Home Novel Cinta Hanya Untuk Dia
Hanya Untuk Dia
Nurul Izah
12/9/2013 13:29:22
70,313
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 11

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Aku dan Zahid akan menziarah pusara ibu. Pusara yang begitu tenang pagi itu. Setenang hatiku. Terbayang senyuman ibu ketika aku memandang batu nisan yang terukir namanya. Air mataku jatuh di pipi. Dalam keheningan pagi, aku membaca surah yasin semoga roh ibu dicucuri rahmat dan tenang bersemadi. 'Ibu, nanti Mira datang lagi'. Ketika kabus pagi hampir hilang barulah aku dan Zahid beredar. Zahid tersenyum sekilas. Sepanjang perjalanan pulang, Zahid membawa aku mengelilingi kampung melewati beberapa rumah rakan sekolah. Mengimbau kembali zaman remaja yang baru mengenal dunia.

“Zarina dah kahwin dengan orang Perlis, sekarang menetap di sana. Hanum dengan Jamila sudah pindah pulang ke kampung ayahnya. Kebetulan ayah mereka naik pangkat. Rumah tu orang dah beli. Dengar cerita mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga dan menetap di Johor. Kawan-kawan kita hanya tinggal beberapa kerat aje. Lagipun masa dulu ramai yang sekadar menyewa. Habis kerja di sini mereka berhijrah. Yang lain ramai di KL.”

Aku mengangguk mendengar cerita Zahid. Mereka boleh dikatakan antara sahabatku di sekolah. Zarina yang selalu menolong aku menyiapkan projek Sains Pertanian walaupun memakan masa hampir satu hari di sekolah. Hanum dan Jamila pula adik beradik yang dilahirkan pada tahun yang sama. Mereka berdua selalu meminta tunjuk ajar mengenai subjek Matematik. Mereka juga yang selalu mengusik aku dan Azmi. Masing-masing sudah dewasa, ada keluarga sendiri.

Sampai di rumah, aku melihat mak long sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. Masih ada empat jam sebelum kembali ke Kuala Lumpur aku membantu mak long di dapur sambil berbual dengan zahid. Kasihan Zahid, hari ini dia terpaksa menambah cutinya. Dia sudah bercadang untuk menghantar aku ke lapangan terbang. Zahid juga berjanji akan menghantar semula kereta yang aku sewa tempoh hari.

“Mira, minggu depan jadi balik kan? Mira telefon Mak Long selalu ya. Nanti kalau dah sampai sana telefon Mak Long”

Aku tersenyum. Pasti wanita itu takut aku tidak akan kembali.



Aku kembalikan jiwa dan ragaku

Ke teratak usang yang menyimpan segala duka


Aku kembalikan seluruh ingatanku

Walau pedih aku tidak ingin lari lagi

Usah gusar wahai yang merindu,

Usah gusar wahai yang menunggu,

Aku ke sini kerana aku juga merindui

Haruman wangi

Dari tanah tempat aku dilahirkan.


Kerana, Aku menanti sebuah cinta

pastinya untuk aku bawa ke hari tua

kerana aku menunggu redupnya kasih

Menaungiku hingga akhir hanyatku


Aku senyum, senyum seindah suria pagi



Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.