Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,224
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3


Karl hanya tersenyum melihat Nelly yang duduk di sisi Ivan.

“Hi Karl,” sapa Nelly.

“Hi, bila sampai?” soalnya.

“Baru aje. Tadi dah daftar,” jawab Nelly. Karl mengangguk faham.

“Tak makan?” soal Ivan apabila melihat Karl yang mula berdiri semula.

“Tak lapar. Saya nak cari buku kat library. Jumpa kat kelas,” katanya sebelum berlalu.

“Karl tu dari dulu macam tu. Tak suka lunch,” kata Marqen sambil menikmati makan tengaharinya.

“Jaga badan lah tu. So, Nell malam ni nak dinner kat rumah ke?” celah Jamiel separuh bertanya sambil memandang gadis itu. Nelly memang selalu bertandang ke rumahnya untuk makan malam. Gadis itu menyukai masakan ibunya. Nelly terdiam. Dia memandang Ivan yang sedang leka dengan makanannya. Sejak dia kembali, lelaki itu seperti berat mulut untuk berbual dengannya. Ivan hanya akan menjawab bila perlu.

“Kalau free Nell datang,” jawabnya dengan nada perlahan. Jamiel mengangguk faham. Dia sempat memandang wajah serius Ivan.

                                  *****

“Hi, jumpa lagi,” tegur Kaira sambil menarik kerusi di hadapan lelaki itu. Karl membuka cermin matanya sambil membalas pandangan gadis itu.

“Kaira?” soalnya separuh meneka. Kaira mengangguk dengan senyuman.

“Seorang?” soal Kaira. Dia biasa melihat lelaki itu dengan Ivan dan kawan-kawannya. Karl tidak jadi menjawab pertanyaan Kaira apabila melihat Hana sedang leka memilih buku tidak jauh dari tempat mereka.

“Karl?” panggil Kaira apabila Karl hanya membisu.

“Tak. Saya datang dengan Hana,” balas Karl. Dia baru tahu nama Hana apabila melihat kad matrik gadis itu.

“Hana?” soal Kaira dengan kening berkerut. Dia memandang sekeliling.

“Jumpa lagi,” balas Karl. Dia bangun lantas berlalu tanpa menunggu jawapan Kaira. Terkedu gadis itu dibuatnya.

                               *****

“Hi,” sapa Karl sambil berdiri di sisi gadis itu. Hana membalas pandangan Karl.

“Hi,” balasnya sambil menyambung pencariannya semula.

“Hana?” panggil Karl separuh mengusik. Hana memandang lelaki itu semula.

“Yes? Nak apa?” soalnya yang agak terganggu dengan kehadiran lelaki itu. Karl tersenyum manis. Berkerut kening Hana.

Dah kenapa?

“Kenapa?” soalnya lagi. Riak wajahnya jelas tidak puas hati. Dia tidak tahu mengapa jika terserempak dengan lelaki itu, hatinya panas tidak menentu.

“Awak minat Ivan ke?” soal Karl masih dengan senyuman. Hana terkedu. Tanpa sedar tangannya sudah menutup mulut lelaki itu. Dia memandang sekeliling. Risau dia jika ada yang mendengar kata-kata Karl sebentar tadi.

Ish mamat ni. Dah lah library ni sunyi aje. Tak pasal-pasal naik nama aku.

Omel Hana dalam hati. Karl menyentuh tangan gadis itu yang masih menutup mulutnya.

“Sorry,” ucap Hana yang mula perasan dengan tingkah lakunya. Dia menarik tangannya namun Karl menggenggam kuat. Bulat mata Hana memandang lelaki itu. Karl tersenyum nakal.

“Awak tak jawab soalan saya lagi,” katanya masih mahu mengusik gadis itu

“Hey, lepaslah,” balas Hana sambil menarik lagi tangannya. Karl melepaskan pegangannya. Hana mendengus geram.

“Yes, why? Ada masalah?” soal Hana geram sebelum berlalu meninggalkan Karl. Karl hanya memandang langkah gadis itu. Dia tersenyum. Sejak masuk ke dalam kolej ini, dia memang perasan ramai yang berminat dengan rakan baiknya itu. Dia sengaja menyoal Hana sebentar tadi kerana ingin tahu adakah gadis itu juga berminat dengan Ivan atau tidak.

Tapi kenapa Karl?

Karl terdiam mendengar suara hatinya. Dia berlalu dengan langkah perlahan.

                                *****

“Apa khabar?” soal Datuk Ismail saat melihat Hana yang sudah selesa duduk di hadapannya. Dia sebenarnya sangat teruja bertemu dengan gadis itu hari ini. Namun dalam masa yang sama dia juga merasa takut. Takut memikirkan reaksi Hana.

“Sihat,” balas Hana sambil memandang sekeliling.

“Papa seorang. Papa dah bercerai setahun yang lalu. Tak ada jodoh,” beritahu Datuk Ismail. Hana tersenyum sinis.

Tak ada jodoh? Senangnya nak ucap perkataan itu.

Kata hati kecil Hana.

“Terima kasih sebab sudi jumpa papa,” ucap Datuk Ismail. Hana hanya memandang orang tua itu yang kini duduk di atas kereta rodanya. Dulu papanya itu seorang yang cergas. Dia sendiri tidak tahu sejak bila papanya mula menggunakan kerusi roda. Ada sedikit rasa bersalah menyelinap masuk ke dalam hati Hana.

Jahat sangat ke aku ni?

“Kenapa nak jumpa Hana?” soalnya tanpa membuang masa.

“Papa nak bincang pasal syarikat. Papa tak ada waris lain selain Hana,” balas Datuk Ismail dengan harapan. Hanya gadis itu yang menjadi orang harapannya untuk meneruskan legasinya. Dia sedar yang dia sebenarnya tidak layak untuk meminta pertolongan pada Hana setelah apa yang dia lakukan. Namun dia tiada pilihan lain. Dia tidak akan hidup lama.

“Saya? Nak urus Honey?” soal Hana dengan kening terangkat. Honey merupakan salah sebuah syarikat terkemuka yang menjual pakaian berjenama. Pakaian tersebut diberi jenama Honey sempena nama syarikat. Honey sudah menembusi pasaran antarabangsa. Setahunya Datuk Ismail juga ada cawangan besar di sekitar London. Dia memang tidak berminat dengan dunia perniagaan. Dia tahu mengenai syarikat papanya itu pun melalui televisyen.

“Tolong papa Hana,” balas Datuk Ismail separuh merayu.

“Saya tak berminat. Lagipun, uncle Jason ada. Kenapa tak minta tolong dia aje?” soal Hana sambil menjeling Jason pembantu peribadi papanya yang sedari tadi berdiri di sisi Datuk Ismail.

“Maaf cik, saya juga ada tugas yang berat. Bila cik dah ganti Datuk, saya akan jaga cik pula,” balas Jason dengan senyuman. Datuk Ismail mengangguk setuju dengan lelaki itu. Jason sudah lama berkhidmat dengannya. Sejak lelaki itu berusia dua puluhan hinggalah saat ini. Jason baru saja menyambut harijadinya yang ke-39 baru-baru ini. Hana mendengus.

“Hana, papa tahu Hana masih marahkan papa. Papa...,”

“Tahu tak apa. Dulu masa pergi langsung tak toleh belakang. Sekarang terhegeh nak minta tolong pula. Papa ingat senang ke?” pinta Hana yang masih kecewa dengan orang tua itu. Dia bingkas bangun.

“Saya tak mampu nak tolong,” balasnya sebelum berlalu.

“Datuk,” kata Jason menunggu arahan orang tua itu. Datuk Ismail menggeleng.

“Tak apa. Biarkan dia tenang dulu,” balasnya. Jason mengangguk faham. Datuk Ismail mengeluh perlahan. Memang padan dengan mukanya.

                                  *****

“Kau dah gila?” soal Juju dengan riak wajah tidak percaya.

“Bukan aku yang gila. Orang tua tu yang gila,” balas Hana selamba.

“Tak baik macam tu. papa kau tu. Sejahat mana pun, dia tetap papa kau,” balas Juju yang tidak setuju dengan kata-kata gadis itu.

“Betul apa. Aku tak pernah minta apa-apa daripada papa. Masa dia tinggalkan aku dan mama, dia langsung tak fikirkan aku. Nasib baik mama aku wanita yang berkerjaya. Dia boleh jaga aku. Papa tahu aku suka melukis. Aku ada impian sendiri. Tapi dia pentingkan diri sendiri. Sanggup nak hancurkan impian aku demi syarikat bodoh tu!” marah Hana. Dia tidak dapat mengawal perasaannya. Dia bingkas bangun lantas berlalu meninggalkan Juju yang masih terkejut.

                                  *****

Langkah Hana laju menuju ke kelas lukisannya. Hatinya masih panas. Dia bukan tidak setuju dengan kata-kata Juju sebentar tadi. Hana cuma tidak dapat menerima apabila ada yang menangkan Datuk Ismail.

“Hana,” tegur seseorang. Langkahnya terhenti. Dia berpaling menoleh.

Ivan?

“Awak nak ke mana?” soal Ivan yang kini berdiri di hadapannya. Hana memandang sekeliling. Kali ini lelaki itu sendirian.

“Saya nak masuk kelas,” balas Hana perlahan sambil melarikan pandangannya. Dia tidak sanggup memandang mata redup itu. Ivan tersenyum melihat telatah gadis itu. Dia duduk membetulkan tali kasut Hana yang terbuka. Hana terkedu dengan tindakan lelaki itu.

“Tak sedar ke tali kasut awak dah terbuka?” soal Ivan sambil berdiri semula. Pipi Hana merona merah.

“Erk, thanks. Macam mana awak tahu nama saya? “ soalnya yang hairan. Dia tidak pernah memberitahu lelaki itu. Ivan tersenyum lagi. Dia menunjuk ke arah kad matriknya. Hana menepuk dahinya.

“Jumpa lagi,” kata Ivan sebelum berlalu. Hana hanya mengangguk. Melihat saja wajah lelaki itu sudah cukup membuatnya terlupa dengan masalah yang dihadapinya. Hana tersenyum sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.

“Hana, kau rapat dengan Ivan ke?”

“Ivan cakap apa tadi?”

“Kau dan Ivan ada apa-apa ke?”

Hampir sahaja terlepas alat-alat melukisnya apabila diterpa oleh rakan-rakan sekelasnya.

“Em....,”

“Duduk,” kata Cik Patricia yang baru saja melangkah masuk. Hana menarik nafas lega.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.