Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9


-Hey, it’s me Ivan. So, esok saya jemput awak kat rumah. Boleh?

-Hi. Ivan, awak tahu ke rumah saya kat mana?

-No. You can tell me right?

-Of course. But I don’t think I can meet you tomorrow. Ada urgent matter. So, sorry.

-I see. It’s okay. Maybe, next week?

-Yeah, of course.

Hana mendengus perlahan. Hancur harapannya untuk bertemu dengan lelaki itu.

Emm, agaknya kalau jadi esok tu apa ya? Dating? It’s that right?

Hana menyentuh kedua belah pipinya. Dia dan Ivan baru sahaja menjadi kawan.

Aku ni dah over!

                                  *****

Hana agak tergamam saat melangkah masuk ke dalam bangunan milik papanya. Ini merupakan kali pertama dia memasuki bangunan tersebut. Jason hanya tersenyum memandang reaksi gadis itu.

“Hari ni tak ramai orang sebab sunday. Yang datang hari ni, pekerja pembersihan dan juga pekerja yang turun sebab nak siapkan kerja yang urgent untuk klien,” beritahunya. Hana hanya mengangguk. Sekali lagi Hana tergamam saat melangkah masuk ke dalam lif.

19 tingkat?

“Office Cik Hana ada kat level 15. Level 15 hingga 19 tu semua bahagian management,” beritahu Jason lagi. Bulat mata Hana mendengar kata-kata lelaki itu.

“Silakan masuk,” kata Jason apabila mereka sampai di hadapan bilik pejabat Hana. Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, Hana hilang kata-kata.

“Selamat datang ke Honey Legacy, Cik Hana,” ucap Jason.

“Betul ke ni pejabat? Bukan apartment?” soal Hana dengan kening berkerut. Bilik pejabat itu memang lengkap siap dengan kolam renang. Jason hanya tersenyum.

“Boleh kita mula?” soalnya. Hana mengambil tempat di kerusinya.

Not bad.

“Go on,” balasnya. Jason tersenyum mengangguk.

                                *****

“Kau okay ke?” soal Juju sambil memandang Hana yang sedang mengeluarkan buku dari dalam begnya.

“Kenapa? Muka aku pucat ke?” soal Hana tanpa menjawab.

“Taklah. Tapi kau macam tak cukup tidur aje,” balas Juju.

“Aku tak cukup rehat. Semalam aku ke office jumpa Jason. Banyak benda dia ajar aku. Tak tahulah kalau aku ingat,” kata Hana sambil memandang Ivan yang sedang tersenyum melambai ke arahnya. Dadanya berdebar. Dia hanya membalas senyuman lelaki itu.

“Amboi, bukan main mesra lagi,” usik Juju yang perasan dengan telatah Hana.

“Sebenarnya semalam aku ada temujanji dengan Ivan. Tapi aku terpaksa batalkan sebab meeting dengan Jason,” beritahunya.

“What? Are you serious?” soalnya dengan riak tidak percaya. Hana hanya mengangguk.

“Temujanji maksudnya korang dah...,”

“Dah apa? Jangan nak fikir yang bukan-bukan,” pintas Hana. Juju tergelak kecil.

“So, kalau tak ada apa-apa, kenapa dia ajak kau keluar?” soalnya. Hana terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Sir dah masuk tu,” katanya dengan perasaan lega apabila melihat pensyarah mereka sedang berjalan masuk ke dalam kelas.

“Fine. Aku nak dengar jawapan lepas ni,” balas Juju separuh mengusik. Hana hanya menjeling gadis itu.

                                     *****

“Hai,” sapa Ivan sambil menarik kerusi di depan gadis itu. Hana agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia meletakkan sudu di tangannya.

“Hai,” balasnya dengan perasaan berdebar.

“So, hjung minggu ni?” soal Ivan dengan senyuman. Hana menarik nafas panjang.

“Awak nak bawa saya keluar pergi mana?” soalnya berani.

“Tempat yang awak suka. Saya tak kisah kat mana,” balas Ivan. Matanya meneliti wajah milik gadis itu. Wajah comel itulah yang sering membuatnya tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Hana tersenyum.

Tempat yang aku suka?

“Ivan,” panggil Nelly yang kini berdiri di tepi meja. Hana mencapai sudunya semula.

“Yes,” jawab Ivan sambil memandang gadis itu.

“Jom, makanan awak dah sampai,” kata Nelly. Ivan mengangguk sambil memandang Hana semula.

“Jumpa lagi,” katanya. Hana hanya mengangguk. Nelly hanya memandang Hana tanpa menegurnya. Hana menarik nafas lega apabila kedua-duanya beredar.

Wait, kenapa aku nak kena takut pula dengan Nelly? Aku buat salah ke?

Hana tersenyum sinis. Dia meletakkan semula sudu di tangannya. Hilang seleranya.

Nasib baik Juju ada kelas. Kalau tak mesti minah tu banyak soal.

                                  *****

“Hei, kau dah lama tunggu?” soal Juju sambil menarik kerusi di hadapan Hana.

“Tak juga. Kau dah habis kelas?” soal Hana. Juju mengangguk.

“Tadi aku terserempak dengan Karl. Dia nampak busy,” beritahunya.

“So?” soal Hana dengan kening berkerut. Juju tergelak kecil. Hana memberi isyarat supaya gadis itu tidak membuat bising.

“Sorry. Tak adalah. Aku saja nak update,” balasnya separuh berbisik. Hana hanya menggelengkan kepala.

“So, Ivan? Kau tak jawab lagi soalan aku pagi tadi,” soal Juju semula. Hana meletakkan pen di tangannya.

“Aku tak tahu. Aku setuju nak keluar sebab aku nak kenal dia juga. Tapi aku tak naklah letak harapan tinggi. Nelly tu macam tak suka aku rapat dengan Ivan,” balasnya. Terangkat kening Juju mendengar kata-kata gadis itu.

“Why? Sebenarnya aku tertanya-tanya juga siapa Nelly tu. Yelah, masuk-masuk aje dah rapat dengan Ivan and the gang. Dia pun crush kot dengan Ivan tu,” katanya separuh meneka. Hana terdiam.

“Nanti aku siasat hal ni,” sambung Juju dengan riak wajah serius. Hana tergelak kecil.

“Jangan nak over sangat,” balasnya. Juju ikut tergelak.

“Shutt!” tegur seorang pelajar yang duduk di belakang mereka. Juju mengangkat tangan tanda faham.

“Dah fokus,” kata Hana separuh berbisik. Juju menutup mulutnya sambil tergelak. Hana hanya menggelengkan kepala melihat telatah gadis itu.

                                   *****

“Ivan, boleh tak hantar saya hari ni? Saya tak bawa kereta. Lagipun Miel ada hal dengan teman wanitanya hari ni,” pinta Nelly sambil memandang Ivan yang sedang mengeluarkan kunci keretanya dari dalam beg.

“Ivan, aku nak stay sekejap. Korang balik dulu,” kata Karl sambil berhenti melangkah. Berkerut kening Ivan memandang lelaki itu.

“Dah jam 5 ni,” balasnya. Karl menepuk bahu lelaki itu sebelum berlalu. Ivan memandang Nelly semula yang masih setia menunggu jawapannya.

“Nell, saya bukan tak nak tapi next time saya tak boleh tolong,” balasnya. Nelly terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.

“Kenapa? Sebab Hana?” soalnya geram. Ivan hanya berlalu tanya menjawab soalan gadis itu. Nelly mendengus sebelum menurut langkah Ivan.

                                  *****

Marqen menahan langkah Karl.

“Tak balik?” soalnya hairan.

“Saya nak buat kerja sikit. Kau baliklah dulu,” balas karl dengan senyuman.

“Okay. Aku balik dulu. Jumpa esok,” kata Marqen sambil menepuk bahu rakannya itu. Karl hanya mengangguk sambil memandang langkah lelaki itu berlalu.

“Karl,” tegur Juju yang sedang melangkah seiringan dengan Hana. Karl tersenyum memandang kedua-duanya.

“Tak balik lagi?” soal Juju. Karl menggeleng. Hana hanya mendiamkan diri tidak berniat mahu menyertai perbualan mereka.

“Kelas malam?” soal Juju lagi. Karl hanya mengangguk.

“Jumpa esok,” katanya sebelum berlalu. Berkerut kening Hana memandang langkah lelaki itu. Dia tidak faham dengan Karl. Mengapa lelaki itu sentiasa berubah tingkah bila berdepan dengannya?

“Haih, kenapa pandang lama sangat?” usik Juju apabila perasan dengan tingkah Hana.

“Pelik. Ada masa dia kenal aku. And sometimes pula macam tak kenal aku,” balas Hana.

“Haih, macam tak puas hati aje,” usik Juju lagi. Hana mengangkat bahu.

“Jom,” ajaknya sambil mula melangkah

Aku bukan tak puas hati. Aku cuma rasa pelik. Wait, why should I care?

Hana menggeleng perlahan. Juju menurut langkah gadis itu dengan senyuman lebar.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.