Home Novel Cinta MY SWEET HEART, DAHLIA
MY SWEET HEART, DAHLIA
AHC
5/2/2025 11:44:07
112
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG

“ABAH… Jangan abah… sakit. Ya Allah…” Jeritan itu bergema di segenap ruang rumah papan milik Daud dan Melur.


“Abang… jangan buat kakak macam ni. Kesian dia, bang.” Melur cuba menghalang suaminya, Daud daripada terus-terusan memukul anak sulung mereka, Dahlia.

 

“Habis kau nak aku biar dia buat kerja tak senonoh dekat luar tu? Dah lah sekolah tak habis. Menyusahkan aku!” Jerkah Daud dengan wajah yang menyinga memandang pada Melur. Dia tidak mahu isterinya itu menghalang dia daripada mengajar anak gadisnya itu.

 

“Abahhh… kakak minta maaf…” lirih suara Dahlia merayu Daud agar berhenti memukulnya. Lelehan darah merah pekat sudah membasahi beberapa tempat di tubuhnya termasuklah muka.

 

Namun, Daud seakan hilang akal. Pukulan demi pukulan diberikan pada anak gadisnya itu tanpa belas. Tangisan Dahlia mula kedengaran lemah. Setelah melihat anak gadisnya itu sudah tidak mengelak, barulah Daud berhenti. Saat ini, dada Daud berombak kencang. Tali pinggang yang dia pegang dicampak ke tepi.

 

“Kau dengar sini baik-baik Dahlia. Sekali lagi kau balik lewat macam ni, aku pukul kau sampai mati!” amaran Daud berikan dengan nada kasar. Jari telunjuk tepat dihalakan pada anak gadisnya itu.

 

Dahlia tidak membalas. Dia hanya terbaring lemah di lantai papan ruang tamu itu. Melur terus menerpa pada Dahlia. Ditampung kepala anaknya dan diletak ke paha. Meleleh air mata Melur apabila melihat keadaan Dahlia tika ini.

 

“Kau jangan nak manjakan anak kau ni. Kalau dia buat perkara tak senonoh di luar sampai mengandung, siapa yang malu? Muka aku ni juga yang kena tanggung malu!” Masih sahaja Daud membebel dengan nada geram. Sakit betul hatinya apabila mendengar buah mulut orang kampung yang bercakap tentang anaknya itu.

 

Tanpa membuang masa, Daud terus keluar meninggalkan Melur dan Dahlia di situ.

 

 

 

 

 

FURQAN menuruni satu per satu anak tangga menuju ke dapur. Dilihat ibunya, Puan Sri Fatihah sedang sibuk menguruskan sarapan pagi mereka.

 

“Morning, mommy,” sapa Furqan.

 

“Morning…” acuh tak acuh sahaja Puan Sri Fatihah membalas sapaan anak bujangnya itu.

 

Alis mata Furqan berkerut nipis. Mood si ibu menjadi tanda tanya. “Kenapa, mommy? Anything happen?” soalnya.

 

Puan Sri Fatihah melepaskan keluhan kecil. “Every morning mommy buat semua perkara di dapur ni. Letih mommy. Kena siapkan sarapan pagi tanpa pembantu," enjin membebel dimulakan.

 

Furqan tersenyum nipis. Tahulah dia wanita itu keletihan. Apa tidaknya, di usia sebegini ibunya masih menguruskan rumah tangga. Bukan itu sahaja, semenjak kematian ayahnya Tan Sri Hilman sepuluh tahun yang lepas, segala hal syarikat juga Puan Sri Fatihah yang uruskan.

 

Furqan pula mempunyai perniagaan sendiri. Jadi, dia tidak dapat membantu ibunya di syarikat itu. Manakala adik perempuannya pula, Hafiqa masih belajar di sebuah institusi swasta dalam bidang fesyen. Disebabkan itu, mahu atau tidak, terpaksalah Puan Sri Fatihah menguruskan syarikat seorang diri.

 

“Mommy nak along carikan pembantu rumah ke?” soal Furqan.

 

“Mommy tak nak warga asing. Bayar mahal-mahal, lepas tu lari, ” rungut Puan Sri Fatihah.

 

Furqan kerut dahi. “Ada ke orang tempatan nak kerja jadi pembantu rumah zaman sekarang ni?”

 

Puan Sri Fatihah diam. Benar apa yang ni dikatakan oleh anak lelakinya itu. Kalau ada pun, mungkin harapannya tipis untuk menggaji pembantu rumah orang tempatan.

Next: MSHD 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.