Home Novel Cinta Unforgettable Love
Unforgettable Love
Mastura Abdullah
19/6/2020 15:23:20
45,330
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

SUIS utama rumah telah dimatikan ketika pintu rumah dibuka dari luar. Sengaja dia mematikannya dengan niat untuk mengganggu konsentrasi musuh. Hud hanya berdiri lebih kurang dua meter ketika bunyi picu pistol kedengaran jelas ditarik oleh musuhnya.

“Tak boleh tunggu dia tembak,” desis hatinya lalu mengatur langkah kemas menuju kearah musuhnya.

Dalam samar-samar itu, dia melepaskan sebuah sepakan ketika muncung sebuah pistolmenghala ke arahnya.

Bang!Sedas tembakan dilepaskan tetapi tersasar. Peluang itu Hud gunakan dengan bijak lalu dengan tangkas mengilas tangan yang masih memegang senjata itu ke belakang. Belakang lututnya dipijak sekuat hati hingga terduduk musuh dibuatnya. Ketika itu, terdengar bunyi senjata terjatuh ke lantai.

 “Kau siapa dan kau datang untuk apa?” tanya Hud garang sambil memaut leher musuh dengan tangan kirinya.

“Aku...takkan cakap,” jawab lawannya, tersekat-sekat menahan sakit.

Dek geram, Hud menguatkan lagi pautan tangan kiri pada leher itu biarpun rusuknyaberasa semakin sakit. Kalaulah lawannya tahu yang dia juga punya kelemahan ketika itu, buruklah padahnya.

“Kalau kau tak cakap, aku takkan lepaskan kau,” gertak Hud.

“Argh...aku takkan...”

“Kau datang serang aku dan kau masih sombong walaupun dah tertangkap. Sungguh kau seorang manusia yang tak tahu bersyukur,” ulas Hud lantas mengetatkan pautan pada leher musuhnya supaya lemas.

Tubuh itu bergoyang-goyang kerana kelemasan, namun gerakannya lemah perlahan-lahan.Bimbang berlaku hal yang buruk ke atas musuhnya itu, Hud melepaskan pautan kemas dari leher itu. Sempat dia memukul dengan keras bahagian kepala sebelum menolak tubuh itu ke lantai.

Hud melepaskan lelah. Selesai saja mengikat kedua-dua tangan musuhnya, dia rebah kelantai dan hanya tersedar ketika bunyi jeritan bergema kuat di dalam rumah itu.

“Siapa?”tanya Hud, berusaha membuka kelopak mata yang masih berat.

“Hud, apa dah jadi ni? Apa yang berlaku malam tadi?” tanya Hajah Ramlah, menggoncang badannya dengan kuat.

“Sakit Mak Hajah,” luah Hud perlahan.

“Siapa ni?” soal Hajah Ramlah tidak puas hati dengan jawapannya.

Hud bangkit daripada baringan. Seluruh tubuhnnya terasa sakit dek beberapa jam tidur di atas lantai. Tubuh yang dimaksudkan oleh Hajah Ramlah dikerling sekilas.

“Hidup lagi tak?” soal Hud lantas terburu-buru mengesan denyutan nadinya. Dia diam beberapa ketika.

“Nasib baik tak mampus!” ulas Hud, kembali tenang.

Hajah Ramlah yang masih tertanya-tanya dibiarkan terus berteka-teki di ruang tamu.Dia baru memanjat beberapa anak tangga ketika namanya dipanggil. Hud berhenti memanjat anak tangga lalumenoleh ke arah Hajah Ramlah. Matanya beralih pada sepucuk pistol di tepi dinding yang ditunjukkan oleh Hajah Ramlah.

“Mak Hajah jangan sentuh pistol tu,” pesan Hud sebelum turun mengambil pistol yang dimaksudkan. Dia membawa pistol itu naik tetapi panggilan kedua Hajah Ramlah membantutkan lagi langkahnya.

“Apa dia,Mak Hajah?”

“Apa Mak Hajah nak buat dengan orang ni? Kalau dia sedar macam mana?” tanya Hajah Ramlahgusar.

Hud turun kembali ke tingkat bawah. Soalan itu tidak dijawabnya. Dia keluar dari dapur membawa sebatang senduk besi. Senduk itu diserahkan kepada Hajah Ramlah.

“Mak Hajah tahu nak buat apa dengan senduk ni?” soal Hud, ingin tahu.

“Tahu...nak masak gulai.” Jujur dan ikhlas jawapan itu singgah di telinganya.

“Bagus,Mak Hajah! Jawapan Mak Hajah betul! Orang ni bangun aje, Mak Hajah gulaikan dia.”

“Gulaikan dia? Macam mana?” tanya Hajah Ramlah, betul-betul ikhlas ingin belajar. Hud menahan hati.

“Macam ni.... Hoi, bangun!” ajar Hud sambil menggoncang tubuh itu dengan kuat.

Beberapa kali menggoncang, tubuh itu tidak juga menunjukkan respons.

“Mak Hajah tolong ambilkan air kat dapur.” Hud memberi arahan pula.

Tergopoh-gapah Hajah Ramlah bangun. Senduk yang diserahkan kepadanya diambil juga demi menjaga hati wanita tua itu.

“Hoi,bangun!” Kali ini Hud menyiram air ke atas muka itu.

Taktik ini berjaya. Apabila kepala itu cuba diangkat, Hud memberi isyarat kepada HajahRamlah yang duduk di sebelahnya agar memerhati perlakuannya. Hud mengayun senduk besi ke arah kepala itu dengan kuat.

“Arghhh!”Terdengar suaranya mengerang kesakitan.

“Macam tu cara gulaikan dia, Mak Hajah! Dia bergerak aje, Mak Hajah ayunkan senduk besi ni ni ke kepala dia tau! Sampai saya datang,” pesan Hud lantas mengetuk kepala itu buat kali kedua.

Dia menyerahkan semula senduk besi itukepada Hajah Ramlah yang masih terkejut.Bergegas dia naikke tingkat atas. Fikirannya diasak agar bekerja keras, memikirkan cara untuk membuat musuhnya membuka mulut. Dia mahu tahu siapa yang menghantar orang itu ke rumahnya. Tentu ia berkait rapat dengan kematian seluruh ahli keluarganya sebelum ini. Orang yang sama barangkali. 

“Datang rumah aku, Zain!” beritahu Hud ketika panggilannya disambut.

“Apasal? Kau okey?”

“Okey...Datang dulu.”

“Aku dah sampai office ni.” Serba salah Zaindibuatnya.

Dia melihat jam yang terlilit di pergelangan tangan. 15 minit sebelum jam 8.00 pagi. Walaupun Hud sahabat merangkap bos, waktu kerja dia tetap perlu profesional. Ada baiknya jika dia thumb in terlebih dahulu sebelum berpatah ke rumah Hud.

 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.