Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,228
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 27

Puan Haryati terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

“Sorry,” ucap Hana dengan perasaan bersalah.

“Papa dah tahu?” soal Puan Haryati. Hana terkejut. Dia sukar meneka apa yang difikirkan oleh wanita itu kerana wajah tenangnya.

“Hana dah cukup dewasa nak buat keputusan. Mama yakin keputusan yang Hana buat tu adalah keputusan yang terbaik buat anak mama,” kata Puan Haryati. Hana menarik nafas lega.

“Terima kasih, mama,” ucapnya sambil menyentuh jemari wanita itu Puan Haryati menggenggam erat jemari gadis itu.

“Hana berhak menentukan jalan hidup Hana sendiri. Mama tak akan halang,” balasnya. Hana tersenyum lebar. Dia sangat bersyukur kerana wanita itu memahaminya.

“So, Hana hari lepas ni ke?” soal Puan Haryati pula.

"Jumaat ini. Next week Hana dah nak fokus dengan syarikat. Kasihan Jason seorang diri kat pejabat,” jawab Hana. Puan Haryati mengangguk faham.

                                 *****

Ivan memandang Marqen dengan riak wajah tidak percaya.

“Siapa beritahu?” soalnya.

“Semua orang dah tahu. Kau aje yang tak tahu. Semalam kau balik awal,” balas Marqen sambil mengeluarkan buku nota. Ivan memandang sekeliling. Kelibat Hana memang tidak kelihatan. Juju seorang diri duduk di tempatnya.

“Kau nak ke mana?” soal Marqen apabila melihat Ivan berdiri. Ivan tidak menjawab soalan lelaki itu. Langkahnya laju menghampiri Juju.

“Ju,” tegurnya. Juju membalas pandangan lelaki itu.

“Hai Ivan,” balasnya. Dia tidak perlu meneka soalan lelaki itu. Wajahnya sudah jelas menerangkan segalanya.

“Ya betul. Hana nak berhenti,” beritahunya tanpa menunggu soalan Ivan.

“Kenapa?” soal Ivan dengan nada sayu. Juju menarik nafas panjang.

“Hana nak fokus dengan syarikat,” balasnya. Ivan berkata.

“You lying,” kata Ivan dengan kening berkerut.

“Awak tanya Hana sendiri kalau tak percaya,” balas Juju sambil memandang bukunya semula. Dia simpati melihat wajah sugul lelaki itu. Ivan mengeluh perlahan sebelum berlalu semula.

                                  *****

“Apa yang kau dah buat Nell?” soal Jamiel dengan kening berkerut. Nelly diam tidak membalas. Dia masih leka dengan telefonnya.

“Nell!” panggil Jamiel dengan nada keras. Nelly membalas pandangan lelaki itu.

"Apa?" soalnya tanpa perasaan.

“Hana berhenti study kat sini. Kau dah buat apa hah?” soal Jamiel lagi. Wajahnya merah padam menandakan yang dia benar-benar marah.

“Buat apa? Aku tak buat apa-apa pun! Yang kau nak marah sangat ni kenapa?” soal Nelly turut naik angin. Lelaki itu jarang meninggikan suara padanya.

“Sepatutnya kau tak payah balik sini Nell. Kau dah buat semua orang baik dengan kau. Aku sendiri dah muak dengan perangai kau ni. Pentingkan diri sendiri! Puas hati kau?” balas Jamiel sambil mencapai bukunya lantas berlalu. Nelly terkedu.

                               *****

“Papa tak pernah paksa Hana untuk berhenti belajar sebab syarikat. Tapi kalau Hana dah buat keputusan macam tu, papa dah tak boleh halang. Keputusan di tangan Hana,” kata Datuk Ismail sambil memandang wajah anak perempuannya itu. Hana tersenyum.

“Terima kasih,” ucap Hana. Datuk Ismail tersenyum sambil tersenyum. Dia memandang Jason yang berdiri di sisinya.

“Nampaknya lepas ni kamu kena ada dengan Hana sepanjang masa. Jangan risau. Saya boleh jaga diri,” katanya.

“Baik Datuk,” balas Jason. Hana tergelak kecil.

“Awak jangan risau. Saya cepat belajar,” katanya. Jason tersenyum. Datuk Ismail tergelak. Dia sebenarnya lega. Nampaknya Hana sudah boleh menerima dirinya semula. Jika tidak, mana mungkin gadis itu terfikir akan tanggungjawabnya sebagai CEO.

“Hana janji akan buat yang terbaik,” kata Hana separuh berjanji.

“Papa percaya pada Hana. Honey milik Hana,” balas Datuk Ismail dengan senyuman. Hana mengangguk.

Saya boleh lakukannya. Awak boleh buat, Hana.

                               *****

Marqen memandang Karl yang hanya membisu sedari tadi.

“Kau risaukan siapa sebenarnya ni? Ivan? Hana?” soalnya ingin tahu. Karl hanya memandang sekilas ke arah sahabatnya itu.

“Karl,” kata Marqen.

“Kedua-duanya. Iv dah tahu pasal perasaan aku. Aku pula serba salah nak dekat Hana sekarang ni. Iv dah beri amaran,” beritahu Karl sambil mengeluh perlahan. Dia memandang pelajar yang sedang bermain bola keranjang tidak jauh dari tempat mereka. Marqen terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

“Aku sebenarnya rasa bersalah pada Iv. Aku tak sepatutnya ada perasaan ni,” sambung Karl dengan nada perlahan.

“Perasaan tu kita tak boleh halang Karl,” balas Marqen separuh memujuk. Karl marah.

“Tak boleh halang tapi boleh elak. Betul tak?” katanya separuh menyoal. Marqen terdiam lagi.

“Aku memang salah. Dulu aku jatuh sayang pada Nelly. Sekarang Hana. Aku tak faham. Kenapa mesti orang yang sama. Betul kata Iv. Aku ni kejam,” sambung Karl dengan perasaan bersalah.

“Mereka berpisah bukan sebab kau,” Marqen mengingatkan. Karl tunduk meraup wajahnya. Dia seperti mahu larikan diri. Kalau boleh dia tidak mahu menemui sesiapa yang dikenalinya kerana itu akan membuatkan dirinya semakin rasa bersalah. Giliran Marqen pula yang mengeluh. Dia buntu untuk membantu temannya itu.

                               *****

Kaira menghampiri Hana yang sedang mengemas alat lukisannya.

“Esok awak last,” tegurnya. Hana membalas pandangan gadis itu. Kaira? Sudah lama dia tidak terserempak dengan gadis itu.

“Yes, kita dah lama tak jumpa. Saya baru aje sihat. Diet punya pasal,” beritahu Kaira seperti tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu.

“Oh, glad you okay,” balas Hana sambil menyambung kerjanya semula.

“Sebenarnya, maaf. Saya sayang Karl sangat Hana. Saya tak sedar dah jadi monster. Sorry,” ucap Kaira dengan perasaan bersalah. Hana mengangguk.

“Takpe saya faham. Mungkin kalau saya kat tempat awak, saya akan buat benda yang sama. Saya nak jelaskan sekali lagi lagi Kaira. Saya dan Karl takde apa-apa. Awak jangan risau. Take care,” katanya sebelum berlalu. Kaira hanya memandang langkah gadis itu.

Saya percaya awak. Tapi bagaimana dengan Karl? Karl mungkin tak anggap awak macam tu Hana.

Kaira mengeluh perlahan.

                               *****

“Mana Karl?” soal Kaira. Terangkat kening Marqen memandang gadis itu.

“Dah balik kot. Kereta dia pun takde kat sini,” balasnya. Kaira mengeluh.

“Saya dah lama tak nampak awak,” tegur Marqen.

“Saya memang baru masuk hari ni. Saya tak sihat,” balas Kaira sambil memandang sekeliling berharap melihat kelibat Karl.

“Oh, takde pun dalam berita,” kata Marqen sambil tersengih.

“Sakit tu berita gembira ke?” soal Kaira separuh menyindir.

“Maaf,” ucap Marqen dengan perasaan bersalah.

“Takpelah saya pergi dulu,” balas Kaira sambil berlalu. Marqen hanya mengangguk. Dia turut berlalu ke keretanya.

                                *****

Nelly mendengus perlahan.

Puas hati kau?

Masih terngiang-ngiang soalan Jamiel padanya.

Memang aku puas! Tapi yang tak bestnya bila aku tak dapat Ivan semula. Macam mana aku nak tawan hati Ivan?

Nelly mengeluh pula. Dia akui memang silapnya memutuskan hubungan dengan lelaki itu. Dia menyesal. Namun susah sangat ke Ivan memberinya peluang sekali lagi? Lagipun, dulu mereka berpisah secara baik. Nelly meraup wajahnya.

iv!

 

 

 

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.