Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,795
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

BAB 11

Lima hari kemudian.

SELESAI  perjumpaan dengan anak kapal yang terbangbersama dan bertanyakan sama ada sebarang masalah yang timbul sepanjangpenerbangan ke Kuala Lumpur, Faris Hakimi bersama-sama anak kapal yang lainterus berjalan menuju ke arah aerotrain. Bagaimanapun, langkah kaki FarisHakimi tiba-tiba saja berhenti sebaik saja matanya terpandangkan seseorang yangjuga sedang berjalan ke arah aerotrain. Siapa lagi kalau bukan si garang AyuRaihanna.

            Cantiksekali gadis garang itu dengan pakaian seragamnya walaupun jelas kelihatanwajah muram dan penat gadis itu. Hahaha ... ini yang orang tua-tua kata. Biladah suka, yang biasa-biasa saja pun nampak cantik macam bidadari!

            "Ayu ...," dia menguatkan suaranya sedikit memanggil pujaan hatinya.Panggilannya tidak sia-sia kerana didengari oleh gadis itu.

            AyuRaihanna terdengar seseorang memanggil namanya. Dia menghentikan langkahnyasambil matanya mencari siapakah gerangan yang memanggilnya. Ayu memakukanpandangannya ke arah si pemanggil yang sedang berjalan laju ke arahnya.

            "Awak baru sampai juga ke?" tanya Faris Hakimi dengan muka yangbercahaya-cahaya.

            "Mmm. Awak pun baru sampai juga ke?"soal Ayu Raihanna sambil menarikbagasinya perlahan.

            "Yup. Jom temankan saya minum sekejap."

            "Tak boleh kot. Takut nanti saya terlepas transport saya," jawab AyuRaihanna.

            "Sekejap jea. Kalau terlepas transport, saya boleh jea hantar awak balik,"Faris Hakimi memberi cadangan.

            "Mmm ... okaylah. Tapi sekejap jea yea," kata Ayu Raihanna.

            FarisHakimi memerhatikan saja wajah murung Ayu Raihanna. Sedari tadi dia melihatgadis di hadapannya ini banyak mengelamun dan asyik mengeluh perlahan.

            "Kenapa murung jea ni? Ada masalah?" tanya Faris Hakimi lembut.

            "Takdelah. Penat jea," jawab Ayu Raihanna.

            TersenyumFaris Hakimi mendengarkan jawapan Ayu Raihanna. Dia tahu itu hanya alasan saja.Dia telah lama berada di dalam bidang ini. Tak mungkin kerana penat, sedaritadi mengeluh tanpa henti.

            "Ada penumpang yang buat hal?" duga Faris Hakimi. Wajah gadis di hadapannyadipandang lama. Perlahan-lahan Ayu menganggukkan kepalanya.

            "Dia buat apa?"

            "Takde apa-apa."

            "Ceritalah."

            "Saya ni tak pandailah nak bercerita."

            "Dia ada buat apa-apa kat awak ke? Dia raba awak ke?"

            "Hisshh ... awak ni. Terlebih imaginasilah pula. Awak nak rasa penampar saya ke?,"marah Ayu Raihanna.

            "Hahaha ... tak naklah. Habis tu ... dia buat apa sampai awak murung ni?"

            "Adalah penumpang ni. Saya suruh dia tegakkan tempat duduk dia sebab kesianpenumpang kat belakang dia nak makan susah sebab tempat dia sempit. Lagipun,memang kena tegakkan penyandar kerusi kan waktu makan. Awak tahu ... dia bukan setakat degil dan bising-bising marah saya, tapi boleh dia simbah saya denganjus oren dia. Eeeii ... malu saya tau. Yang lagi menyakitkan hati tu ... lepasdia dah simbah saya dengan jus oren tu ... tahu pula dia tegakkan kerusi dia.Lepas boleh pula dia buat muka selamba macam tak ada apa-apa yang  berlaku."

            FarisHakimi tersenyum nipis mendengar cerita Ayu.

            "Penumpang ni memang ada macam-macam ragam. Untuk pengetahuan awak ... ada cabincrew kena lagi teruk dari itu. Apa yang patut awak lakukan sekarang adalahlupakan saja peristiwa tadi. Atau ... anggap saja ia macam 'asam, garam dangula' yang buat pengalaman awak terbang di awan biru berwarna-warni danmenarik. Kalau memanjang indah jea, mesti bosan, right? Just let it go. Forgetit. Susah sangat ... awak bayangkan saja muka saya yang hensem ni. Lagi bagus."

            AyuRaihanna memandang tepat ke anak mata lelaki yang sedang tersenyum manis dihadapannya itu.

            "Amboi! Cucuk jarum nampak?"

            "Hahaha ... habis bila lagikan ... hahaha," balas Faris Hakimi tergelakkecil sebelum Ayu Raihanna pun ikut gelak sekali.

            "Awak memang pandai ambil kesempatan, pandai memujuk dan pandai buat orangketawakan. Memang gaya playerkan," komen Ayu.

            "Hahaha ... mana ada. Saya macam tu bila dengan awak jea," balas FarisHakimi sambil ketawa sebelum suara seseorang dari belakangnya membuatkantawanya terhenti mendadak.

            "Oh ... iya ke? Bukan sayang cakap ayat yang sama kat saya ke, sayang?"kata gadis yang juga menggenakan uniform yang sama seperti Ayu Raihanna.

            AyuRaihanna mengangkat keningnya tinggi dan dahinya berkerut sedikit. Oppss ...apakah akan ada 'peperangan'  yangmeletus sekejap lagi. Macam pernah jumpa jea gadis di belakang Faris Hakimi.Tak dia tak ingat di mana. Matanya kkenudiannya terus memandang ke arah name taggadis yang berdiri di belakang Faris Hakimi. Tertulis nama 'Yana' di name taggadis itu. Riak wajah Faris Hakimi tenang saja, seperti orang yang tidakbersalah. Tapi ... apa-apa pun baik dia beredar segera. Dia tak nak terlibatdengan pergaduhan pasangan kekasih pula.

            "Erghh ... Kapten Faris, Cik Yana ... saya minta diri dulu. Cik Yana jangan salahfaham. Saya cuma berhenti minum sekejap sambil bercerita pasal kerja. "

            Gadisitu menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kecil ke arahnya.

            " I faham. Bye," kata Yana. Matanyamemerhatikan Ayu beredar dari situ sehingga hilang dari pandangannya.

            "'Jual minyak' nampak?"

            "Nampak macam tu ke?" Faris Hakimi menyoal Yana semula.

            "Like I don't know you, huh?"

            FarisHakimi menarik nafasnya panjang dan dalam. Macam manalah boleh ada si Yana nipula hari ini, keluh hati kecil Faris Hakimi.

            "Yana, please. Awak dan saya hanya rakan. Jangan salah faham pada kemesraan sayapada awak. "

            "Really?"

            "Dahlah. Malas nak layan you. Where ever you fly to, have a safe flight, ya. Bye,"kata Faris Hakimi dan terus beredar dari situ.

            Yanahanya berdengus kecil melihatkan Faris Hakimi tinggalkan dia begitu saja.

TRANSPORTNYa telah lam apergi. Nampaknya terpaksalahdia menaiki teksi, keluh hati kecil Ayu Raihana. Sambil itu sempat hatikecilnya menyalahkan Faris Hakimi. Macam manalah dia boleh bertembung denganabang pupu kawan baiknya, si Amir tu hari ini.

            Tiba-tibatelefonnya berdering. Berkerut dia melihat nombor yang tertera di skrintelefonnya. Aikk ... dah terlepas dari girlfriend dia ke mamat ni, soal hatikecil Ayu sendirian.

            "Mmm ... awak nak apa?" tanya Ayu malas.

            "Kalau saya cakap saya nak apa, awak nak bagi ke? Tak, kan. Ni ... jomlah. Kansaya dah janji saya hantar awak balik. Transport awak dah terlepas kan?"

            "Takpelah. Saya naik teksi. Teksi pun dah ada depan saya ni," tipu Ayu sedangkanyang berhenti di hadapannya bukan sebuah teksi,tetapi sebuah BMW X1 putih.Pintu tempat duduk penumpang terbuka kerana ditolak dari dalam kereta

            "Haah ... teksi  warna putihkan? Sayalahtu. Hai Princess ... silakan masuk. Cepatlah. Nanti kena saman," kata FarisHakimi mengenyitkan matanya sambil sebelah tangannya lagi memegang telefonnya.

            AyuRaihanna mengigit bibirnya sedikit sambil berfikir sejenak.

            "Okaylah. Janji hantar saya terus balik rumah saya okay?"

            "Janji. Takkanlah saya nak buat tak senonoh dengan kawan baik adik pupusaya."

            "Gilfriend awak Cik Yana mana?"

            "Pembetulan okay. Pertama sekali dia memang girlfriend saya, but she's not myfuture. Alah ... nanti awak akan jumpa beberapa orang lagi yang mengaku saya niboyfriend dia orang. Please ignore them, okay.

            Keduadia orang tu semua dah salah faham. Saya memang layan dan mesra dengan semuaorang. Kalau mereka salah faham atau salah tafsir, itu bukan salah saya.

            Ketigamemang saya dah ada buah hati. Saya dan dia sedang dalam fasa suai kenal. Tengok.Saya tak tipu. Saya jujur orangnya kan."

            "Apa-apa sajalah. Takde kaitan pun dengan saya."

            FarisHakimi hanya tersenyum saja mendengarkan kata-kata Ayu Raihanna. Suasana didalam kereta itu sunyi saja. Memang sengaja Faris Hakimi tidak mendengar radio.

            "Awak ... awak anggap saya ni kawan awak, kan?"

            "Mmm. Kenapa?"

            "Saya rasa sebagai kawan awak, saya nak tegur sikit sikap awak."

            "Cakaplah. Saya dengar," kata Faris Hakimi tenang.

            "Awak ... takde seorang perempuan yang tak akan salah faham kalau awak tunjukkansikap caring, mesra dan peramah awak yang tak bertempat dan tak berbatas tu.Dengan keperibadian awak dan kerjaya awak ni ... serta 'kuda' roda empat yangawak sedang pandu ni ... mmm ... bukan susah pun orang nak jatuh hati kat awak."

            "Tapi ... ada jea yang okay jea. Takde nak salah faham-salah faham ni,"balas Faris Hakimi pula.

            "Saya tak maksudkan semua perempuan. TETAPI, kebanyakan perempuan. Boleh fahamtak? Semua orang datang dari latar belakang yang berbeza, latar pendidikan yangberbeza, cara berfikir yang berlainan ... jadi penerimaan tentang sesuatuperkara tu pun mestilah tak sama. Jadi ... kalau awak tak nak orang perempuansalah faham tentang awak dan label awak sebagai kaki perempuan ke, baiklah awakkurangkan sikit kemesraan awak tu. Takut nanti awak bertemu buku dengan ruas.Maksud saya awak lukakan hati orang yang salah, dan dia balas perbuatan awakdengan cara yang tak tertanggung oleh awak. Contohnya dia hantar sihir ke. Kitani bukannya tahu hati orang."

            "Apa pendapat awak tentang saya?"

            "Pendapat saya tentang awak? Mmm.. awak okaylah. "

            "Okay jea? Takkan tak boleh detailkan sikit?"

            "Awak okaylah ... macam lelaki-lelaki baik & normal yang lain," kataAyu.

            FarisHakimi tersenyum senget.

            "Mmmm ... okay. Jadi,  antara ciri-cirilelaki baik yang menurut pandangan awak yang saya ada tu ... mmm ... ada takyang menarik hati awak, Cik Ayu?" soal Faris Hakimi.

            Ayutersenyum kecil.

            "Perlu ke saya jawab? Tak payahlah kot. Yang penting ... kita kawan," jawabAyu.

            "Apa pendapat awak tentang cinta?"

            "Saya ni old fashioned sikit. Saya takkan cari cinta. Sebab saya takut saya takdapat  menanggung rasa putus cintakalaulah ditakdirkan tiada jodoh. Jadi ... saya lebih suka cinta yang carisaya. Saya dah pesan kat mak saya, kalau ada orang datang merisik saya dan orangitu bukan suami orang ... dan mak saya suka ... saya okay jea."

            "Macam tu jea. Seriously?"

            "Haah. Senang. Tak payah nak serabut-serabutkan kepala. Lagipun, saya ni takpandai nak bercinta," jawab Ayu.

            "Mana awak tahu awak tak pandai bercinta?"

            "Hahaha ... sebab saya pernah bercinta masa zaman sekolah dulu. Kiranya cintamonyetlah. Walaupun sekadar 'cinta monyet'... kusut jugalah kepala ni,"kata Ayu sambil tergelak kecil.

            "Dah awak bercinta dengan 'monyet', memanglah kusut kepala awak tu. Apa katakali ini awak bercinta dengan orang. Dan ... orang itu nama dia 'Faris Hakimi'... mmm ... mesti indah memanjang. Macam mana? Want to give a try?," tanyaFaris Hakimi memandang tepat ke anak mata Ayu.

            Tersenyumsumbing Ayu mendengarkan tawaran Faris Hakimi.

            "Sudahlah. Jangan nak merepek, boleh tak? Mmm ... nampaknya ... kita dah punsampai kat rumah saya. Terima kasih sebab hantar saya balik. Maaflah sebabmenyusahkan awak yea," kata Ayu sambil membuka pintu dan melangkah keluardari perut kereta itu.

            "Untuk bakal orang rumah saya, tak ada apa pun yang menyusahkan saya. Bye andtake care, dear," pesan Faris Hakimi.

            Bulatmata Ayu Raihanna mendengarkan kata-kata Faris Hakimi tadi.

            "Apa? Bakal orang rumah awak? Eeiii ... So geli telinga ni dengar tau."

            "Hahaha ... sekarang gelilah telinga awak dengar. Esok ke, lusa ke ... pastiawak nak dengar saya cakap hari-hari," balas Faris Hakimi tersenyum nakal.

            "Awak layanlah kata-kata awak tu sendiri yea. Saya malas nak layan," kataAyu pula sambil menutup pintu kereta dan beredar masuk ke perkarangan rumahsewanya dan Faris Hakimi pula sambil tergelak kecil terus memandu keretanyakeluar dari situ.

            TanpaAyu sedar ada seseorang memerhatikannya dari jauh dan orang itu melepaskannafasnya panjang dan dalam sebelum menghidupkan enjin keretanya da beredar darisitu.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma