Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,401
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 23

JODOH UNTUKKU

Bab 23

Hari ni hari kedua Ain duduk di rumah mama dan petang ini dia akan balik ke rumah Fuadi. Nampaknya, dia terpaksa menghadap balik kepuraan Fuadi. Teringat Ain dengan kejadian malam itu. Nampak sahaja Fuadi sudah menamatkan perbualan dengan Sofea, bergegas Ain berkejar naik ke bilik. Betul kata Fuadi. Ain masih lemah. Dia memang tak bersedia lagi untuk menerima kejutan dari Fuadi yang dia tahu pastinya bukan calang-calang kejutan. Dan memandangkan keesokannya Fuadi tidak akan balik ke rumah kerana oncall, Ain mengambil kesempatan untuk balik bermalam di rumah mama.

Rancangannya untuk keluar membeli barang basah semalam terpaksa dilupakan. Dia memang tak ada mood. Sebaliknya, Ain meminta adik bongsu dia, Fiza untuk memandu pulang ke rumah mama. Kepulangan dia ke rumah mama langsung tidak dikhabarkan kepada Fuadi. Alah, lagipun Fuadi sudah bagi pilihan untuk dia samada mahu bermalam di rumah mama ataupun duduk je dekat rumah dia tu.

“Hah, Ain. Jauh mengelamun. Bukan main perit dah tekak mama ni panggil kamu.” Tamparan lembut di bahu mengejutkan Ain.

“Hmm..mama ada apa? Hiberbola la tu menjerit sampai sakit anak tekak. Saja je kan nak kacau Ain.” Tersenyum Ain pada mama yang entah macam mana tiba-tiba boleh masuk ke bilik dia ni. Kalau tak silap Ain, tadi mama ada dekat dapur.

“Ni, Mak Ndak bagitahu mama tadi, abang Man kamu masuk hospital. Accident. Jom lah kita melawat dia petang ni.”Terkejut Ain. Mak Ndak tu mak sepupu Ain merangkap jiran sebelah rumah dia. ‘Eh, sejak bila abang Man balik KB?’

“Abang Man?”

“Ye lah. Takkan dah tak kenal. Padahal masa kecik dulu asyik duk mengekor je Razman tu. Sampai pening kepala dia.” Takkan la Ain dah lupa dengan Abang Man. Anak bongsu Mak Ndak tu. Tersenyum Ain bila teringatkan Abang Man. Memang pun Ain suka sangat mengekor abang Man sebab dia suka layan Ain yang lasak ni. Kalau musim buah, dia akan mengekor je Abang Man masuk kebun. Tapi, bila Ain masuk je sekolah menengah, dia dah tak berhubung dengan abang Man. Yelah, bila dah jadi anak dara, perasaan malu dah mula timbul. Abang Man pula sudah masuk UiTM, buat diploma. Lagi lah menjarakkan hubungan mereka.

“Mana ada lupa. Ain pelik je. Sejak bila pulak dia balik KB. Bukan dia kat Qatar ke?” Setahu Ain, abang Man bekerja sebagai jurutera di Qatar Gas. Habis je degree di UK, dia terus bekerja di Qatar. Rasanya dah dekat 10 tahun Ain tak jumpa Abang Man. Mungkin abang Man ada balik ke rumah dalam tempoh tu, Cuma mungkin tidak bertembung dengan cuti Ain.

“Dah dekat seminggu. Ain tak nampak dia semalam sebab dia join konvoi kawan dia pergi wedding dekat Terengganu. Ni accidentmasa on the way balik ke sini la.”

“Ya Allah. Teruk ke ma?”

“Haish budak ni. Dari tadi mama cakap dia accident, baru sekarang kamu nak tanya dia teruk ke tak. Memang la kamu ni.” Mama sudah mula membebel. Tergelak kecil Ain. Ye lah, tadi sibuk duk mengimbau pasal abang Man ni sampai lupa nak tanya benda yang paling penting tu. Tapi, kalau dilihatkan dari reaksi mama, Ain agak pasti lah tak serius. Kalau serius mesti mama pun dah kalut dari tadi.

“Mak Ndak kamu cakap nasib baik la tak teruk. Tak ada apa yang patah. Cuma betis dia tu, banyak juga la berjahit sebab kaki dia terseret dekat jalan.”

“Alhamdulillah… Nasib baik. Abang Man ni pun satu. Dah kaya tu, buat-buat la beli kereta. Tak habis-habis dengan perangai suka merempit dia tu.”

“Eh, pandai-pandai je kamu cakap dia tak ada kereta. Mana tahu dekat Qatar tu kereta dia dah berapa buah. Dia bukan duduk sini pun. Buat apa la dia beli kereta. Tu kereta Persona Mak Ndak kamu pun dia yang belikan.” Tersengih Ain mendengar bebelan mama. Dia saja je tadi. Lagipun dia tahu, abang Man tu lebih dari mampu kalau dia nak beli kereta.

“Mama ni. Ain acah je. Laju je mulut mama ye. Kesian baby Ain ni kena dengar nenek dia membebel. Hospital mana ma?”

“Pandai la kamu. HUSM ni je. Lepas Asar kita terus pergi la dengan abah. Lagipun kamu kan nak balik petang ni. Takut lewat pulak kamu nak drive sorang-sorang balik rumah.” Mama terus melangkah keluar dari bilik Ain.

HUSM! Teringat Ain pasal Fuadi. Berkira-kira samada nak inform Fuadi untuk turut sama melawat abang Man atau tak. ‘Hmm..tak payah lah. Fuadi bukan kenal pun dengan abang Man.’ Lagipun mesti dia penat sangat lepas postcall. Yelah, lepas oncall yang habis pukul 8 pagi tadi, terus kena sambung kerja untuk hari ni pulak sampai pukul 5 petang. Walaupun tengah sakit hati dengan Fuadi, rasa kasihan pada suami dia tu tetap ada. Ain tak boleh nafikan perasaan sayang dia yang sudah terlalu dalam pada Fuadi.

Walau banyak manapun Fuadi dah sakitkan hati dia, banyak juga kebaikan yang dia dah tonjolkan pada Ain. Dia tak pernah mengasari Ain. Dia tak lupa tanggungjawab dia pada Ain. Cuma itulah, perhatian dia yang keterlaluan pada Danish dan Sofea yang sudah lukakan hati Ain. Hmmm…bila teringatkan Fuadi, cepat je air mata dia ni nak mengalir. Azan Asar yang berkumandang mengembalikan Ain ke alam realiti.Cepat-cepat diseka air mata. Dia perlu cepat bersiap untuk pergi melawat abang Man.

Waktu-waktu melawat macam ni, memang ramai sangat orang dekat HUSM. Kena beratur jugak la untuk naik lif. Terbuka sahaja pintu lif, tergamam Ain bila melihat Fuadi yang sedang melangkah keluar dari lif.

“Eh, buat apa kat sini?” Fuadi yang tadinya turut nampak terkejut mula bersalam dengan abah dan mama.

“Nak melawat anak sepupu dekat sini. Adi dah habis kerja ke? Kalau nak ikut sama pun boleh?” Cepat je abah mempelawa Fuadi.

“Owh. Boleh jugak tu. Wad berapa?” Ain hanya memandang sekilas Fuadi yang berdiri di tepi dia. Terasa segan dia nak bersalam dengan Fuadi dekat sini. Nasib baik Fuadi pun tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia.

“7 Selatan.”

“Owh..kalau macam tu abah naik dulu la. Saya nak pergi toilet kejap.” Ain pandang je muka Fuadi yang memang nampak sangat keletihan. Hmmm..Mesti dia nak menyegarkan muka dekat tandas . Langsung tidak ada sapaan antara mereka suami isteri, baik dari Fuadi mahupun Ain. Rasanya tidak ada apa yang nak dihairankan oleh mama dengan abah sementalah memang tak ada sangat yang boleh diperkatakan oleh mereka. Sudah cukup senyuman sebagai tanda sapaan antara mereka.

Masuk sahaja ke wad 7 Utara, dari jauh Ain sudah dapat melihat kelibat Mak Ndak. Dia tengah berbual-bual dengan seorang pesakit yang sedang berbaring di atas katil. Hmm..jadi yang itulah Abang Man.Sampai sahaja dekat katil Abang Man, Ain terus mencium tangan Mak Ndak sebelum memeluk mesra bahu dia. Ain memang agak rapat jugak dengan Mak Ndak.

Ain perhatikan saja Abang Man yang sedang bersalam dengan abah. Posisinya sudah berubah dari berbaring kepada duduk bersandar di kepala katil. Nampak tak berapa teruk la keadaan dia.Sudah jauh berubah abang Man. Rasanya, dengan penampilan abang Man ni, ditambah pula dengan status sebagai jurutera, pastinya tidak sukar untuk dia memikat anak gadis di luar sana. ‘Hmm.. suami aku pun tidak kurang mengancamnya. Sebab tu lah Sofea pun asyik nak menyendeng jugak. ’ Sempat lagi hati Ain berbisik. Ya Allah Ain. Istighfar. Jauh sangat dah fikiran tu.

“Cik kak cantik ni siapa pula Mak Teh?” Tanya abang Man pada mama. Mungkin dia baru sedar dengan kehadiran Ain. Hmm..cik Kak! Teringat lagi Ain pada Fuadi yang suka memanggil dia Cik Kak.

“Takkan tak kenal kot?” Mak Ndak mula menyampuk. Seronok jugak melihatkan muka abang Man yang memang nampak sangat clueless dia tu.

“Entah la kamu ni. Padahal kecik-kecik dulu macam belangkas.” Tu dia. Abah pun dah joinsekaki. Lama abang Man pandang Ain. Macam tengah berfikir.

Wait. Jangan cakap ni.. Ain.” Teka abang Man. Bila melihatkan abah dan mama yang hanya diam sambil tersenyum, terus nampak keterujaan abang Man.

“Ya Allah. Ain ke ni. Tak sangka budak cengeng yang suka sangat mengekor Man dulu dah besar panjang.”

“Ye lah. Dah 24 tahun pun. Takkan la nak muka cengeng lagi. Suka sangat ye cakap Ain ni cengeng.” Ain yang dari tadi tersenyum melihat reaksi abang Man sudah mula bersuara.

“Entah la kamu ni Man. Dah nak jadi mak budak kot.” Sampuk mama. Terus berubah muka abang Man.

“Ain dah kahwin ke?” Muka abang Man yang tadinya ceria tiba-tiba terus nampak suram.

“Tu lah. Duduk jauh sangat lagi. Apa yang jadi dekat sekeliling pun tak tahu. Ain dah 6 bulan kahwin.” Suara Mak Ndak pun turut berubah perlahan bila melihatkan reaksi kecewa abang Man.

“Haish..Melepas la Man nampaknya. Bukan main Man tunggu Ain. Dulu bukan main cakap nanti besar nak kahwin dengan Man. Tapi alih-alih dia yang lupa. Haih la nasib badan.” Sedikit berlawak abang Man. Mungkin untuk menutup kekecewaan hati. Kalau Mak Ndak tu Ain faham la sebab mama pernah cakap yang Mak Ndak dulu dah berangan nak bermenantukan Ain. Tapi tak sempat nak cakap Ain dah jadi milik orang. Tapi Abang Man ni, takkan la dia ada menyimpan hati dekat Ain juga.

“Eh, mana ada Ain cakap macam tu. Pandai je abang Man ni.” Ain pun sudah mula rasa tak sedap hati. Betul ke dia pernah cakap macam tu?

“Ain tak ingat la tu. Kecil lagi. Haih Ain …Ain…Kena cari orang lain la nampaknya abang ni. Hah, mana suami Ain? Nak jugak abang kenal.” Hmmm..nampak okay pulak abang Man. Dia berlawak je tadi kot.

“Assalamualaikum.” Terus Ain berpaling pada Fuadi yang sudah berdiri di sebelah dia. Entah sejak bila Fuadi sudah ada dekat situ. Jangan dia dengar ayat luahan perasaan abang Man masa awal-awal tadi sudah lah.

“Hah Man. Ni lah husband Ain. Fuadi. Doktor dekat hospital ni.” Abah memperkenalkan Fuadi pada abang Man. Nampak mesra mereka berjabat tangan. Lega Ain.

Lama abah dan ummi berborak dengan abang Man dan Mak Ndak. Kalau tadi perbualan lebih tertumpu perihal Ain, sekarang mereka sudah rancak berborak pasal kemalangan yang menimpa abang Man. Cuma sesekali Ain dan Fuadi menyampuk. Ain perasan yang abang Man sesekali menjeling ke arah dia dan Fuadi. Biarlah. Bukan luak pun. Ain pun sebenarnya ada banyak benda yang mahu diborakkan dengan abang Man. Terutama mengenai kisah zaman kanak-kanak dia dulu. Tapi bila mengingatkan status sebagai isteri yang dia sudah pegang sekarang, rasanya sudah tidak manis untuk dia bergelak ketawa dengan abang Man.

“Hmm..Ain, tadi datang dengan kereta abah ke?” Tiba-tiba Fuadi berbisik di telinga Ain.

“Haah. Kenapa?”

“Jom terus balik dengan abang.” Fuadi memandang jam di pergelangan tangan dia. Sudah 6.15 petang.

Ain perhatikan muka Fuadi yang kepenatan. Pastinya dia mahu segera balik berehat. Risau pula Ain untuk membiarkan Fuadi drive seorang dalam keadaan yang kepenatan. Tambah-tambah lagi nak merempuh keadaan jalan di sekitar HUSM ni yang pastinya tengah jam waktu-waktu macam ni. Ain menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Fuadi. Perasaan sakit hati dia yang tengah berbuku terhadap Fuadi dilupakan seketika.

“Mama, abah. Ain ingat Ain balik dengan abang Adi terus la. Dah lewat ni.”

“Hah. Elok juga tu. Temankan Adi ni balik. Nampak penat sangat dah tu. Kan kalau tertidur sambil drive, jadi benda lain pulak.” Nampaknya abah pun menyokong cadangan Ain. Mama di sebelah juga mengangguk tanda setuju. Selesai bersalaman, Ain terus mengikut langkah Fuadi menuju ke kereta dia.

___________________________________________________________________________

“Abang lapar ke sekarang?” Ain baru teringat yang barang-barang untuk memasak belum dibeli.

“Why?”

“Errr.. Ain tak beli lagi barang dapur.” Teragak-agak Ain nak bagitahu Fuadi. Mana la tahu Fuadi tiba-tiba melenting. Ye la, orang yang tengah penat, ditambah dengan lapar lagi, jangan dibuat main.

“Hmmm..kalau macam tu kita terus berhenti makan la. Ain ada nak makan dekat mana-mana ke?” Fuh, nasib baik Fuadi tak menyinga. Dengar sahaja soalan Fuadi, terus melebar senyum Ain. Sehari dua ni dia memang teringin sangat nak makan steamboat. Tapi bila mengingatkan Fuadi yang tengah penat, terpaksa la Ain lupakan seketika hajat dia tu. Ye lah, kalau makan steamboat, nanti kena berulang-alik untuk mengambil makanan. Pastinya memenatkan.

Up to you. Makan je la apa-apa yang senang. Abang kan tengah penat.” Fuadi tersenyum mendengar jawapan Ain. Tidak lama selepas itu, kereta Fuadi mula menyusur masuk ke petak parking. Di belakang mereka sekarang ada deretan kedai makan yang kebanyakannya kedai masakan panas. Ain hanya mengikut langkah Fuadi yang mula melangkah masuk ke dalam salah sebuah kedai makan yang terdapat di situ.

Sambil menunggu hidangan makanan mereka tiba, Ain terpandang kedai makan yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan kedai yang dia duduk sekarang. Kedai steamboat! Melonjak rasanya keinginan Ain nak makan dekat situ. Ramai orang dekat kedai tu. Mesti makanan dia sedap.

Mungkin terperasankan Ain yang dari tadi memandang ke arah kedai di seberang jalan, Fuadi mula menegur.

Why? Nak makan steamboat ke?”

“Haah. Bestnya. Lama dah tak makan.” Ain mengalihkan pandangan dia kepada Fuadi.

“Mengidam ke ni? Hari ni I’m so tired la. Kita pergi malam esok boleh?” Gaya Fuadi sudah macam nak pujuk Ain je. Lawak pulak Ain rasa. Terus terlepas ketawa kecil dari mulut Ain.

“Betul ni malam esok? Jangan tak jadi pulak. Tadi memang Ain ingat nak makan steamboat. Tapi sebab fikir abang tengah penat la Ain tak bagitahu abang.” Gembira Ain. Tak sabar rasanya nak tunggu malam esok. Ya Allah, macam ni rupanya bila orang mengidam. Bila keinginan nak makan tu timbul, memang asyik teringat-ingat je. Makan malam mereka berlangsung dengan tenang. Lagipun Ain rasa sekarang bukannya masa yang baik untuk dia bertanya Fuadi pasal rancangan dia dengan Sofea.

Fuadi sudah lena berbaring di atas katil. Selesai je solat isyak, terus dia rebahkan badan ke katil. Tadi, mereka sampai di rumah pun bila azan magrib sudah lama berkumandang. Bergegas mereka naik membersihkan diri sebelum menunaikan solat magrib. Selesai je solat, alang-alang waktu Isyak pun dah nak masuk, jadi mereka terus tunggu untuk terus solat Isyak.

Ain baru je mahu memulas tombol pintu bilik untuk turun kebawah bila ada bunyi panggilan masuk di telefon Fuadi. Tak mahu mengganggu lena suaminya, Ain terus mencapai telefon Fuadi dan melangkah ke balkoni untuk menjawab panggilan yang masuk. Tapi,bila melihatkan nama Sofea yang terpapar di skrin telefon Fuadi, Ain mula teragak-agak untuk menjawab. Lama dibiarkan telefon berbunyi hingga akhirnya mati sendiri.

Bila sekali lagi ada panggilan masuk dari Sofea, Ain sudah tidak ada pilihan. Risau juga dia takut-takut ada kecemasan yang berlaku. Panggilan dari Sofea diangkat.

“Assalamualaikum, abang.” Cepat je Sofea menyapa bila panggilan dia diangkat.

“Waalaikummussalam. Abang Adi tengah tidur. Kenapa?”

“Errrr…Ain. Boleh kejutkan abang Adi tak.” Teragak-agak Sofea bila tahu Ain yang berada di hujung talian. Bukannya Fuadi. Selamba je dia nak suruh kejutkan Fuadi.

“Can’t you just tell me first what’s happening. If it’s urgent, I’ll wake him up. He’s so tired.” Geram pulak Ain rasa. Tapi nadanya cuba dikawal. Takkan la tak boleh nak hormatkan Ain sebagai isteri Fuadi langsung.

“Hmmm.. Danish tengah merengek nak jumpa dengan papa dia. Saya dah tak tahu nak buat apa.” Nak tergelak pulak Ain rasa dengan jawapan Sofea. Tak masuk akal langsung.

“Ya Allah Sofea. Takkan la nak kejutkan Abang Adi sebab tu je. You’re his mosther. Takkan la tu pun tak boleh nak handle. Nanti kalau abang Adi bangun, I’ll inform him. Good night.” Terus Ain matikan panggilan. Telefon ditukarkan kepada mode silent dan diletakkan di atas meja bersebelahan dengan Fuadi.

Pagi ini, disebabkan peti di rumah mereka masih kosong, Ain hanya menyediakan air milo dengan roti bakar untuk sarapan Fuadi. Memang lena sungguh Fuadi semalam. Bila Ain kejutkan untuk solat Subuh pagi tadi barulah dia terpisat-pisat bangun. Tu pun sempat lagi dia sambung tidur sekejap lepas solat Subuh.

“Ain, ada orang call abang ke semalam?” Teguran Fuadi yang secara tiba-tiba di belakang dia mengejutkan Ain. Tak ada pula riak marah di muka Fuadi. Fuadi terus menarik kerusi untuk duduk bersarapan.

“Hmm.Why? Ada miscallke?” Sengaja Ain buat-buat tanya. Mana la tahu kalau ada lagi miscall dari Sofea semalam.

“Tak adalah. I’m just wandering because my phone was in silent mood. I’m sure tu kerja Ain kan.” Selamba je ayat Fuadi. Mungkin sekadar ingin tahu.

“Haah. Semalam Sofea call. Lepas tu Ain silent kan phone abang sebab takut ganggu abang tidur.”

“ Did you answered? Dia cakap apa?” Fuadi terus melemparkan pandangan pada Ain. Nampak kebimbangan di muka dia.

Nothing. Dia just cakap Danish merengek nak cakap dengan abang.”

“Owh.” Nampak kelegaan Fuadi. Pasti dia takut kalau-kalau Sofea sudah membongkarkan rahsia mereka pada Ain.

“Hmmm. Next time tak payah silent phone abang. Takut kalau-kalau ada emergency.” Hanya anggukan yang Ain beri. Malas nak panjangkan isu Sofea.

“Abang. Malam ni confirm kan? Kita terus pergi KB Mall la. Makan dekat Seoul Garden. Lepas tu boleh terus beli barang dapur.” Teruja Ain bila teringatkan janji Fuadi untuk malam ni.

“Cepat je kan kalau pasal steamboat. Okaylah. I’ll go first. Nak jumpa Danish kejap.” Cepat-cepat Fuadi menghabiskan sarapan dia sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ain.

Ain hanya memandang Fuadi yang bergegas keluar. Tak sanggup Ain nak menghantar pemergian Fuadi sampai ke depan pintu. Malas nak menonton drama sebabak lakonan suami dia dan Sofea.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.