Bab 39
Ketukan
di bilik itu mengejutkan aku. Sudahlah aku sudah balik-balik terkejut dengan
tindakannya selama dua hari kami menginap di bilik hotel mewah ini. Kali ini
ketukan di luar sana tambah mengejutkan aku. Mataku membuntang. Kenapa lelaki
di depanku ini selamba sahaja? Kekasihnya datang lagi ke sini? Ah, kalau dia
datang, aku sudah sedia dengan jawapanku. Aku tidak peduli, apa akan jadi,
jadilah!
Siapakah
yang ada di luar bilik kami sekarang? Mataku sudah membuntang. Nukman Faris
memandang aku. Aku memandang dia dengan resah. Aku cepat-cepat hendak berlari
ke bilik air untuk mengenakan tudung.
“Eh, nak ke mana tu sayang?” soal
Nukman Faris. Aku angkat kening. Aku sudah cemas. Pakaian kurung yang aku pakai
tanpa tudung di kepala.
“Bilik air.” Jawabku. Tanganku sudah
memegang tudung.
“Buat apa?” soalnya. Aku angkat
tudung menunjukkan ke arahnya. Takkan dia tak faham apa yang akan aku buat. Ada
seseorang di pintu dan aku harus mengenakan tudung. Kenapa pula aku hendak
menayangkan auratku kepada orang lain? Sudahlah nasibku terkontang-kanting,
kini nak tayang aurat pula! Soalku dalam hati.
“Pakai tudunglah, takkan macam ni!”
kataku. Nukman Faris sudah ketawa.
Kemudian dia angguk tanda memberikan aku kebenaran.
“Siapa tu?” soal Nukman Faris. Aku
angkat bahu. Aku tidak tahu siapa yang datang. Aku tidak mahu meneka-neka.
Malah aku tidak ada meminta sesiapa datang ke bilikku ini walaupun kawan baikku
sendiri. Buat apa kan?
Entah
siapa yang dia jemput pada waktu aku hendak merehatkan diri selepas mengikuti
semua acara persandingan. Eh, penatnya badan aku ni! Kalau Nukman Faris ini
tidak ada, aku mahu sahaja tidur, tidur mati!
Mahu
sahaja aku menghempaskan tubuhku di atas katil sahaja. Katil super king yang
empuk sudah di depan mata. Tetapi kenapa ada lagi halangan? Kenapa suamiku itu
penuh dengan permintaannya segala? Kalau aku hendak tidur takkan tak boleh?
Siapa lagi yang mengetuk pintu di sana? Aduhai!
“Entah siapa. Mana saya tahu kalau
awak ada tetamu, takkan saya pula!” kataku memperlinya. Dia garu kepala yang
tidak gatal. Wajahnya kulihat sungguh berseri.
“Tak
pe, saya bukakan pintu!” aku sudah menyelinap masuk ke dalam bilik air. Aku
tidak peduli siapa yang berada di pintu depan itu.
Setelah mengenakan tudung aku terus
keluar. Aku ternampak seseorang sudah duduk di sofa yang disediakan di ruang
tamu bilik hotel itu. Hatiku masih tertanya-tanya. Siapakah yang ada di situ?
“Silakan masuk,” aku mendengar suara
Nukman Faris berbasa-basi dengan tetamu yang datang. Siapa yang datang? Takkan
tetamu-tetamu yang datang menghadiri majlis resepsi kami semalam? Ah, tak
mungkinlah. Bisikku perlahan sambil berbaring di atas katil super king yang
empuk itu. Eloknya kalau aku tidur di sini. Tetapi aku tetap tidak ada peluang
duduk di sini.
Mahu
sahaja aku tidur terus di situ. Semalam pun aku tidur di atas katil ini juga
tetapi aku berasa tidak selesa. Tidak selesa kerana ada Nukman Faris di sisiku.
Aku tidak dapat tidur. Aku dalam langkah berjaga-jaga. Akhirnya aku bangun
menunaikan solat hajat dan solat tasbih. Aku memohon keberkatan dan kebahagiaan
hidupku.
“Tasya,
mari sini sayang, lihat siapa yang datang!” mataku terbuntang. Oh, mak andam.
Aku terus duduk di birai katil dengan muka sudah membahang. Mak andam sudah
berdiri memerhatikan aku.
“Sayang,
malam ni kita ada acara. Sengaja acaranya tidak ada dalam aturcara. Ni hanya
untuk ahli keluarga yang terdekat sahaja,” kata Nukman Faris. Aku angguk tetapi
tetap penuh kehairanan. Patutlah dia mati-mati meminta aku mengikutnya
berkaraoke malam ini. Rupanya ada acara. Siap bawa mak andam pula!
‘Untuk
ahli keluarga terdekat saja?’ soalku dalam hati.
“Malam
ni kita akan turun ke dewan agak kecil sikit, ada makan malam sikit sambil tu
kita akan menyanyi sambil makan. Ia juga khas untuk membantu anak-anak yatim
yang didaftarkan dengan syarikat papa.” Kata Nukman Faris lagi. Aku kerut
kening. Macam-macam orang pula nak raikan?
Susah
betul jadi orang kaya ni! Kalau kat kampung, sudah buat majlis bersanding dan
acara potong kek, sudahlah! Buat apa nak sambut itu dan ini lagi! Aku membebel
dalam hati.
Perasaan
marahku belum habis kepada Nukman Faris ini tetapi acara yang kena kami hadiri
pelbagai menyebabkan kami hampir terlupa kepada pertelingkahan kami sendiri.
Lepas itu, aku kena juga jaga hati tetamu, ibu bapa kami dan seluruh ahli
keluarga. Akhirnya semua orang menyaksikan kemesraan kami kononnya.
Aku
berkali-kali marakkan mataku kepada Nukman Faris apabila dia bertindak
berlebihan di depan orang ramai. Aduhai, lelaki itu banyak hutang dengan aku!
“Kita
meraikan anak-anak yatim?” soalku agak gugup. Nukman Faris menggeleng.
“Bukan,
anak-anak yatim dan ahli keluarga terdekat meraikan pernikahan kita,” dia
membetulkan ayatku. Aku angguk. Buat apa anak-anak yatim hendak meraikan
persandingan olok-olok kami ini? Eh, buang duit aje! Kalau aku, duduk diam-diam
dalam rumah sudahlah. Buat apa hendak buang duit meraikan kami di hotel
berbintang-bintang ni? Soalku dalam hati.
“Semalam
tu meraikan siapa?” soalku tidak puas hati. Nukman Faris sudah ketawa.
“Itu
majlis resepsi perkahwinan kita, ini lain.” katanya. Aku masamkan mukaku.
Sebenarnya banyak perkara aku mahu cakap secara bersemuka dengan dia. Namun aku
belum berkesempatan. Ya Allah, berikan aku kekuatan.
“Tak
sama?” soalku merenung jauh ke depan. Mak andam di depanku pun aku seperti
tidak nampak.
“Aduhai,
banyaknya tanya kedua-dua pengantin ni. Berilah peluang saya sangkut baju ni
dan duduk sambil minum air. Haus tau!” kata mak andam itu memotong perbualan
kami. Mungkin ada kenal dengan Nukman Faris atau Datin Zahara. Kalau tidak,
kenapa dia agak mesra melayan aku dan Nukman Faris.
Aku
seperti tidak menyedari mak andam itu sudah di depan kami. Aku bangun dan
mengambil baju itu dari tangannya. Baju gaun beropol di depan tanpa lengan? Eh,
wait-wait, aku tak boleh pakai pakaian macam ni! Aku bertudung, takkan pakai
baju tanpa lengan dan sebuah crown? Eh, tak nak! Aku tak nak!
“Takpe
saya orderkan awak air, air apa dan makanan apa awak nak Jennifer?” soal Nukman
Faris. Mak andam yang aku tidak tahu apa jantinanya itu dipanggil Jennifer.
Wajahnya agak keperempuanan tetapi aku tahu dia bukan wanita sejati. Manis
senyuman Jennifer memandang Nukman Faris apabila dipelawa apa minuman yang dia
mahu.
“Jus
oren dan mee goreng sea food, tak mahu pedas,” kata Jennifer memesan makanan.
Aku pandang tajam muka Nukman Faris.
“Sayang
nak makan apa?” soalnya pula. Aku geleng. Aku belum mahu makan lagi. Tengah
hari tadi kami sudah makan berhidang di restoran. Aku tidak mahu menambah berat
badanku. Aku mahu kekalkan tubuh langsing begini.
“Tak
nak, nak minum jus oren aje.” Kataku. Nukman Faris terus mengangkat telefon dan
memesan makanan.
“Tak
pe, abang pun nak jus oren,” katanya kepadaku secara tidak langsung. Aku diam
tidak berkutik mendengar kata-katanya.
“Baju
sapa ni Jennifer?” soalku kepada mak andam.
“Sapa
yang kahwin? Sayakah atau awak? Takkan saya yang nak pakai baju cantik ni
pula!” aku terkesima. Dia kembalikan soalan kepadaku sambil dia meletakkan
kotak-kotak mekapnya di atas meja solek itu. Sombong pula tu!
“Sayanglah
punya baju... cantikkan? Baju ni abang yang tempah hari tu!” kata Nukman Faris
sudah mengucup dahiku di depan mak andamnya itu. Jennifer sudah buat mata buta
seperti tidak melihat perbuatan Nukman Faris. Sakit hatiku.
“Awak
yang tempah baju seksi gila ni? Awak nak kulit saya dimakan api di neraka
nanti? Awak nak masukkan saya ke dalam neraka? Suami apa awak ni? Suami tak de
tahu menahu tentang aurat wanita?” soalku dengan panjang lebar.
Memang
aku kesal. Kesal dengan pakaian yang ditempahnya itu. Sudahlah tu, warnanya
pula merah terang mak ngah! Kalau ayah aku tahu aku pakai pakaian macam ni,
mesti dia akan jeling aku tak puas! Aduh!
Aduhai!
Baju begini seksi dia hendak aku pakai malam ni bagi meraikan anak-anak yatim?
Mahunya anak-anak yatim tak sumpah aku kalau pakai baju seksi macam ni? Isteri
siapalah ni? Soalku kepada diri sendiri!
“Bukan
sayang, jangan salah sangka. Sayang akan pakai dengan cardigan dan sehelai
tudung berwarna merah juga, agak lembut merahnya,” terang Nukman Faris menolak
tuduhanku. Wah malam ini aku akan pakai pakaian serba merah! Aduhai, aku tak
suka!
“Eh,
tak naklah saya pakai baju ni! Saya pakai baju yang lainlah Nukman! Tak nak
yang ni! Saya pakai baju kurung yang mama awak beri ajelah!” kataku menolak
pakaian seksi itu. Aku tidak mahu memalukan diri sendiri.
“Tak
pe, ada cardigan cantik di luar nanti, tak nampak seksi sangat. Kalau pakai
baju kebaya atau kurung tak sesuai untuk malam ni!” kata Nukman Faris masih
hendak memujuk aku. Cardigan? Mana cardigannya? Tak nampak pun! Aku
tercari-cari cardigan yang dia maksudkan.
“A’ah,
lupa pula nak keluarkan cardigan, cardigan ada kat lobi,” kata Jennifer pula.
Mungkin dia lupa membawa cardigan itu. Mataku sudah membulat memandangnya yang
dengan sengaja hendak mengenakan aku.
“Kat
mana?” soalku kepada Nukman Faris. Nukman Faris angkat kening dan terus
mengucup keningku pula. Aku sudah tutup mata. Aku benci dengan sikapnya kalau
di depan orang lain. Dia mahu tunjukkan kelakiannya atau kemesraannya? Ah, dia
suka berpura-pura! Hakikatnya hubungan kami seperti telur di hujung tanduk!
Aduhai!
“Alamak,
romantika lah pula kamu kat depan aku ya! Memang sesuai lah kamu berdua Nukman!
Memang mantap gitu!” kata Jennifer itu. Aku membulatkan mata. Pastilah mukaku
sudah kemerahan seperti disalai api. Aduhai! Nukman, awak jangan nak buat
macam-macam kat aku!
“Jadi,
awak sedia nak diandam sekarang?” soal Jennifer kepadaku. Aku belum mandi.
Takkan nak andam sekarang?
“Saya
tak mandi lagi!” jawabku. Aku rimas selepas keluar makan tadi. Berjam-jam di
tempat makan. Memang aku tidak selesa! Tetapi aku nak bercakap mengenai
hubungan kami, aku rasa tidak sesuai pula. Akhirnya aku layan aje Nukman Faris
ini.
Kot-kotlah
ini kali terakhir kami bersama, sekurang-kurangnya kami masih ada harta yang
hendak dibawa apabila bersendirian nanti, iaitu kenangan manis! Aduh!
“Nukman,
awak pergi mandikan isteri awak ni!” arah Jennifer. Aku bulatkan mata. Nukman
Faris sudah tersengih-sengih di sisiku.
“Tak
nak!” aku tidak mahu cari bala lagi. Hari itu aku sudah kena olehnya, hari ini
aku takkan tunduk lagi dengan kemahuannya.
“Jom
sayang, kita boleh buat anak lagi! Sayangkan nak mengandung cepat-cepat!”
mukaku sudah merah dan panas memijar. Kata-kata Nukman Faris menyakitkan
hatiku. Mahu tak mahu aku terpaksa akur dengan kemahuannya yang sudah menarik
aku ke pintu bilik air. Aduhai!
“Eh, awak ni sengaja kan nak malukan
saya depan mak andam tu!” bisikku dengan mata marakku.
“Abang gurau ajelah sayang! Kenapa
ni marah-marah ni? Sayang datang bulan ya?” soalnya. Aku bulatkan mata. Lelaki
ini memang sudah melampau. Aku? Aku tak datang bulan lagi bulan ni! Hari tu kan
baru lagi! Mukaku pijar bagaikan dipanah terik matahari.
“Eh, awak ni. Lepaskan saya! Tak
baik tau depan tetamu buat macam ni!” kataku meminta dilepaskan.
“Sayang jangan buat hal. Takkan
sayang nak meronta begini. Nanti apa kata Jennifer. Dia tu kawan baik mama
tau!” kata Nukman Faris berbisik lembut di anak telingaku. Aku terus mendiamkan
diri.
“Awak keluarlah. Saya nak mandi
sendiri!” kataku yang menolak tubuhnya keluar dari bilik air.
“Ya lah! Abang keluarlah ni!”
katanya perlahan. Kulihat Jennifer hanya memandang kami dengan mata berbulu!
Nukman Faris memang suka buat hal!
* Sesiapa yang hendak membaca bab yang seterusnya dan mengetahui lebih lanjut tentang Natasya Umaira, bolehlah melayari blog; putrimanasuha.blogspot.com