“ BERAPA kali kau nak aku ulang benda yang sama? air
liur aku ni habis untuk betulkan kau je. Tak boleh ke kalau kau buat kerja yang
boleh terus senangkan hati aku?Dah berapa kali aku cakap. fokus!fokus!fokus!
Takkan benda macam tu pun nak suruh aku ulang seribu kali dalam sehari?"
Syafawati Qaisara menelan
liur. Itulah rutin yang akan selalu menjadi makanan hariannya setiap kali
berdepan dengan Dr. Azam. Pensyarah teater di tempatnya menuntut ilmu.
Selain dari makan nasi,
maki hamun Dr. Azam merupakan perencah cukup rasa harian untuknya. Perfect! Untungnya,
walau mulut itu sentiasa memaki hamun, tangannya tidak pernah sampai ke badan
pelajar. Hanya mulutnya sahaja yang menusuk dan merobek hingga ke jantung.
"Sorry
Dr." Dia bersuara perlahan tanpa memandang wajah itu. Hanya menunduk. Jika
dipandang, memang dia sengaja cari pasal.
"Kau
tak payah nak sorry-sorry sangat. Sekali lagi tak lepas scene ni, latihan hari
ni cancel. Buat penat aku je. Buang masa."
Syafawati Qaisara
menggumam dalam diam. Sebenarnya dia merasakan yang dia dah cukup fokus. Entah
kenapa lakonannya kali ini tidak menjadi. Sudahlah pensyarah yang seorang itu
tidak sabar. Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Secepat mungkin dia kembali
mengambil tempat.
Seketika
dia berpaling pada pensyarah yang sedang memerhati dari depan pentas. Bersenang
lenang dengan kaki yang disilangkan. Tangan pula mengelus janggut perlahan. Nak
cari salah aku lagi la tu. Dia cuba membaca apa yang difikirkan oleh sekeping
hati itu. Berusaha untuk tidak menunjukkan apa-apa yang sumbang lagi.
Tidak mahu lagi dewan
gegak gempita dengan suara guruhnya. Sekali lagi latihan teater dimulakan.
Masuk minit yang keenam, semua masih okey. Tiada suara bantahan. Mendekati
minit ke sepuluh...
"Stop!" Semua mata memandang
pensyarah mereka yang masih tidak berganjak dari duduknya. Menunggu. Tajam mata
itu memerhatikan Syafawati Qaisara.
"Kenapa
dengan kau ni Sya? apa yang tak kena? Hari ni aku tengok banyak blocking yang kau buat. Kau nak buat show nanti depan canselor. Takkan kau
nak bagi punggung kat dia. Dah banyak kali kan aku cakap yang blocking kena jaga. Tak faham-faham.”
“ Kalau macam ni kau nak
buat show kat dewan yang gah nanti,
semua orang akan maki aku. Apa yang kau buat tadi tu bukan persembahan teater.
Semua tu sampah. Boleh tak kau pakai otak sikit. Hari-hari rehearsal macam ni boleh kena sakit jantung. Be profesional.”
“ Bukannya ni fisrt time kau jadi watak utama. Dah dua
tahun kau dalam bidang ni. Aku tak nak nanti orang complain yang aku suruh kayu berteater. Kalau kau tak nak jadi
pandai pun, tolong jaga air muka aku. Selama lima belas tahun dalam bidang ni,
aku jarang gagal. Jadi, jangan nak ulang kegagalan aku."
Pedih.
Apatah lagi ucapan itu seakan hanya ditujukan pada dirinya seorang. Blocking? aku rasa yang aku dah cukup
menjaga tadi. Takkanlah aku sampai hati nak bagi punggung dekat canselor.
Kalaulah dia tahu betapa aku respect
canselor tu.
"
Saya datang tengok latihan hari ni dengan harapan akan ada perubahan yang boleh
saya banggakan. Jadi, tolonglah jangan kecewakan saya. Skrip dah okey. Jaga blocking. Focus." Semua yang ada mengangguk faham. Kembali semula ke
posisi asal. Meneruskan lagi.
Lima
belas minit kemudian, sekali lagi latihan mereka dihentikan. Keseluruhan ahli
produksi dipanggil ke depan pentas. Laju langkahan mereka yang berada di
belakang pentas menuju ke depan.
Dapat mengagak mereka
bakal diberi kuliah dengan kata-kata nasihat yang pedas. Bimbang jika pensyarah
yang panas baran itu membahasakan dirinya 'aku'. Jika perkataan itu yang keluar
dari mulutnya, memang sah ada benda yang dia tak puas hati.
"
Hari ni dah seminggu saya bagi masa untuk kamu semua berlatih tanpa saya. Tahap
peratus latihan kamu setakat hari ni masih kosong. Kenapa?" Tiada yang
berani menjawab. Dipandang Heliza yang sedang menunduk memandang lantai.
"Apa
yang tak kena Eja?" Dia tahu pasti soalan itu akan ada untuknya. Itulah
risiko yang terpaksa diambil sebagai pengarah projek.
"
Setiap bahagian cuba untuk melakukan yang terbaik Dr. Untuk set dan prop, dah
hampir lima puluh peratus siap. Pelakon pula, mereka dah hampir berjaya ingat semua
skrip. Lighting pun dah dapat susun floor dalam lapan puluh peratus.
Bahagian project manager pun dah set up diorang punya key
untuk setiap scene. Secara
kasar untuk keseluruhan dah melebihi lima puluh peratus Dr."
Suara itu menjelaskan
dengan agak tenang walaupun dalam sedikit getar.
"
Apa yang awak beritahu saya tadi tu satu kegagalan Eja. Dan saya tak suka
kegagalan. Apa yang saya dapat tengok sekarang ni macam kerja budak sekolah
rendah. Sampah!"
Kesemua mereka hanya
menunduk. Duduk mereka yang bersila dan bersimpuh tidak langsung memberikan
keselesaan. Dalam setiap hati ada getar.
"
Show bila?" Dia bertanya. Terus
dengan kedinginan.
"Dua
minggu lagi Dr." Heliza menjawab untuk semua yang ada.
"
Seminggu kamu buang masa dengan sia-sia. Semua tu bukan satu petanda yang baik
untuk saya." Mereka diam. Tiada apa yang boleh dilakukan jika itu yang
dinilai oleh pensyarah mereka.
"
Lighting, set dan prop, in and
out pelakon, semuanya hancur. Macam
tengok persembahan budak tadika pun ada. Kalau untuk pertandingan, belum masuk
saringan pun kamu dah kena reject.
Dan kau Sya…"
"
Ya saya Dr." Spontan dia menjawab. Terhenti seketika percakapan Dr. Azam.
Matanya menentang pandangan sayu gadis itu.
"
Sekali lagi kau diberi tanggungjawab untuk jadi pelakon utama. Kau ada
bantahan?"
"
Tak ada Dr."
"
Kalau tak ada kenapa macam tak suka je. Skema je dengan skrip. Macam membaca.
Kaku. Tak ada feeling. Tak confident. Kurang focus. Nak hancurkan produksi ni?"
Dia diam. Takut nanti
kalau dia menjawab, lain pula jadinya. Persembahan teater pada kali ini
mewakili enam puluh peratus pemarkahan. Satu jumlah yang besar. Dia tidak mahu
mulut lasernya buat hal. Tambahan
pula dengan Dr. Azam.
Semua student
sudah sedia maklum dengan sikap
pensyarah yang seorang itu. Pantang ada yang tak kena, pasti dia akan
selesaikan dengan caranya sendiri. Cara yang tidak disenangi oleh kebanyakan student. Tadi okey je. Tak ada masalah
dengan skrip. Sekarang ni semua tak kena. Hmm.
"Mood saya dah lost. Sampai sini je latihan untuk hari ni. Esok, jam lima petang,
saya nak semua orang dah ada kat sini. On
time. Latihan akan diteruskan sampai saya puas hati. Sampai jam tiga pagi
pun saya tak peduli."