Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,417
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

JODOH UNTUKKU

Habis sahaja dinner malam itu, Ain terus menuju ke tepi pantai. Tempat yang sepatutnya dia dan Fuadi pergi malam itu. Balik awal ke bilik pun, belum tentu Fuadi sudah ada dekat bilik. Teringat dia malam semalam bila Fuadi balik lambat selepas keluar dengan Sofea. Kalau Fuadi ingat janji dia, tentu dia akan menyusul ke sini nanti.

Langsung tidak ada rasa takut dalam diri Ain biarpun berjalan seorang diri menyelusuri pesisir pantai yang sedikit gelap. Tidak sangka, dalam usia perkahwinan yang baru menjangkau dua bulan, mereka sudah diuji dengan ujian yangAin rasa bukannya kecil.

Lama Ain duduk di situ. Mencari sedikit ketenangan dalam kegelapan malam. Suasana yang makin sunyi di situ membuatkan Ain mengambil keputusan untuk balik ke bilik. Menggagau Ain mencari handphone di dalam tas tangan untuk melihat waktu sekarang.

Terkejut Ain bila jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tak sedar dia masa yang begitu pantas berlalu. Tambah terkejut bila ada 5 miscall dan mesej daripada suaminya.

‘Ain, where are you?’

Pasti suaminya sudah balik ke bilik. Nampaknya Fuadi sudah lupa janji mereka. Kalau dia ingat, sudah tentu dia akan datang mencari Ain di tempat yang mereka janjikan.

___________________________________________________________________________

Perlahan Ain pulas tombol pintu yang tidak berkunci. Buka sahaja pintu, terus dia nampak muka risau Fuadi yang sedang duduk di atas sofa.

“Where have you been Ain? Masa ni baru balik. Please la Ain. Jangan nak buat perangai budak-budak. Merajuk tak tentu pasal.” Bertalu amarah Fuadi pada Ain. Dia yang tadi duduk di sofa sudah bangun mengikut langkah Ain yang menuju ke katil.

“Please la abang. Dah lewat sangat ni. Ain penat, nak rehat.” Ain tak mampu lagi nak berbalas kata dengan Fuadi. Takut nanti lagi sekali dia akan menghamburkan air mata. Lagipun Ain mana pernah meninggi suara dengan suaminya.

“Sedar pun dah lewat. Yang sekarang baru ingat nak balik tu kenapa. Dah berani sangat la nak keluar sorang-sorang. Tak pikir ke yang Ain tu perempuan. Pergi mana entah sorang-sorang. Call tak angkat!” Tak sangka pula Ain yang kata-kata dia lagi menaikkan kemarahan suaminya.

Sorry. Ain tak perasan abang call. Ain silentkan phone. By the way, kalau abang ingat janji abang dengan Ain untuk malam ini, I’m sure you know where to find me tadi.” Sedikit sinis suara Ain meluahkan ketidakpuasan di hati.

“Ain expect abang boleh ingat ke perkara remeh macam tu bila dah jadi macam tadi. Mana nak pikirkan pasal Danish lagi. Nak pikir perangai Ain lagi. Stop giving me a headache!”

Semakin sakit hati Ain bila Fuadi masih tidak mahu mengaku kesalahan dia. Oh! Lupa pula Ain. Fuadi memang tak suka minta maaf kalau dia rasa dia betul. Tersenyum sinis sikit Ain bila memikirkan nasib diri.

“What’s so funny?” Tak sangka Fuadi perasan senyuman dia.

“Tak ada, Ain terpikir. Teruk sangat ke luka Danish sampaikan Dr. Sofea pun tak tahu nak buat apa. But, being Ahmad Fuadi, I don’t think you will be here now kalau keadaan Danish tu teruk. Dia kan anak kesayangan abang.” Perkataan ‘Dr. Sofea’ ditekankan.

“Tak payah nak sindir-sindir abang Ain. Abang ingat Ain dah boleh terima apa yang abang bagitahu sebelum ni!”

“Abang ingat senang ke Ain nak terima semua ni. Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.” Sedikit mencabar suara Ain.

Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old.Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.” Sedikit tegas Fuadi mempertahankan Danish.

Ya Allah. Ain tersedar. Dia terlalu mengikut nafsu marah. Danish tak bersalah. Sebetulnya, Ain cemburukan Sofea. Dia tak kisah Danish rapat dengan Fuadi.

“I’m sorry. Ain terikut sangat rasa sakit hati. Sampai tak boleh nak pikir apa yang betul. I really don’t expect our honeymoon turn up to be like this. Ain penat, nak rehat. Esok nak bangun awal nak kemas barang.” Perlahan suara Ain meluahkan rasa kecewa di hati. Terus dia bangun menuju ke bilik air. Tak mampu nak menahan tangis lagi.

Masuk je ke bilik air,terus dibasuh muka. Air mata yang mula mengalir cepat-cepat diseka. Tak mahu lagi dia menangis untuk malam ini. Setelah dirasakan yang dia mula tenang, terus ditukar baju yang dipakai kepada baju tidur. Sempat Ain menyambar baju tidur dia sebelum masuk ke bilik air tadi. Kepala sudah mula terasa sakit kerana banyak menangis ditambah dengan tidak cukup rehat.

Fuadi yang sedar akan kealpaan diri hanya mampu meraup muka tanda kesal. Bila melihat muka Ain yang jelas kelihatan sugul bila keluar dari bilik air, dia tahu yang tidak ada apa-apa lagi perlu diperkatakan malam ini. Dia hanya perlu biarkan Ain merehatkan diri dengan tenang.

Bila Ain sudah menarik selimut di atas katil, Fuadi terus mematikan lampu, sebelum turut naik ke atas katil. Hanya lampu balkoni dibiarkan terpasang. Baring sahaja disebelah Ain, Fuadi terus melingkarkan tangannya di pinggang Ain.

Good night. Sleep well.” Ain rasakan ada ciuman lembut di dahi dia. Entah kenapa Ain rasakan tenang sangat dalam dakapan Fuadi. Kuasa pelukan memang mampu menenangkan hati yang tengah gundah.

Sudah 3 minggu sejak dari insiden di Pulau Langkawi. Sejak itu, Ain tidak pernah berjumpa dengan Fuadi. Hanya mesejmenjadi perantaraan mereka. Itupun jika ada urusan penting sahaja. Tiba saja dari Pulau Langkawi, Ain terus meminta Fuadi menghantarnya ke hostel. Banyak kerja yang tertunggak dijadikan sebagai alasan bila ummi bertanyakan tentang dia. Apa yang terjadi terlalu mendadak dan sangat sukar untuk Ain terima. Dia perlukan masa untuk menerima kenyataan tersebut. Sementalah dia juga perlu fokus pada pengajian dia.

Ain tak mahu apa yang terjadi ini menjejaskan fokus dia kerana dia sekarang memang tengah bergelut untuk menyiapkan semua requirement dia sebelum dia boleh menduduki peperiksaan. Menjauhkan diri buat sementara dari Fuadi dirasakan satu keputusan yang tepat. Fuadi juga tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk memujuk. Mungkin dia juga terlalu sibuk.

Usai sahaja solat magrib malam itu, Ain dikejutkan dengan panggilan dari ummi. Terasa bersalah pula dia. Sepetutnya sebagai anak, dialah yang harus menelefon ummi. Nampaknya, hubungan dingin dia dengan Fuadi turut memberi kesan pada hubungan Ain dengan ummi.

“Assalamualaikum Ain.”

“Ummi, waalaikumussalam. Apa khabar ummi? Sihat?”

“Hmm..sihat pun, sihat orang tua je lah Ain. Batuk-batuk sikit tu biasalah. Ain apa khabar? Lama tak datang rumah ummi. Adi tu pun kalau ummi tanya pasal kamu, asyik cakap kamu sibuk je.” Biasa saja suara ummi. Lega Ain. Maksudnya, ummi tak dapat lagi menghidu kedinginan hubungan Ain dan Fuadi.

“Maaflah ummi. Tu lah . Bila dah tahun akhir macam ni la gayanya ummi.”

“Ummi faham Ain. Kan ummi pun pernah jadi patient kamu dulu. Dah selalu dengar kamu bercerita dengan ummi pasal requirement kamu.” Tergelak sedikit ummi bila mengingatkan saat dia menjadi patient Ain dulu.

“Haah. Macam manalah Ain boleh lupa. Ummi ni kan patient Ain yang paling sporting.” Ain pun sedikit tergelak mengingatkan kisah dulu.

“Ni Ain. Ummi call ni nak tanya Ain. Boleh tak balik rumah ummi hujung minggu ni. Nak pergi cari baju kamu untuk bersanding nanti. Kita dah tak banyak masa ni. 5 bulan je lagi. Nanti lagi susah bila kamu dah sibuk nak exam.”

“Owh..Boleh kot ummi. Tapi Ain pergi pagi Sabtu boleh tak? Ain nak pergi lab kejap pagi tu. Habis je kerja dekat lab Ain terus pergi rumah ummi. Err.. Abang Fuadi macam mana, dia ada masa tak nak pergi fitting baju?” Teragak-agak Ain bertanya pasal suaminya. Janganlah ummi fikir bukan-bukan. Yalah, takkan isteri sendiri tak tahu pasal suami.

“Eh, Ain lupa ke? Kan ke suami kamu tu pergi Sabah seminggu. Dia cakap ada hal kat sana. Isnin depan baru balik. Takkan dia tak bagitahu kamu?” Tersentak Ain. Fuadi pergi Sabah? Hmm…hal apa lagi kalau bukan pasal Sofea dan Danish. Nampaknya Fuadi sudah mula berahsia dengan dia. Terguris lagi hati Ain.

“Oh..Ada kot dia bagitahu Ain dulu. Ain dah lupa lah tu. Patutlah dia tak contactAin sehari dua ni. Susah dapat line kat sana kot.” Terpaksa Ain berbohong untuk mengelakkan curiga ummi.

“Habis tu macam mana nak pilih baju. Nanti kalau kita pilih dia tak berkenan macam mana?” Ain baru menyimpan angan untuk sama-sama memilih persalinan untuk majlis mereka nanti. Lagipun, itu salah satu tujuan mereka buat akad nikah je dulu. Biar senang mereka membuat persiapan bersama. Nampaknya, suaminya langsung tidak mengambil kisah pasal majlis mereka.

“Pasal tu dia dah pesan kat ummi. Dia cakap dia ikut je pilihan Ain. Dia tak kisah.”

“Kalau dah dia cakap macam tu, takpelah. Nanti kita pergi berdua je lah ye ummi.” Ain cuba mengawal nada supaya ummi tidak perasan yang dia tengah kecewa sekarang.

“Haah. Kita jumpa Sabtu nanti la ye Ain. Driveelok-elok.”

“Ok. ummi. Bye.”

Selesai sahaja berbicara dengan ummi, Ain berkira-kira untuk menghubungi suaminya. Baru sahaja kedengaran deringan pertama, Ain terus mematikan panggilan. Dia takut dia tak mampu menahan perasaan bila mendengar suara suaminya nanti. Jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej sahaja.

‘Salam. Abang kat mana sekarang?’

Ringkas sahaja mesej Ain. Ain agak tentu Fuadi akan mengambil masa untuk membalas mesej dia. Jadi dia ambil keputusan untuk mengerjakan solat Isyak dahulu.

Baru sahaja Ain bangun membetulkan telekung solat dia, terus kedengaran bunyi dari phonedia menandakan ada mesejmasuk. Cepat pula Fuadi reply mesej dia. Berdebar Ain. Apa agaknya jawapan Fuadi?

Wassalam. Great! Your first mesej after 3 weeks! Yes. Abang kat Sabah. I’m sure Ain text abang sebab dah tahu yang abang datang sini kan. We’re celebrating Danish birthday’s party here. ‘

Panjang lebar mesej Fuadi, tapi tak ada satu pun ayat dia yang menunjukkan dia rasa bersalah dengan apa yang dilakukan. Nak mohon maaf jauh sekali. Yang Ain nampak hanyalah ayat menyindir yang hanya manambahkan sakit hati Ain.

‘Hmm..tak bagitahu Ain pun. Ummi call pasal nak cari baju untuk majlis kita. Abang nak color apa?’

Ain mengalah. Dia tak mahu berbahas tentang pemergian Fuadi ke Sabah. Nanti dia juga yang sakit hati. Saja Ain mencuba nasib untuk berbincang tentang majlis itu.Mana tahu, paling kurang Fuadi sudi memberikan pendapat dia.

Lama Ain menunggu Fuadi untuk reply mesej dia. Tiba-tiba ada panggilan masuk . Rupanya Fuadi ambil keputusan untuk call dia. Berdebar Ain nak menjawab panggilan Fuadi.

Didn’t ummi tell you yang abang serahkan semua urusan pasal majlis tu dekat dia dengan Ain.” Tanpa salam, terus terpacul soalan dari suaminya. Nampak tergesa-gesa suara dia.

“Err..ada ummi bagitahu. Tapi, saja Ain cuba nasib. Mana tahu, at least abang nak bagi pendapat abang pasal majlis tu.”

“Suka nak cuba nasib dengan abang kan. Lepas tu kecewa sendiri. Hmm..just go with ummi. Perempuan kan expert bab-bab macam ni. Lagipun I don’t have time la pasal benda-benda macam tu.” Betul kata suaminya. Ain kecewa sendiri.

“ Pergi Sabah ada pulak masa.” Terpacul kata-kata itu dari mulut Ain. Ain menepuk dahi. Tahu dia sudah lancang bersuara.

“Are you sure you want to talk about this? Abang nasihatkan jangan. Nanti ada yang makan hati lagi.” Selamba je kata-kata Fuadi. Langsung tak sensitive dengan perasaan Ain. Sememangnya Ain tidak mahu bercakap langsung pasal aktiviti Fuadi di Sabah. Tahu dia yang akan sakit hati nanti.

“Hmmm… Did you ever care about my feeling? How do I feel with all this nonsense relationship of you with Sofea and Danish?

“Ain. Sofea dan Danish hadir dulu dalam hidup abang sebelum Ain. So, Ain tak boleh nak pertikaikan hubungan kami ni macam tu je. Kalau ikutkan, Sofea turut terbeban dengan semua ni. Yalah semua ni pun satu kejutan untuk dia. Sebelum ni abang ada je masa untuk Danish. Sekarang abang dah ada tanggungjawab lain. Jadi, kalau Sofea boleh bertolak ansur, why not you?” Keras suara Fuadi. Seolah-olah menyalahkan Ain untuk semua permasalahan ini.

Terduduk Ain di atas katil. Sudah terasa panas matanya menahan tangis. Bersunguh Fuadi mempertahankan Sofea macam Ain langsung tidak ada hak ke atas dia.

“Abang pun rasa terbeban ke dengan kehadiran Ain?” Perlahan suara Ain. Mengharapkan akan ada sedikit kata pujuk dari Fuadi.

“Hmm, before this not, but now, dengan perangai Ain yang macam ni, I need to admit yang abang dah mula terbeban dengan semua ni. Can you just pretend like you didn’t know about all of these things. Sebelum ni kita ok je. Tapi sekarang, tengoklah perangai Ain, nak jauhkan diri dari abang, asyik nak merajuk, so childish. Please Ain. Be matured. I need to go now. Take care.” Terus Fuadi matikan panggilan.

Ain rasakan bagai ada batu besar yang menghempap kepala dia. Jadi sekarang semua ni salah dia. Dia lah yang perlu betulkan keadaan. Ain menekup mulut, menahan esakannya dari didengari Fuadi. Mana ada perempuan yang boleh berlagak tenang je bila tahu ada perempuan lain dalam hidup suami dia.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.