Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,218
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14


“Hana,” tegur Nelly apabila melihat gadis itu yang baru keluar dari perpustakaan.  Langkah Hana terhenti. Dia berpaling.

“Busy ke?” soal Nelly tanpa senyuman. Hana menggeleng. Dia agak terkejut dengan kehadiran gadis itu. Baru sahaja tadi dia melarikan diri daripada Kaira dan Karl, kini terserempak pula dengan gadis itu.

“Ivan ada jemput awak tak hujung minggu ni?” soal Nelly ingin tahu.

“Majlis hari jadi tu ke?” soal Hana semula dengan kening berkerut. Nelly mengangguk dengan riak wajah serius.

“Ada,” balas Hana.

“Nak pergi ke?” soal Nelly lagi. Hana terdiam memandang gadis itu.

Apa masalah perempuan ni?

“Saya tanya aje,” sambung Nelly apabila melihat wajah serius Hana.

“Maybe. Tak pasti lagi,” balas Hana akhirnya.

“Okay,” balas Nelly sebelum berlalu. Hana mendengus perlahan.

Dah kenapa?!

                                 *****

Karl tidak jadi menuju ke keretanya apabila melihat Hana yang berjalan di hadapannya.

“Hei,” tegurnya sambil menarik lembut lengan gadis itu. Hana yang terkejut pantas menarik tangannya semula. Karl tergelak kecil.

“Sorry,” ucapnya.

“Kenapa?” soal Hana geram.

“Happy holiday,” ucap Karl masih dengan senyuman. Matanya masih menatap wajah gadis itu. Terangkat kening Hana memandang lelaki itu.

“Tu aje?” soalnya. Karl tersenyum nakal sambil mendekatkan diri dengan gadis itu. Hana yang terkejut berundur ke belakang namun tangan Karl lebih cepat menarik lengannya. Hampir saja dia jatuh dalam pelukan lelaki itu.

“Hei!” marah Hana sambil menarik tangannya semula.

“I’m gonna miss you,” ucap Karl perlahan namun masih jelas di telinga Hana. Bulat matanya memandang lelaki itu. Karl tergelak lagi. Dia menyentuh ubun kepala gadis itu.

“Jumpa lagi,” katanya sebelum berlalu. Terkebil-kebil Hana memandang langkah lelaki itu.

What the...,

Kaira dan Marqen yang berdiri berhampiran dengan kereta Karl melihat segalanya apa yang berlaku. Bibir Marqen terkunci. Kaira pula terkedu.

                                  *****

“So, dah kemas barang?” soal Puan Haryati. Hana mengangguk.

“Hujung minggu ni Hana nak keluar dengan kawan,” beritahunya. Puan Haryati tersenyum.

“Boy?” soalnya separuh mengusik. Hana tergelak.

“Yes. Ivan Nazreff. Mama kenal kan?” soalnya dengan senyuman.

“Wow, model tu ke?” soal Puan Haryati. Hana mengangguk sambil tergelak.

“Mama kenal?” usiknya.

“Mestilah. Kolej Hana tu penuh dengan retis a.k.a artis. Salah satunya Ivan. Mama selalu juga nampak Ivan kat tv,” balas Puan Haryati.

“He’s handsome right?” soal Hana lagi dengan senyuman lebar. Puan Haryati tergelak.

“Ya. Not bad,” balasnya. Hana tergelak.

“But careful. Tak boleh keluar berdua dengannya. Ramai mata yang memandang. Nanti tak pasal-pasal anak mama ni masuk tv,” nasihat Puan Haryati. Hana mengangguk.

“Jangan risau mama. Hana pun tak nak masuk tv juga,” balasnya. Puan Haryati tergelak.

“So, esok tak keluar?” soalnya.

“Esok nak masuk office,” jawab Hana.

“Nak mama hantar?” soal Puan Haryati. Hana pantas menggeleng.

“Jason datang ambil,” balasnya. Puan Haryati mengangguk faham. Hana menarik nafas panjang.

                                  *****

“Papa dengar Hana tak setuju nak bekerjasama dengan Karl?” soal Datuk Ismail dengan senyuman. Hana terdiam mendengar soalan orang tua itu. Dia memandang Jason yang setia berdiri di sisi papanya. Lelaki itu hanya tersenyum.

“Sebab ramai lagi yang sesuai kat luar sana,” balasnya perlahan.

“Contohnya?” soal Datuk Ismail masih dengan senyuman.

“I don’t know. Saya tak kenal sangat model kat luar sana. Just anyone but not Karl,” balas Hana. Datuk Ismail terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Dia yakin ada sebab mengapa gadis itu menolak cadangannya.

“Tak apa. Kita bincang semula hal ni selepas Hana kembali dari Milan. Lagipun di sana nanti Hana akan jumpa Karl juga. Hana bolehlah kena Karl dengan lebih rapat,” kata Datuk Ismail dengan senyuman. Berkerut kening Hana.

Karl! Karl! Karl! Dah lah aku serabut pasal mamat tu sekarang.

Hana mendengus perlahan apabila teringat semula tingkah laku Karl semalam.

I’m gonna miss you? What the!

Tiba-tiba Datuk Ismail tergelak. Jason hanya tersenyum.

“What?” soal Hana hairan dengan telatah kedua-duanya.

“Nothing. Papa lega dah kenal Karl dulu. He’s a good boy,” balas Datuk Ismail. Terangkat kening Hana.

“So, what?” soalnya kurang senang dengan kata-kata papanya itu.

“Papa dah lapar. Jom lunch,” ajak Datuk Ismail sengaja mengubah topik. Hana menggigit bibir.

“Lepas lunch Hana boleh balik. Papa benarkan Hana bawa fail yang berkaitan kalau nak belajar,” sambung Datuk Ismail. Hana hanya mengangguk.

“Jom, Hana pun dah lapar,” katanya sebelum mencapai beg tangannya. Jason mengangguk sambil mula menolak kerusi roda Datuk Ismail.

                                  *****

“Papa dengar hujung minggu ni birthday aunty Irdina?” soal Larry sambil memandang Karl yang sedang sibuk dengan laptopnya. Karl hanya mengangguk.

“Karl pergi ke?” soal Larry lagi. Karl tersenyum sambil memandang papanya.

“Of course. Aunty Irdina pasti kecewa kalau Karl tak datang,” balasnya. Larry tergelak kecil. Irdina memang rapat dengan Karl. Dia sudah menganggap lelaki itu seperti anaknya sendiri. Malah kata wanita itu, jika dia ada anak perempuan sudah pasti Karl jadi menantunya.

“Dah beli hadiah?” soal Larry lagi. Karl mengangguk. Dia tidak boleh lupa hadiah untuk wanita itu. Larry mengangguk.

“Mommy dan dad tak pergi ke?” soal Karl pula.

“Pergi kot. Nanti dad tanya mommy,” balas Larry. Karl mengangguk sambil menyambung kerjanya semula.

                                *****

Hana berbaring di atas katilnya. Sebentar tadi Ivan menelefonnya untuk mengingatkan acara hujung minggu ni. Hana tersenyum lebar. Ada rindu yang terbit buat lelaki itu. Namun senyumannya menghilang saat wajah Karl menjelma. Hana bangun lantas duduk bersila di atas katilnya.

Apa masalah Karl tu sebenarnya? Tapi aku pun masalah juga. Sibuk sangat nak fikirkan mamat tu.

Hana menepuk dahinya. Dia turun dari katil lantas menuju ke balkoni biliknya. Angin malam yang bertiup menyapa wajahnya.

Aku tak faham. Aku sebenarnya risaukan Kaira atau takut pada Karl?

Hana menampar pipinya.

Wake up Hana!

                                 *****

Juju menggenggam jemari Hana.

“Tema garden ke ni?” soalnya yang jelas teruja. Hana hanya tersenyum.

“Hi girls,” sapa Ivan yang tersenyum berjalan menghampiri mereka. Hana dan Juju membalas senyuman lelaki itu.

“Kami tak lewat kan?” soal Juju.

“No. Tapi yang lain dah sampai,” balas Ivan sambil memandang Hana yang kelihatan cantik dengan gaun warna putih. Rambut pendeknya sengaja dilepaskan. Hana kelihatan comel. Juju berdehem perlahan apabila melihat Ivan ralit merenung Hana.

“Okay, jom,” ajak Ivan akhirnya. Hana hanya menjeling Juju.

“Mama, this is Hana and Juju,” Ivan memperkenalkan mereka dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an namun masih kelihatan jelita dengan gaun merah yang dipakainya. Irdina tersenyum memandang Hana dan Juju silih berganti.

“Happy birthday aunty,” ucap Hana.

“Thanks. Jemputlah duduk,” balas Irdina. Ivan menarik lembut tangan Hana untuk berlalu. Juju hanya tersengih mengikut langkah kedua-duanya.

                                    *****

Juju menyiku lengan Hana sambil menunjuk ke arah Nelly yang sedari tadi asyik berkepit dengan Ivan. Jamiel dan Marqen yang semeja dengan mereka turut memandang ke arah pasangan itu.

“Tak cemburu?” soal Juju separuh mengusik. Hana hanya tersenyum. Memang sakit matanya melihat telatah Nelly. Walaupun Ivan berkali-kali menolak tangan gadis itu yang mahu memeluk lengannya namun Nelly tetap pura-pura tidak faham.

“Karl memamg rapat dengan keluarga Ivan ke?” soal Juju sambil memandang Marqen yang duduk di sebelahnya.

“Ya. Terutama dengan aunty Irdina,” balas Marqen dengan senyuman. Hana memandang Irdina yang sedari tadi memeluk lengan Karl.

“Dah macam anak sendiri,” komen Juju. Marqen mengangguk setuju.

“Sejak Karl dan Ivan rapat, aunty Irdina pun mula rapat dengan Karl,” celah Jamiel pula. Juju mengangguk faham.

                                *****

Ivan lega kerana kelibat Nelly sudah menghilang. Dia menghampiri Hana semula.

“Dah makan?” soalnya separuh berbisik di telinga Hana. Hampir saja Hana menjerit kerana terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Ivan tergelak kecil.

“Sorry,” ucapnya sambil menarik kerusi di sebelah gadis itu. Kelibat Juju tidak kelihatan. Mungkin gadis itu menyertai kumpulan yang sedang melihat acara nyanyian.

“Saya dah makan tadi,” jawab Hana dengan senyuman.

“Saya tak makan lagi. Busy sangat kat depan,” beritahu Ivan dengan muka sedih. Hana tergelak.

“Nak saya ambilkan makanan?” soalnya.

“Yes, please,” balas Ivan dengan senyuman lebar. Hana berdiri lantas berlalu menuju ke arah buffet. Hana mengambil pinggan dan sudu.

“Too sexy,” komen Karl yang kini berdiri di sisinya sambil memegang sudu. Hana memandang lelaki itu dengan kening berkerut.

Asal jumpa mesti ada yang tak kena.

“What?” soal Hana dengan riak wajah yang tidak puas hati. Karl membalas pandangan gadis itu dengan tenang. Off shoulder dress yang dipakai oleh gadis itu agak mengganggunya.

“Gorgeous but too sexy,” katanya lagi. Hana menarik nafas cuba menenangkan dirinya.

“So? Saya pakai apa pun tu tak ada kena mengena dengan awak,” balasnya sambil mula mengambil makanan semula. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari situ. Karl masih memandang gadis itu. Jujur dia agak tercabar dengan kata-katanya.

“Yes. Saya tahu. I just care,” balasnya perlahan. Tangan Hana terhenti mengambil makanan. Dia memandang lelaki itu semula. Dadanya berdebar saat bertentang mata dengannya. Karl tersenyum. Dia meletakkan sudu di tangannya.

“You make me nervous,” katanya sebelum berlalu. Hana terkedu. Ivan yang menyaksikan kedua-duanya dari jauh mula bangun untuk mendekati Hana. Dia kurang senang dengan apa yang dilihatnya. Ini merupakan kali kedua dia merasa terancam dengan kehadiran Karl.

                                  *****

Juju tergelak besar. Hana menjauhkan telefon bimbitnya dari telinganya.

“Kau dah kenapa?” soalnya geram.

“Tak, aku cuma rasa lucu. Kau tak perasan ke atau buat-buat tak tahu? Karl tu suka kau, Hana!” balas Juju separuh menjerit sebelum tergelak semula. Hana menjauhkan semula telefonnya.

“Gila perempuan ni,” balasnya yang mula naik angin.

“Aku cakap betul ni. So, kau nak pilih siapa? Ivan or Karl?” soal Juju yang jelas teruja.

“Kau jangan nak merepek Ju. Kepala aku sakit ni sebab Karl,” balas Hana dengan kening berkerut. Kedengaran Juju tergelak lagi.

“Macam ni lah. Kalau kau tak nak sakit kepala, apa kata kau abaikan saja apa yang berlaku semalam? Dia tegur kau tu sebab sayang lah tu. Abaikan aje kalau kau tak ada apa-apa perasaan pada Karl,” balasnya separuh menasihati. Hana tersenyum sinis.

“Kau ni nak bagi advice ke nak tukul kepala aku?” balasnya separuh menyindir.

“Alah macam tak biasa. Oh ya, Ivan nampak ke?” soal Juju pula.

“Nampak apa?” soal Hana dengan kening berkerut.

“Kau dan Karl,” balas Juju. Hana terdiam sejenak.

“Tak tahu. Biarlah. Kau ingat aku tak sakit mata ke Nelly tu asyik melekat dengannya?” balasnya dengan perasaan geram.

“Wow, cemburu nampak,” kata Juju separuh mengusik.

“Gila kalau aku tak cemburu,” balas Hana perlahan. Juju tersenyum.

“Fokus pada Ivan. Kalau kau lalai, Nelly yang untung,” nasihatnya. Hana mengeluh.

“Kau jenis yang jujur. Kenapa tak beritahu Ivan yang kau sayang dia?” soal Juju lagi dengan kening terangkat.

“Aku memang nak beritahu. Cuma tak tahu bila masa yang sesuai,” balas Hana.

“Good luck, girl,” ucap Juju. Hana tersenyum.

“Aku dah mengantuk ni. Good night,” katanya.

“Haih, tadi bukan main marah lagi pada Karl,” usik Juju sebelum menutup telefonnya. Hana menggelengkan kepalanya.

Tahu takut.

                                   *****

Ivan bersandar pada kepala katilnya sambil merenung kosong buku yang ada tangannya. Peristiwa semalam masih terbayang-bayang. Wajah geram Hana dan senyuman nakal Karl. Apa sebenarnya hubungan kedua-duanya? Apa yang dia tahu, Hana dan Karl tidak rapat sangat di kolej. Tapi apa yang disaksikannya semalam sangat mengganggu fikirannya.

Ada yang aku tak tahu ke?

Ivan meraup wajahnya. Dia menoleh ke arah telefonnya yang terletak di atas meja.

Nak tanya siapa? Karl? Hana?

Karl mengeluh.

Aku kena cepat bertindak. Hana mesti tahu perasaan aku.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.