Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,407
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

BAB 4

Sampai sahaja di dapur, Ain terus mencapai gelas dan menuang air masak ke dalamnya. Harapnya dapatlah dia hilangkan debaran yang masih tak hilang lagi dalam hatinya.

“Hah, Ain. Mana kamu tinggalkan suami kamu. Selalunya orang baru kahwin ni asyik nak melekat sekali je.” Tu dia datang dah suara kepoh Kak Cik. Dalam adik beradik Ain, Kak Cik lah yang paling ramah. Terlebih ramah lebih sesuai rasanya.

“Owh. Kak Cik ni cakap ikut pengalaman la kan. Sekarang dah lama kahwin dah tak nak duduk dekat-dekat Abang Cik kan.” Fiza, adik bongsu Ain yang kebetulan masuk ke dapur terus menyampuk.

Kak Cik terus mencubit Fisa. “ Eh, budak ni kan. Jangan menyampuk orang tua tengah cakap.” Menyeringai Fiza menahan sakit. Macam tu lah adik beradik Ain. Gurauan memang menjadi makanan dalam hubungan mereka.

“Ish Kak Cik ni. Ada je nak usik Ain. Abang Fuadi ada je dekat depan tu kot.” Ain sendiri pun tak pasti sebenarnya Fuadi dekat mana. Tadi lepas je turun dari kereta, Ain terus datang ke dapur. Dia tak sanggup duduk lama-lama dekat depan sebab tak mahu diusik oleh saudara mereka. Tapi tak sangka la pulak dekat dapur pun dia kena usik.

“Kot! Biar betul kamu ni. Boleh kamu tinggalkan Abang Fuadi macam tu je. Dia bukan biasa lagi dekat saudara kita semua.”

Memang adik beradik Ain semua panggil suaminya abang Fuadi. Ini sebagai tanda hormat sebab Fuadi yang lebih tua dari mereka semua kecuali Along.

“ Kejap lagi Ain keluar la. Alah, apa nak segan, keluarga dia pun ada ramai lagi dekat depan.”

Pandai je Ain menjawab. Dia pun sebenarnya tak nak ditinggalkan seorang untuk melayan tetamu bila kenduri mereka dekat belah keluarga lelaki nanti.

Abang Cik yang masuk ke dapur mendukung anak dia yang sedang menangis menamatkan perbualan aku dengan Kak Cik.

“Kenapa anak mama ni.” Kak Cik terus mengambil anaknya yang sedang menangis.

“Tak tahulah. Asyik meragam je ni. Dah mengantuk rasanya.” Abang Cik terus mengambil botol susu anaknya di atas meja untuk membancuh susu yang baru.

“Hah, Ain. Lupa pulak nak cakap. Mama cari Ain tadi. Dia suruh Ain pergi makan sekali dengan diaorang dekat luar.”

“Oh, ok. Thanks.” Ain terus bangun membancuh cawannya. Lagipun tak manis dia rasa apabila duduk lama sangat dekat dapur dan membiarkan tetamu di luar.

Ain tersenyum menyapa tetamu di bawah khemah. Sambil tu dia mencari kelibat Adah. Kesian pulak biarkan Adah seorang diri. Lega Ain bila ternampak Adah yang tengah berborak dengan ummi. Nampaknya mereka sudah siap menjamah hidangan.

“Hah datang pun pengantin sorang ni. Lamanya menghilang. Nak cakap masuk bilik, takkan lah masuk sorang kot. Pengantin lelaki ada dekat luar ni.” Hish, Adah ni kan. Ada je modal dia nak kenakan Ain.

Selang dua buah dari meja mereka, Ain nampak Fuadi tengah berborak dengan beberapa ahli rombongan dari pihak lelaki yang Ain tak berapa kenal. Mungkin kawan-kawan dia. Bila terperasankan Ain yang sedang memandangnya, terus dia bagi senyuman membunuh pada Ain. Ain yang terkejut terus berkalih memberi fokus pada perbualan ummi dengan Adah.

“ Tak ke mananya Dr. Fuadi tu Ain. Nasib baik la ummi bagi diaorang ni kahwin cepat. Kuat sangat tarikannya tu.”

“Apa-apalah Adah. Macam biasalah, malas nak layan kau. Ummi dah siap makan ke?”

“ Dah. Ummi dan Ayah dan siap makan dah. Kitaorang makan sekali dengan parent Ain tadi. Ummi tengah tunggu mama kamu bungkuskan lauk. Kejap lagi dah nak gerak balik.”

“Eh, dah nak balik ke ummi. Cepatnya.”

“Haah. Apa yang cepatnya. Dah nak masuk tengah hari ni Ain. Lagipun kejap lagi nak bawa Mak Uda kamu pergi round Bandar KB. Dia cakap nak cari barang sikit. Ye la, jarang-jarang je datang KB. Tak payah risau Ain. Fuadi kamu tu ada lagi. Ummi pun rasa dia tak nak balik lagi. Ye la. Tak puas lagi nak bermanja dengan kamu. Malam ni pulak kerja.”

Tu dia. Ummi pun join jugak geng nak menyakat Ain. Yang Ain peliknya, Fuadi takde la pulak kena sakat teruk macam Ain kena sekarang. Mungkin sebab orang respectdengan dia. Ataupun sebab Ain yang terlebih sensitif kot.

“Tengok. Ummi pun dah join sekali dengan diaorang nak menyakat Ain.” Ain dah mula terasa sedih sebab dah tahan nak terima usikan.

“Pengantin baru memang akan asyik kena usik Ain. Tambah –tambah kalau pengantinnya malu-malu macam Ain ni. Ain kena kuat tau. Ni baru usikan dari kami. Kalau yang ni pun dah tahan, habislah Ain kena dengan Fuadi nanti. Dia tu ummi tahu. Memang kerjanya menyakat orang je.”

Ain hanya tersenyum kelat. Ya. Memang betul cakap ummi. Kalau kena sakat dengan Fuadi nanti memang makin teruk la Ain.

“Dah lah Ain. Tak payah nak runsing. Apapun, kamu berdua dah jadi suami isteri. Belajarlah biasakan diri masing-masing. Ummi bersyukur sangat Ain tengok korang berdua dah kahwin.Ummi harap Ain dapat sabar dengan perangai Fuadi. Dia memang nampak tegas, tapi bila dia dah diamanahkan sesuatu, dia memang sangat bertanggungjawab. Ain sekarang dah jadi amanah dia.”

Panjang lebar pesanan ummi. Ain sedar semua tu. Bila terlafaznya akad tadi, dia pun sudah menanamkan dalam dirinya, cintanya hanya untuk Fuadi.”

“InsyaAllah, ummi.” Itu je yang dapat Ain ucapkan.

Kereta ummi dan ayah yang paling akhir meniggalkan perkarangan rumah Ain. Cuma Fuadi yang masih tinggal. Dia akan terus pergi ke USM dari rumah Ain petang nanti.

“Fuadi, Ain. Kamu berdua pergilah makan. Dari tadi tak makan lagi kan. Asyik melayan tetamu je. Abah nak pegi solat zohor dulu. Nanti orang dah start datang untuk rumah terbuka kejap lagi susah pulak.”

Abah dan mama meninggalkan mereka dan terus naik ke atas rumah untuk solat.

“Ain, pergilah amik makanan dulu. Panas ni. Abang nak pegi amik beg baju dekat kereta kejap.”

Ain hanya memandang Fuadi yang mula melangkah menuju ke kereta.Cuaca yang panas membuatkan Ain bergegas menuju ke bawah khemah. Ain terus menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan untuk dia dan Fuadi sekali. Selesai sahaja mengisi air ke dalam cawan, Ain nampak Fuadi sudah bersedia duduk di meja makan. Beg pakaian diletakkan atas kerusi bersebelahan.

Good job wifey. 5 stars for this …”Kata Fuadi sambil menunjukkan tangan pada makanan di atas meja. Okaysedia Ain. Dah nampak tanda-tanda provokasi dari Fuadi.

“Tapi next time jangan letak banyak sangat sambal ayam ni ye. Abang tak berapa suka sambal ayam masak merah.”

“Oh. Sorry, Ain tak tahu pulak. Kalau abang tak nak, boleh je bagi dekat Ain.”

It’s okay. I’ll just eat it.”

Fuadi tersenyum memandang Ain sambil menunjukkan dua tangannya. Faham dengan isyarat itu, Ain terus menadah tangan mengaminkan doa makan yang dibacakan Fuadi.

Mereka makan dengan tenang. Perut yang kosong tanpa diisi dengan sebarang makanan sejak pagi membuatkan mereka berdua makan dengan berselera. Ain rasakan yang dia sudah mula selesa dengan Fuadi. Walau belum pun cukup sehari mereka bergelar suami isteri, sudah banyak sisi diri Fuadi yang dia dapat lihat.”

Selesai makan, Ain dan Fuadi beriringan menuju ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Masuk sahaja dalam bilik, Fuadi terus menuju ke katil dan melemparkan badan berbaring atas katil.

“Ain, pergilah masuk bilik air dulu. Nanti kita solat jemaah. Abang nak regangkan badan kejap.”

Ain hanya mengangguk. Dia teragak-agak untuk membuka tudung di kepala, tambah-tambah bila melihat Fuadi yang asyik memandang ke arahnya sambil berbaring di atas katil. Lambat-lambat Ain mencabut pin dan merungkaikan lilitan tudung di kepalanya.

Makin lebar senyuman di bibir Fuadi melihat tingkah Ain yang memang nampak sangat janggalnya.

“ You have a quite beautiful hair, Ain. Thanks Godness Ain ni jenis yang berhijab. Kalau tak memang asyik telan air liur je la patient Ain semua dok pandang rambut Ain.” Tak dinafikan, Fuadi juga agak berdebar melihat Ain dalam keadaan tidak bertudung. Ain sememangnya mempunyai kecantikan dia yang tersendiri. Tapi Fuadi lebih pandai mengawal gelojak perasaannya.

“Just relaxs, I’m not going to touch you today. I really need my energy for tonigt. Musim-musim perayaan ni, memang bertambah meriah la hospital. Macam-macam penyakit ada. Dah, cepat pergi amik air sembahyang, before I change my mind.”

Sedikit tergelak Ain bila melihat reaksi Fuadi yang nampak seakan nak menghalau dia pula. Takut tak tahan godaan la tu. Malas nak memanjangkan usikan Fuadi, Ain terus masuk ke dalam bilik air. Nasib baik dalam bilik dia memang dah ada bilik air. Kalau tak memang leceh lah dia nak menapak keluar dari bilik semata-mata nak amik air sembahyang sebab sekarang ni Ain memang hot stuff dekat rumah dia. Asyik jadi bahan usikan je.

Keluar sahaja dari bilik air, Ain nampak Fuadi sudah terlena. Nampak tenang je dia dalam tidur. Ain mengambil kesempatan itu untuk meneliti wajah Fuadi. Ya, Ain tahu dalam hatinya sudah mula bercambah rasa sayang untuk suaminya. Memang suaminya nampak sedikit garang, agak direct, dan asyik ada je modal untuk kenakan Ain. Tapi Ain rasa dia sudah mula selesa dengan gaya Fuadi dan Ain rasakan dengan gaya Fuadi tu akan lagi menambahkan rencah dalam kehidupan berumah tangga mereka nanti. Sebab Ain tahu, kalau harapkan dia je, memang suram lah perkahwinan mereka ni sebab Ain memang jenis yang pemalu sikit dan lebih suka diam kalau tak ada modal untuk bercakap.

Sedar dengan masa yang makin berlalu, Ain rasa dia perlu segera mengejutkan Fuadi untuk solat. Setidaknya, Fuadi boleh menyambung lenanya selepas solat. Ain pun tidaklah rasa bersalah sebab membiarkan suaminya tidur dalam keadaan belum menunaikan solat.

Ain berhati-hati menyentuh bahu Fuadi kerana dia sudah mengambil wuduk.

“Abang! Bangun solat.”

Terasa lenanya terganggu, Fuadi terus membuka mata. Bila terpandang sahaja Ain yang sudah dalam pakaian solat, Fuadi terus tersenyum. Tersedar yang dia telah terbabas sampai terlena sebab tadi dia hanya ingin berbaring sekejap sahaja untuk meregangkan badan. Dia bangun mengambil kain pelikat di dalam beg dan terus menuju ke bilik air.

Sorry. Abang tertidur. Wait for me. Abang nak amik air sembahyang kejap.” Ain hanya tersenyum. Satu lagi sifat Fuadi yang dia baru tahu. Suaminya ini memang senang kalau nak kejutkan dari tidur. Mungkin kematangannya, dan sebab sudah terbiasa dikejutkan dari tidur tambah-tambah bila dapat call kecemasan dari hospital telah melatih suaminya menjadi seperti sekarang ini.

Terasa tenang Ain solat berimamkan suaminya. Selesai sahaja mengaminkan doa, Ain terus bersalam mencium tangan suaminya.

Fuadi tiba-tiba mengangkat dagu Ain dan merapatkan wajahnya pada Ain, sebelum bibirnya menjamah dahi Ain. Lama. Berdebar Ain rasakan. Selesai sahaja mencium dahi Ain, Fuadi pandang Ain sambil tersenyum.

Sorrysebab biarkan Ain lama menunggu untuk our first kiss. Kalau pengantin lain,masa lepas sarung cincin tadi pun diaorang dah buat. Tapi, kita tak. I just don’t like to let others see our intimacy. Let’s just it be our own special moment and biar kita simpan sendiri je moment tu.”

Ain tersenyum mendengar ungkapan suaminya. Ya. Tak perlu nak menunjuk keintiman mereka depan orang. Tak perlu juga nak abadikan kenangan mereka dalam bentuk photo. Biar mereka je yang simpan kenangan itu sendiri. Ain terus bangun melipat telekung dan sejadah. Fuadi pula bangun dan duduk bersandar di atas katil.

“Kalau abang nak sambung tidur boleh lah. Ain nak keluar tengok tetamu dekat luar kejap.”Ain tidak betah untuk duduk lama berdua-duan dalam bilik dengan suaminya.

Fuadi tersenyum sambil menggeleng. Dia menepuk-nepuk ruang katil di tepinya sambil memandang Ain dan mengarahkan ruang di tepinya.

Like always. Suka nak mengelat. Ain, Ain. Came here. Tak ada orang yang nak datang bertandang tengah hari macam ni. I think we should continue our ice breaking.”

Ain sudah tidak tahu untuk beralasan lagi. Lambat-lambat dia menuju ke katil dan duduk disebelah suaminya.

Good. Okay, apa yang kita nak clarify dulu ye. Hmm, what if Ain yang mulakan dulu. You give me a question first. Anything!” Fuadi tersenyum sambil megarahkan badannya menghadap Ain.

Bila secara tiba-tiba macam ni, Ain tak tahu apa yang nak ditanya biarpun dalam kepalanya memang banyak persoalan yang masih tidak terungkai.

“Err. Abang memang tak minta cuti ke hari ni.” Spontan ayat itu keluar dari mulut Ain.

Fuadi yang pada mulanya kelihatan agak tergamam dengan soalan Ain terus melepaskan ketawa. Dia tidak sangka itu soalan first Ain. Sebab dia bayangkan Ain akan tanya soalan standard macam kenapa pilih dia as a wife , so and so. Dia pun dah ada rangka jawapan untuk soalan itu. Tapi this is just unbelievable. Ain, Ain.

“ Seriously Ain! That’s your first question? Ni sebab terkilan sangat sebab tak boleh rasmi our first night ke apa ni. Sorry la kalau I’ve made you disappointed.”

Ya Allah. Malunya. Ain pun tak tahu kenapa soalan itu yang laju je meluncur keluar dari mulut dia.

“Ya Allah. Abang ni. Memang selamba je kan nak kenakan Ain. Bukannya apa. I’m just curioussebab ummi cakap abang sepatutnya memang ambik cuti hari ni.”

That’s nothing to shame about. Itu kan memang fitrah. Humans memang need it. Tambah-tambah kita dah sah. Don’t worry. Actually abang pun memang disappointed sangat. Tapi tu lah, I need to replace my friend. Cannot blame him sebab dia pun tak tahu yang today I’m getting married. Kalau tak abang rasa memang dia pun tak nak kacau pengantin baru ni.”

Okay Ain. Sabar. Dia kan dah tahu perangai Fuadi macam ni. Jadi memang dia kena expect la perkara-perkara macam ni akan terjadi. Ain membetulkan duduknya sambil tersenyum kelat untuk menutup rasa gundah.

“Can we drop the subject now? I’ll ask you another question.”

“Not so easy Ain. I’ve give you a chance. Once. Tapi Ain dah bazirkan. Jadi sekarang turn abang pulak untuk tanya Ain. Tapi sebelum tu biar abang terus terang dulu dengan Ain yang abang memang ikhlas dengan perkahwinan ni and I think, this is one the best decision ever that I had made. In case la kalau Ain curious sangat nak tahu penerimaan abang. No further question about that. I am not going to give you any answer. So, now, my question is, macam mana pulak penerimaan Ain untuk perkahwinan kita ni.”

Lega Ain mendengar pengakuan ikhlas dari suaminya. Fuadi sekarang tengah menunggu jawapan Ain. Keseluruhan badannya kini dipusingkan menghadap Ain. Memang serious nampaknya Fuadi mahukan jawapan dari Ain.

Hmm.. Frankly speaking, Ain sebenarnya still lagi terkejut dengan perkahwinan kita ni. Terlalu cepat Ain rasa. Tapi Ain memang ikhlas terima abang dalam hidup Ain. Cuma abang kena bagi Ain masa untuk belajar terima abang.”

Good.” Mulut Fuadi yang tersenyum lebar menandakan dia berpuas hati dengan jawapan yang Ain berikan.”

Of course there are still a lots yang Ain tak tahu pasal abang, and abang tak tahu pasal Ain. But I don’t expect to get your special flying kick masa our first night nanti semata-mata sebab Ain still terkejut dengan perkahwinan kita ni.”

Ya Allah! Memang selamba je Fuadi. Deringan handphone yang diletakkan di atas meja solek melegakan Ain. Sekurangnya dia ada alasan nak menghentikan conversation ni.

Ain bangun untuk mengambil telefon dia. Rupannya mama yang telefon nak bagitahu ada coursemates Ain yang dah datang untuk jamuan rumah terbuka mereka. Mama saja tak nak ketuk pintu bilik dia. Tak mahu menggangu katanya.

“Hmm.. abang, kawan Ain dah datang. I need to go out. By the way, Ain nak bagitahu yang dalam ramai-ramai coursemate Ain, Adah sorang je yang tahu pasal perkahwinan kita ni.” Ain terpaksa bagitahu suaminya sebab dia takut nanti terkantoi dengan kawan dia kalau Fuadi tiba-tiba keluar dan menyapa dia. Fuadi nampak terkejut.

Seriously! Can you give me a good reason for it Ain. You know right, yang perkahwinan wajib dihebahkan untuk mengelakkan fitnah. Tak kisah lah kita baru akad nikah je. I didn’t tell some of my collagues because I don’t think it is a must. But if there’s anyone yang ask about it, I will just confess.” Riak muka Fuadi menunjukkan yang dia memang serious dengan perkara ni. Fuadi sudah bangun dari katil dan berjalan ke arah Ain.

Ain teragak-agak untuk menjawab.

“ Ain sebenarnya segan dengan diaorang. Lagipun perkahwinan ni terlalu mendadak.” Hanya itu yang dapat Ain fikirkan. Lagipun Ain tahu memang apa yang suaminya cakap itu betul. Soal kahwin memang tidak boleh dibuat main.

Not a really good answer.” Fuadi berdiri di depan Ain dengan tangan menyilang dada.

But, since abang pun tak hebahkan dekat semua kawan abang, I think we are fair now. But, just to remind you, jangan pernah nak deny kalau ada sesiapa yang bertanya tentang perkahwinan kita. I’ll respect your decision. Abang tak akan saja-saja pergi introduce diri abang as your husband depan your coursemate. But if there is anyone yang bertanyakan pasal abang, berlaku jujurlah. You can go now. Kejutkan abang pukul 3 , in case abang tertidur.”

Ain mengangguk dan hanya mampu memandang suaminya yang terus berlalu ke katil. Ain dapat rasakan sedikit nada kecewa dalam ayat suaminya tadi. Ain tahu dia telah melakukan kesalahan.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.