Auni Liyana seorang gadis yang ceria dan agak
nakal. Dia senang menuturkan apa yang tersirat di hatinya. Hanya satu rahsia
sahaja yang sengaja dipendamnya. Dia tak pasti apakah esok masih akan ada
untuknya. Lantaran itu, dia nekad untuk membahagiakan orang di sekelilingnya
yang telah membahagiakannya. Cinta bukan lagi pilihan dalam hatinya!
Rifdi Riyadh seorang
lelaki yang tampil berkarisma dan agak ego pada gadis itu. Kehadiran semula lelaki
yang pernah disayanginya sejak dari sekolah lagi sedikit menggoyahkan pendirian
hatinya. Namun, ternyata lelaki itu masih menyimpan rasa yang sama terhadapnya.
Tetapi ternyata, rasa mereka berdua jauh berbeza sekali.
Hadir pula Doktor Hazim
sebagai doktor pelatih. Doktor muda itu menunjukkan sikap prihatin yang
menyenangkan hatinya. Auni Liyana gembira bila dia punyai seorang kawan yang
mengetahui keadaan sebenarnya. Semakin hari, dia makin berasa lemah. Semangat
dan fizikalnya. Mujur, doktor muda itu tak pernah jemu memberinya semangat.
Bagaimanakah kesudahan hidup Auni Liyana? Apakah
keajaiban hanya wujud dalam cerita dongeng? Adakan Rifdi Riyadh akan terus
membencinya hingga akhir nanti? Apakah Auni Liyana takkan menyedari perasaan
sayang yang tersembunyi dalam setiap pandangan Doktor Hazim?