"MASAK apa ni?”
Demi mendengar soalan
itu, Adelia menoleh ke arah empunya suara. Syed Idlan? Apa dia buat kat sini?
“Freenampak?”
soal Adelia pula.
“Saya datang nak
belajar macam mana nak buat puding karamel pahit,” sindir lelaki itu.
Adelia mengetap bibir.
Tangannya ligat mengacau sambal ikan bilis di dalam kawah. Di dalam pengukus
semerbak bau harum nasi lemak berdaun pandan.
“Boleh tak kalau awak
tak cakap pasal tu?” pinta gadis itu. Hangat hatinya setiap kali kesilapannya
itu diungkit. “Dah jadi sejarah, okey?”
Mereka saling
berpandangan. Adelia mencampakkan hirisan bawang besar ke dalam kawah. Belum
pun sempat tangannya mencapai sudip, Syed Idlan sudah terlebih dulu
mengambilnya.
Eeii, peliklah
perangai lelaki ni, fikir Adelia. “Awak ni suka kacau orang, ya.”
Lelaki itu tersengih
menampakkan lesung pipitnya. “Tak, chef... chef salah. Saya hanya suka kacau
adunan untuk buat kek atau pastri. Atau, hah... kacau masakan dalam kuali macam
ni.”
“Kecohlah.”
“Apa, apa awak kata?”
“Takde apa-apa,” balas
gadis itu sambil menuangkan santan ke dalam periuk besar. Malas dia hendak
melayan Chef Pastry yang nampak aje baik tapi kadang-kadang sindirannya
menghangatkan hati.
Syed Idlan
berpura-pura berminat dengan bahan-bahan perencah yang dimasukkan oleh Adelia
ke dalam kawah itu.
“Nak buat masak lemak
cili padi ke?” soalnya.
“Ikan masin dengan
nangka muda.”
“Wah, sedapnya. Bagi
saya rasa sikit nanti...”
Adelia menjeling ke
arah lelaki itu. “Tak payah, saya buat pahit... awak tak suka nanti.”
Menyedari dirinya
diperli, Syed Idlan tergelak kecil. Seketika kemudian, chef itu beredar ke arah
Rozhan pula. Rozhan sedang mengadun bahan-bahan untuk membuat kerabu taugeh
dengan kerang. Entah bila Syed Idlan keluar dari Malay Kitchen itu, Adelia pun tak pasti.
Di
DALAM bilik itu, ada dua buah meja. Meja Chef Mohd Noor terletak di sebelah
kanan. Manakala meja kiri adalah untuk Adelia. Di hadapan meja Chef Mohd Noor
ada sebuah kerusi untuk tetamu yang ingin berdiskusi.
Adelia duduk di meja
lalu membuka laptop. Waktu rehat selama dua jam ini akan digunakan
dengan sepenuhnya untuk mencari lebih banyak idea dari segi hiasan manisan.
Tanpa diduga, pintu
bilik terbuka. WajahHead ChefRazi muncul. Mereka berpandangan seketika. Razi mencari Chef Mohd Noor ke?
getus hati Adelia. Dia agak tergamam, sebetulnya. Bukan setiap hari seoranghead chef akan muncul di Malay Kitchen. Pasti ada sesuatu yang amat penting, yang
membawanya ke situ.
“Chef Adelia belum lunch
lagi?”
Adelia menggeleng
tanpa mengangkat muka daripada menatap YouTube. Chef di dalam video tersebut
menunjukkan cara menjerang gula dengan air dan cuka. Cuka atau sebarang bahan
berasid seperti krim tartar akan membuat campuran gula itu lebih mudah dibentuk
dan tidak retak bila ditarik. Adunan gula pada suhu tertentu akan menjadi
lembut seperti doh pastri.
“Jom kita ke kafe?”
ajak chef itu.
What? Oh no! Adelia terpanar seketika. Bukan sebab
mereka tidak pernah makan bersama di kafe tetapi kerana suara dan wajah Mr.
Melvin serta merta muncul di ruang mata. Jangan! Bukankah dia sudah memberi
amaran bahawa beberapa chef di hotel itu tidak puas hati kerana tindakan Razi
yang sering menyebelahi Adelia?
“I pun belum makan
ni,” ajak head chef itu lagi seraya duduk di hadapan meja
Chef Mohd. Noor.
“Err... ya... maksud
I, tidak!”
Kekeliruan tergambar
pada air mukaRazi yang Adelia kira mempunyai banyak pengalaman hidup itu. Walaupun masih
bujang, gadis itu dapat merasakan sudah berduyun-duyun gadis yang pernah cuba
memikat hatinya. Memang dia berkarisma dan kalau dia tidak menjadi head chef,
kemungkinan besar dia sesuai menjadi pramugara.
“Chef Adelia, apa yang
dimenungkan lagi tu?”
Adelia menyembunyikan
rasa gugup dengan tergelak kecil. “I terlupa yang I dah janji dengan kawan nak lunch
dengan dia.”
“Kawan?” soal chef itu
sepatah.
Gadis itu mengangguk.
Tak perlu beritahu siapa kawan sebab apa hak chef itu untuk tahu? Ni hal
peribadi, okey.
Razi mengangguk. Dia
bangun dari kerusi lalu duduk di tepi meja Chef Mohd Noor pula. “Ada tak Chef
Mohd Noor beritahu you tentang menu majlis perkahwinan minggu depan? Klien nak
kelainan sikit. Kalau you ada masa, Googlemasakan Jawa. Fokus utama
kita, Nasi Ambeng.”
Adelia mengangguk.
“Insya-ALLAH.”
“You tahu tak, di mana
Nasi Ambeng paling sedap di Singapura?” tanya itu.
Adelia mengerutkan
kening. “Di mana chef?”
“Restoran Mamanda di
Sultan Gate dekat Istana Kampong Gelam.”
“Chef pernah rasa?”
Razi tersengih.
“Mestilah. Bila teringat aje, meleleh air liur. Macam-macam lauk-pauk, urap dan
sayur-sayuran. Kalau chef ke Singapura, jangan lupa ke sana. Di kawasan Bugis
dan tak jauh pula dari Masjid Sultan.”
“Insya-ALLAH.”
Telefon Razi berbunyi.
Lega sungguh Adelia kerana dia terus menjawab telefon seraya berlalu dari situ.
Kalau dia tidak menerima panggilan telefon, entah lama mana lagi dia akan
berada di situ.
Tatkala itu terdengar
bunyi riuh di bahagian belakang kawasan Malay Kitchen. Di situ jugalah letaknya mesin besar tempat
membasuh pinggan mangkuk, cawan, gelas dan segala peralatan yang digunakan
ketika seminar berlangsung.
Dua orang pekerja
Bangladesh bertugas di situ. Mereka jugalah yang membersihkan peralatan
memasak, membuang sampah sarap dan mengelap lantai.
“Chef Adelia!” Adelia
tersentak sewaktu terdengar namanya dipanggil.
Di tengah-tengah
keriuhan suara perbualan pekerja Bangladesh dan dentingan pinggan mangkuk serta
cawan dan gelas, dia langsung tidak perasan suara lelaki itu.
Di dalam kelekaan dia
mencari informasi tentang Nasi Ambeng, imaginasinya hanyut ke Tanah Jawa dengan
alunan muzik ala gamelan yang mententeramkan jiwa.
Bila dia terdengar
ketukan di tingkap kecil di dinding sebelah kiri, barulah dia melirik ke arah
itu. Mr. Melvin, rupa-rupanya! Demi bertentang mata, dia menggamit ke arah
gadis itu. Wajahnya serius. Adakah dia membawa berita sedih atau berita gembira
kali ini?
Dengan hati yang
berat, Adelia menyarung kasut lalu keluar. Mr. Melvin sudah menarik bangku
kecil di tepi kabinet keluli lalu menuding ke arah sebuah lagi bangku di
sisinya.
“You belum lunch,kan?”
soal Mr. Melvin macam guru sekolah bertanya budak tadika.
Adelia menggeleng. Mr.
Melvin meletakkan sepinggan besar berisi sandwic, kek buah, quiche, kuih
talam keladi dan pai coklat.
“Duduk,” arah lelaki
itu sambil melangkah menuju ke tempat menyimpan cawan.
Dia kembali semula ke
meja dengan memegang teko di tangan kanan dan dua biji cawan di tangan kiri.
“Apa ni semua?” Adelia
menyoal macam orang kurang siuman.
“Lunch dengan
I. Makanan ni semua tak baik dibuang. Kan semua ni elok lagi?” Mr. Melvin
hendak berleterlah pula.
Sebetulnya Adelia
memang lapar. Dia terus menyuap sebiji quiche mini ke dalam mulut dan
menghirup kopi yang baru saja dituang oleh Mr. Melvin.
“Gelojoh...” seru anak
muda itu. “Memang spesis tak boleh dibuat bini.”
Adelia tergelak. Entah
kenapa Mr. Melvin macam buang tebiat tengah hari ini. Dia turut mencapai
sandwic tuna.
“Kenapa banyak tak
habis?” Adelia ingin tahu. “Tak sedap ke? Chef pastri yang baru tu tak pandai
masak, ya?” Sedap aje mulutnya hendak mengata siapa lagi kalau bukan Syed
Idlan.
“Orang dah jemu makan
kuih-muih ni semua. Yang manis-manis pula orang tak suka sebab nak jaga badan.”
Gadis itu mengangguk.
“Tapi, kalau hidangkan
macarons atau pavlova, memang licin,” komen lelaki itu.
“Sebab nak buat susah,
kan? Atau harganya mahal?”
Lelaki itu tidak
menghiraukan pertanyaan Adelia. Dia merenung gadis itu di sebalik matanya yang
dikecilkan sedikit. “Chef pastri yang baru? Maksud you... Chef Syed Idlan?”
Adelia buat muka
selamba. Dia yakin Mr. Melvin mampu menangkap maksudnya.
“Semua gadis di hotel
ini cakap pasal dia.”
“Apa?” soal Adelia
pendek. “Apa yang specialsangat pasal dia?”
Adelia bukannya nak
tahu sangat. Sekadar melayan lelaki itu berbual. Kalau dibuatnya Head Chef Razi
berpatah balik dan datang semula ke situ, pastilah dia tahu bahawa ‘teman’ yang
Adelia maksudkan itu, Mr. Melvin.
Mr. Melvin mengunyah
sepotong kuih talam perlahan-lahan. “Dia pandai ambil hati.”
Adelia hendak
tergelak. Pandai ambil hati? Pergh... Dengan dia, lelaki itu cuma pandai
membuli!
“Mereka kata dia
sangat gentleman.”
“Mereka? Mereka
siapa?”
Mr. Melvin tergelak
pendek. “Meriah sikit hotel ni.”
Adelia hanya mengulum
senyum pahit. Serta-merta dia mengubah topik perbualan dengan bertanyakan
tentang seminar yang akan bermula pagi esok.
Biarlah semua
gadis-gadis di hotel itu hendak terguling-guling syokkan Syed Idlan. Adelia
boleh bayangkan, nampak bayang-bayang lelaki itu pun sudah pasti mereka
setengah gila. Itu belum lagi tercium bau pewangi yang tercalit di tubuhnya...
ditambah dengan keharuman esen vanila atau esen ros yang diletaknya di dalam
adunan kek dan biskut.
Sekurang-kurangnya
mereka ada sesuatu yang boleh buat mereka teruja. Adelia mencebik bibir.
Hatinya berbisik... hoi, aku? Bagi free pun aku tak nak! Cis, boleh
jalan aje lelaki yang suka membuli perempuan macam tu!