Alia siap solat
maghrib, dia turun ke bawah untuk menyiap makan malam, ditoleh jam dinding yang
ada diruang tamu sudah menunjukkan pukul 8.00malam. Amsya belum lagi pulang sambil berjalan menuju ke dapur terdetik juga dihatinya.
“Amsya tidak balik ke malam ini. Kalau tak balik bagus juga, bolehlah esok aku
keluar pagi-pagi. Ini mesti balik lambat jumpa kekasihlah tu.”
Alia menghidang
makanan yang telah dia masuk tadi bersama umminya. Puan Anis menuruni tangga,
dia terdengar kereta dihalaman rumah. Dia tahu itu engine kereta Amsya. Tanpa
berlengah dia membuka pintu. Menunggu anak tunggalnya didepan pintu. Amsya
melihat pintu rumah dibuka tersenyum lebar. Mengeleng kepala berbicara
sendirian.
“Ummi rupanya,
biasalah. Ingatkan isteri yang buka pintu. Nasib kau Amsya…Aduhhhh…” keluhnya
sendirian. Salam diberi sejerus sampai didepan umminya. Amsya menjenguk ke
dalam rumah. Umminya perasan.
“Ada kat dapur,
tengah hidang makanan. Sudah solat?” Tanya Puan Anis.
“Sudah, itu yang
lambat berhenti masjid tadi.” Jawab Amsya memandang wajah mulus umminya.
“Jomlah kita makan
sama.” Ajak Puan Anis dengan mesra. Mereka berjalan seiringan ke ruang dinning,
Amsya menarik kerusi lalu duduk begitu juga Puan Anis. Semua hidangan telah
siap di atas meja cuma menunggu Alia
membawa pinggan. Alia muncul dari dapur terkejut dia melihat Amsya dimeja
makan. Dia buat-buat senyum dan
tersengih memandang Amsya. Dia tahu yang dia perlu bersalam dengan Amsya
apalagi ada umminya di situ. Dia menghampiri Amsya memberi salam dan bersalam,
Amsya tersengih nakal.
“Salam saja?”
Tanya Amsya bersahaja. Alia merenung wajah Amsya mengangkat kening isyarat
bertanya.
“Cium abang.”
Arah Amsya spontan membuatkan Alia terkejut dan tertelan liur. Puan Anis
tersenyum pada mereka berdua sambil memerhati Alia. Alia menuang air dalam
gelas kemudian menghulurkan pada Amsya.
“Minum dulu.
Kita makan lepas tu pergi mandi baru boleh cium. Sekarang ni busuklah.” Balas
Alia tersenyum manis sambil menghidu Amsya. Amsya tersengih mengeleng kepala,
dia tahu ada saja alasan Alia untuk tidak menyentuhnya. Bisik hatinya “Tak apa,
aku tuntut Alia, lepas mandi nanti aku nak kau cium aku.”
Alia menyeduk
nasi ke pinggan Amsya. Mereka sama-sama menikmati makan malam. Selesai sahaja
makan umminya bersuara.
“Lia tinggalkan
pinggan tu, pergi teman abang naik mandi.” Arah Puan Anis, tergangga Alia
mendengarnya tersengih dibuat-buat. Amsya apa lagi tersenyum lebarlah. Alia
menjeling pada Amsya yang tersenyum sambil mengeyit mata padanya.
“Jom.” Ajak
Amsya sambil menarik tangan Alia.
Sampai sahaja
dalam bilik Alia terus duduk sofa. Amsya merenung Alia dengan mengoda dan tersenyum.
Alia membalas pandangan.
“Tak payah nak
senyum-senyum macam kerang busuk. Pergilah mandi, jangan nak minta cium.” Kata
Alia memberi amaran pada Amsya.
“Tunggu sini
jangan ke mana-mana. Jangan nak tanya bila abang nak kahwin, sekarang tengah
tension. Tolong ambil kain pelekat dan tuala dalam almari” Arah Amsya. Alia mengecilkan
matanya kemudian bangun mengikut sahaja arahan dari Amsya. Dia menghulur tuala
pada Amsya. Amsya sengaja cuba membuka seluarnya depan Alia.
“Hoi, takkan
buka kat sini.” Laung Alia marah.
“Ikut abanglah
ini bilik abang, tak nak tengok pusing belakang.” Balas Amsya sambil mengambil
tuala dari tangan Alia. Alia menjuih bibir pada Amsya.
Amsya terus
masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Beberapa minit kemudian dia
keluar dilihatnya Alia di sofa sedang bermain game ditelefon bimbitnya. Amsya
memakai baju dan seluar tiga suku kemudian menyikat rambutnya. Selepas itu dia
menghala ke arah Alia lalu duduk disebelah kanan Alia. Alia berpaling pada
Amsya disebelahnya.
“Ni kenapa duduk
dekat-dekat, jauhlah sikit.” Arah Alia, Amsya dengan sikap bersahaja meletakkan
tangannya dibelakang memeluk bahu Alia.
“Eh, kenapa ni?”
Larang Alia sambil menepis tangan Amsya dibahu kirinya. Amsya buat tidak endah.
“Relakslah bukan
buat apa pun.” Balas Amsya, kepalanya disandarkan belakang kerusi ditonggokkan
kepalanya ke atas memandang siling kemudian matanya dipejamkan. Alia berpaling
pada Amsya, dia menyiku sedikit perut Amsya.
“Apa, diamlah
penat ni.” Kata Amsya.
“En.Amsya esok
awak keluar tak?” Tanya Alia.
“Kenapa?” Balas
Amsya.
“Saya nak keluar
esok boleh?” Tanya Alia bermanja.
“Nak ke mana?”
tanya Amsya matanya masih dipejamkan.
“Nak ke rumah
kawan ada majlis harijadi, Lia nak pergi dengan Syafikah, boleh?” Mintanya
dengan manja dan mengoda.
“Boleh, abang
ikut sekali.” Balas Amsya bersahaja. Terkejut Alia.
“Hah…” Alia
bangun dari sofa. Amsya membuka matanya memandang Alia tercegak didepannya.
“Aduh!…En.Amsya.
Kitakan sudah janji Lia bagitahu je mana Lia nak pergi, awak mesti izinkan.”
Kata Alia mengungkit janji mereka.
“Abang izinkan
Lia pergi.” Balas Amsya.
“Betul tapi awak
ikut sekali. Saya nak pergi dengan Syafikah saja.”
“Majlis
harijadi, lelaki perempuan? Tadi keluar dengan siapa? Izwan?” Tanya Amsya
kurang senang Alia keluar dengan lelaki lain tanpa izinnya.
“Tak kisahlah
lelaki perempuan. Tadi keluar dengan
buah hati.” Jawab Alia sengaja membakar hati Amsya.
“Dah ada buah
hati sekarang. Siapa? Kata nak kenalkan dulu pada abang.” Tanya Amsya juga
menagih janji Alia.
“Nanti Lia
kenalkanlah. Boleh ke tidak boleh?” Tanya Alia memandang Amsya dengan masam.
Amsya tidak menjawab soalan Alia, dia meletakkan lengannya diatas dahi beberapa
minit. Alia kemudian duduk dengan marah disisi Amsya.
Amsya bangun
lalu turun ke tingkat bawah. Alia memandangnya bersahaja, dia mengeluh Amsya tidak
menjawab persoalannya. Alia juga turun
ke bawah, duduk disebelah umminya. Amsya bangun menghala pada Alia, dia menarik
tangan Alia.
“Mari…duduk sama
abang.” Arah Amsya. Alia tidak dapat melawan dan berkata apa-apa apabila berada
didepan umminya terpaksa jugalah dia duduk disebelah Amsya. Rimas Alia apabila
Amsya memeluknya. Bisik hatinya. “Aduh…Amsya ni, tadi dahlah duduk dengan dia
sekarang pula. Ini yang malas jumpa dia. Macam mana aku nak buat? Nak jauhkan
diri dari dia? Malam ni dah dapat agak dah mesti suruh tidur dengan dia. Hah!
Tiba-tiba Alia teringatkan sesuatu.” Dia mengangguk kepala sendirian.
Terpaksalah Alia
bermanis muka depan umminya.
“Lia naik dulu,
ada kerja sikit nak buat.” Minta izin Alia pada Amsya.
“Kerja apa? tak
payah duduk je sini. Teman abang tengok tv.” Arah Amsya melarang Alia. Dia tahu
Alia sengaja tidak mahu layan dia. Alia sudah gelisah apabila Amsya tidak
mengizinkan dia masuk bilik. Umminya mengkerling mereka berdua, nampak sangat
Alia gelisah dalam pelukkan Amsya. Bisik hati Puan Anis. “Apa tak kena dua
orang ni, mesti ada apa-apa yang disembunyikan.”
Sekali lagi Alia
mencuba. “Abang, jomlah kita masuk bilik, Lia mengantuklah.” Ajak Alia cuba
mengoda agar Amsya mengikutnya. Amsya melihat jam 10.30 malam.
“Nanti dulu
cerita tak habis lagi, abang nak tengok cerita sampai habis. Lia mengantuk tidur
je di sini, mari.” Balas Amsya sambil menepuk pehanya menyuruh Alia tidur atas
pehanya. Alia mengeleng. Amsya memegang kepala Alia dan merebahkan kepala Alia
dibahunya.
Mata Alia
menjeling muka Amsya. Amsya membalas lirikan mata Alia. Alia membisikkan
sesuatu pada Amsya.
“kenapa buat
macam ini, lepaslah.” Arah Alia mukanya dimasamkan. Amsya membalas bisikkan
itu. “Kata mengantuk tidur sini, nanti abang kejutkan.” Alia tidak membantah
apabila melihat Puan Anis sedang memandang mereka.
“Am, ummi naik
kereta Syafikah, cantik…patutlah Lia suka. Boleh Am beli untuk Lia?” Pinta Puan
Anis pada anak tunggalnya. Amsya berpaling sedikit memandang Alia dibahunya.
Ditanyanya Alia.
“Sayang nak
kereta itu ke?” Alia mengangkat kepalanya dari bahu Amsya. Dia tengok Amsya dan
mengeleng kepala.
“Kalau Am tanya
Lia memang dia tak mahu. Lia bukan nak minta apa-apa pun, ummi suruh Am beli boleh
ke tak?” Tanya umminya sekali lagi.
“Ummi, Lia kan
sudah bagitahu Lia tak nak, Lia sudah ada kereta.” Balas Alia menghalang
umminya.
“Nanti Am
belikan.” Jawab Amsya tersenyum pada umminya. Alia bermasam muka pada Amsya,
Alia menarik nafas kemudian menghempusnya dengan kecewa.
“Lia tukar je
kereta tu.” Cadang Puan Anis. Sekali lagi Alia mengeluh.
“Lia naik dulu,
mengantuklah.” Pinta Alia terus bangun dengan perasaan kecewa pada Amsya. Amsya
tahu Alia marah.
“Ummi, Amsya naik
dulu.” Kata Amsya pada umminya. Dia turut bangun meninggalkan umminya
keseorangan.
Sampai dalam
bilik Alia termenung sendirian dengan wajah yang muram dan kecewa dengan Amsya
yang selalu mengikut apa saja arahan umminya. Amsya masuk ke biliknya melihat Alia
termenung, dia mengambil bagnya lalu mengeluarkan wang berjumlah dua ribu
kemudian duduk disebelah Alia dan menghulurkan duit itu pada Alia.
“Duit apa ni?
Awak nak beli saya malam ini ke?” Soal Alia garang menjeling tajam pada Amsya.
“Duit belanja Lia
bulan ini.” Balas Amsya. Alia mengambilnya melihat duit itu.
“Berapa ni?”
Tanya Alia.
“Dua ribu.”
Jawab Amsya perlahan.
“Eleh…dua ribu
aje. Mana cukup en.Amsya maintenance saya tinggi sekurang-kurangnya lima ribu.
Tak apalah ambil balik duit awak ni, saya tak nak.” Kata Alia sambil
menyerahkan duit itu ke atas tangan Amsya. Sengaja membakar hati Amsya dengan
sikap poyonya. Dia menyambung lagi kata-katanya.
“Seperti yang
saya janji dengan awak, saya tidak akan tuntut apa-apa hak saya sebelum dan
selepas kahwin. Awak simpan duit untuk keperluan awak dan isteri awak nanti.
Saya halalkan semuanya.” Tidak terkata Amsya dengan sikap Alia. Terdiam
seketika.
“Esok kita pergi
tengok kereta?” Pujuk Amsya. Alia mengeluh kecil. Bisik hatinya “Amsya
betul-betul anak yang baik.” Mahu saja Alia menitiskan airmata dengan kebaikan
Amsya. Kali ini Alia bersuara lagi.
“En.Amsya, awak
ni kenapa? saya tahu awak baik. Tapi takkanlah semua benda ummi suruh awak
buat. Cuba ikhlaskan hati awak tu, jangan semua yang ummi suruh awak buat.” Komen
Alia, tension dia sambil memegang
kepalanya merenung Amsya.
Dia tahu Amsya
baik, dia tidak boleh mengambil kesempatan atas kebaikan Amsya. Sebak hatinya
tidak dapat ditahan airmatanya keluar jua. Amsya merenung Alia, tidak tahu apa
yang ada dalam hati Alia, dia cuba mengenali Alia kenapa Alia selalu menangis
dan selalu menolak pemberiannya. Dengan suara yang sebak Alia bersuara.
“En.Amsya…saya kahwin
dengan awak, saya ikhlas nak bantu awak dengan kekasih awak. Saya taknah
apa-apa dari awak, saya nak jaga ummi je. Tak perlu nak beli kereta pada saya.
Tidak berbaloi En.Amsya, kita tahu nasib kita lepas ni. Awak sanggup ke beli
kereta untuk saya?” Alia berhenti disitu airmatanya terus mengalir. Amsya juga
terdiam mahu saja dia memberitahu Alia yang dia mencintai Alia. Dan memeluk
Alia disitu. Tak pernah Alia mengambil kesempatan ke atasnya. Amsya mengeluh
kecil.
Jawab Amsya
perlahan. “Saya sanggup beli kereta pada Lia.” Alia memejam mata mendengar
jawapan Amsya makin mengalir airmatanya.
“Ya Allah…Awak
sedar tak apa awak cakap ni? Awak sanggup beli cash kereta untuk saya beratus
ribu ringgit untuk ambil hati ummi. Kemudian tundakan perkahwinan awak. Lama
mana lagi kekasih awak nak tunggu? Kalau awak ikut semua kemahuan ummi. Awak
nak beli kereta buat loan awak? Saya tidak kisah sebab itu bukan kereta saya.
Bila kita bercerai nanti awak boleh ambil balik. Atau awak nak buat loan saya?
Kalau saya layak sekalipun lepas ini bulan-bulan siapa nak bayar? Awak?. Apa
kata isteri awak nanti? Awak kahwin dengan saya pun sebab ummi. Cukuplah
En.Amsya.” Terasa juga hati Amsya dengan kata-kata Alia keikhlasan cintanya
belum lagi berbalas dan disalah ertikan. Bisik hatinya “Lia tidak ada perasaan
ke walaupun sedikit pada aku.” Terkeluar juga airmatanya.
Alia mengesat
airmatanya apabila melihat Amsya menangis. Tidak pernah dia melihat lelaki
menangis didepannya.
“En.Amsya,
maafkan Lia, Lia bukan nak sakitkan hati awak.” Menyesal Alia dengan
kata-katanya tadi sehingga membuatkan Amsya menangis. Bisik hati Amsya “Apa
alasan aku nak bagi pada Lia.” Dia teringat yang Alia tidak suka dia bersedih.
“Tak, Lia tak
salah pun. Betul kata Lia. Tapi abang ikhlas kahwin dengan Lia. Sekarang abang
ada masalah dengan kekasih abang. Abang tak tahu macam mana nak rancang
perkahwinan abang dengan dia.” Jawab Amsya dengan sedih cuba menarik perhatian
Alia.
“Kenapa? dia
sudah tahu awak kahwin dengan saya?” Tanya Alia berhati-hati takut Amsya terasa
hati.
“Tak. Tak ada
kena-mengena dengan Lia. Abang terasa hati, sakit sangat apabila tahu dia
keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan dan minta izin abang.” Jawab Amsya
bersahaja sengaja mengenakan Alia untuk mengetahui hati Alia. Apa yang
diluahkan itu adalah perasaannya terhadap Alia. Alia terdiam dan mengangguk
kepala faham dengan situasi Amsya. Dia bertanya lagi pada Alia.
“Macam mana
perasan Lia, kalau Lia dapat tahu orang yang Lia cinta keluar dengan orang
lain?” Teringat Alia pada Zafrul bagaimana perasaannya apabila tahu Zafrul
mencintai Sara. Perlahan Alia memegang tangan Amsya.
“Am, awak sayang
dan cinta diakan?” Amsya mengangguk, bisik hatinya “Aku sayang kau Lia.”
“Awak kena jaga
dia, selalu bersama dia, jangan bagi peluang dan ruang pada orang lain dekat
dengannya. Awak akan kecewa. Kalau awak selalu bersama dia, dia akan rasa
selamat dan menghargai awak. Awak pujuk dia dan jaga hati dia. Kita keluar
esok, awak pergi jumpa dia. Awak izinkan saya keluar dengan Syafikah esok,
boleh?.” Pujuk Alia.
Amsya terdiam
bisik hatinya. “Yang kau bagitahu isi hati kau ke Lia. Aku dah dapat jawapannya
untuk pikat kau Lia. Tak sia-sia aku berlakon. Kalau orang lain pandang wang
ringgit saja Lia. Tapi kau perlukan hati seseorang untuk menyayangi kau. Aku
tak akan bagi peluang dan ruang pada orang lain dekati kau.”
Alia masih
melihat Amsya terdiam dan memikirkan sesuatu.
“Am, awak okey.
Pergilah tidur jangan fikir nanti kita selesaikan. Pasal nak beli kereta tu
nanti Lia bagi alasan pada ummi.”
“Alasan apa Lia
nak bagi?” tanya Amsya.
“Jangan
risaulah. Lia akan bagitahu ummi, Am sudah banyak habis duit untuk perkahwinan
kita termasuk majlis kahwin dirumah aki, Lia akan bagitahu semua Am
tanggung…Okey.” Cadang Alia. Amsya mengeleng kepala. Bisik hatinya “Ada saja
alasan Alia, ligat betul si Lia ni. Aku tidak keluar duit pun untuk perkahwinan
ini. Duit hantaran masih ada dengan aku.”
“Pergilah tidur,
Lia nak tidur ni.” Arah Alia. Amsya memegang tangan Alia dan menariknya.
“Jom tidur
dengan abang.” Ajak Amsya. Alia mengeleng dia menarik tangannya dari pegangan
Amsya. Dia merebahkan diri disofa. Amsya mengeluh lalu membawa dirinya ke katil
membaringkan tubuhnya. Amsya cuba melelapkan matanya tapi gagal.
Alia tidak dapat
tidur apabila dia teringat akan kerjanya dia mendapat idea dan concept tentang
projeknya di Johor. Dia menunggu disitu beberapa minit sehingga Amsya tertidur
untuk ke bilik umminya.
Amsya bangun
melihat Alia disofa. Dia tidak tahu sama ada Alia sudah tidur atau tidak, namun
dia tidak kisah. Tidak boleh tidur dia kalau tidak mencium Alia. Dia menghala
ke Alia perlahan dia melutut didepan Alia atas sofa kemudian mendekatkan
mukanya pada muka Alia. Alia tahu Amsya ada didepannya dia membiarkannya Amsya
merenungnya. Alia sengaja buat-buat tidur supaya Amsya akan terus tidur selepas
itu dan dia boleh ke bilik umminya.
Amsya menyentuh
pipi Alia dan membelainya dengan lembut. Berderau darah Alia berdiri bulu
romanya. Perlahan-lahan Amsya mencium pipi Alia kemudian bibir Alia pula
menjadi mangsa ciumannya beberapa minit. Alia menahannya. Amsya tersenyum bisik hatinya “Boleh runtuh iman aku. Alia ni
betul ke tak terasa. Tidur mati ke apa?” Runggut Amsya. Kemudian dia bangun ke
katilnya semula. Bisik hati Alia “Kenapa dia selalu mencerobohi aku, tapi aku
suka dia cium dan peluk aku. Macam mana kalau aku terjatuh cinta dengannya?”
Alia membuka matanya perlahan-lahan dia menoleh ke katil Amsya.
Walaupun dalam
cahaya yang suram dia dapat tengok Amsya dengan jelas. Tapi Amsya belum tidur,
dia memejamkan semula matanya cuba mendengar dengkuran halus Amsya apabila dia
sudah tidur. Lama juga Alia melayani perasaannya sendirian sambil mengingati
lelaki yang ada disisinya kini. Satu-persatu gambaran jejaka bermain dalam
fikirannya terutama wajah Zafrul dia tersenyum kemudian Izwan samar-samar wajah
itu cuba diingatnya selepas itu wajah putih milik Tengku Badri. Tapi tiba-tiba
wajah Amsya timbul dalam fikirannya tersenyum puas menatapi wajah itu dalam
fikirannya. Dia terdengar dengkuran halus dari Amsya, dia tahu Amsya sudah
tidur. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke katil menatap sekejap wajah kacak
Amsya yang sedang tidur.
Kemudia perlahan
dia membuka pintu bilik menuju ke bilik umminya. Sampai sahaja di muka pintu
tombol dipulas perlahan dan membukanya perlahan dia melangkah masuk. Terlebih
dahulu dia menjenguk umminya lalu diciumnya. Umminya tersedar.
“Lia.” Panggil
umminya.
“Ya” Jawab Alia
juga perlahan.
“Kenapa ni? Lia
tidak tidur lagi? abang sudah tidur?” Tanya Puan Anis lembut.
“Lia ada kerja
sikit nak buat. Abang Am sudah tidur. Ummi tidurlah dulu, maaf Lia menganggu.”
Balas Alia. Dia bangun ke meja bacaan mengeluarkan laptopnya kemudian mengambil
kertas lukisan untuk membuat lakaran bagi projek terbarunya. Banyak ideanya
yang timbul pada malam itu, dia terus membuat kerjanya tanpa disedarinya jam
sudah menunjukkan pukul 3.50pagi. Puan Anis bangun untuk ke tandas terkejut dia
apabila melihat Alia masih dimeja bacaan. Selepas ke tandas Puan Anis
menghampiri Alia.
“Lia, tidak
tidur lagi ke? Sudah pukul berapa ni?” Ujar umminya sambil melihat jam dinding
biliknya. Alia memandang Puan Anis disebelahnya tersenyum manis sambil
merangkul pinggang Puan Anis.
“Lia belum siap
lagi buat kerja ni. Sikit lagi, ummi pergilah tidur.” Balasnya dengan sopan.
“Dah pukul
4.00pagi ni. Pergilah tidur dulu. Lia buat apa ni?” Pujuk Umminya.
“Lia tengah buat
sketch design untuk projek Johor. Idea tengah datang ni…Kejap lagi Lia tidur.”
Jawabnya sambil menoleh wajah umminya dan tersenyum.
“Jangan lama
sangat tinggal suami tidur sorang-sorang.” Nasihat umminya. Alia tersengih dan
mengangguk kepala. Puan Anis menyambung tidurnya. Alia terus membuat kerja, tiba-tiba
matanya sudah mengantuk perlahan-lahan terpejam dan dibukanya namun matanya
sudah berat untuk terlelap. Akhirnya Alia tertidur dimeja bacaan.
Puan Anis sekali
lagi terjaga dia melihat jam pukul 5.30pagi. Dia bangun apabila melihat Alia
tertidur dimeja, dia memerhati hasil kerja Alia. Berbisik hatinya. “Lia ni
kerja apa sebenarnya, kerani apa?” lalu dikejutnya perlahan.
“Lia…bangun
tidur dalam bilik.” Alia tersedar dari tidurnya apabila dikejutkan oleh
umminya. Dia bangun.
“Lia masuk bilik
dulu ummi.” Katanya sambil berjalan terhuyung-hayang. Puan Anis mengeleng
kepala. Dia mengemas barang Alia di atas meja.
Puan Anis
menyediakan sarapan pagi pada hari itu. Amsya turun dari biliknya dia menuju ke
dapur melihat umminya menyediakan sarapan.
“Morning ummi.”
Sapanya. Puan Anis berpaling kebelakang melihat anak tunggalnya itu.
“Morning. Lia
sudah bangun.” Balas umminya.
“Sudah. Tengah
mandi, Am bangun tadi tengok dia tidur dengan kain sembahyang. Ingat dah
mandi.”
“Mengantuklah
tu, pukul berapa tidur semalam?” Tanya umminya sengaja serkap Amsya.
“Tidur awal
semalam. Mengantuk apanya.” Jawab Amsya. Umminya tahu Amsya tidak sedar Alia
tidak ada dalam biliknya semalam.
“Am ni kan,
kalau isteri lari pun tak sedar. Semalam Lia pukul 5.30 pagi baru masuk tidur
dalam bilik Am. Pukul berapa dia bangun buat kerja semalam sampai pagi pun tak
tahu, tak sedar.” Omong umminya membuatkan Amsya terkejut. Terdiam dia seketika.
Umminya berkata
lagi. “Am tahu ke Alia kerja sebagai kerani apa?” Soalan yang menjerat Amsya.
Tidak pernah dia tanya lebih lanjut kerja Alia kerani apa.
“Entahlah ummi.
Kerani apa?” Disoal umminya kembali.
“Ya Allah budak
ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Am tidak ambil tahu ke pasal
Alia. isteri kerja apa pun tak tahu.”
Bebel umminya, mengeleng kepala. Amsya terdiam lagi mengaru kepala yang tidak
gatal.
“Cuba Am pergi
tengok dalam bilik apa dia buat.” Arah umminya. Amsya tengok umminya bersahaja
lalu bangun ke bilik umminya. Dia menghampiri meja bacaan ada komputer riba
Alia dan buku lukisan serta gran tanah di
atasnya. Dia membuka buku lukisan itu satu persatu, dilihatnya lukisan yang dilakaran
oleh Alia. Berkerut dahinya melihat lakaran hotel dan concept yang dibuat oleh
Alia. Tapi dia belum faham. Kemudian menutup semula buku lukisan itu. Bisik
hatinya “Lia seorang pelukis ke?”
Dia keluar dari
bilik umminya kemudian ke biliknya, ditengoknya Alia tidur semula selepas mandi
apabila melihat rambut Alia masih lagi dibalut tuala. Danial Amsya menarik
nafas panjang dan merenung wajah Alia, hatinya bersuara. “Banyak yang aku belum
tahu tentang dia, aku ikhlas mengkahwinimu sayang.” Jarinya menentuh lembut
pipi gadis itu. Alia mengerakkan tubuhnya apabila terasa disentuh,dia membuka
matanya sedikit dan tersenyum pada Amsya didepannya.
“Sayang tidur
lewat semalam?” Tanya Amsya membalas senyuman Alia. Alia bangun mengeliatkan
badannya.
“Haaaa…mengantuklah.”
Jerit Alia perlahan. Tiba-tiba dia teringat cadangan Syafikah idea untuk keluar
hari ini. Dia cuba mengoda Amsya.
“En.Amsya, awak
nak tidur dengan saya tak malam ini?” Soal Alia mengoda, tersenyum manis
matanya dikelip-kelip pada wajah Amsya.
Hati Amsya
bersuara. “Ini mesti nak minta apa-apa.”
“Naklah siapa
tak nak tidur dengan isteri.” Jawab Amsya cuba mengorek rahsia Alia.
“Kalau macam itu
awak bagi saya keluar hari ini. Malam ini Lia tidur dengan awak.Boleh?” Pujuk
Alia. Amsya tersengih dan bersuara
“Kan abang dah
bagitahu, abang izinkan Lia keluar.” Jawab Amsya bersahaja.
“Betul tapi Lia
kena keluar dengan awak. Lia nak keluar sorang.” Balas Alia dengan manja. Amsya
merenung wajah Alia yang sudah menunjukkan muka moyok.
“Maaf sayang,
abang tak boleh izin sayang keluar sorang-sorang. Tak apalah Lia tak tidur
dengan abang pun. Jom turun makan.” Jawab Amsya sambil mengajak sempat dia
mencubit pipi dan hidung Alia kemudian menarik tangan Alia.
Hati Alia
bersuara. “Aduhhhh…tak makan saman, dia tak nak tidur dengan aku. Macam mana
aku nak buat ni? Nak lepaskan diri. Parah ni.” Alia mengeluh kecil.
Selepas sarapan
pagi itu Alia ke ruang laundry untuk membasuh kain. Kemudia dia ke ruang tamu
dimana Amsya sedang membaca surat khabar dan Puan Anis sedang mengait. Alia
menghampiri Puan Anis dia duduk disebelah umminya lalu merebahkan diri diatas
peha Puan Anis. Alia rasa mengantuk matanya dipejamkan. Puan Anis mengusap
rambut Alia yang lembut perlahan-lahan. Amsya sesekali menjeling ke arah
mereka. Terasa cemburu juga dihatinya melihat kemanjaan Alia. Getus hatinya
“Kenapa Lia tidak manja begitu dengan aku. Aku saja yang nak dekat dengan dia.”
Amsya bangun menuju ke arah umminya, perlahan dia mengejutkan Alia.
“Sayang…sayang
mari tidur dengan abang.” Pujuknya sambil menarik lembut tangan isterinya.
“Am kenapa kacau
Lia tidur.” Tegur umminya. Amsya tidak menjawab persoalan umminya sekadar
tersenyum dia membawa Alia duduk disebelahnya.
“Tidur sini.”
Arah Amsya lembut menepuk pehanya. Alia mengeleng, dia masih lagi berfikir
macam mana nak lepaskan dirinya keluar ke rumah Zafrul petang ini. Dia
terpandang chess dalam almari, tersengih sendirian dia mendapat idea. Apabila
berada didepan umminya terpaksalah berabang dengan Amsya.
“Abang…kita
lawan chess nak?” Ajaknya. Amsya faham dengan isyarat Alia, dia tersengih
dijawabnya.
“Okey. Pandai
ke?” tanya Amsya.
“Pandailah, kita
tengok siapa menang. Ini Alia Nasuhalah!” Balas Alia menunjuk pada dirinya
sendiri.
“Pergi ambil,
kita lawan.” Jawab Amsya. Alia bangun mengambil catur dalam almari kemudian
kembali pada Amsya, dia mengatur buah catur mengikut susunan.
“Jalan.” Arah
Alia sepatah.
“Lady first.”
Balas Amsya.
“Okey.” Alia
mengerakkan buah caturnya
Permainan
bermula masing-masing mengatur strategi. Apabila sampai giliran Amsya, Alia
sengaja menyanyi dan berbual ikut suka hatinya bagi menganggu konsentrasi
Amsya. Amsya masih lagi berfikir untuk mengerakkan permainannya.
“Cepatlah
lamanya fikir, lembab.” Kata Alia. Amsya memandangnya.
“Sedapnya
bahasa. Tunggulah ini main chess bukan dam…ini permainan berfikir.” Jawab
Amsya.
“Iyalah tapi
lama sangat…jalanlah mana-mana buah tu. Ha…gerakkan kuda tu ke kanan.” Arah
Alia. Amsya mengeleng kepala dia tahu kalau dia ikut arahan Alia dia akan
kalah.
Bisik hatinya.
“Bijak juga si Lia ni. Aku sudah kena kepong ni kalau dia ‘Checkmate’
aku mampus.” Alia sedang menyanyi-nyanyi mengerakkan tubuh dan kepalanya
sesekali menoleh Amsya. Amsya mengerakkan buahnya apabila Alia sedang leka.
“Dah jalan cepat
sikit.” Arah Amsya pula kali ini.
“Abang jalan
yang mana?” tanya Alia. Dia tidak tengok Amsya mengerakkan buahnya.
“Carilah sendiri.”
Jawab Amsya. Alia meneliti setiap buah catur itu berfikir sejenak.
“Main tipu kan?”
Soal Alia marah apabila buahnya juga kena kepong.
“Mana ada abang
tipu. Cepat sikit.” Arah Amsya “Alahh…kata orang, dia lagi lembab.” Alia tidak
mengendahkan kata-kata Amsya. Buahnya juga sudah dikepong dia cuba mengerakkan
queen tapi king akan mati.
Amsya tergelak
melihat Alia sedang berfikir.
“Diamlah” marah
Alia. Umminya sedikit tergelak melihat anak menantunya bermain. Suasana dalam
rumah itu kembali ceria dengan gelak ketawa mereka. Puan Anis tersenyum lebar
dia bersuara.
“Kalau riuh
macam ini tidaklah sunyi sangat ummi.” Mereka berpandangan kemudian menoleh
kearah umminya. Alia bangun mendapatkan umminya.
“Kenapa ummi
sunyi ke? Lia kan ada.” Kata Alia tersenyum.
“Iye…Lia ada
tapi kalau ada budak-budak lagi seronok. Apa kata Lia bagi cucu pada ummi.
Macam mana Am?” Balas umminya membuatkan Alia tergaman dan terkejut terbeliak
anak matanya. Terpaku dia disitu. Amsya tersengih nakal.
“Am okey je.
Tanya menantu ummi lah.” Jawab Amsya bersahaja. Alia menjeling pada Amsya
apabila mendengar kata-kata Amsya.
“Macam mana
Lia?” tanya umminya. Alia tersengih.
“Tak ada rezeki
lagi ummi. Lagipun baru je kahwin, awal lagi. Tak puas lagi bermanja dengan
abang.” Jawab Alia mengenakan Amsya.
Bisik hati Amsya
“Pandai kau jawab Alia. Tak ada rezeki, nanti kau.”
Sedang asyik
mereka berbual sebuah kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Shasha keluar lalu meluru
masuk ke dalam rumah dengan memberi salam. Alia bangun bersalam dengan Shasha,
hatinya berkata “Shasha ni mesti datang nak pikat Amsya balik. Tak boleh jadi
ni aku mesti selamatkan Amsya dari Shasha.”
Shasha bersalam
dengan puan Anis kemudian duduk bersebelahan Amsya. Alia terus bersuara dan
menarik tangan Amsya.
“Abang Am. Jom
lah kita keluar.” Ajak Alia. Mereka naik ke atas untuk menukar baju.
“Shasha datang
sorang ke? Dari mana? Mami kamu sihat?” Soal Puan Anis pada Shasha. Shasha
terpaksa senyum depan mak ngahnya.
“Dari rumah.
Mami sihat, dia kirim salam.” Jawab Shasha kurang bersemangat. Pelik rasanya
dia apabila melihat kemesraan Alia dengan Amsya. Selalunya Alia akan memberi
peluang padanya mendekati Amsya.
Beberapa minit
kemudian mereka siap untuk keluar. Mereka berjumpa Puan Anis untuk meminta
izin.
“Ummi kami pergi
dulu.” Kata Alia. Shasha yang ada disitu menyampuk.
“Sha ikut
sekali. Boleh tak abang Am.” Pujuk Shasha. Belum sempat Amsya bersuara Alia
terlebih dahulu memberi jawapan.
“Ehhh…tak boleh.
Kita orang ada kerjalah. Lain kali. Kebetulan Shasha datang tolong jaga ummi.”
Arah Alia. Amsya dan Puan Anis tergelak dengan gelagat Alia.
“Bye ummi.” Ujar
Alia sambil menarik tangan Amsya. Mereka bergerak ke kereta.
“En.Amsya tunggu
kejap.” Pesannya. Alia dengan pantas berlari ke keretanya mengambil hadiah
untuk Puan Suhaila. Kemudian kembali ke kereta.
“Apa tu?” Tanya
Amsya. Kereta Fairladynya bergerak meninggalkan rumah umminya.
“Ini,
hadiahlah.” Kata Alia sambil mengeluarkan sedikit bag yang dibelinya dari paper
bag. Amsya melihatnya.
“Harijadi kawan
Lia tu perempuan ke?” Tanya Amsya apabila melihat handbag yang ditunjuk oleh
Alia.
“Iya lah, kawan
baik mama. Boleh Lia pergi tak? Bukan Lia tak nak bawa awak tapi mereka tak
tahu Lia sudah kahwin. Untuk pengetahuan awak, Lia memang tak bagitahu semua
kawan-kawan papa dan mama yang Lia sudah kahwin.” Jelas Alia. Amsya terdiam,
dia faham.
“Dimana
rumahnya?” Tanya Amsya.
“Shah Alam
seksyen 7 boleh hantar Lia tak? Lepas tu awak pergilah jumpa kekasih awak.”
Cadang Alia.
“Baiklah abang
hantar Lia ke sana tapi ingat abang bagi masa setengah jam saja. Lepas tu abang
datang ambil Lia. Boleh?”
“Setengah jam.
Mana cukup. Satu jam. Lia nak makan lagi nak berbual dengan aunti Suhaila lagi
pun sudah lama Lia tidak jumpa dia. Pleasesssss….” Pinta Alia pohon belas
kasihan dengan kedua tangannya dirapatkan dan wajah sedihnya merenung Amsya. Walaupun
hari raya lepas dia sudah berjumpa dengan Puan Suhaila tapi dia tidak
berkesempatan berbual panjang.
Amsya membalas
renungan itu dengan tersengih melihat gelagat manja Alia. Dia memegang tangan
Alia kemudian melepaskannya lalu bersuara.
“Baiklah. Tapi
lepas itu Lia kena follow abang.” Balasnya bersyarat. Alia mengangguk.
“Tapi awak nak
bawa Lia ke mana?” Tanya Alia kerisauan berkerut dahinya.
“Jangan risaulah
bukan bawa lari pun.” Balas Amsya. Dia menghala keretanya ke Shah Alam.
Setengah jam perjalanan mereka sampai di depan rumah Zafrul. Belum sempat Alia
turun, Amsya menarik tangannya.
“Cium abang
dulu.” Pinta Amsya tegas.
“Tak ada dalam
syarat pun tadi.” Balas Alia bermasam muka.
“Nak pergi ke
tak nak?” soal Amsya kembali. Alia menghela nafas mengeluh, terpaksalah dia
mencium pipi Amsya. Tersenyum manis Amsya.
“Ingat satu jam
dari sekarang. Abang tunggu kat sini. Kalau Lia tak keluar abang masuk.” Arah
dan syarat yang diberi Amsya. Alia mengangguk, dia keluar dari kereta lalu
memasuki halaman rumah Zafrul.