Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,205
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17


“Esok saya tak dapat jumpa awak,” kata Hana. Ivan terdiam.

“Saya nak jumpa orang penting,” sambung Hana.

“Pasal kerja?” soal Ivan ingin tahu. Hana mengangguk dengan senyuman.

“Tak apa. Saya pun ada photoshoot esok. Baru nak beritahu awak. Tapi awak dah batalkan dulu,” balas Ivan. Hana tergelak kecil.

“Nampaknya kita kena terima hakikat. Masing-masing sibuk dengan kerja,” balasnya.

“Saya dah biasa. Macam mana dengan awak? Mesti awak penat,” kata Ivan yang agak risau. Hana ada menceritakan padanya mengenai kerjanya.

“Memang penat. Saya sedang biasakan diri,” balas Hana dengan senyuman. Ivan mengangguk sambil menepuk lembut bahu gadis itu.

                                   *****

Nelly mendengus perlahan melihat pasangan tersebut dari jauh.

“Tak masuk kelas?” tegur Karl apabila melihat gadis itu hanya berdiri di muka pintu kelas. Nelly menoleh ke arah lelaki itu.

“Karl,” katanya dengan nada perlahan. Karl hanya memandang wajah gadis itu. Dia simpati pada Nelly.

“Can we talk?” soal Nelly separuh meminta. Karl serba salah kerana kelas akan mula sebentar lagi.

“Please,” pinta Nelly lagi. Akhirnya Karl mengangguk.

“Jom,” katanya sebelum berlalu. Nelly mengikut langkah lelaki itu.

                             *****

“Sorry,” ucap Nelly.

“For what?” soal Karl agak berdebar.

“Sejak balik, saya dah jarang borak dengan awak. It’s awkward. Sometimes feel weird,” kata Nelly sambil melarikan pandangannya ke arah lain. Karl tersenyum.

“Awak masih rasa bersalah sebab kita tak jadi kahwin ke?” soalnya. Nelly menggigit bibir.

“I’m sorry,” ucapnya lagi.

“Bukan salah awak. Semuanya rancangan keluarga kita. Lagipun kita dah bincang perkara ni. Perkara dah lepas Nell. We are good now,” balas Karl tenang. Benar kata orang. Cinta pertama itu memang sukar untuk dilupakan. Jika difikirkan semula. Sebenarnya dia yang mengelak untuk terserempak dengan Nelly. Bukan gadis itu. Nelly tersenyum membalas pandangan lelaki itu.

Awak tak pernah berubah Karl. That’s why sometimes saya lebih selesa dengan awak.

“So, masih sayangkan Ivan?” soal Karl pula. Nelly mengeluh.

“Saya baru sedar. Keputusan berpisah dengan Ivan adalah satu kesilapan. Karl, macam mana saya nak pujuk Ivan semula?” balas Nelly separuh bertanya. Karl terdiam.

“Saya tak boleh tengok Ivan sayangkan perempuan lain,” sambung Nelly dengan perasaan sebak.

“I understand. Tapi Nell, I think dah tiba masanya awak lepaskan Ivan. Awak dan Ivan kena beri peluang pada diri sendiri untuk bahagia. Ivan dah jumpa kebahagiaannya. Awak pun patut cari kebahagiaan awak,” balas Karl dengan senyuman. Hanya itu yang mampu dia katakan pada gadis itu. Dia tidak mahu bercakap lebih. Dia juga perlu menjaga hatinya sendiri.

“Jom masuk kelas,” katanya sebelum bangun untuk berlalu. Nelly meraup wajahnya.

                                 *****

Hana hanya memandang Jason yang meninggalkan dia dan Karl. Hana  mula menumpukan perhatiannya pada Karl. Lelaki kelihatan duduk tenang di hadapannya. Dia pula yang tidak tentu arah.

“Thanks sebab setuju nak bekerjasama dengan Honey,” ucap Hana dengan senyuman. Karl mengangguk turut tersenyum.

“Thanks juga sebab sudi nak bekerjasama dengan saya semula. Saya memang suka bekerja dengan Honey. Sejak dari dulu lagi. Masa tu saya tak tahu lagi awak adalah ceo baru Honey,” balasnya.

“Perli saya ke?” soal Hana dengan kening berkerut. Karl tergelak.

“Sorry,” ucapnya. Hana tersenyum semula.

“Jadual awak akan start next week,” katanya. Karl mengangguk.

“Ada soalan tak?” soal Hana. Karl terdiam mendengar pertanyaan gadis itu.

“Karl?” soal Hana lagi yang mula tidak tentu arah dengan renungan lelaki itu. Karl menggeleng lambat.

“Kalau macam tu, saya ada soalan,” kata Hana. Karl tersenyum. Dia memandang gadis itu penuh minat.

“Kenapa tengok saya macam tu?” soal Hana.

“Tu ke soalan awak?” tanya Karl pula. Dia cuba menahan gelak. Hana mendengus perlahan. Dia terdiam sejenak. Sebenarnya dia agak takut untuk bertanyakan soalan tersebut pada lelaki itu. Namun dia sudah tidak tahan kerana asyik terganggu dengan hal tersebut.

“Awak anggap saya ni apa?” soalnya sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Karl terkedu.

“Saya tak akan tanya soalan ni tanpa sebab Karl. Awak buat saya sentiasa rasa terganggu. Sikap awak, kata-kata awak, semuanya buat saya tak tentu arah. Awak sendiri dah tahu pasal saya dan Ivan,” kata Hana dengan kening berkerut.

“Sorry,” ucap Karl perlahan. Hana seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar dari mulut lelaki itu.

“Sorry aje? Kalau awak rasa bersalah, tolong berhenti,” balasnya dengan nada tegas.

“Stop for what? Being nice?” soal Karl kini dengan riak wajah serius. Hana terdiam semula. Karl tersenyum.

“Fine. Sorry again. Saya tak sepatutnya buat awak keliru. Awak sekarang dah jadi girlfriend Ivan. Lagipun sejak dari dulu awak memang tak selesa dengan saya. Saya selalu buat awak marah. Saya buat awak tak tentu arah,” balasnya sambil bangun dari kerusinya. Hana terkedu.

“See you next week, Cik Hana,” ucap Karl sebelum berlalu. Terkebil-kebil Hana memandang langkah lelaki itu.

What...,?

                                   *****

“Dah ready exam?” soal Juju. Hana hanya mengangguk. Matanya masih memandang skrin laptop.

“Nak lunch dengan aku tak hari ni?” soal Juju lagi. Sejak rasmi menjadi teman wanita Ivan, gadis itu kini sering makan bersama dengan lelaki itu. Hana ada juga menjemputnya namun dia menolak kerana risau jadi penganggu.

“Boleh juga. Aku dah beritahu Ivan nak lunch dengan kau,” balas Hana dengan senyuman. Juju mengangguk gembira.

“Hana, aku tanya boleh?” soalnya.

“Awal pagi lagi kau dah banyak soalan,” balas Hana kini memandang gadis itu. Juju tersengih.

“Kau dan Karl gaduh ke? Korang dah jarang berbual,” tanya Juju. Hana tergelak kecil.

“Kau pernah nampak aku berbual sakan dengan dia ke sebelum ni?” soalnya semula. Juju tergelak.

“Memanglah tak ada. Tapi sebelum ni Karl tu selalu tegur kau. Dah seminggu aku perasan dia langsung tak tegur kau. Bukan kau bekerja dengan dia ke sekarang?” balasnya. Hana bersandar pada kerusinya. Dia bukan tidak sedar dengan telatah lelaki itu. Tapi jika di tempat kerja, Karl jadi orang lain. Sangat profesional. Tapi apabila berada di kolej, lelaki itu benar-benar membuatnya seperti orang asing. Tanpa sedar Hana mengeluh.

“Wait, kenapa kau mengeluh?” soal Juju hairan. Dia yakin mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh sahabatnya itu.

“Kami profesional Ju. Kau jangan risau,” balas Hana sebelum menatap laptopnya semula. Juju menggelengkan kepalanya.

“Aku kenal kau. Entah apa yang susah sangat kau nak kongsi dengan aku,” katanya separuh merajuk. Hana hanya tersenyum. Ini kali pertama dia merahsiakan sesuatu daripada gadis itu. Dia memang tidak mahu beritahu Juju memgenai pertemuannya dengan Karl.

                                   *****

“Job yang kau beritahu hari tu daripada Honey?” soal Ivan dengan riak wajah tidak percaya. Karl mengangguk sambil tersenyum.

“Hana tak beritahu ke?” soalnya. Ivan menggelengkan kepalanya. Orang penting yang dimaksudkan oleh Hana adalah Karl?

“Hana tak perasan kot,” kata Karl sambil memandang bukunya semula. Ivan mengangguk.

“Macam mana dapat job dengan Honey?” soalnya perlahan. Wujud perasaan cemburu pada lelaki itu.

“Kau lupa? Aku memang dah lama bekerjasama dengan Honey. Sebelum kita kenal Hana lagi,” balas Karl. Sebenarnya dia agak risau jika lelaki itu menyalahkan Hana. Ivan tersenyum.

“Aku lupa,” katanya. Dia lega namun tetap rasa tidak tenang. Apatah lagi bila mengingati hubungan Karl dan Hana yang masih belum jelas di matanya.

Perlu ke aku tanya Karl sekarang?

“Aku ada jumpa Nelly hari tu,” kata Karl pula. Ivan mengeluh perlahan.

“Aku risau Karl. Kau kenal Nell kan? Dia bukan jenis yang mudah putus asa,” balasnya. Karl mengangguk.

“Selesaikan dengan cara baik. Kau tak perlu pilih hati siapa nak jaga. Kau hanya ada Hana sekarang,” katanya dengan senyuman. Ivan mengangguk lagi. Dia memandang wajah temannya itu.

Ikhlas ke nasihat tu?

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.