersih. Kumis-kumis di mukanya sudah dibersihkan ketika mandi tadi. Selepas itu, dia keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga sambil menyanyi.

“Nak ke mana tu Ezairul?” tegur Tengku Dato Zafrul sambil melihat jam di dinding.

Tengku Ezairul terus henti berjalan dan memandang ayahandanya. “Zairul nak keluar sekejap. Nak jumpa kawan.”

“Nak jumpa kawan atau nak jumpa pramugari tu?” sampuk Tengku Puteri Alyah geram. Memang dia tidak suka Tengku Ezairul berkawan dengan mana-mana perempuan yang bukan dari keturunan bangsawan.

Mendengar kata-kata Tengku Puteri Alyah, Tengku Ezairul menarik masam mukanya. Tidak suka bondanya bercakap begitu. “Bonda, Zairul dah besar. Zairul tahu dengan siapa Zairul nak berkawan. Lagipun Zairul bukan budak kecil lagi.”

“Setiap malam keluar. Hampir subuh baru nak balik. Jangan buat perkara yang buruk Zairul. Ayahanda tak nak ada sesiapa tahu identiti kamu yang sebenar. Tak pasal-pasal kena tangkap dengan wartawan,” kata Tengku Dato Zafrul.

“Zairul keluar dulu. Mungkin Zairul balik lambat malam ni.” Terus Tengku Ezairul keluar dari Vila Istana ini. Bosan setiap malam berada di rumah. Tiada apa yang hendak di buat. Porsche Cayenne miliknya terus meluncur ke rumah Shirin.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MARIAbangunlah! Dah tengah hari ni. Dari tadi kau tidur. Tak takut gemuk ke?” jerit Maryam dan menarik-narik kaki sahabatnya itu supaya bangun.

Maria mendengus kecil. ‘Kacau betul Maryam ni. Orang baru nak mimpi kahwin dengan anak raja yang segak. Tengok mana dah lari putera orang ni.’ “Kejaplah. Maria ngantuk ni. Tak puas lagi tidur,” jawab Maria. Matanya terpejam rapat.

“Apa! Ngantuk? Eeii... Kau ni, baju kebaya aku dah siap jahit ke belum? Bangunlah Maria. Tak elok anak dara tidur petang. Nanti tak laku.” Maryam berterusan mengusik.

Sakit jiwa Maria. “Hmm... Dah,” jawab Maria dalam keadaan masih mamai.

Maryam sudah melompat-lompat apabila baju kebayanya sudah siap dijahit. “Dah siap? Eh, bangunlah Maria. Aku nak cuba baju kebaya tu. Bangun ler...” Sekali lagi Maryam menarik kaki Maria.

Maria terkejut dan terpaksa membuka matanya. Dengan rasa bengang dan malas, dia bangun. Dia rasa sangat mengantuk kerana malam tadi tidak tidur menyiapkan jahitannya.

“Cepatlah Maria, ambil baju tu. Lambatlah kau ni.”

Maria mencapai beberapa baju yang telah siap digantung di palang besi almarinya. “Menyesal beritahu Maryam. Tak sabar-sabar.”

Maryam tersengih-sengih mendengar omelan Maria. Dia tahu Maria marah-marah sayang.

“Wah, cantiklah kain ni bila dah jadi baju. Eh, yang tu untuk siapa pula?” tanya Maryam dan matanya menyorot pula pada sehelai baju kurung kedah di tangan kiri Maria.

“Oh, ini Maria jahit untuk Puan Sarah,” jawab Maria dan menyerahkan baju kebaya kepada Maryam. Maryam kelihatan tidak sabar.

“Siap ada labuci lagi kat tangan. Kemas jahitan kau Maria. Bertuah badan siapa dapat kau Maria,” puji Maryam dan mengambil huluran baju dari Maria.

“Bertuah kenapa?”

“Yalah, kaukan pandai menjahit. Nanti raya tak payahlah nak tempah-tempah lagi. Mahal tau nak tempah untuk jahit. Baju anak-anak kau jahit sendiri. Jimat belanja.”

Maria hanya diam.

“Aku nak cuba dulu.” Maryam terus menyarung baju kebaya tersebut ke badannya.

“Cantik Maryam pakai baju ni. Mujurlah Maria ikut ukuran yang betul. Nampak sesuai tak ketat dan tak longgar,” puji Maria sambil membetulkan baju tersebut.

“Mestilah cantik. Inikan Anne Hatthaway yang buat. Ops... Taylor Swift yang buat.”

Maria menjeling.

“Lusa Basyirah adafunction tau. Ada satu syarikat besar nak bagi derma kat Basyirah.” Bersungguh-sungguh Maryam memberitahu sambil menanggalkan baju kebaya tersebut.

Function?Function apa pulak?” soal Maria.

“Syarikat tu pernah masuk TV sebelum ni. Kiranya syarikat besarlah. Aku lupalah apa nama syarikat tu. Tadi Puan Sarah beritahu aku. Puan Sarah juga cakap yang syarikat tu bukan sahaja dermakan duit malah juga turut menderma beberapa mesin jahit yang baru.”

“Ya ke?” Maria melonjak gembira. “Bagus sangatlah kalau Basyirah dapat mesin jahit baru. Yang sedia ada ni dah nazak sangat. Bagusnya syarikat tu.”

“Tulah. Aku pun terkejut juga tadi. Yalah, mana Basyirah mampu nak beli mesin jahit banyak-banyak. Ni dah ada yang nak menyumbang, terima ajelah,” kata Maryam pula.

“Kalau dah ada mesin jahit baru tu, Maria nak jahit baju Melayu lelaki pula.” Maria mula memasang angan-angan.

“Aku setuju tu. Bolehlah kita jahit macam-macam baju lepas ni. Esok pagi, kita kena pergi dewan untuk hias apa yang patut. Puan Sarah cakap yang datang ni bukan sebarangan orang. Pemilik syarikat tu dari golongan bangsawan,” beritahu Maryam.

Maria terkejut bukan kepalang. Golongan bangsawan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Orang kenamaan telah tiba dan sudah duduk di barisan hadapan di dalam Dewan Teratai. Tengku Ezairul yang duduk di sebelah Tengku Dato Zafrul memerhati keadaan dalam Dewan Teratai. Ini pertama kali dia menjejakkan kaki di rumah anak yatim Basyirah.

Tengku Ezairul dapat lihat ada anak-anak kecil masih berlari di luar sana. Walaupun Basyirah tidak semewah mana, tapi tahap kebersihan anak-anak tersebut boleh dipuji.

Di atas pentas, pengetua Basyirah Puan Siti sedang memberikan ucapan kata-kata aluan. Sebelum sesi menghulurkan sumbangan, para tetamu kehormat dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh anak-anak Basyirah. Bersungguh-sungguh mereka membuat persembahan.

Tengku Ezairul dan lain-lain rasa terhibur.

Maria, tadi aku jumpa mamat hensem giler,” beritahu Maryam bersungguh-sungguh.

Maria hanya. Dia ralit melihat persembahan di atas pentas.

Maryam geram apabila Maria buat tidak tahu lantas dicubit paha Maria.

Maria mengaduh dan memandang Maryam dengan wajah pelik. “Apa ni cubit-cubit? Sakitlah. Maria tengah tengok Adam tu main gendanglah. Kacau betul!”

“Eh, aku nak beritahu kau yang aku jumpa sorang mamat hensem tadi. Putih melepak mamat tu. Bersih aje muka dia,” kata Maryam lagi.

“Dah tu nak suruh Maria buat apa?” tanya Maria sambil memandang Maryam.

“Aku tak suruh kau buat apa-apa. Aku cuma beritahu kau aje. Hah, tu dia. Mamat tu duduk tempat VIP. Tengok tu Maria.” Maryam menunjukkan jarinya ke arah hadapan.

Maria tercari-cari tapi tidak jumpa. “Tak nampak pun. Mana Maryam?”

“Yang rambut pacak-pacak tu. Pakai kot kelabu tu. Hensem... macam pelakon Korea.”

Maria berputus asa. Dia tidak mahu mencari lagi.

“Nampak tak Maria?”

“Tak! Biarlah. Malaslah nak tengok.”

“Eh Maria, aku rasakan lelaki tu anak orang kayalah. Entah-entah dia yang derma pada Basyirah,” teka Maryam.

Maria hanya diam. Dia menempukan sepenuh perhatian ke pentas.

“Terima kasih kepada Yang Teramat Mulia Tengku Dato Zafrul sekeluarga kerana beliau akan memberikan sumbangan terbesar kepada Basyirah hari ini. Maka dengan itu, saya menjemput Yang Teramat Mulia Tengku Dato Zafrul ke pentas untuk memberi sumbangan dengan diiringi Puan Siti dan Encik Fazli. Dengan itu dipersilakan naik ke pentas.”

Kata-kata daripada pengerusi majlis itu disambut dengan tepukan gemuruh.

Tengku Dato Zafrul naik ke pentas. Cek bernilai dua ratus ribu ringgit diserahkan kepada Puan Siti.

Kemudian, Tengku Dato Zafrul diberi peluang untuk memberi ucapan.

“Saya ingin mengucap syukur kepadaAllah SWT kerana memberi peluang kepada saya dan membukakan pintu hati saya sekeluarga untuk memberikan sedikit sumbangan kepada Basyirah. Di sini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak saya, Tengku Ezairul yang telah pun menambahkan lagi jumlah sumbangan sebanyak 50 ribu ringgit…”

Mereka bertepuk tangan.

Tengku Ezairul hanya tersenyum. Ada sedikit perasaan malu dalam dirinya.

Selepas Tengku Dato Zafrul duduk, sekali lagi mereka dihiburkan dengan kumpulan nasyid Basyirah.

“Wah, maknanya orang kaya tu bagi derma 250 ribulah ya. Banyaknya!” Maryam seakan terkejut.

“Tulah. Semoga murah rezeki Dato tu dan keluarga dia,” kat Maria pula.

Ayahanda, Zairul nak ke tandas sekejap,” beritahu Tengku Ezairul dan terus bangun. Sebenarnya dia mahu muntah. Tekaknya mula terasa loya.

Dia terus berjalan laju menuju ke tandas yang terletak di hujung dewan.

“Bos, nak ke mana tu?” tanya Adli pengawal peribadi Tengku Ezairul yang duduk di luar.

Tengku Ezairul hanya menunjukkan jarinya pada sign board tandas. Dia tidak dapat bercakap lagi kerana tekaknya sudah loya. Mana nak cari susu panas masa ni.

Maryam, Maria nak pergi tandas.” Maria segera bangun keluar dari dewan Teratai. Dia berlari-lari anak.

Tengku Ezairul keluar dari tandas. Dibersih-bersih kotnya yang sedikit basah terkena air sewaktu berkumur tadi.

Buk!

Tengku Ezairul tertolak ke belakang. Sakit bahunya. Siapa yang langgar tadi?

“Maaf encik, saya tak sengaja..” terus sahaja perempuan berambut perang itu masuk ke tandas tanpa menoleh kepada Tengku Ezairul.

Tengku Ezairul sudah bercekak pinggang. ‘Kurang ajar!’ bentaknya. ‘Sudahlah langgar aku, tunjuk muka pun tak! Ini mesti anak-anak Basyirah. Memang tak ada adab. Kurang ajar! Tahu tak aku ni siapa? Aku yang derma 250 ribu tadi.’

Tengku Ezairul merenung tandas wanita di sebelahnya.Dia tidak sempat melihat perempuan tadi. Yang sempat dia tengok beberapa saat sebelum perempuan itu memasuki tandas ialah rambut perempuan itu perang dan berkulit putih merah. Ada orang putih ke kat sini? Tapi pandai cakap Melayu.

“Bos, kenapa ni bos? Ada yang tak kena ke?” Adli menghampiri Tengku Ezairul apabila dilihatnya dari tadi bosnya ini berdiri di hadapan tandas.

“Kau nampak tak seorang perempuan masuk ke tandas ni tadi?” tanya Tengku Ezairul.

“Perempuan mana bos? Cantik ke tidak perempuan tu bos?” soal Adli dengan lawak jenakanya.

“Kau ni... aku tanya betul-betullah. Perempuan tu baru masuk tandas ni. Tadi dia langgar aku. Aku rasa macam nak cekik leher perempuan tu!” marah Tengku Ezairul.

“Apa? Dia langgar bos? Kurang ajar! Dia tahu tak yang bos ni bukan sebarangan orang. Okey bos, sekarang bos nak saya buat apa pada perempuan tu bila dia keluar nanti?” Adli menunjukkan wajah bengisnya.

Tengku Ezairul mendengus kasar. Lama pula perempuan ni berada dalam tandas. Apalah yang di buatnya.

“Aku nak kau ke kantin sebelah sana dan bawakkan aku susu panas,” arah Tengku Ezairul.

“Bos nak muntah lagi ke? Macam perempuan mengandunglah bos ni.” Adli sudah ketawa dan mula mengikut langkah Tengku Ezairul.

“Kau jangan main-main Adli. Aku patahkan leher kau nanti baru kau tahu. Cepat pergi kantin tu. Bawakkan aku susu panas!” Tengku Ezairul memberi arahan keras.

Adli terus ke kantin.

Maria keluar dari tandas. Dia menoleh kiri kanan mencari-cari orang yang dilanggarnya tadi. Tapi sudah tiada sesiapa di situ. Tadi baru dia dengar orang bercakap-cakap kuat di luar tandas. Dia berjalan ke kantin mahu menjenguk Kak Yati, tauke kantin. Lagipun majlis di Dewan Teratai hampir selesai.

“Hah!” Maria mengejutkan Kak Yati.

“Opocot mak kau kahwin dua... eh kahwin tiga.”

“Siapa kahwin tiga?”

“Kau kahwin dengan anak raja... eh tu dia... Maria!” jerit Kak Yati.

Maria ketawa mengekeh-ngekeh. Lucu dia melihat Kak Yati melatah.

Kak Yati mencubit lengan Maria. “Maria ni, suka sangat usik akak. Kalau ada pisau pada tangan akak, jangan nak terkejutkan akak tau. Nanti ada yang berdarah.”

“Ya, Maria tahu. Dah lama Maria tak kejutkan akak.”

“Oh ya... Maria, tolong akak boleh tak?”

“Tolong apa, kak?”

Kak Yati menunding jarinya pada seorang lelaki yang sedang duduk.

“Tu hah, lelaki tu mintak susu panas untuk bosnya. Maria tolong buatkan susu panas tu ya. Tangan akak kotor ni. Tolong ya, dik.”

“Okey...”

Maria melihat lelaki itu sedang duduk melihat telefon di tangan. Dia mencapai gelas dan membancuh susu panas tersebut. Kemudian dia menghampiri lelaki tersebut yang ralit membacasms.

“Err... encik. Ini air susu yang encik mintak tu.” Maria menghulurkan gelas tersebut.

Adli berdiri. Hampir mahu terkeluar biji matanya yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik. ‘Cantiknya dia. Siapa dia? Bidadari dari kayangan atau anak patung.’

Maria mula rasa tidak selesa. Kenapa dengan orang ni? Sakit mental? “Encik... Encik...”

Adli terkejut. Cepat-cepat dia mengambil gelas tersebut. Belum sempat Adli mengucapkan terima kasih, Maria sudah pun pergi. Mata Adli tetap menyorot melihat Maria dari belakang. Menyesalnya dia kerana tidak sempat mengucapkan apa-apa kepada gadis itu.

DI DALAMpacuan empat roda Lexus milik Tengku Ezairul, Adli masih tersenyum-senyum. Dia masih membayangkan wajah gadis cantik itu. Ada tahi lalat kecil di bawah bibir kiri gadis itu.

Aduh, sedapnya suara dia. Halus dan merdu sekali. Hatinya mula tertanya-tanya siapakah gerangan si cantik manis tadi. Gadis itu kelihatan seperti bukan Melayu tulen. Wajahnya lebih kepada kebaratan.

Tengku Ezairul yang duduk di belakang mula berasa pelik. Apa kena Adli ni? Senyum sorang-sorang. Kena sampuk hantu Basyirah ke?

“Woi… apa yang kau senyum tu Adli?” Tengku Ezairul menepuk kuat bahu Adli. Adli terkejut. Mujur dia tidak melanggar kereta di hadapan. Teruk betul bosnya ini. Main tepuk-tepuk pulak.

“Err... tak ada apa-apa bos. Tak ada apa-apa,” jawab Adli gugup.

“Kau jangan nak bohong! Orang gila aje yang akan senyum sorang-sorang. Baik kau cerita. Kalau tak, aku tinggal kau kat lebuh raya ni! Cepat!” Tengku Ezairul mengeraskan suaranya.

“Macam ni bos, tadi masa saya ke kantin ambil susu bos tu, saya jumpa perempuan. Cantik sangat bos. Rasanya ini pertama kali saya jumpa perempuan paling cantik. Kalah artis-artis yangmake up tebal tu. Shirin pun kalah bos.”

“Woi... cakap tu berlapik sikit. Jangan kau nak kutuk-kutuk Shirin pula. Aku belasah kau nanti!” marah Tengku Ezairul sambil matanya melihat ke arah luar.

Sorry bos...” ucap Adli takut-takut. “Tapi betul bos, tadi perempuan tu berdepan dengan saya bos. Dia tak pakaimake up pun tapi... cantik sangat. Muka dia macam Taylor Swift. Betul bos... saya tak tipu.”

Tengku Ezairul senyum mengejek. Mengarut aje Adli ni. Mana ada orang Malaysia muka macam artis Hollywood.

“Siapa yang buat susu untuk aku tadi?” Kali ini Tengku Ezairul kelihatan serius. Air susu yang diminum tadi rasa lain macam. Sedap. Rasa tidak puas minum susu panas itu. Tidak sama seperti Timah dan Jess buat.

“Hah, kalau bos nak tahu perempuan cantik tulah yang buatkan air susu untuk bos.”

Tengku Ezairul terkejut. Berkerut mukanya. Dia seperti berminat untuk mengetahui tentang gadis itu. “Kau tahu siapa nama dia? Dia memang tinggal di Basyirah ke?”

“Itulah masalahnya, bos. Saya tak sempat nak tanya,” jawab Adli sedikit kecewa. “Bos jangan nak kacau daun. Saya tahulah saya ni tak sekacak bos. Saya pun nak juga rasa ada teman wanita.”

“Kalau kau nak, kau ambillah. Aku tak nak. Kau tahukan yang aku tak akan pilih sebarangan perempuan untuk jadikan teman hidup aku ni. Tambah pula kalau perempuan-perempuan di Basyirah tu, yang entah dari mana datangnya.”

“Jangan cakap macam tu bos. Mana tahu suatu hari nanti jodoh bos dengan anak-anak yatim. Macam mana?”

Tengku Ezairul terkejut dengan kata-kata Adli. Sampai ke situ Adli berfikir. “No... no... no… Itu tak mungkin terjadi. Tak ada lagi keturunan kami kahwin dengan orang biasa,” kata Tengku Ezairul dengan angkuh.

“Ikut boslah. Saya nak berangan tentang puteri idaman saya sekejap.” Adli malas lagi hendak bercakap.

“Ikut suka hati kaulah Adli,” jawab Tengku Ezairul tidak mahu mengalah.

Pacuan empat roda itu membelok ke Vila Istana. Kereta besar Bentley Continental masih lagi tiada. Maknanya Tengku Dato Zafrul belum lagi sampai.


bERSAMBUNG...
Previous: BAB 1
Next:

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.