Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,240
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Hana terpaku saat memandang bangunan hotel mewah di hadapannya.

“ODSweet Duomo Milano Hotel,” beritahu Jason dengan senyuman. Hana hanya mengangguk. Dia menurut langkah lelaki itu dari belakang. Ini kali pertama dia ke luar negara. Dia tidak terlepas daripada perasaan gementar.

“Cik Hana nak makan kat bilik aje atau nak keluar malam ni?” soal Jason.

“Saya nak rehat dalam bilik aje. Esok start jam berapa?” soal Hana pula.

“Lebih kurang jam 10 pagi,” balas Jason. Hana mengangguk sebelum berlalu.

“Selamat berehat,” ucap Jason. Hana hanya mengangkat tangan.

                               *****

Hana melangkah ke balkoni biliknya. Dia tersenyum lebar. Lampu yang berwarna kekuningan seperti emas menghiasi persekitaran bangunan hotel tersebut. Dia merasa benar-benar seperti dalam filem Inggeris yang selalu di tontonnya ketika kecil. Tiba-tiba Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

-Hai Hana. Dah sampai?

Hana menutup mulutnya.

Ivan?

-Ya, dah sampai. Awak dah sampai semalam kan?

-Ah, ha. Tak sabar tunggu awak sampai. Dah makan?

Hana memandang lama skrin telefonnya.

Dia nak ajak aku dinner ke?

-Belum. Sekejap lagi kot.

-Tak nak keluar?

Hana berfikir sejenak.

-Tak. Saya penat.

-Oh, sorry. So, see you tomorrow.

-Okay

Hana mengeluh perlahan. Dia masih berfikir cara untuk memberitahu Ivan mengenai perasaannya. Dalam masa yang sama dia agak risau akan reaksi lelaki itu. Hana melangkah masuk semula ke dalam bilik. Dia perlu mandi untuk menghilangkan serabut fikirannya.

                                 *****

“Nak saya teman?” soal Jason.

“No, it’s okay. I’m okay,” balas Hana sebelum menutup telefonnya. Dia melangkah masuk ke dalam cafe. Makanan yang dihantar ke biliknya sebentar tadi tidak memenuhi seleranya. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk keluar mencari makanan. Menyesal pula dia menolak ajakan Ivan sebentar tadi. Hana memandang sekeliling.

“Hana?” tegur seseorang. Hana berpaling menoleh. Bulat matanya melihat lelaki itu.

Seriously?

Karl tersenyum.

“Dah makan?” soalnya. Hana menggeleng tanpa berkata apa-apa.

“Jom,” ajak Karl yang berjalan menghampiri sebuah meja berhampiran mereka. Hana tidak ada pilihan lain. Dia tidak kenal sesiapa selain lelaki itu. Hana menurut dengan berat hati.

“Nak makan apa?” soal Karl apabila melihat gadis itu sudah selesa duduk di kerusinya. Berkerut kening Hana memandang menu di depannya.

“Tak tahu,” balasnya perlahan. Karl tersenyum. Dia memandang pelayan yang setia menunggu di tepi meja. Selepas memesan makanan, Karl memandang gadis itu semula.

“Saya yakin awak pasti suka makanan ni,” katanya. Hana hanya diam membisu.

Lantaklah. Aku pun dah lapar ni.

“Saya tahu daripada Ivan yang awak ada kat sini. Ivan ada kat bilik. Nak saya call?” soal Karl.

“Dia dah dinner ke?” soal Hana pula.

“Dah tadi. Saya ada ajak keluar tapi dia kata nak rehat,” balas Karl. Dia memandang sekeliling.

“Saya suka tempat ni. Dah selalu datang sini. Tapi kali ni lain sikit. Mungkin sebab awak ada,” katanya dengan senyuman. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu. Dadanya turut berdebar.

“Saya tak faham,” balasnya tanpa senyuman. Karl bersandar pada kerusinya sambil membalas pandangan gadis itu. Kedua-duanya saling berpandangan tanpa sepatah kata. Hana mengalah. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lampu yang tersusun cantik di sebelah mereka. Karl tersenyum.

“Makanan dah sampai,” katanya apabila pelayan datang ke meja mereka. Hana hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

                                *****

“Selepas sarapan kita akan ke Fondazione Sozzani,” beritahu Jason. Hana hanya mengangguk sambil mencapai roti di depannya. Teringat semula pertemuannya dengan Karl semalam. Selepas makanan mereka sampai, lelaki itu hanya membisu sehinggalah mereka balik ke bilik masing-masing. Tanpa sedar Hana mengeluh.

Kenapa aku sibuk sangat fikirkan lelaki tu?

“Cik Hana tak sihat?” soal Jason yang agak risau. Hana pantas menggeleng.

“Saya okay. So, lepas pameran kita terus balik?” soalnya pula. Jason mengangguk.

“Esok kita ada masa sehari suntuk untuk shopping. Cik Hana boleh shopping sampai puas,” balasnya separuh bergurau. Hana hanya tersenyum.

“Saya tak minat shopping,” katanya.

“Kalau macam tu saya akan temankan Cik Hana bersiar-siar di sekitar kawasan ni. Di sini memang banyak tempat yang cantik,” putus  Jason akhirnya. Hana mengangguk setuju. Terbayang wajah Ivan.

Ivan tak nak ajak aku keluar ke esok?

                                 *****

Hana hanya tersenyum dan sesekali bercakap bila perlu apabila Jason memperkenalkan beberapa orang penting kepadanya. Ivan yang melihat kelibat gadis itu pantas menghampiri.

“Hana,” tegurnya. Hana menoleh.

“Ivan,” balasnya agak terkejut melihat lelaki itu.

“Can we talk?” soal Ivan separuh meminta. Hana mengangguk. Dia memandang Jason yang setia berdiri di sisinya. Lelaki itu hanya mengangguk. Ivan tersenyum membalas senyuman Jason sebelum berlalu dengan Hana.

“Saya baru tahu yang awak merupakan anak Datuk Ismail. Semalam Karl yang beritahu. Awak kata ada urusan kat sini. Awak tak beritahu pula akan terlibat dengan pameran ni,” kata Karl dengan perasaan agak kecewa. Dia sangat gembira bila tahu gadis itu juga akan ke Milan. Malah apabila tahu yang gadis itu mendiami hotel yang sama dengannya, dia semakin tidak sabar untuk menemui Hana. Apa yang membuatnya kecewa ialah apabila Karl lebih tahu pasal gadis itu berbanding dengan dirinya. Dia tidak menyangka yang pemilik jenama Honey adalah keluarga Hana sendiri. Gadis itu tidak pernah memberitahunya.

“Sorry. Awak tak tanya. So, I thought you not interested,” balas Hana turut rasa bersalah. Ivan menarik nafas panjang. Dia menyentuh kedua belah tangan gadis itu.

“I like you,” ucapnya dengan wajah serius sambil menatap wajah gadis itu. Hana terkedu.

“There’s you are,” tegur seorang lelaki sambil melangkah ke arah mereka.

“Muiz,” balas Ivan sambil memandang pengurusnya itu.

“Awak tak patut ada kat sini,” kata Muiz dengan kening berkerut. Puas dia mencari lelaki itu.

“Saya nak dinner dengan awak malam ni,” kata Ivan sambil memandang Hana semula. Hana mengangguk tanpa berkata apa-apa. Ivan tersenyum.

“Take care,” katanya sebelum berlalu. Hana hanya memandang langkah lelaki itu. Perlahan senyuman terukir di bibirnya.

He’s said it!

                                 *****

“Macam mana?” soal Jason dengan senyuman. Mereka dalam perjalanan untuk kembali ke hotel.

“Not bad,” balas Hana dengan senyuman.

“Saya nampak Cik Hana tak ada masalah nak berkomunikasi dengan mereka walaupun ni merupakan kali pertama. I’m proud,” kata Jason ikhlas. Hana tergelak kecil.

“Tengoklah siapa orangnya,” balasnya separuh bergurau. Jason mengangguk sambil tersenyum.

“Malam ni nak keluar?” soalnya pula. Hana mengangguk.

“Dengan Ivan?” soal Jason lagi. Terangkat kening Hana memandang lelaki itu.

“Sorry. Bukan nak masuk campur,” balas Jason sambil menggaru kepalanya. Hana tergelak lagi

“Yes dengan Ivan,” katanya. Jason mengangguk.

“Kalau Cik Hana perlu apa-apa, just call me,” katanya.

“Dah berapa kali saya beritahu. Tak payah nak formal kalau cuma ada saya dan awak,” tegur Hana. Sakit telinganya mendengar panggilan tersebut. Jason hanya tergelak.

“So, tomorrow? Dengan Ivan?” soalnya lagi separuh meneka. Hana tergelak semula.

“Maybe,” balasnya sambil tersenyum. Jason mengangguk lagi.

“Okay, faham,” balasnya.

“Jangan beritahu papa tau,” kata Hana separuh bergurau.

“Jangan risau. Rahsia Cik Hana selamat dengan saya,” balas Jason sambil tergelak kecil. Hana tersenyum sambil memandang ke luar tingkap kereta. Teringat semula kata-kata Ivan.

I like you.

Dia tersenyum lagi.

                                    *****

“Nak keluar?” soal Karl apabila melihat lelaki itu sedang bersiap. Ivan mengangguk tersenyum.

“Aku nak jumpa Hana. You know what. I already tell her,” beritahunya. Karl yang sedang mengemas pakaiannya menoleh ke arah lelaki itu yang sedang berdiri di hadapan cermin.

“Tell what?” soalnya agak berdebar.

“I like her,” balas Ivan dengan senyuman. Karl menyambung kerjanya semula. Esok dia akan kembali ke Malaysia. Sepatutnya dia akan pulang sekali dengan Ivan namun ada kerja yang menunggunya. Lagipun pameran sudah berakhir hari ini. Dia tidak boleh membuang masa.

“What do you think?” soal Ivan kini memandang lelaki itu. Dia mahu dengar pendapat lelaki itu tentang Hana.

“What?” soal Karl semula tanpa memandang Ivan. Dia masih dengan kerjanya.

“Hana. What do you think about her?” soal Ivan lagi. Dia sebenarnya agak berdebar menunggu jawapan lelaki itu. Karl memandang Ivan semula.

“She’s pretty,” balasnya dengan senyuman sebelum menyambung kerjanya semula. Ivan tersenyum pahit.

“Aku tahu,” balasnya sambil mencapai telefonnya.

“Aku keluar dulu,” katanya sebelum berlalu. Karl mengeluh perlahan.

Never dream about it, Karl.

                                *****

Ivan menggenggam jemari gadis itu.

“So, what’s the answer?” soalnya dengan senyuman. Dia agak risau melihat wajah tenang gadis itu.

“Me too,” balas Hana dengan senyuman lebar. Ivan menarik nafas lega.

“Awak tahu tak? Saya sebenarnya nak bercadang beritahu awak selepas kembali ke Malaysia. Tapi awak dah beritahu dulu. So, taklah saya seperti perigi cari timba,” kata Hana sambil tergelak kecil. Ivan ikut tergelak. Dia kini menggenggam kedua belah tangan gadis itu.

“Saya sangat risau bila tahu awak anak kepada Datuk Ismail. Awak akan jumpa ramai model yang lebih kacak daripada saya,” balasnya dengan kening berkerut. Hana tergelak lagi.

“Oh, tu sebab awak terburu-buru nak beritahu saya?” soalnya.

“Yes. Ramai sangat mata yang memandang awak petang tadi. Saya rasa tak selamat,” balas Ivan dengan senyuman.

“Awak memang kuat cemburu ke?” soal Hana lagi separuh mengusik. Ivan tersenyum.

“You right. Saya jenis yang kuat cemburu. So, awak kena hati-hati,” balasnya. Hana tergelak lagi. Ivan menatap wajah gadis itu dengan perasaan yang sukar untuk dia gambarkan. Gembira, gementar, risau dan bahagia. Hana membalas genggaman tangan lelaki itu.

“Hey boyfriend, promise me. Awak tak akan buat saya kecewa,” katanya dengan nada tegas. Ivan tersenyum.

“Saya janji. Awak tak akan kecewa dengan saya,” balasnya juga dengan nada tegas. Hana menarik nafas lega.

Are you happy, Hana?

                                    *****

Puan Haryati tersenyum melihat Hana yang terbaring santai di atas sofa.

“Esok kolej dah buka ke?” soalnya sambil duduk di hadapan gadis itu.

“Ya mama. Rasa malas pula nak pergi,” balas Hana separuh bergurau.

“Tak payah lah dulu pergi kalau masih penat. Hana pun baru sampai semalam,” kata Puan Haryati yang agak simpati dengan gadis itu. Hana tergelak kecil.

“Kalau esok rasa dah okay, Hana pergi juga. Exam tak lama lagi. Hana tak boleh ponteng kelas,” balasnya. Puan Haryati menggelengkan kepalanya.

“Suka hati Hana. Kalau mama larang pun Hana tetap akan pergi,” balasnya dengan senyuman. Hana tergelak kecil.

“Mama nak keluar tengok kedai. Hana okay ke seorang kat rumah?” soal Puan Haryati lagi.

“Hana dah biasa. Mama jangan lupa bawa kek tau,” pesan Hana. Puan Haryati tergelak sambil mengangguk. Dia bangun lantas berlalu. Hana hanya memandang langkah wanita itu. Sebenarnya ada sedikit penyesalan dalam dirinya kerana menerima Ivan. Dia tidak berfikir panjang untuk menerima lelaki itu. Bagaimana jika suatu hari nanti lelaki itu akan meninggalkan dirinya? Sama seperti papa. Hana mengeluh. Dia tidak tahu apa akan berlaku padanya jika itu benar-benar berlaku. Dia memikirkan perkara tersebut kerana perjalanan mereka masih jauh. Apatah lagi dengan kehadiran Nelly. Hana mengeluh lagi. Dia pantas mengambil bantal kecil di sisinya lantas menutup wajahnya.

Aku harap Nelly tak tahu pasal hubungan aku dan Ivan.

                                    *****

Hana tersenyum memandang Marqen yang baru turun dari keretanya.

“Hana wait,” tegur Marqen sambil mengambil beg galasnya. Dia mengunci kereta lantas berlari anak menghampiri Hana yang setia menantinya.

“Morning,” ucapnya. Hana tersenyum.

“Morning. Happy nampak. Ada berita gembira?” soal Hana sambil berjalan seiringan dengan lelaki itu.

“Bukan awak ke yang ada berita gembira?” soal Marqen semula sambil tergelak. Berkerut kening Hana.

“Me? What?” soalnya hairan.

“Ivan dah beritahu,” balas Marqen sambil tersenyum nakal. Hana menggigit bibir.

“Hana,” tegur seseorang. Hana dan Marqen serentak menoleh. Ivan sedang berjalan menghampiri mereka.

“Morning honey,” ucap Ivan sambil menarik lembut tangan gadis itu. Marqen berdehem perlahan.

“Aku masuk dulu,” katanya dengan senyuman.

“Dipersilakan,” balas Ivan sambil tersenyum memandang rakannya itu.

“Amboi,” balas Hana sambil menarik tangannya semula.

“What?” soal Ivan dengan senyuman.

“Don’t be naughty. Kita kat kolej,” balas Hana separuh mengingatkan. Ivan tergelak kecil.

“Fine. What if I miss you?” soalnya separuh mengusik. Bulat mata Hana memandang lelaki itu.

“Saya tinggalkan awak kat sini,” katanya sambil mula melangkah berlalu. Ivan menarik lengan gadis itu. Berkerut kening Hana. Ivan menggenggam jemari Hana lantas menariknya untuk berlalu.

“Ivan!”

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.