KAMALIA terleka seketika
membelek majalah hiburan. dia tertarik dengan pelbagai fesyen baru yang keluar
pada bulan itu. Dia mula merencanakan pelbagai jenis barang yang ingin
dibelinya nanti.
“Hei, Leeya! Sorry, kami terlambat sikit. Biasalah
kan, traffic jam,” sapa Nadia sambil mengibas wajahnya kerana bahang matahari.
“Huh, korang memang. Sengaja buat I tertunggu dekat sini,” selar Kamalia
sambil meneguk minumannya. Nadia dan Azza hanya tersenyum mendengarkannya.
“Okaylah! Salah kami. Janganlah merajuk. I belanja you makan ya?” pujuk Azza pula. Kamalia sekadar tersenyum nipis
mendengarkannya. Dia sengaja berpura merajuk dengan mereka berdua.
“Eh, dahlah! Jomlah kita makan. I dah lapar ni,” ajak Kamalia pulak.
Kemudian, mereka bertiga pun memesan makanan tengah
hari. Tak lama menunggu, hidangan pun sampai ke meja mereka. Terus sahaja
mereka menjamahnya.
“So, Leeya. Ceritalah kat kami. Macam mana dengan
perjumpaan you dengan calon menantu
pilihan mama you tu?” tanya Azza
ingin tahu. Nadia pun turut bersemangat untuk mengetahuinya.
“Well... okay sajalah,” balas Kamalia acuh tak
acuh.
“Serius! You
setuju dengan pilihan mama you tu?!”
Nadia seperti tak mempercayainya. Kamalia tertawa mendengarkannya.
“Bukan macam tulah!” nafi Kamalia. “Maksud I, semuanya okay saja. Kami berjumpa dan
bersembang kejap. Alah, berkenalan biasa-biasa macam tu. Kami sama-sama setuju
untuk tolak pilihan family kami ni.
Tu sajalah. Tak adalah I nak terima
dia pulak,” sambungnya lagi dengan lebih jelas.
“Oh, yakah. Tapi kenapa? Tak kena dengan taste you kah?” sengaja Azza bertanya
pulak.
“Come on
girls! Takkan you harap I terima
pulak pilihan mama I. Ni zaman
modenlah. I nak cari sendirilah
pilihan hati I,” balas Kamalia sambil
menyebak rambutnya ke belakang. Sengaja dia menyilangkan tangannya di dada
menampakkan ketegasannya. Nadia dan Azza hanya tersenyum mendengarkannya.
“Oh wait!
You kata tadi yang you dan dia sama-sama setuju untuk tolak cadangan ni?”
tanya Nadia kembali. Kamalia mengangguk sambil mengerutkan dahinya. Kenapa
pulak dengan perkara tu? Hatinya bertanya sendiri.
Nadia tersenyum nipis mendengarkannya. Dia dan
Azza berpandangan seketika. Kamalia diam sahaja memerhatikan kawannya berdua
itu. “So, ada jugaklah lelaki yang sanggup tolak you?” sengaja Azza bertanya lagi.
Kamalia tersenyum mendengarkannya. Kini, dia faham
akan reaksi kawan-kawannya. Dia tak salahkan mereka. Selama ini, semua lelaki
menginginkannya. Tak pernah ada yang menolak dirinya. Hinggakan lelaki yang
sudah mempunyai kekasih pun sanggup berpisah dengan kekasih mereka hanya untuk
meraih perhatiannya. Tapi, dia bukanlah seorang perempuan yang mudah ditawan
hatinya.
“I pada
mulanya agak kisahlah jugak dengan perkara tu. Tapi... I boleh terima alasan dia. Dia kata nak fokus untuk kerjaya dia
dulu. Lagi pun, dia memang nampak macam workaholic
type. So, I maafkan dia,” balas Kamalia sambil tersenyum sinis.
“Oh, wow! Baiknya cik Kamalia kita ni,” ujar Azza
bergurau. Kemudian, mereka diam seketika menikmati makanan tengah hari
masing-masing.
“Tapi kan... macam mana dengan lelaki tu? Maksud I.... rupa dan karakter dia? Hensem tak
orangnya?” tanya Nadia kemudiannya. Azza tersenyum mendengarkannya. Dia juga
ingin tahu perihal itu.
“Hemm... he’s
not bad! Tapi tak adalah hensem sangat pun,” ujar Kamalia. Kemudian, dia
terdiam seketika. Cuba mengingati kembali pertemuannya dengan Doktor Hazim.
“Cuma dalam kategori... korang akan pandang beberapa kali jugaklah kalau tengok
dia,” sambung gadis itu sambil tertawa kecil.
“Wah, kalau macam tu memang hensemlah!” tingkah
Azza.
“Okaylah! Dia hensem tapi cita rasa I lagi tinggi tau,” sengaja Kamalia
bergurau. Mereka hanya tertawa mendengarkannya. “Tapi... dia ada tarikan dia
sendiri. Yang buat kita nak dekat dengan dia. Yang buatkan kita... nak kenali
dia,” sambung Kamalia sambil tersenyum nipis. Memang itulah tanggapannya
terhadap lelaki itu. Dia seakan punyai satu aura yang membuatkan kita tertarik
dengannya.
“Whoa, now
you talk like a boy!” ujar Azza bergurau.
“Heh, who
told him to act like a girl,” balas Kamalia sambil turut tertawa. “Tapi
serius cakap. Dia bukanlah laki yang lembut tapi dia buatkan korang nak
dapatkan dia,” tambah gadis itu.
“So, why
won’t you?” tanya Nadia.
“Sebab mama I
yang kenalkan. I kalau boleh, tak nak
ikut sangat apa yang mama I nak. Saja
I nak berdegil sikit,” balas Kamalia.
“Mama I tu, kalaulah I terima pilihan dia tu. Mesti dia akan kata...” dia
berhenti seketika sambil berdehem. Sengaja dia membuat muka serius.
“Well, mama
always knows the best for her daughter!” sengaja Kamalia mengajuk cara
percakapan mamanya. Kawan-kawannya tertawa melihatkannya. “Come on! Tak mungkin I
nak dia bertambah lagi ego dia,” selar Kamalia. Sebenarnya, dia tak adalah
rapat sangat dengan mamanya. Cuma, selama ini dia lebih senang melakonkan watak
anak perempuan yang patuh di hadapan orang tuanya. Dia selalu saja memendam
perasaannya selama ini.
“Nak buat macam mana! Bukankah you selama ni anak yang patuh?” sengaja
Azza memerli. Kamalia mendengus mendengarkannya.
“Tapi sekali sekala, I kenalah ada pendirian sendiri kan? Tak bolehlah I nak ikut saja semua yang mama suruh I buat,” tingkah Kamalia lagi. “Oh ya! By the way, I kena pergi jumpa pilihan
menantu mama I tu hari ni,” tambah
gadis itu.
“Lah, kata tadi tak nak. Kenapa nak jumpa lagi?
Takkan you tak boleh lupakan dia
pulak?” perli Nadia.
“Yalah. Takkan I
nak tolak macam tu pulak. Sekurang-kurangnya, biarlah I berjumpa dengan dia lebih dari sekali. Lepas tu, I cakaplah dengan mama I yang I memang tak boleh ngam dengan dia atau apa-apa sajalah yang okay,”
ujar Kamalia.
“Well then,
good luck to you!” ucap mereka berdua serentak.
Kemudian, mereka bertiga pun menghabiskan makanan
mereka. Sempat mereka berbual lagi seketika perihal kerja pula. Hampir sejam
mereka berada di situ sebelum beredar dari situ. Masing-masing perlu kembali ke
tempat kerja mereka.
“AIRA!!”
Aira Nadeeya menghentikan langkahnya. Nafasnya
terhembus kasar. Dia pantas berpaling menghadap lelaki yang memanggilnya. Dia
mengerutkan pandangannya memandang tajam lelaki itu.
“Please, Zaquan!! Cukuplah semua ni! You nak I cakap macam mana baru you
nak faham, hah!” sergah Aira Nadeeya. Merah wajah gadis itu menahan marah di
hatinya. “I dah penatlah nak beritahu
you berulang kali benda yang sama. I dah tak sayangkan you. Hubungan kita dah lama berakhir. Tolonglah faham!” rayu gadis
itu meminta persefahaman antara mereka.
“Ya, I faham! I faham sangat semua tu,” sahut
Zaquan. Dia memandang tajam gadis itu. Tapi bukannya pandangan yang membencikan
sebaliknya pandangan tegas. “Cuma I
tak boleh terima semua ni! You dah
buat I gilakan you dulu, lepas tu
senang-senang pulak you nak I lupakan you macam tu saja,” bantah
lelaki itu.
Dia masih ingat lagi keletah gadis itu ketika
mereka masih sama-sama belajar di universiti dulu. Gadis itu yang menggodanya
dahulu. Memanglah dia pun turut terpikat dengan kecantikannya tapi itu tak
bermakna dia akan membiarkan luaran itu membutakan hatinya. Tapi gadis itu
pandai bermanja dan bermain kata dengannya membuatkannya terperangkap dengan
kata hatinya. Malah, dia turut kagum dengan kesungguhan gadis itu untuk cuba
menarik perhatiannya. Tampak ikhlas dan jujur. Akhirnya, dia mengakui yang dia
juga sebenarnya menyayangi gadis itu. Tapi siapa sangka, pasangan yang glamor
dan bahagia ketika itu akan berpisah akhirnya.
Dia pernah dan selalu cuba untuk melupakan gadis
itu. Tapi, ternyata sukar kerana hatinya yang telah dicuri tak dikembalikan
semula. Lagi payah untuk membenci gadis itu kerana dia sejujurnya menyayangi
gadis itu walaupun Aira Nadeeya seorang gadis yang banyak kekurangan di
dalamannya. Dia seorang yang kuat cemburu dan suka mengongkong tapi Zaquan
sendiri hairan bagaimana dia boleh bertolak ansur dengannya. Sebab itulah,
sukar untuk hatinya benar-benar melepaskan gadis itu. Dia sentiasa berharap ada
peluang kedua antara mereka. Kerana itulah, dia tak pernah berhenti merayu
padanya.
“Zaquan...” panggil Aira Nadeeya. Dia mengeluh
perlahan. Dia turut memandang lelaki itu tegas. “Okay! You boleh salahkan I.
Memang semuanya silap I,” ujar gadis
itu. Kemudian, dia diam seketika sebelum menyambungnya kembali. “I sangka you lah lelaki yang ditakdirkan untuk I . I juga harap yang
kita akan bahagia sampai bila-bila. Tapi... I
tak boleh nak paksa diri I lagi untuk
terus menipu kehendak hati I yang
sebenarnya. I yang salah sebab... I tak ajar hati I untuk setia dekat you
dulu. I’m so sorry, Zaquan...”
“Huh, kenapa you
tak cakap semua ni sebelum kita bercinta dulu? Kenapa you perlu buatkan I
berharap dekat you sampai menggunung
tingginya harapan I?” bertubi
pertanyaan Zaquan. Dia tampak lemah ketika ini. Merayu kepada gadis yang
ternyata tidak sudi menyayanginya lagi. “I
tersiksa Aira. Hati I pedih sebab you tinggalkan I dengan alasan rapuh you
tu. Senang-senang saja you katakan,
mungkin tak ada jodoh antara kita!” sambung lelaki itu. Rendah sahaja nadanya
kesal dengan apa yang terjadi. Kemudian, pandangannya kembali tajam menikam
gadis itu.
“You nak
I salahkan you?! Ya, memang I
salahkan you! Sebab hati you cuma lihat luaran saja. Asalkan mata
you tu dah berkenan, cepat saja hati you berubah!” tingkah Zaquan. Dia
mengetapkan bibirnya geram. Selalu sahaja dia bertengkar dengan gadis itu bila
dia mengajaknya keluar. Tapi kali ini, hatinya benar-benar terkesan dengan
tingkah dan kata-kata gadis itu. Asalkan dia dapat lepaskan diri dari semua
ini, dia akan katakan apa sahaja.
Aira Nadeeya pantas memandangnya tajam. Nampaknya,
gadis itu juga turut terkesan dengan kata-katanya. Gadis itu mendengus kencang.
Bibirnya juga diketapkan. “Ahh, apa sajalah Zaquan! I dah tak kisah you nak kata apa dekat I. Yang I tahu, I tak nak you terhegeh-hegeh cari I
lagi lepas ni! I dah tak perlukan
lagi cinta dan perhatian dari you,”
tingkah Aira Nadeeya. Sedikit bongkak kata-katanya.
Zaquan mencebikkan bibirnya mendengarkan kata-kata
gadis itu. Ya, memang selama ini dia yang terhegeh-hegeh inginkan gadis itu
kembali. Mungkin, dia harus tabahkan hatinya untuk lupakan gadis itu. Harus dia
ajarkan hatinya untuk tak mudah terpedaya dengan perasaan yang terlalu membuai
ini. Pedih dan perit sekali rasanya bila hatinya yang ikhlas menyayangi
dipandang serendah itu.
“Okay Aira. I
akan cuba untuk lupakan you. Tak!
Bukan cuba lagi tapi I akan paksa
hati I,” alah Zaquan akhirnya. Dia
juga sudah mengambil keputusan yang perjumpaan ini adalah kali terakhir sekiranya
gadis itu masih dengan keputusannya. Nampaknya dia perlu berpegang dengan janji
kepada dirinya sendiri. “Cuma... I
nak bagi sikit nasihat dekat you.”
Aira Nadeeya memandang lelaki itu menanti bicara
seterusnya. Dia sebenarnya sudah tak berminat lagi untuk mendengarkan apa yang
ingin dikatakan lelaki itu tapi terpaksa didengarkan juga. Mungkin selepas ini,
Zaquan tak akan menghubunginya lagi jika dia mendengar apa yang ingin
dikatakannya buat kali terakhir.
“Sebagai seorang lelaki, I mengaku yang Rifdi tu memang hensem orangnya. I pun tak setanding dia. Siapalah I kalau nak dibandingkan dengan dia?
Buat malu saja dibandingkan dengan dia,” ujar Zaquan. Aira Nadeeya sekadar
tersenyum sinis mendengarkannya. Kali ini, dia menyetujui kata-kata lelaki itu.
“Tapi... lelaki macam tu bukannya senang you
nak dapat. I tak rasa pun dia akan
pernah pandang you lebih dari seorang
kawan. Tapi, dapat jadi kawan dia pun dah kira bertuah,” sambung Zaquan.
“Apa yang you
cuba nak sampaikan? You nak kata yang
I tak layak untuk diakah?!” celah
Aira Nadeeya sebelum sempat Zaquan menyambung lagi kata-katanya.
Zaquan tersenyum memandang gadis itu. Sudah tentu
dia tak berfikiran sebegitu. Gadis itu cukup cantik untuk dipadankan dengan
Rifdi Riyadh. Tapi, itu sajalah yang boleh dipadankan. Hanya luaran sahaja.
Kerana peribadi mereka jauh berbeza. Pada pendapatnya, lelaki itu bukanlah
seorang yang pentingkan luaran sahaja. Sama sepertinya suatu masa dulu sebelum
dia mengenali Aira Nadeeya. Lebih banyak perkara yang lebih penting selain dari
luaran. Tapi, dia terjatuh juga dalam perangkap luaran itu. Tak mengapalah,
semua itu adalah pengajaran baginya.
“Dah tentulah tak! Apa yang I nak beritahu you...” sengaja Zaquan diam seketika. Cuba mengatur
kata-kata yang sebaiknya. Dia masih tersenyum memandang gadis itu. “Hemm...
dulu masa you nak dapatkan I pun, bukannya senang kan?” sengaja
Zaquan menduga. Dia tersenyum sinis kali ini memandang gadis itu. Hanya itu
sahaja yang dikatakannya sebelum dia beredar dari situ.
Aira Nadeeya terpana mendengarkannya. Dia terus
menggetapkan bibirnya. Pantas dia berpaling cuba untuk memanggil lelaki itu.
Egonya benar-benar tercalar dengan kata-kata akhir lelaki itu. “Zaquan!!”
jeritnya. Lelaki itu tak berpaling pun menghadapnya. Dia sekadar mengangkat
tangan dari jauh melambai. “Damn you!!!”
“EXCUSE ME,” sapa Kamalia. Sambil menahan seorang jururawat yang
melaluinya.
“Ya? Boleh saya bantu?” tanya jururawat itu ramah
sambil tersenyum manis.
“Cik kenal tak dengan Doktor Hazim?” tanya Kamalia
sopan. Kelihatan jururawat itu diam seketika. Dia cuba mengingati doktor dengan
nama itu.
“Oh, doktor pelatih yang baru tukah?” jururawat
itu cuba memastikan.
“Yup, dialah tu!” sahut Kamalia pantas. “Boleh
saya tahu dekat mana saya boleh cari dia?” tanya dia lagi.
“Hemm... selalunya dalam waktu petang macam ni.
Dia ada dekat pejabat,” beritahu jururawat itu.
“Oh, dia ada pejabat sendirikah?”
“Maksud saya, pejabat yang dia kongsi dengan semua
doktor pelatih yang lain jugak,” terang jururawat itu. Kamalia tersenyum sambil
mengangguk.
“Kenapa ni?” tegur seorang jururawat lain yang
baru tiba di situ.
“Cik ni cari Doktor Hazim. Doktor pelatih yang
baru tu,” beritahu jururawat yang mula tadi.
“Oh, saya baru nampak Doktor Hazim dekat taman
hujung sana tadi,” beritahu jururawat yang baru tiba itu. “Nak saya panggilkan
diakah?” tanya jururawat itu menawarkan diri.
“Tak apalah! Kalau boleh, biar saya sendiri yang
pergi dekat dia,” tegah Kamalia. Dia tak mahu lelaki itu mengetahui
kedatangannya ke sini. Sengaja dia ingin mengejutkan lelaki itu. “Dekat mana ya
taman yang nurse cakap tu?”
“Tak jauh pun dari sini. Cik jalan terus ke hujung
koridor ni. Lepas tu, cik belok kiri dan terus lagi. Dekat situ, ada sebuah
taman yang dekat dengan wad kanak-kanak,” beritahu jururawat itu.
“Okay! Terima kasih,” ucap Kamalia sambil
tersenyum manis. Jururawat berdua itu pun beredar dari situ.
“Wah, cantik-cantiklah perempuan yang rapat dengan
Doktor Hazim. Kalau macam ni, memang tak ada peluanglah perempuan macam kita
ni,” ujar jururawat tadi kepada kawannya.
“Hehe, tau tak apa!” sahut kawannya sambil tertawa
kecil.
Kamalia diam mendengarkannya. Dia dapat menangkap
butir bicara jururawat sebentar tadi. Dia mengangkat keningnya. Dia rapat
dengan ramai perempuankah? Hemm... boleh tahan doktor ni. Aku ingatkan dia
jenis low profile. Ahh, tak kisahlah
semua tu! Mungkin semuanya cuma kawan dia saja. Dia sendiri jugak yang kata
yang dia tak ada awek lagi. Getus hati kecilnya.
Dia tak berlama lagi di situ. Dia pun terus
melangkah mengikut arah yang diberikan. Tak lama pun untuk dia sampai ke taman
yang dimaksudkan jururawat berdua tadi. Terus sahaja, dia menangkap susuk tubuh
doktor yang dicarinya itu. Belum sempat dia memanggilnya, dia terlihat ada
seorang perempuan lain sedang berbual dengan doktor itu. Terus mati niatnya
untuk memanggil Doktor Hazim.
“Hemm... siapa tu? Nurse dekat sini jugakkah?” Kamalia bertanya sendiri. Untuk
seketika, dia hanya memerhatikan sahaja di sebalik dinding koridor.
Doktor Hazim tampak gembira dengan gadis itu.
Mereka kelihatan selesa berbual sesama mereka. Tidak kelihatan kekok dan
janggal. Gadis itu pun kelihatan rapat dengannya. Tapi Kamalia tak dapat
menangkap butir bicara mereka kerana hembusan angin yang sedikit kuat ketika
itu.
Kemudian, dia terdengar Doktor Hazim ketawa. Dia
terus memandang doktor muda itu. Itulah kali pertama dia melihat reaksi lelaki
itu sedemikian. Dia terpana melihatkannya. Benar-benar menyentap hatinya. Dia
pun mengetapkan bibirnya. Nafasnya juga sedikit kencang. Ada cemburu menyelinap
ke celah hatinya.
Kamalia tak ingin berlama lagi di situ. Dia malas
hendak melihat adegan kemesraan itu lebih lama lagi. Entah mengapa, dia rasa
cukup tercabar sekali egonya ketika itu.
“Huh, kononnya tak ada awek? Habis tu, perempuan
tadi tu siapa?! Tak mungkin kawan saja,” ujar Kamalia sendiri. Dia mengetap
lagi bibirnya. Tak sangka, dia tolak aku hanya untuk perempuan macam tu. Dia
tolak aku?! Hei, ni Kamalia lah. Tak pernah ada lelaki yang tolak aku untuk
perempuan lain!!! Jerit hatinya.
Kamalia terus memandang depan ketika memandu
pulang. Hatinya makin panas bila memikirkan kejadian tadi. Dia berasa cukup
tercabar dengan tingkah doktor muda itu. Sengaja menipu dia mengatakan dia
mahukan komitmen di dalam kerjayanya. Tetapi sebenarnya dia sudah punyai
pilihan hati sendiri. Ya, dia pasti akan hal itu. Naluri perempuannya kuat
mengatakan demikian.
Perempuan tadi bukan sekadar kawan biasa.
Pandangan Doktor Hazim padanya membuktikan segala-galanya. Pandangan lelaki itu
tampak penuh kasih sayang. Dia memandang gadis itu dengan seadanya. Ada sinar
harapan pada pandangan doktor muda itu.