Kebiasaannya pada bulan
puasa Alia akan memberi pelepasan kepada semua staffnya habis kerja
lebih awal jika hari biasa mereka pulang pada pukul lima petang tapi bulan
Ramadhan mereka pulang pada pukul 3.45petang. Waktu kerja juga telah
dipercepatkan pada pukul lapan pagi.
Hari pertama berpuasa Alia
sudah memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa dia tidak boleh berbuka bersama
mereka kerana dia akan menemani Puan Anis berbuka puasa. Petang itu Alia keluar
dari biliknya mengambil kunci kereta Syafikah untuk ke rumah Puan Anis. Sebelum
ke sana dia telah ke pasar untuk membeli lauk mentah. Alia lebih suka memasak
sendiri jika terluang. Lebih kurang pukul lima petang dia sampai di rumah Puan
Anis. Kedatangannya disambut mesra.
Alia masuk
kemudian terus ke dapur bersama barang-barang yang dibelinya tadi. Dia
meninggalkan sebentar barang-barang itu di sink kemudian naik ke atas bilik
Puan Anis untuk solat asar. Selepas itu dia turun semula ke dapur untuk memasak
bersama Puan Anis. Sambil menyediakan masakan untuk berbuka puasa, Puan Anis
memberitahu Alia.
“Lia, tadi Roza
ada hubungi ummi katanya baju Lia dan Am sudah siap dia mahu Lia dan Am pergi
ke butiknya try baju. Satu lagi barang-barang untuk hantaran Lia bagi pada Roza
nanti dia gubah semuanya.”
“Bila ummi?”
Saol Alia.
“Lusa, Lia minta
cuti pergi dengan Amsya” Arah Puan Anis. Alia mengangguk apa boleh buat
terpaksalah dia keluar bersama Amsya lusa.
Selesai sahaja
memasak, waktu berbuka hampir tiba. Alia menghidang lauk-pauk yang di masaknya
tadi di atas bersama air bandung. Mereka berdua menunggu laungan azan maghrib.
Selepas berbuka Alia mengemas semula meja dan membasuh pinggan mangkuk kemudian
dia dan Puan Anis menunaikan solat maghrib. Selepas itu mereka berdua bergerak
ke masjid untuk solat terawih.
Amsya yang juga
berbuka keseorangan pada hari pertama puasa di kondominiumnya. Usai sahaja
berbuka dan solat maghrib, sambil berehat sebentar menunggu solat Isyak.
Teringat dia pada umminya lalu mengambil telefon bimbit menghubungai umminya. Talian berdering tetapi tidak
dijawabnya dua kali dia menghubungi Puan Anis namun panggilannya tidak dijawab. Dia bangun pergi
ke masjid.
Selesai sahaja
sembahyang terawih Alia menghantar Puan Anis ke rumah. Selepas itu Alia terus
balik ke rumahnya di Putrajaya. Puan Anis mengambil telefon bimbitnya di atas
meja dilihatnya panggilan daripada Amsya. Dia menghubungi anaknya itu.
“Assalamualaikum
ummi.” Jawab Amsya
“Waalaikummusalam,
Am telefon ummi ke tadi?” Soal Puan Anis.
“Ya, ummi ke
mana tadi? Macam mana dengan puasa?” Tanya Amsya.
“Ummi buka puasa
dengan Lia, lepas itu ummi pergi masjid solat terawih. Am pergi terawih ke
tidak?” Balas Puan Anis. Amsya tersengih mendengar nama Alia disebut umminya.
“Pergi. Lia ada
di rumah ke?” Tanya Amsya sambil membayangkan wajah Alia.
“Tak ada, lepas
hantar ummi dia terus balik.” Jawab umminya. Amsya terkilan dan serba salah
hatinya berkata…“Baik sungguh Lia dengan ummi.”
“Am, tadi Roza
telefon ummi, dia suruh Am dan Alia
pergi butik dia try baju lusa. Boleh ke Am minta cuti pergi dengan Lia. Ummi
sudah bagitahu Lia suruh dia pergi beli barang hantaran dengan Am. Lepas itu Am
pergilah buka puasa dengan dia. Boleh?” Terang Puan Anis. Membuatkan Amsya
tersenyum lebar boleh keluar dengan Alia.
“Boleh ummi
nanti Am telefon Lia.” Balasnya.
“Bawa Alia tu
baik-baik.” Pesan Puan Anis pada anak terunanya.
“Baiklah ummi
jangan risau, Am jaga dia baik-baik. Ok ummi bye.”Balas Amsya kemudian terus
memutuskan talian.
Malam itu juga
Amsya menghubungi Alia. Tidak sabar rasanya dia mahu keluar dengan Alia lusa.
Dia melihat jam tangannya hampir pukul sebelas malam. Dia terus menghubungi
Alia. Alia baru sahaja sampai di rumahnya, dia melihat skrin telefon bimbitnya
yang berdering. Nak tidak nak dia terpaksa menjawab panggilan dari bakal
suaminya itu. Dia memberi salam sejerus menjawab panggilan itu. Salamnya
disambut oleh Amysa.
“Lia, apa khabar
ada di mana ni?” Soal Amsya.
“Baik. Baru jer
sampai rumah, dalam kereta lagi. Ada apa En.Amsya telefon?” Jawab Alia,
“Lia pergi buka
puasa rumah ummi ke?” Soal Amsya lagi.
“Iya, lepas itu
pergi terawih, awak telefon ummi ke? Balas Alia.
“Telefon tanya
khabar ummi. Baiknya Lia buka puasa dan bawa ummi pergi terawih lagi.” Puji
Amsya.
“Kenapa pula
tidak boleh ke? Saya sayang ummilah, takkan nak tengok ummi buka puasa
sorang-sorang kesian ummi.” Balas Alia menyentuh perasaan Amsya.
“Tidak kata pun
tidak boleh, Ummi ada bagitahu apa-apa ke?”
“Ada, ummi suruh
kita pergi butik Roza lusa.”
“Abang ambil Lia lusa pukul
sepuluh. Kita pergi beli barang lepas itu pergi butik kemudian kita pergi buka
puasa. Lia nak abang ambil Lia dirumah sewa Lia ke? Di mana rumah sewa Lia?.”
Alia mendengarnya menyampah dengan Amsya membahasakan dirinya abang. Dia
membalas pertanyaan Amsya.
“Kita jumpa
diluar saja. Jumpa di Presint 15.”
“Ok. Selamat
berpuasa.” Balas Amsya mengakhiri perbualannya. Alia juga meletakkan telefonnya
setelah Amsya memutuskan talian.
Alia terus masuk ke
rumahnya. Syafikah masih ada diruang tamu menonton TV selepas balik dari
terawih. Hana dan Mimi sudah masuk bilik. Alia menuju ke Syafikah sambil
tersenyum Syafikah melihat sahabatnya begitu gembira.
“Happy semacam
jer.” Kata Syafikah.
“Eh, mestilah
boleh buka puasa dengan orang yang kita sayang.” Balas Alia.
“Sayang betul
kau pada Puan Anis.” Kata Syafikah
“Kau tahu
kenapa?” Soal Alia sambil tersenyum keningnya diangkat-angkat.
“Sama dengan
mama kau tapi tak serupa.” Jawab Syafikah. Alia senyum lebar mendengar jawapan
dari sahabatnya itu.
“Tahu tak apa… Samakan sikap
dia dengan mama. Cara dia berjalan, bercakap, senyum dia lemah lembut macam
mama akukan? Walaupun wajahnya tidak sama, ummi cantik tapi… mama aku lagi cantik. Aku rindulah dekat
mama, kalau jumpa Puan Anis terubat juga rindu aku pada mama. Tadi masa berbuka
dan solat terawih bila tengok saja wajah Puan Anis nampak wajah mama.” Kata
Alia sambil membayangkan wajah mama dan papanya apalagi mengalirkan airmatanya.
Dia cepat-cepat mengesat airmatanya. Syafikah faham perasaan Alia, dia tahu
Alia sangat rapat dengan mama dan papanya. Semasa mereka masih hidup Alia
setiap malam menghubungi mamanya ada saja cerita yang dibualkan dengan mamanya.
“Syaf, macam mana kalau
lepas ini aku boleh pujuk ummi terima kekasih En.Amsya sebagai menantu dia. Dia
akan sayang aku dan anggap aku macam anak dia tak? Soal Alia membuatkan Syafikah
tersentuh hati dengan pertanyaan itu tidak tahu bagaimana mahu menjawab.
Syafikah menarik nafas panjang.
“Mestilah dia kan sayang
kau. Kau pernah jadi menantu dia.” Pujuk Syafikah tidak mahu kawannya itu
terasa hati dan bersedih. Alia tersenyum. Tiba-tiba Alia teringat pada Mak Tim
dan Pak Majid. Dia terus menghubungi orang tua itu.
Panggilan Alia
dijawab. “Hello”
“Hello Pak
Majid. Pak Majid dan Mak Tim apa khabar? Macam mana dengan puasa?” Tanya Alia.
“Alhamdulilah.
Kami sihat, Lia macam mana?” Soal Pak Majid.
“Lia sihat juga.
Mak Tim ada tak? Lia nak cakap dengan Mak Tim.” Rayu Alia
“Ada. Kejap Pak Majid
panggil.” Beberapa minit kemudian Alia mendengar suara Mak Timnya diceruk
talian telefon dia menarik nafas panjang. Mak Tim memberi salam padanya. Alia
menjawab salam itu. Mak Tim mendengar suara Alia sedikit sebak.
“Along kenapa ni? Along
menangis ke?” Soal ibu susuannya.
“Rindulah.” Jawab Lia
sepatah.
“Rindu sapa? Mama ke Mak
Tim? Soal Mak Tim dengan manja.
“Dua-dualah. Mak Tim hujung
minggu ni Lia balik Mak Tim masak masakan kegemaran Lia boleh? Kita buka puasa
sama-sama nanti Lia telefon Arshraf.” Pinta Alia dengan mesra.
“Boleh sayang. Semalam abang
Hairi ada telefon, dia kirim salam.” Beritahu Mak Tim pada Alia. Alia menjawab
salam itu.
“Abang sihat ke?” Tanya
Alia.
“Sihat, Lia tidak hubungi
abang ke? abang bagitahu dia ada satu sem lagi lepas itu habislah.” Jawab Mak
Tim.
“Oh…Enam bulan lagi, pejam
celik pejam celik sampai masa enam bulan. Lia tidak telefon lagi nantilah Lia
telefon abang. Ok Mak Tim pergilah tidur sudah lewat ni nanti nak bangun
bersahur pula, kirim salam pada Pak Majid.”
Alia memutuskan talian.
Syafikah melihatnya mengelengkan kepala itulah Alia semua orang tuanya mahu dihubungi itu tidak lagi
Tok Wan dan Akinya.
“Syaf, pagi esok kita pergi
pejabat Arkitek Shukri nak sain surat claim. Lusa aku cuti… Aku naik dulu
nak tidur. Sahur nanti kau tolong kejut aku kalau aku tidak sedar.” Kata Alia
mengangkat kening kepada Syafikah. Syafikah mengangguk namun dahinya berkerut.
Alia bangun mendaki tangga
loteng rumahnya naik ke atas untuk ke biliknya, Syafikah bertanya.
“Kau cuti kenapa?”
“Jumpa orang sewellah apa
lagi.” Balas Alia sedikit melaung. Syafikah sekali lagi tersenyum mengelengkan
kepala sambil mengambil remote television lalu menutupnya, dia juga ke bilik
untuk tidur.
Selepas bersahur pagi itu
Alia terus mandi dan berpakaian kemas untuk ke pejabat sebelum itu dia bergegas
ke masjid terdekat untuk jemaah subuh, kemudia itu dia terus ke pejabat. Dia
tidak tunggu kawan-kawannya. Sampai sahaja dipejabat dia terus membuat
kerja-kerjanya seperti biasa. Dia teringat kad kahwin yang dikirimnya ke
kampung, dia mengangkat gangang telefon pejabatnya lalu menekan nombor rumah
neneknya. Dia memberi salam terlebih dahulu setelah mendengar suara tok wannya
diceruk telefon.
“Tok Wan ada terima ke kad
kahwin yang Lia hantar?” Soalnya.
“Ada. Tok Wan sudah bagi pun
pada saudara-mara kita dan orang kampung. Terkejut pak long dan mak su kamu.”
Jawab Tok Wannya.
“Apa kata mereka Tok wan?”
“Mak su kamu tidak cakap apa
dia setuju saja, cuma Pak long kamulah kecil hati kamu tolak pinangan Faris,”
Balas Tok Wannya. Alia diam.
“Seminggu sebelum hari raya
Lia balik nanti kita buat persiapan sama-sama. Tok Wan jaga diri, kirim salam
pada Aki.” Sekali lagi Alia memberi salam mengakhiri perbualan dengan neneknya.
Dia menyambung semula
kerja-kerjanya. Syafikah masuk ke bilik Alia seperti biasa dia membaca laporan
kerja kepada bosnya itu. Selepas itu dia bertanya pada Alia.
“Awal kau Lia, kau pergi
masjid ke tadi? Pukul berapa kau nak pergi ke pejabat arkitek.”
“Maaflah aku tinggal kau
tadi, aku ke masjid solat subuh lepas tu
aku terus datang office. Pukul 9.00 kejap lagi kita pergilah. Kau tolong bawa
semua dokumen yang memerlukan tandatangan arkitek, report untuk projek hotel
bawa juga sekali dengan interim” Balas Alia.
“Baik bos. Aku keluar dulu.”
Balas Syafikah, lalu keluar dari bilik Alia.
Sambil Alia Nasuha membuat
kerja-kerjanya dia melihat cincin tunang yang dipakainya. Teringat dia pada
Amsya difikirnya mampukah dia menyatukan Amsya dengan kekasihnya. Apa nasib dia
selepas menjadi janda ada ke lelaki yang ingin terima dia selepas ini. Macam
mana dengan Puan Anis. Kenapa aku sayang sangat pada ummi sampai aku tidak
boleh lupa dia. Sedang asyik mengelamun intercom biliknya berbunyi.
“Lia, Faris line 2, kau nak
cakap dengan dia ke?” Kata Syafikah.
“Apa lagi dia nak? Aku
jawablah.” Balas Lia, dia menjawab pangilan Faris.
“Hello, Faris kenapa kau
telefon pejabat. Lain kali telefon hanset aku. Kau nak apa lagi?”
“Kau nak kahwin ya Lia?
Berani kau tolak pinangan aku. Aku sayang dan cinta kau kenapa kau tidak balas
saja cinta aku dan terima aku sebagai suami kau. Aku tidak akan lepas kau
Alia.” Tengking Faris dengan marah.
“Eh, Faris aku sudah
bagitahukan jangan ganggu aku. Aku tidak akan terima kaulah. Sudahlah Faris.”
Balas Lia, terus meletakkan telefon kuat. Malas dia mahu layan Faris. Huh…Alia
mengeluh.
Dia bangun mencapai
handbagnya lalu keluar mendapatkan
Syafikah. Sampai sahaja didepan meja Syafikah dia terus mengajak Syafikah ke
pejabat Shukri Arkitek. Alia membawa keretanya ke KLCC. Dia bersuara.
“Syaf, kau jangan bagi tahu
siapa-siapa tentang perkahwinan aku termasuk budak office kita dan
kenalan-kenalan papa aku.”
“Aku tidak akan
bagi tahu siapa-siapa Lia. Aku faham semua itu.” Balas Syafikah.
“Tapi aku takutlah Syaf,
tadi Faris telefon ugut aku lagi. Apa dia nak dari aku pun aku tidak tahu.
Macam mana nasib aku lepas ini jadi janda, ada ke orang nakkan aku selepas
ini.” Kata Alia dengan sedih dan kesal sedikit dengan perkahwinan yang akan di
tempuhi.
Syafikah memandang Alia
dengan penuh kesyahduan.
“Lia, apa pendapat kau
tentang Amsya?” Soal Syafikah.
“Aku tidak tahulah Syaf. Itu
satu, dia tidak sabar-sabar nak kahwin. Iyalah mungkin dia sudah ada
perancangan bagi dia dan kekasihnya. Aku pun tidak tahu berapa lama aku kahwin
dengan dia. Macam mana aku mahu hadapi semua ini. Kes papa sudah mula, aku
mesti cari punca kematian papa aku.” Balas Alia dengan rasa resah.
Mereka sampai di KLCC Alia
parking kereta di tingkat bawah. Dia dan Syafikah mengambil dokumen yang
memerlukan tandatangan En.Shukri.
“Lia kau sudah buat
temujanji dengan E.Shukri ke? Kau tidak bagitahu pun kau nak jumpa dia hari
ini.” Soal Syafikah, sambil mereka melangkah ke pintu lif. Alia tidak menjawab
hanya senyum kepada Syafikah.
Sampai sahaja di pejabat
En.Shukri, mereka di pelawa masuk ke bilik En.Shukri, kebetulan Zafrul ada
dipejabat ayahnya. Alia dan Syafikah masuk Zafrul yang ada di situ memandang
Alia dengan senyum manis. Senyum itu dibalas Alia. Mereka membincangkan pelan
dan dokumen yang berkaitan dengan projek-projek yang mereka laksanakan
sekarang.
Sepanjang perbincangan itu
Zafrul hanya memerhati Alia. Alia perasan dengan sikap Zafrul yang asyik
memandangnya. Bisik hati Alia “Kenapa Zafrul asyik tengok aku jer. Sebelum ini
pandang aku pun tidak mahu.”
Hampir satu jam setengah
mereka berbincang Alia dan Syafikah meminta diri untuk pulang. Mereka
meninggalkan pejabat En.Shukri terus ke parking kereta. Zafrul mengekori mereka
dari belakang.
Danial Amsya dan Irfan baru
sampai di pejabatnya tengah hari itu selepas pergi meeting di salah sebuah anak
syarikat Petronas. Irfan memarkingkan keretanya di basement. Ketika berjalan
menuju ke lif. Amsya terpandang satu kereta Hyundai Sonata dia memberhentikan
langkah melihat nomnor plate WA8189A. Bisik hatinya. “Ini kereta Syafikah. Alia
atau Syafikah yang bawa?”
Amsya nekad
untuk melihat sendiri siapa yang pakai kereta itu? Apa mereka buat di sini, nak
katakan mari makan jauh sangat lagi pun sekarang ini bulan puasa. Dia memangil
Irfan.
“Fan pinjam
kunci kereta kau.” Minta Amsya.
“Kau nak buat
apa? Soa Irfan. Amsya menunjuk kereta Hyundai Sonata milik Alia itu kepada
Irfan.
“Kau tengok tu,
aku kenal kereta itu. Kereta bos Alia. Aku nak jadi spy sekejap, aku nak tunggu
dalam kereta kau.” Kata Amsya.
“Aku ikut, jom kita tunggu
sama-sama” Balas Irfan. Mereka berdua melangkah ke keretanya yang selang
beberapa buah dari kereta Alia.
Selang beberapa minit Amsya
melihat kelibat mereka berdua. Sampai sahaja di kereta Alia belum sempat
membuka kunci kereta. Zafrul muncul dari belakang telah memanggil Alia. Alia
memberhentikan langkahnya. Alia menyerah kunci kereta pada Syafikah. Zafrul
menghampiri Alia yang kebetulan berdiri didepan pintu kiri keretanya. Syafikah
melangkah masuk ke dalam perut kereta disebelah driver kali ini dia membawa
kereta Syafikah.
“Ada apa En.Zafrul?” Soal
Alia. Memerhati Zafrul menuju ke arahnya.
“Tidak payahlah
berencik-encik panggil macam biasalah macam dulu-dulu. Panggil abang jer. Hujung minggu ni abang nak ajak Lia buka
puasa nak tak?” Pelawa Zafrul membuat Alia terdiam seketika dia serba salah.
Lalu menjawabnya.
“Tidak boleh Lia balik
Puchong sudah janji dengan Mak Tim dan Arshraf nak berbuka bersama-sama. Lain
kali sajalah.” Balas Alia dengan senyum. Amsya dan Irfan sedang memerhatikan
mereka.
“Lia tidak sudi
keluar dengan abang ke?” Soal Zafrul lagi.
“Bukan macam tu,
tapi Lia betul-betul tidak boleh.” Balas
Alia.
“Baiklah kita
jumpa lain kali, nanti abang telefon Lia.” Jawab Zafrul memandang tepat ke arah
mata Alia dengan senyum mengoda membuatkan Alia melarikan pandangannya kearah
lain.
“Wowww…siapa tu Amsya.
Kacaknya boy tu. Hai! tidak kahwin lagi sudah ada pencabar. Berat kau Am,” Uji
Irfan pada Amsya sambil memerhati Amsya yang diam tidak terkata melihat jejaka
yang sedang bercakap dengan Alia. Amsya merasa cemburu apa tidaknya bakal
isteri bercakap dengan jejaka handsome begitu.
Bisik hatinya. “Pernah aku
jumpa lelaki ini tapi dimana?” Difikirnya, baru dia ingat. “Yes…lelaki yang
tolong Lia semasa Lia jatuh dulu. Apa hubungan mereka?”
Selepas itu Zafrul beredar
dari situ. Alia memerhati Zafrul yang melangkah pergi sambil berpaling ke
arahnya. Amsya keluar dari kereta Audi milik Irfan dengan pantas mendapatkan
Alia yang baru hendak masuk dalam perut kereta. Sekali lagi nama Alia dipanggil.
Alia tersentak dan berpaling semula ke belakang.
“Hi, Lia dari
mana ni?” Sapa Amsya. Sesampainya dia didepan Alia.
“Oh! En.Amsya, saya ada
meeting dekat sini. Awak buat apa kat sini?” Balas Alia sedikit terkejut
melihat Amsya didepannya.
“Di sinikan pejabat saya.
Siapa tadi tu? Esok jadikan janji kita?” Balas Amsya senyum pada Alia. Soalan
itu membuatkan Alia tahu yang Amsya nampak Zafrul bercakap dengannya.
“Tadi tu, engineer C&S.
Esok jadilah kenapa nak ubah fikiran ke?” Jawab Alia.
“Tidaklah. Esok saya datang
ambil Lia di persint 15. Kita jumpa di sana.” Balas Amsya lalu beredar dari
situ. Dengan senyum penuh makna.
Alia memerhati Amsya yang
berlalu dari situ kemudian dia memasuki keretanya yang dipandu oleh Syafikah.
Alia diam seketika memikirkan dua lelaki yang hadir dalam hidupnya kini dua-dua
bermasalah memeningkan kepalanya. Syafikah sambil memandu berpaling tengok Alia
sedang termenung memikirkan sesuatu.
“Kau kenapa Lia?” Tanya
Syafikah.
“Entahlah terjumpa pula dua
lelaki dalam satu masa. Kau rasa siapa lebih kacak, tampan, dan bergaya?” Soal
Alia dengan gaya poyonya mengangguk-angguk kepada Syafikah.
“Dua-dua pun
handsome, kau pilih siapa?” Balas Syafikah.
“Eh, kau ni
sewel ke apa? tidak pasal-pasal dapat title sewel. Dua-dua kacak pun bukan aku
punya.” Jawab Alia dengan gelak ketawanya. Syafikah menggeleng kepala malas nak
layan si Alia. Dia menumpu perhatian pada pemanduannya.