BAB 3
Terbahak-bahakMiza ketawa mendengarkan cerita dan rungutan Ayu. Ayu menjeling geram keranadiketawakan Miza. Hisssh ... nasib baik Dilla takde sekali. Kalau tidak memang lagiteruklah dia diketawakan dan dibahan oleh kawan-kawannya itu.
"Sudahlah ketawa tu. Tak senak ke perut kau tu ketawakan aku tak henti-hentini," kata Ayu Raihanna geram.
"Okaylah ... okaylah. Aku tak ketawa dah. Tapi ... okay apa abang pupu si Amir tu. Hensem apa," balas Misadengan ketawa yang masih bersisa-sisa.
"Hensem apanya? Hensem saja tak laku tau kat mata aku ni," jawab AyuRaihanna sambil menjuihkan bibirnya.
"Habis ... cuba kau cakap sikit kat aku. Lelaki macam mana yang dapat menarikperhatian mata kau tu. Cuba describe sikit."
"Alah kau ni. Saja jea kan. Aku ni kan Miza, luaran dia aku tak kisah sangat.Asal ada mata, ada hidung, ada mulut, ada telinga tu kira okaylah. Aku punsedar diri juga. Aku bukannya lawa mana pun. Tapi ... dia mestilah macam si'Hakku' pujaan aku kat dalam animasi Akatsuki No Yona tu. "
"Ohhh ... ni mesti 'Hakku' si bodyguard Princess Yona tulah yea.Hahaha ... kauni memang kuat berangankan!"
"Mula-mula angan-anganlah. Kot-kot untung sabut ... mmm ... mana tahu nanti akujumpa juga orang si Hakku tu."
"Kenapa mesti si watak animasi tulah yang kau suka. Kenapa tak kau kata kau cariyang macam watak 'Popeye' ke ... Popeye romantik apa. Sayang sangat katOliver," usik si Miza. Ayu Raihanna sudah mencerlung geram memandangsahabat rapatnya itu.
"Sebab penatlah aku nanti asyik kena masak dan makan bayam jea!?" balas Ayugeram sambil mencubit peha Miza sehingga kawannya itu mengaduh sakit.
"Adoi! Sakitlah. Kau ni memang mak ketamlah. Entah apalah istimewanya si Hakkupujaan hati kau yang tak wujud tu sampai aku pun kena cubit," rungut Mizasambil mengosok-gosok tempat yang dicubit Ayu perlahan-lahan dengan telapaktangannya.
" Hahaha ... itulah yang kau tak tahu. Kautahu tak yang si Hakku tu gagah, pelindung sejati, sabar, sanggup berkorban apasaja untuk Puteri Yona, pandai main pedang, penyayang, ada mata yang can...," belum habis Ayu menghabiskan kata-katanya sekali lagi Miza ketawakandia sambil memetik jarinya di hadapan muka Ayu.
"Wei ... realistiklah sikit cik kak oi! Ni zaman millenium kot. Mana ada orangguna pedang dah. Orang guna pistollah. Lagi satu mana ada orang yang pakejnyalengkap macam tu. Kesimpulannya, kau takkan jumpa Encik 'Hakku' kau tu katdunia nyata ni. Alamatnya sampai tualah kau tak kahwin," ujar Miza sambilmenepuk-nepuk bahunya kuat.
Ayumemandang geram pada Miza yang sedang tersengih-sengih macam kerang busuk.
"Suka hati kaulah nak gelakkan aku. Tapi, aku yakin satu hari nanti aku akanberjumpa dengan 'Hakku' aku. Tapi ... macam kau kata tadilah, kalaulah mustahilsangat aku nak jumpa orang macam si Hakku ... mmm ...aku dah ada back upplan."
"Back up plan!? Aiikk ... benda macam ni pun kau dah siap sediakan bauk upplan."
"Mestilah. Dalam hidup ni mesti selalu ada back up plan. Senang sikit. Kalauplan pertama tak jalan, kita boleh laksanakan plan ke dua atau plan-planseterusnya. Masa itu emas kan! Jangan buat apa buang masa. Move forwardlah.Kumbang bukan seekor apa," balas Ayu selamba.
"Aikkk... senang jea cinta beralih arah nampaknya. Hah ... so apa back up plankau?" tanya Miza teruja sangat nak tahu apa back up plan kawannya itu.
"Mmm ... takdelah apa sangat. Cuma kalau aku tak jumpa orang macam si Hakku tu... bak kata kau watak macam si Hakku tu cuma wujud dalam animasi jea, so akucarilah yang macam Omar Borkan. Hah ... bijak tak aku punya plan?" soalAyu sambil menjongket-jongketkan keningnya. Sengaja menyakat Miza.
Mizamenepuk dahinya.
"Bijak sungguh plan kau tu. Apa kau fikir kau lawa sangat sampai lelaki sekacakOmar Borkan tu nak kat kau. Kalau dia pandang kau pun dah cukup bertuah tau.Agak-agaklah sikit ah bila buat plan tu," balas Miza sinis sambil membuatmuka Popeye.
AyuRaihanna sudah tergelak melihatkan muka meluat yang dibuat-buat oleh sahabat baiknyaitu.
"Hahaha ... aku gurau jealah. Tapi, kau lupa sesuatu. Pepatah Melayu adamengatakan 'tuah ayam nampak di tajinya, tuah aku siapalah tahu'. Betul tak?Kau tak bangga ke kalau kawan baik kau ni dapat suami sekacak Omar Borkan tu,"sengaja Ayu bercakap begitu untuk membuat Miza semakin loya mendengarkankata-katanya ... hahaha.
Pulp!Satu tamparan yang kuat hinggap di bahunya. Ayu mengaduh sakit, manakala Mizapula mentertawakan dia sambil ibu jarinya memberi isyarat padan muka.
"Adoi! Sakitlah mak," kata Miza sambil mengadu sakit sebaik matanyamemandang ke arah orang yang memukul bahunya. Bahunya diusap-usap perlahan.
"Tu nasib baik mak tampar bahu. Kalau mak ganyang mulut kamu tu dengan cili apiburung kat dapur tu macam mana? Bukan mainlah galak bercerita pasal lelaki. Nakkahwin sangat ke?" tanyaMak Timah sambil menyinsing lengan baju kurungnya.
"Lah! Mak ni. Orang borak-borak kosong jealah. Mana ada seriusnya. Betul takMiza? Miza?!" Ayu membela dirinya sambil memandang Miza meminta bantuan.Habislah sekejap lagi dia kena basuh dengan emaknya yang garang ini. Adoi!
"Eh! Mana aku tahu apa-apa. Betul makcik. Saya tak tahu apa-apa. Erghh ... makcik ... saya minta diri dululah. Dah petangsangat dah ni. Ayu nanti kita borak lagi," kata Miza sebelum bersalamdengan Mak Timah dan beredar dari situ. Namun dia masih mengenyitkan matanyapada Ayu yang sedang memandangnya macam nak terkam jea sebab tidak membantu.
"Mmm ... iyalah. Jalan baik-baik. Kirim salam kat mak kamu yea," pesan MakTimah. Bila dia mendapati Ayu pun mula melangkah sama, terus Mak Timahbertanya.
"Hah ... yang kamu tu nak ke mana pula? Mak belum habis cakap lagi. Larilahtu."
"Erghh ... Ayu nak menunaikan rukun Islam yang ke dua mak. Ayu belum solat Asarlagi mak," kata Ayu laju dan terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.
MakTimah menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan keletah anak tunggalnya. Bertuahpunya anak. Bijak sungguh menjawab, rungut hati kecil Mak Timah.