Home Novel Cinta Unforgettable Love
Unforgettable Love
Mastura Abdullah
19/6/2020 15:23:20
45,330
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

“BIAR betul, Hud? Sampai ke USA kau nak bawak dia berubat. Berubat kat sini tak boleh ke?” soal Zain.

Dia terkejut apabila diberitahu yang Hud akan mengambil cuti panjang semata-mata mahu membawa wanita yang dilanggarnya berubat.

“Kau jugak yang mintak aku jadi manusiabertanggungjawab. Dah lupa?” soal Hud sinis.

“Tapi,apa yang kau dah buat lebih daripada bertanggungjawab. Kau bawak dia ke hospital, tanggung semua kos perubatan dia. Mak dia pun kau bagi duit belanja,kan? Kenapa nak panjangkan lagi cerita?” Zain masih tidak puas hati.

Rasanya sifat ihsan dan simpati Hud berlebih-lebih pula kali ini. Bukan tak boleh nak buat baik seperti itu, tetapi apa yang Hud lakukan ini sudah lebih daripada sepatutnya.

“Bukan nak panjangkan, tapi aku tak nak berhutang dengan dia.Satu sen pun aku tak nak berhutang. Aku nak ganti balik apa yang dia hilang disebabkan accident tu.”

Zain menggeleng.Penjelasan Hud masih belum cukup logik untuk diterima oleh akalnya.

“Jangan-jangan kau dah jatuh cinta dengan dia tak?”

“Jatuh apa?Cinta? Apa yang kau merepek ni, Zain? Aku malas nak cakap pasal ni lagi. Kau duduk diam dan tengok aje. Kalau nampak aku susah sikit, tolong.Bukan tolong condemned.”

“Hah, tu dia! Memang garis sempadan ni yang aku nak dengar. Tolong kau! Orang nasihat kau pekakkan aje, tapi awal lagi ingatkan orang yang nasihat kau tu suruh dia tolong bila kau susah nanti, kan?”

Hud buat tak dengar lalu berjalan keluar dari bilik kerjanya. Banyak hal yang hendak diuruskan minggu itu. Dia mahu selesaikan semuanya sebelum mengambil cuti panjang. Sekurang-kurangnya dua minggu.

Kalau Zain tahu, tentu dia disembur gila dan jatuh cinta dengan Zahra seperti tadi. Namun, kalaulah dia tahu, hati ini sebenarnya sedang berat menanggung beban kesalahan. Tiap kali memandang wajah Zahra, suara almarhum adik-adik yang terngiang-ngiang ditelinganya.

Rintihan mereka, buat Hud berduka. Terlintas di fikirannya hendak membantu Zahra. Diamahu Zahra mengecap dunia bahagianya kembali.

“Jangan seperti aku yang telah kehilangan segala-galanya,” gumam Hud perlahan.

“Apa dia,bos?” tanya Hafiz, hairan melihat Hud berdiri di depannya. Tuan badan saja yang ada, fikirannya entah melayang ke mana.

“Kau cakap dengan aku ke?”

“Eh,taklah! Saya cakap dengan Ros ni hah. La…mana pulak si Ros pergi. Baru tadi ada dengan saya,” sahut Hafiz, terkedu bila orang yang dicari tak kelihatan di sebelahnya.

Hud bukan suka sangat bersembang tak tentu pasal dengan anak buahnya. Pendek kata, memang susah nak dengar dia bersembang hal lain selain hal kerja. Mukanya yang tak terjaga itu serius 24 jam! Karakternya sangat berbeza dengan arwah Engku Hassan, pemilik asal Empayar Bumi yang lebih ramah dengan para pekerjanya.

“Masuk bilik aku, Hafiz. Banyak benda aku nak bincang dengan kau.”

“Sekarang, bos?”

“Ya,” angguk Hud lantas meninggalkan Hafiz di mejanya. Dia mendahului dengan beberapa fail di tangan.

Sambil duduk, fikirannya sempat melayang. Betulkah apa yang hendak dilakukan ini?Meninggalkan urusan perniagaan almarhum papa demi penyembuhan seorang wanita yang tidak ada kena-mengena dengan kehidupannya.

Bagaimana jika apa yang dilakukannya ini mendatangkan kerosakan kepada Empayar Bumi?Mungkin ini masa yang ditunggu-tunggu oleh Sang Musuh untuk memusnahkan warisan Almarhum Engku Hassan, tanpa aku sedari?

“Apa persediaan aku untuk berdepan dengannya? Apa yang aku ada?Segerombolan tentera untuk mempertahankan Empayar Bumi? Pelan taktikal yang bakal memerangkap musuh? Masih terngiang-ngiang peringatan Zain agar tidak berlebihan membantu Zahra. Barangkali Zain mengingatkan aku tentang hal ini sebenarnya.

“Bos!”           

“Hmm…”

“Aku tak ada kat ofis dua minggu, Hafiz,” beritahu Hud tanpa ragu-ragu.

Hafiz tidak menyahut, hanya reaksi terkejutnya yang jelas kelihatan.

“Kenapa terkejut?”

“Bos tak pernah cuti seingat saya.”

“So?”

“Keajaiban saya rasa.”

Hud menggeleng.

“Berlebihan pulak kau ni. Aku panggil kau untuk beritahu hal ni. Kalau ada apa-apa urusan penting, kita selesaikan minggu ni.”

“Ada dua meeting penting minggu depan bos. Dengan client dari India dan meeting dengan kilang,”jelas Hafiz. Ketika dia memandang wajah Hud, jelas kelihatan wajah keruh bosnya.

“Tak boleh tunda ke lepas aku habis cuti?”

“Saya confirm dengan dia orang dulu. Kemudian, saya maklumkan kat bos. Kalau dia orang tak nak tarikh lain?”

“Maklum saja kat aku nanti. Tahulah apa aku nak buat,” ujar Hud malas fikir panjang.

Hal itu tidak begitu sukar, malah ia boleh diselesaikan memandangkan janji temu dengan John Hopkins Voice Center belum diputuskan lagi. Dia sendiri masih menunggu kata putus daripada Doktor Zaidah.

Previous: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.