Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 8

T-SHIRT yang tersarung di badan, diperkemas. Setelah itu dia menyarung pakai jaket pula. Langkah diatur ke depan cermin. Mengamati diri buat seketika.

Aryan berpuas hati. Dari atas ke bawah, segalanya terlihat sempurna. Cuma satu saja yang tak kena.

Lelaki itu sentuh wajah. Luka dan lebam masih jelas terserlah. Lagi-lagi di dahi. Nasib baik bertampal handy pluster. Dapatlah sorokkan juga.

Berpuas hati dengan penampilannya, Aryan menapak keluar dari bilik. Langkah terus dihayun ke tingkat bawah. Sayup-sayup telinga tangkap bunyi suara sedang berbual di ruangan makan.

"Aryan. Udah bangun, ya? Ayuh sayang, sarapan bareng."

Suara Ibu Dian menyapa hadirnya. Lantas Aryan ambil tempat. Sertai kedua orang tuanya.

"Kamu mau makan apa, Ryan? Ada nasi lemak sama sambal sotongnya. Mee goreng juga ada. Mau yang mana? Mama ambilkan."

"Nggak apa-apa, ma. Aryan bisa ambil sendiri."

"Ya kalau gitu, diambil ya. Makannya biar lebih dikit."

Aryan ukir senyuman. Mee goreng disenduk sesudu dua ke dalam pinggan.

"Kamu mau keluar, Aryan?" suara Pak Aryawan mula kedengaran.

"Baba kok tau, sih?"

"Kalau udah pakeinya begini, mau ke mana lagi."

"Apa?! Kamu mau keluar, Ryan? Dengan kondisi yang begini?"

"Ngapain, ma? Apa nggak bisa?"

"Kamu kan belum benar-benar sembuh. Kalau terjadi sesuatu di luar nanti, gimana?"

"Aryan nggak apa-apa dong, ma. Luka sama lebamnya aja belum sembuh. Tapi badan Aryan udah sihat, kok. Lagi pula Aryan cuman keluar bentar. "

"Biarinlah, ma. Barangkali Aryan itu mau ambil angin luar. Udah dua minggu terperuk di rumah aja. Pasti lagi bosan."

"Aduh. Mama bukan apa sih, mas. Cuman khawatir sama kondisinya dia. Apalagi Aryan masih nggak familiar di sini. Kalau diculik sekali lagi, gimana?"

"Isk! Mama usah paranoid banget, sih! Tau nggak kata-kata mama itu kayak satu doa? Makanya kalau mau ngomong itu jangan sembarangan, deh. Biarin aja Aryan keluar. Nah, waktu-waktu begini dia bisa lihat dan biasakan diri dengan suasana kota Kuala Lumpur."

Ibu Dian mengalah akhirnya. Kalau si suami dah kata begitu, apalagi yang mampu dia betah? Aryan pula sekadar tersenyum lihat gelagat orang tuanya.

"Udahlah, ma. Nggak usah khawatir. Aryan cuman mau ketemu sama teman aja."

"Teman? Apa kamu punya teman di sini?"

"Masakan nggak ada. Apa mama udah lupa sama temannya Aryan itu?"

"Siapa?"

"Wafri."

"Wafri? Teman kamu saat di Manchester dulu?"

"Ya iyalah. Siapa lagi."

"Kamu masih berhubung sama dia?"

"Nggak pernah putus."

"Gimana sama yang seorang lagi itu? Yang perempuan itu. Siapa namanya?"

"Aleeya."

"Ha, ya. Dengannya juga kamu masih berhubung?"

"Masih, ma. Wafri sama Aleeya itu teman baiknya Aryan saat di universitas dulu. Ya kuliahnya aja berbeda. Tapi kami lagi sering habisin waktunya bareng-bareng. Aryan senang banget temenan sama mereka. Orangnya baik sekali."

"Baba nggak peduli kamu mau temenan sama siapapun, Ryan. Pokoknya, dia harus baik, ikhlas, jujur sama kamu."

"Iya, ba. Aryan ngerti."

"Punya waktu nanti bawa Wafri sama Aleeyanya ke mari, ya. Mama udah lama banget nggak ketemu sama mereka."

"Insya-ALLAH, ma. Ya, udah. Aryan mau pamit duluan."

Serentak, lelaki itu bangkit dari kerusi.

"Ini... kamu mau keluar gimana? Sama apa?" Pak Aryawan sempat bertanya.

"Sama taksi doang. Mau nyetir mobil, belum tau jalannya."

"Nggak usah naik taksi, ah. Pak Majid bisa hantarin kamu."

"Baba apa nggak keluar ke mana-mana?"

"Nggak. Ini hari baba mau istirehat di rumah aja. Temenin isteri tercinta."

Spontan pipi Ibu Dian bertukar merah. Bahu Pak Aryawan dan-dan itu jadi singgahan tangannya. Apalagi... berderai ketawa mereka anak-beranak.


DEBARAN iringi langkahnya ke bilik paling hujung. Sekian lama tak bersua. Macam manalah agaknya reaksi pertemuan mereka bakal berlansung.

Sampai depan pintu, tangannya lansung mengetuk. Terdengar suara di dalam menyuruh masuk.

Daun pintu ditolak perlahan.

"Assalamualaikum, Dokter Adib Wafri bin Azhari."

Lelaki yang sedang khusyuk menulis atas meja, segera dongak. Membuntang mata lihat sosok tubuh yang sedang berdiri menghadapnya.

"Wei! Ya ALLAH Ya Rabbi! Kau!" Wafri bingkas bangun. Terus dia meluru ke arah Aryan sebelum rakannya itu dipeluk. "Subhanallah. What a surprise! Aku mimpi ke apa ni?"

"Mimpi apaan, sih?"

"Tak adalah. Kau tiba-tiba aje muncul. Tak ada call tak ada apa!"

"Kenapa? Lo terkejut?"

"Mahunya tak! Silap-silap hari ni aku boleh masuk wad kena heart attack disebabkan kau, tau!"

Tawa Aryan berderai. "Lo ngomongnya usah macem-macemlah, Ri!"

"Habis tu, kau expect aku tak terkejut? Dah 10 tahun kut kita tak jumpa lepas habis belajar dulu. Tub-tub hari ni kau muncul depan aku!"

"10 tahun aja nggak ketemu. Tapi sering kok kita berhubung."

"Tapi tak sama jumpa depan-depan macam ni. Ya ALLAH, lamanya tak jumpa kau!"

"Lo kangen sama aku?"

"Gila tak rindu! Kaulah satu-satunya sahabat karib aku, yang rajin melayan fiil aku time kat Manchester dulu. Pagi-pagi buta aku kejut teman keluar makan pun kau sanggup!"

Tawa Aryan meletus lagi. Kenangan waktu belajar bermain di benaknya kembali.

"Lo apa khabar, Ri? Sihat?"

"Sihat alhamdulillah. How about youEverything's fine?"

"Kayak lo lihat sekarang."

Wafri terdiam. Soalan yang dia terlepas tanya sebenarnya. Aryan lansung dipandang dari atas ke bawah. Melihat luaran lelaki itu dah cukup menjawab pertanyaannya.

"Never mind. ComeHave a seat."

Aryan menurut. Duduknya dilabuh di kerusi berhadapan rakannya itu.

"Aku memang nak jenguk kau sebenarnya, Ryan. Tapi ingat nanti-nantilah, tunggu kau sihat sikit. Tak sangka pulak kau yang datang cari aku dulu."

"Nggak apa-apa, kok. Lo lagi sibuk?"

"Eh, nolah. Aku tak sibuk mana pun hari ni. Patient pun tak ramai. Hujung minggu, kan. So, you come in a right time. Pandai pulak kau cari hospital ni, ya?"

"Supir babaku yang hantarin. Aku cuman kasi nama rumah sakit ini, yang lo titip tempoh hari. Kalau aku yang nyetir sendiri, udah sesat ke mana perginya barangkali."

Giliran Wafri tergelak. "Alah. Baru-baru memanglah. Lama-lama nanti okeylah tu. Kau kan dah biasa berjalan kat tempat orang. So... what's up, bro? Datang Malaysia pun tak bagitahu aku. Tiba-tiba tersebar berita kau kena culik. Apa kes?"

"Ya aku pikir mau bikin surprise. Tapi kayaknya aku yang dikasi surprise!"

"Tahu pun! Kalau tak sebab berita culik kau tu viral, sampai sekarang pun aku tak tahu kau ada kat sini agaknya."

"Maaf loh, Ri. Aku nggak sengaja, deh."

"Ah, aku tak kisah pun. Yang aku kisah bila dapat tahu kau kena culik dengan geng yang famous tu. Sebelum ni anak-anak VIP, VVIP kat Malaysia ni aje yang kena. Alih-alih, kawan baik aku sendiri yang terjebak kali ni. Hai... kes niaya betul!"

"Aku juga nggak nyangka sih, Ri. Baruan aja aku sampei ke sini, lansung diculik."

"Memang sekarang tengah panas pun geng Crazier tu. Baru-baru ni, dah berapa orang jadi mangsa. Pulaknya, sasaran dia orang memang jenis yang kaya-raya macam family kau."

"Tapi hairan, ya. Gimana mereka kok bisa tau aku mau datang ke Malaysia?"

"Nak hairan apanya. Dia orang tu kan licik. Kalau tak, takkan dari dulu asyik terlepas aje. Polis Malaysia ni bukan calang-calang tau. But still, they can move one step forward setiap kali polis ambushed.

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh terjelopok ke tanah juga kan. Lagi bagus jatuh gaung terus!"

Wafri melepas rasa geramnya. Namun Aryan hanya sambut dengan gelak ketawa.

"Marah banget, lo!"

"Of courselah! Nak-nak kau yang kena kali ni. Yang paling aku kesian, mangsa-mangsa yang lenyap macam tu aje. Ke mana? Dijual? Atau dibunuh? Apa salah dia orang sampai nak kena bunuh? Padahal duit dah dapat. Nasib baik kau tak kena macam tu, bro!"

Aryan melirik rakannya. Satu pandangan tersirat dilemparkan.

'Aku juga hampir-hampir, Ri. Tapi ALLAH masih kasi aku kesempatan untuk terus hidup,' detik hatinya.

"Kira-kira aku ini mangsa yang ke berapa, ya?" tanya Aryan ingin tahu.

"Kau? Mangsa ke berapa? Aku pun tak tahu. Lebih dari seratus kut."

"Yang benar? Masakan begitu ramai sekali."

"Habis kalau dah lebih 20 tahun diorang buat kerja tu, tak ke ramai dah jadi mangsa."

"Tapi kenapa aku? Padahal aku ini baru pertama kali datang ke mari."

"Sebab kau Aryan Wong. Anak Aryawan Wong Abdullah! Siapa tak kenal baba kau? Antara orang yang berjaya dan terkaya. Bukan takat kat Indonesia aje, tapi dalam senarai dunia. So, tak hairanlah kalau kau pun termasuk dalam list mangsa Crazier tu!"

"Baba aku itu cuman biasa-biasa aja, Ri."

"Itu kata kau. Tapi kat mata dunia, baba kau tu sangat berpengaruh dan disegani. Tulah... asyik hidup dengan dunia kau aje! Tak habis-habis merantau sana sini. Sampai perkembangan semasa pun kau tak ambil peduli."

"Bukan nggak ambil peduli. Tapi aku nggak suka sama publisiti begini."

"Tak suka? Tapi sekarang kau pun dah viral satu dunia. Jangan lupa, bro!"

"Ah. Itu satu lagi masalah itu. Aduh!" Aryan raup wajahnya. "Tadi aja waktu aku sampei ke rumah sakit ini, semua mata lansung mandang ke aku. Malah ada yang minta berfoto bareng sama autograf, lo tau."

"Okeylah tu. Glamour apa!"

"Glamour lo bilang? Udah kayak bintang filem aku rasa!"

"Kau memang dah macam bintang filem pun sekarang, Ryan. Famous. Terkenal. Ramai peminat. So nak tak nak, kau kena terimalah hakikat tu. Itu belum kira lagi followers kau kat media sosial sana. Aku tengok berdesup naik. Hai... lepas ni ramailah cewek-cewek yang nak try kau, bro." Spontan tawa Wafri bergema dalam bilik tersebut.

"Suka, lo!"

"Sukalah! Mana tahu dalam ramai-ramai tu, ada yang sangkut. Yang berjaya buka balik hati kau."

Aryan geleng kepala sambil tersenyum. "Nggak mungkin."

"Hmm... sekarang nggak mungkinlah. We'll see what's going happen. Jangan sampai kau telan balik kata-kata kau tu satu hari nanti, sudahlah!"

Kali ini Aryan angkat kening. Ayat-ayat Wafri hanya dibiarkan berlalu bersama angin.

"So... lepas ni destinasi mana pulak kau nak pergi?"

"Aku nggak akan ke mana-mana lagi."

"Maksud kau?"

"Aku udah puas keliling dunia. Jadi sekarang aku mau istirehat."

"Serius? Maknanya, kau akan tinggal kat Malaysia?"

"Sepertinya begitu. Lagian, orang tuaku juga ada di sini."

"Hmm. Baguslah tu. Dah tiba masanya kau luangkan masa untuk parent kau," tutur Wafri lagi. Lelaki itu kemudian bangun. Fail yang selesai diguna diletak kembali atas susunan rak di belakang. "Condition kau macam mana sekarang?"

"Baik-baik aja. Cuma luka sama lebamnya masih belum pulih."

"Nak aku check?"

"Apa bisa?"

"Ngapain nggak bisa. Untuk kau, apapun pasti bisa!" Wafri berpaling semula. "Come. Duduk atas katil ni. Aku check kau."

"Nggak perlu daftar di depan dulu?"

"Tak apa. Tu settle kemudian. Let me check you first."

Wafri mula lihat keadaan Aryan. Seluruh tubuh lelaki itu diperiksa. Sesekali terdengar Aryan mengaduh bila dia tekan bahagian-bahagian tertentu pada tubuh rakannya.

"Luka kat dahi kau tu dah kering. Jahitannya pun aku dah buka. Sebelum ni kau buat checkup kat mana? Maksud aku, lepas kau bebas hari tu."

"Sama doktor peribadi keluargaku."

Wafri terangguk-angguk. "Lagi satu. Lebam kat rusuk kiri kau tu. Kenapa?"

"Oh! Ini waktu aku berlawan sama penculik tempoh hari."

"Dengan tangan atau kaki?"

"Kaki."

"As I expected. Mesti orang yang tendang kau tu bukan calang-calang, kan? Kalau tak, tak adalah lebamnya sampai biru macam tu."

Aryan tak jawab. Hanya wajah seseorang serta-merta melintas di fikiran.

"I think your condition is getting better. Luka dan lebam kat muka dan badan kau tu, sikit hari lagi baiklah. Cuma lebam kat rusuk kiri tu aje. Kalau dalam seminggu masih tak okey, you should do an x-ray. Takut effect kat dalam."

Aryan angguk perlahan. "Thanks, Ri."

"Small matter. Lepas ni kau ke mana?"

"Nggak ke mana-mana. Pulang terus."

"Jom, lunch dengan aku. Tapi bertigalah."

Aryan kerut kening. "Bertiga? Sama siapa?"

"Dengan...,"

Pintu bilik terkuak tiba-tiba.

"Sayang. Dah boleh keluar sekarang?"

Serentak Aryan dan Wafri toleh. Wajah seorang gadis lantas menyapa pandangan.

"Leeya?"

"Aryan!"

"Leeya! Kok lo di sini?"

"Err... aku kerja kat sini. Sebab tu ada kat sini. Kau pulak, macam mana boleh ada kat sini?"

"Lagi ketemu Wafri. Jadi kalian berdua...,"

"We are colleague," balas Wafri pantas.

"Loh! Benaran? Kok kebetulan sekali! Dulu kamu berdua satu universitas. Terus satu kuliah. Sekarang lagi temenan kerja? Waduh! Enak banget, sih!"

"Berjodoh kut."

"Berjodoh? Maksud lo apa?" Aryan bertanya hairan. Dan kala itu dia baru perasan. "Bentar, bentar. Tadi aku juga lagi dengar Leeya manggil lo apa? Sayang? Ada apa sebenarnya sih sama kalian berdua?"

Kali ini Wafri mendiam. Hanya pandangannya berlaga dengan mata Aleeya. Sebelum kedua-duanya mengukir senyum penuh makna. 



* P/s :  Ingat lagi siapa yang tendang Aryan? ^_^



Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.