Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
49,729
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Dewan yang agak suram seketika tadi bertukar ceria dengan lighting yang agak hebat. Berwarna-warni. Azim Harraz membetulkan duduknya. Dia dan Herman dah membeli tiket untuk menonton persembahan teater sejak dua minggu lepas.

Dia memang sangat berminat dengan aktiviti teater yang dianjurkan oleh pihak universiti. Sama ada yang menjadi pelakonnya adalah orang luar atau pelajar dalam universiti sendiri.

Setakat ini, mana-mana persembahan teater yang dia pernah tengok, belum lagi membuatkan dia boring. Teater kali ini agak berlainan sedikit kerana bertiket. Tiket yang dibeli juga agak mahal. Dia berharap yang tiket itu berbaloi dengan persembahan.

Sebagai pelajar universiti dan teater yang bakal dilihat nanti adalah juga kerjasama dari pihak universiti, dia tidak keberatan untuk membeli tiket dan melihat persembahan. Kerana konsepnya adalah berhibur dan beramal.

Sebelum ini, pihak universiti tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran untuk persembahan teater yang dilakonkan oleh pelajar. Sebab itu kadangkala merupakan tugasan untuk kertas yang dituntut dalam subjek kuliah. Kali ini, tiga per empat dari harga tiket, akan disalurkan kepada bantuan kemanusiaan di negara-negara Islam yang ditindas.

Selesai persembahan ketiga, mata mereka masih segar. Sangat berpuas hati dengan lakonan mantap dari berbagai fakulti yang mengambil bahagian. Siapa cakap yang hanya fakulti kesenian yang boleh berlakon? Fakulti lain juga mampu untuk bersaing.

Azim Harraz memberikan tepukan yang gemuruh tatkala persembahan oleh kumpulan yang baru pula bermula.

Babak pertama yang dirasakan sangat menarik. Lima minit yang membuatkan dia sungguh berpuas hati. Masuk babak kedua, bahunya ditepuk kuat oleh Herman. Dia mengaduh dan marah kerana sedikit terperanjat.

“ Apahal kau ni bro? potong stim betullah.”

“ Bukan ke tu minah kalut yang kat kafe hari tu? Weh dia ikut persembahan teater ni la bro.” Terus lelaki itu bangun dari duduknya. Sungguh dia tak percaya.

“ Minah kalut. I jumpa you.” Dia berteriak. Satu tindakan spontan. Spontan dan dirasakan bodoh oleh Herman dan beberapa orang yang turut memandangnya.

“ Tepilah bro. Duduklah. Kita orang bayar tiket bukan nak tengok kau melalak. Macam beruk.” Dia kembali duduk apabila bajunya ditarik kasar oleh Herman. Dia cuba bertenang. Tidak sangka yang tindakannya akan begitu.

Dia mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada orang di belakangnya. Entah siapa yang mengutuknya tadi. Sangat pedas. Dia panggil aku yang hensem ni beruk. Beruk punya orang. Monolognya.

“ Kau ni memang beruk la bro. Buat malu je.” Dia menyiku perut Herman bila kawan itu juga memanggilnya begitu.

“ Kau pun sama je dengan mamat tu. Mulut longkang.”

“ Kau ni dah tahap bahaya. Angau.”

“ Argh lantaklah. Eh mana minah kalut tu tadi?” Dia bertanya bila matanya tak dapat mencari perempuan itu di atas pentas.

“ Babak dia dah habis la tu. Dah masuk belakang tabir.”

“ Dia berlakon teater bro. Kau percaya tu?” Mereka bercakap dengan suara yang perlahan. Saling berbisik. Herman mengangkat bahunya. Terlintas di fikirannya, bagaimana minah kalut itu boleh tersesat sampai ke atas pentas.

Previous: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah