Danial Amsya memasukkan beberapa helai pakaian yang
masih tertinggal ke dalam bagasinya. Hari ini dia akan terbang ke Itali selama
dua minggu. Usai sahaja mengemas dia terus turun ke tingkat bawah bersama
bagasinya. Sebelum turun dia menghubungi Tengku Umairah. Line disambung,
tersenyum manis Tengku Umairah melihat diskrin telefon bimbitnya tertera
‘sayangku Amsya’ lalu dijawabnya.
“Hello sayang”
“Hello sayang, abang mahu bagitahu sekarang abang sudah
nak bertolak ke Itali dua minggu. Sayang jaga diri tau”.
“Abang ke sana jangan pula nak menggatal dengan
mana-mana perempuan mat salleh. Kalau Mairah dapat tahu siap abang” Ugutnya
dengan manja.
“Mana ada, Umairah sorang dalam hati abang, jangan
risaulah, abang sayang Umairah.” Pujuk manja Amsya pada Tengku Umairah.
“Abang, kita jumpa di airportlah. Umairah tunggu abang
di sana?”
“Tak payahlah, kita jumpa nanti abang balik dua minggu
lagi, nanti abang telefon sayang bila sampai di sana”. Ujar Amsya. Dia tidak
mahu umminya terserempak dengan Tengku Umairah,takut lain pula jadinya.
“Oklah bang…bye…mmmmut” satu cium terdengar dari
Tengku Umairah untuk Amsya.
“Bye sayang” Amysa mengakhiri perbualan.
Puan Anis menunggu Amsya diruang tamu rumahnya sambil
melirik kearah jam dinding 9.00malam. Dia memandang anak terunanya itu menuruni
tangga.
“Amsya sudah siap ke?”
“Sudah ummi”
“Jomlah kita pergi, nanti tertinggal flight pula”
“Nanti kejap ummi. Irfan belum sampai lagi”
“Am janji dengan Irfan ke? Tidak bagitahu ummi pun?”
Tanya Puan Anis sambil memandang Amsya disebelahnya.
“Iya, Amsya janji dengan dia, Am tidak beranilah nak
suruh ummi bawa kereta jauh-jauh. Ada apa-apa susah pula.” Terangnya sambil
memegang lengan Puan Anis.
Sambil mereka berbual-bual terdengar deruan engine
kereta diluar halaman rumah mereka..
“Hah, panjang umur sudah sampai pun. Jom ummi” Amsya
mengajak ummi kesayangannya itu. Dia memasukkan bagasinya ke dalam kereta
Irfan, kemudian dia dan umminya masuki kereta. Kereta Audi milik Irfan meluncur
laju ke KLIA.
“Ummi, lusa ummi ada temujanji dengan doktor kena
pergi hospital. Amsya minta tolong Irfan hantar boleh?”
“Tak payahlah ummi boleh pandu kereta sendiri bukan
jauh pun Bangi dengan hospital Putrajaya tu. Tak payah nak susah-susahkan
Irfan.”
“Boleh ke Auntie pergi sorang? saya boleh tolong
hantarkan.” Jelas Irfan.
“Tak payahlah kamukan kerja, Auntie boleh pergi
sendiri” Tegasnya.
“Baiklah kalau ummi sudah cakap begitu tapi ummi
hati-hati sikit”.
Perjalanan mengambil masa selama setengah jam dari
Bangi ke KLIA. Sesampainya mereka di sana Irfan mencari parkingberpusing
dua kali mencari parkingsemua penuh akhirnya ada sebuah kereta keluar
dia terus memasuki petak parking sejerus kereta itu beredar. Mereka keluar dan
menghantar Amsya sehingga ke pintu berlepas Antarabangsa.
“Ummi, Amsya masuk dulu ya?” Ujarnya memandang tajam
kearah umminya sambil tersenyum.
“Ya, jaga diri baik-baik Am” pesan Puan Anis untuk
anak kesayangannya itu. Amsya bersalam dan memeluk umminya dibalas dengan
ciuman dipipi oleh si ibu. Dia juga bersalam dengan Irfan.
“Irfan tolong
tengok-tengokkan ummi ya, kalau ada apa-apa bagitahu aku”
“Ya, aku tahu kau jangan risaulah, nanti aku jenguk
selalu ummi kau”
“Terima kasih Fan. Aku masuk dulu, bye ummi” Amsya
melangkah masuk ke ruang pelepasan antarangsa sempat pula dia melambai tangan
ke arah umminya satu fly kiss diberikan kepada umminya. Selepas bayangan
Amsya hilang dari pandangan. Irfan mengajak Puan Anis balik.
“Jom, Auntie kita balik” Mereka melangkah meninggalkan
KLIA. Irfan menghantar Puan Anis ke rumahnya di Bangi.
Dua hari sudah Amsya meninggalkan umminya. Malam itu hujan
renyai-renyai Puan Anis mengambil ubatnya didapur dan sebotol air mineral untuk
dibawa ke biliknya. Dia merasa kurang sihat dia mengambil telefon bimbitnya
diletakkan di atas meja tepi katil. Risau kalau-kalau apa terjadi padanya dia
akan segera hubungi Irfan atau hospital. Dia merebahkan badannya untuk tidur.
Alia dan teman-temannya sedang menonton filem aksi dan
cinta yang dibintangi oleh Angelina Jolie. Jarum jam diangka sebelas malam Mimi
dan Farhana sudah masuk bilik hanya Lia dan
Syaf masih lagi menonton. Terdengar guapan dari Syafikah.
“Lia, aku masuk tidur dululah” kata Syafikah lalu
bangun menuju ke biliknya.
“Temanlah aku, best cerita ni” Jawabnya sambil
memandang Syafikah dengan matanya dikelip-kelip kearah Syafikah.
“Nanti besok kalau lambat kau marah aku Lia” Jawab
Syafikah mengerut dahi mukanya dimasamkan.
“Dah pergilah, aku boleh tengok sorang” Jawab Alia
sedikit merajuk.
“Kau tu kalau tidur lambat, nanti kau bangun lambat.
Tidurlah Lia” Lauh Syaf pada Lia. Alia menjuih bibirnya.
Pagi keesokakan harinya Puan Anis bangun dari tidur terus
ke bilik air membersihkan badannya kemudian dia bersolat subuh. Hari ini
temujanjinya dengan doktor pukul 9.00pagi. Dia sudah bercadang mahu ke hospital
pukul lapan 8.30. Sebelum itu dia menyediakan sarapan untuk dirinya.
Syafikah telah bersiap untuk ke pejabat, hari ini
seperti yang dijanjikan dia dan Lia akan ke tapak projek di sepang. Temannya
Mimi dan Farhana sudah ke pejabat. Dilihat jam tangannya 8.30pagi.
“Mana si Lia ni tak turun lagi…Lia..Lia” Jerit
Syafikah dari tingkat bawah tapi tidak disahut oleh Lia. Dia naik semula ke
tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Lia, pintu bilik tidak dibuka. Dia
mengambil keputusan masuk sahaja ke dalam bilik Lia, dia memulas tombol pintu
tidak berkunci dilihatnya Lia masih tidur tapi sudah berpakaian lengkap untuk
ke pejabat. Dia mengejut Alia dengan suara yang kuat.
“Lia, bangun dah lewat ni, kenapa kau tidur semula”
Alia tersedar apabila Syafikah menggoncang bahunya.
“Pukul berapa sekarang ni?”
“Lapan setengah, cepatlah kau tidur lewat semalam kan?”
“Bukan lewat sangat pun, pukul dua jer” Jawabnya
selamba
“Ehhh..kau ni Lia, harapkan kau ni majikan aku jer, kalau
tak aku dah tinggal kau”
“Iyalah-iyalah aku basuh muka kejap.” Alia bangun
menuju ke bilik air membasuh muka selepas itu mengambil bag dan telefon
bimbitnya.
“Jom, kita pergi sekarang.” Ajaknya.
Alia Nasuha memecut keretanya ke pejabat untuk
mengambil beberapa dokumen dan pelan untuk di bawa ke tapak projek. Tiba-tiba
dia terfikir sesuatu.
“Syaf, kita tak payah pergi office lah, kau hubungi site
supervisor Nizam dan Halim bawa pelan ke sana. Kau hubungi dia orang, kita tunggu di sana”.
Syafikah mengikut sahaja arahan yang di berikan oleh
Alia. Dia menghubungi dua rakan sekerjanya itu. Alia memperlahankan keretanya
apabila lampu kuning menyala dia terus memberhentikan keretanya sejurus lampu
merah menyala gear di tukar ke N. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu.
Degummm…keretanya dilanggar, Alia terkejut. Muka nya terus berubah pucat
jantungnya berdegup laju.
“Hah…Syaf siapa langgar kereta akuuuu?” Jerit Alia. Tanpa
berlengah dia dengan cepat keluar dari
keretanya menuju ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang
wanita dalam kereta yang melanggarnya dalam keadaan sakit. Dia cepat membuka
pintu kereta wanita itu untuk menolong, dengan jelas Alia
nampak wanita itu payah untuk bernafas kemungkinan terkena heart attack. Dia memegang wanita itu tetapi keadaan menjadi bertambah
cemas apabila deruan nafas wanita itu semakin kuat.
“Sya cepat Syaf” Laung Alia dengan kuat mujur dia masih
mampu mengawal akal fikirannya, dalam kedaan begini macam-macam boleh berlaku,
dengan laju Syafikah keluar dari kereta
“Kenapa Lia?”
“Syaf, auntie ni kena serangan jantung. Cepat kau
alihkan kereta ke tepi. Kunci kereta tu kemudian kau bawa kereta ni kita pergi
ke hospital” Arah Alia dengan cemas.
Syafikah mengalihkan kereta Alia, kemudian kembali ke
kereta tadi. Alia memapah wanita itu dan meletaknya dibahagian belakang.
“Kau bawa kereta ni Syaf, kita ke hospital…cepat Syaf”
Arahnya lagi dengan cemas.
“Auntie sabar ya saya bawa auntie ke hospital…Syaf kau
masuk ke kecemasan terus..cepat sikit Syaf.”. Arah Alia cemas melihat keadaaan
wanita itu yang sukar bernafas. Syarifah membawa kereta dengan laju dia menekan
butang emergency…
Nafas wanita itu sudah terputus-putus Lia cuba
menenangkan wanita itu dengan mengosok bahagian dada yang sakit. Syaf
memberhentikan kereta di depan pintu kecemasan dia keluar mendapatkan
jururawat. Selang beberapa saat dua orang jururawat keluar berlari dengan membawa
tracher menuju ke arahnya, dia mengeluarkan wanita itu dua jururawat tadi
membaringkan wanita itu ke atas tracher dan diberi bantuan penafasan. Lia
mengikut jururawat itu yang menolak wanita itu ke bilik kecemasan. Syafikah
mengalihkan kereta ke tempat parking.
Alia mundar-mandir diluar bilik rawatan. Syafikah
berhenti dihadapannya dengan termengah-mengah kelelahan kerana berlari, dia
menghulurkan bag wanita itu kepada Alia. Alia mengambilnya dicarinya kad pengenalan
diri. Terus dia membuat pendaftaran. Tercatat nama di kad pengenalan wanita
tersebut Nor Anis binti Abdullah beralamat di Bangi. Dia menyelongkar bag
wanita mencari makluman keluarga wanita itu untuk dihubungi. Tapi tidak ada apa
yang dijumpainya.
“Syaf kau balik pejabat urus apa yang patut, kau bawa
kereta makcik tu dulu. Kau hubungi siapa-siapa ambil kereta aku hantar
workshop”. Syafikah meninggalkan Alia sendirian di hospital.
Seorang doktor keluar dari bilik kecemasan mencari
pewaris Nor Anis. Dia bangun.
“Ya saya, doktor bagaimana dengan Puan Anis?’Soalnya
cemas
“Tenang Cik, Puan Anis dalam keadaan stabil”
“Boleh saya jumpa dia”
“Boleh tapi jangan banyak bercakap, keadaannya masih
lemah”
“Terima kasih doktor”. Lia masuk ke dalam bilik
rawatan dia melihat Puan Anis dalam keadaan lemah dan separuh sedar. Dia
memegang tangan wanita itu, pegangan tangan Alia dibalas Puan Anis. Puan Anis
mengukir senyum kepada Alia, Lia membalasnya. Lia melihat bibir Puan Anis
bergerak mungkin ingin memberitahu sesuatu. Lia mendekatkan telinganya.
“Terima kasih nak” itu ucapan yang didengarnya. Lia
senyum dan mengangguk kepalanya.
“Auntie rehat dulu, jangan banyak cakap” Nasihat Lia
pada Puan Anis.
Satu jam Alia berada dalam bilik wad Puan Anis. Dia
ingin bertanya Puan Anis siapa yang perlu dihubungi untuk memberitahu keadaan
Puan Anis. Dia menunggu keadaan Puan Anis tenang sedikit, baru dia bertanya.
Lia mengusap dahi puan Anis perlahan-lahan sambil senyum ke arah Puan Anis. Lia
perlahan-lahan bersuara.
“Auntie, Saya Alia Nasuha” Lia memperkenalkan dirinya.
Puan Anis senyum padanya
“Boleh saya hubungi keluarga auntie? saya nak bagitahu
yang auntie berada di sini. Siapa boleh saya hubungi?” lembut bicaranya dengan
Puan Anis. Puan Anis membuka penutup oksigen dimulutnya.
“Anak auntie” Jawab Puan Anis dengan perlahan tapi
masih boleh didengar oleh Alia.
“Auntie ada no dia?” Balas Alia lagi.
“Tengok dalam telefon auntie” . Lia mencari telefon
puan Anis sekali lagi dalam bagnya tapi tidak ada.
“Handphone auntie tak ada dalam bag” Lia memberitahu.
“Cuba tengok dalam kereta?”.
Lia menghubungi Syafikah. Line telefon bersambung.
“Hello. Syaf, kau tolong tengok handpone auntie dalam
kereta kalau ada kau bawa ke mari”
“Baik Lia”.
“Auntie, suami auntie ada?” Soalnya lembut. Puan Anis
menggelengkan kepala. Lia mengangguknya faham dengan maksud Puan Anis.
“Anak auntie kerja dimana?”
“Dia kerja dengan petronas, tapi sekarang dia berada
di Itali out station” Terang Puan Anis pada Alia.
“Oh, berapa lama?”
“Dua minggu, dia baru pergi dua hari lepas” Terang
Puan Anis pada Alia
“Lia tunggu kawan Lia, tadi dia pakai kereta auntie ke
pejabat sekejap. Mungkin handphone auntie ada dalam kereta. Sekarang dia on
the way”. Jelasnya kepada Puan Anis.
Beberap minit Alis menunggu Syafikah, tiba-tiba telefon
bimbit Alia berdering…
“Hello Lia, kau di mana?” Soal Syafikah.
“Dalam wad tadilah”
Selang beberapa minit kemudian pintu wad dibuka,
Syafikah melangkah masuk memberi handphone Puan Anis pada Alia. Alia
memperkenalkan Syafikah pada Puan Anis. Lia meminta izin membuka telefon bimbit
milik puan Anis.
“Lia aku balik office dulu nanti petang aku datang” Kata
Syafikah.
“Ok” Jawabnya sepatah.
“Aunty, siapa nama anak aunty?”
“Danial Amsya bin Zulkarnian. Alia cari my son”
Lia mencari nama yang diberitahu Puan Anis. Dia mengambil telefonnya menyalin
nombor telefon Danial Amsya di handphonenya. Dia terus menelefon Amsya Line
terputus mungkin signal dalam bilik itu kurang jelas mungkin kerana
pangilan luar Negara. Lia meminta diri untuk keluar mencari signal. Lia
mencuba sekali lagi kali ini line di sambung ring…ring…ring.
Amsya melihat nombor diskrin telefonnya line dari
Malaysia. Dia menjawabnya
“Hello” Jawab Amysa
Lia membalas “Hello. Ini En. Danial Amsya bin
Zulkarnain?”
“Iya saya, awak siapa?” Soal Amsya
“Saya Alia. Maaf En. Amsya saya nak bagitahu sesuatu
tapi encik jangan terkejut” Tiba-tiba jantung Amsya berdebar.
“Ok, apa dia?”
“Puan Anis Abdullah, ibu En. Amsya?” Semakin kencang
debaran didadanya.
“Puan Anis sekarang berada di hospital Putrajaya, pagi
tadi dia mengalami serangan jantung.
“Macam mana keadaan ummi saya sekarang?” cemas
pertanya Amsya
“Tenang En. Amsya, keadaannya stabil”.
Lega rasanya apabila perempuan yang menghubunginya itu
menyatakan keadaan umminya stabil.
“Tak apa En. Amsya saya akan tolong En.Amsya jaga puan
Anis. Saya diberitahu oleh Puan Anis En.Amsya out station dua minggu di Itali”
“Terima kasih kerana sudi menjaga ummi saya. Siapa
nama awak tadi?” Tanya Amsya sekali lagi.
“Nama saya Alia”
“Cik atau puan?”
“Cik” Jawabnya sepatah
“Terima kasih sekali lagi cik Alia tolong sampaikan salam
pada ummi saya”. Ucapnya. Mengakhiri perbualan.
Alia masuk
semula ke wad. Dia mendekati puan Anis.
“Auntie, En.Amsya kirim salam” Puan Anis menganggukkan
kepala.
“Auntie, saya sudah janji dengan anak auntie yang saya
akan jaga auntie sepanjang ketiadaan dia”
“Terima kasih Alia, tak menyusahkan Alia ke?”
Lia menarik kerusi yang berada di tepi katil Puan Anis
lalu duduk mengadap Puan Anis.
“Tak. Tak menyusahkan pun”. Jawabnya sambil senyum
kearah Puan Anis. Mengingatkan Alia pada mamanya.
“Alia kerja ke?” soal Puan Anis
“Kerja aunti”
“Kerja apa?”
Alamak apa aku nak jawab ni…memikirkan jawapan yang
perlu dia berikan.
“Saya kerja kerani saja auntie” Jawab Lia sambil
senyum memandang Puan Anis. Puan Anis membalas senyuman Alia.
“Alia nak teman auntie, mak tak marah ke?” Soalnya
dengan manja.
Lia sekali lagi tersenyum dengan pertanyaan itu, dia
merenung wajah Puan Anis meningatnya kepada mama yang telah pergi menemui Ilahi
sebulan setengah yang lalu.
“Mama dan papa Lia sudah tidak ada auntie” Jawabnya
kedengaran sayu.
“Jadi Lia anak yatim piatulah? sudah lama ibubapa Lia
meninggal?”
Sebak Lia mendengarnya dikala itu, ini jugalah kali pertama
dia mendengar orang memanggil dia anak yatim piatu.
“Baru saja auntie, sebulan lebih” Tiba-tiba sahaja hiba
perasaannya ketika itu.
“Ya Allah baru sangat. Kenapa?”
“Kemalangan” Jawab Lia dengan sayu, airmatanya mula
menitis dipipi gebunya. Puan Anis yang memerhatinya rasa bersalah dengan
pertanyaan itu.
“Maafkan auntie Lia, auntie tidak berniat menyingung
perasaan Lia”
“Eh, tidak adalah auntie, jangan rasa bersalah…Lia
ok.” Jawabnya sambil mengesat airmata yang mengalir dipipinya.
Alia sebagaimana yang dijanjikan telah menjaga Puan
Anis dari tidur di hospital sehinggalah Puan Anis dibenarkan keluar dan Alia
masih menjaganya hingga ke rumah. Semua kerja di pejabat diserahkan seketika pada
Syafikah dan staf-staf yang lain dia hanya memantaunya beberapa jam sahaja bila
ke pejabat. Semua laporan kerja Syafikah akan memberikan kepadanya setiap hari.
Dia menjaga Puan Anis seperti ibunya sendiri memasak dan mengemas rumah.
Semakin hari hubungan Alia dengan Puan Anis mula mesra bagai seorang anak dan
ibu. Terubat hati Alia yang sepi takkala merindui mama dan papanya.
Dirumah Puan Anis, Alia tidur sebilik denagan Puan
Anis dia menemani Puan Anis setiap malam. Diberinya ubat sebagaimana yang
diarahkan oleh doktor. Satu malam ketika Alia sedang membuat kerja-kerja
pejabat dalam laptopnya Puan Anis memanggilnya. Alia Nasuha menghampiri Puan
Anis.
“Auntie mahukan apa-apa ke?” Soalnya didepan Puan Anis
“Lia buat apa tu, asyik aje auntie tengok.” Ujar Puan
Anis.
“Lia buat kerja pejabat sikit, bila siap Lia email”
Jawabnya dengan manja.
“Boleh auntie tanya Lia?” sambil merenung kearah gadis
ayu didepannya itu.
“Boleh, apa dia auntie? Soalnya kembali.
“Lia sudah ada buah hati, boyfriend?” Tanya Puan Anis
dengan senyum cukup tanda tanya. Alia memandangnya dengan senyum manis sambil
mengelengkan kepala terus menjawab.
“Lia tidak ada kekasih auntie. Siapalah mahukan Lia
ni?” Dengan lembut dan perlahan Alia menjawab seolah meminta simpati.
“Betul ke gadis secantik dan sebaik Lia tidak ada
kekasih atau Lia memilih sangat tak?” Puan Anis cuba menduga Alia.
“Ish…Tidaklah aunti, Lia tidak memilih cuma susah
sikit mahu pilih lelaki yang sesuai dengan Lia.” Jawabnya dengan perlahan
sambil senyum melerek kearah Puan Anis.
“Memilihlah tu namanya?”
“Tak jugak, mungkin belum jumpa yang sesuai”. Alia
menjawab kali ini terdengar gelak tawa dari Alia.
Sudah dua minggu Alia berada di rumah Puan Anis. Hari
ini seperti biasa Lia ke pasaraya membeli bahan mentah untuk dimasak. Ketika
dia sedang memasak dia terdengar kerusi makan ditarik dia berpaling dilihatnya
Puan Anis sedang duduk memandangnya. Dia menghampiri Puan Anis lalu bertanya.
“Auntie, kenapa turun ni, kalau auntie mahukan apa-apa
panggil aje Lia” Layan Alia Nasuha pada Puan Anis seperti ibu sendiri.
“Bosan juga auntie duduk dalam bilik tu sorang-sorang”
Lia senyum dan tergelak sedikit. Puan Anis memandang
gadis manis itu dengan senyum sambil memegang tangan Alia.
“Lia semalam anak auntie ada hubungi auntie, katanya
dia akan sampai malam ini”
“Oh, kalau macam itu, bolehlah Lia balik hari ini.
Esok Lia kena kerja” Balasnya dengan lembut.
“Kesian Lia kena ambil cuti jaga auntie”
“Tak mengapa Lia sudah anggap auntie macam ibu
sendiri”
“Kalau macam itu, Lia jangan panggil aunti panggil
saja ummi”
“Betul ke ni auntie, Lia boleh panggil auntie…ummi”
soal Lia. Teruja dia, tiba-tiba saja dia teringatkan mama dia. Puan Anis
mengangguk.Lia tersenyum manis.
“Bos Lia tidak marah ke cuti lama-lama?” Tanya Puan
Anis
“Tak, bos Lia baik ummi. Lia kan pergi kerja, masa pergi tu Lia siapkanlah kerja. Malam-malam sambil
teman ummi Lia buat kerja. Bila siap Lia hantar melalui email. Ummi nak makan
sekarang ke? Lia sudah siap masak.”
“Boleh juga” Jawab puan Anis sambil memerhati
gerak-geri Lia yang lincah didapur. Lia menghidangkan lauk-pauk yang
dimasaknya.
“Ummi, Lia minta maaflah kalau masakkan Lia tidak
sedap.Lia tak pandai masak sangat” Lia merendahkan dirinya.
“Apa pula tidak sedap. Sedap Lia masak.” Puji Puan
Anis.
“Masa mama ada dulu Lia selalu tolong mama masak. Tapi
tidaklah sehebat mama. Nanti boleh tak ummi ajar Lia masak?”
“Boleh, kalau macam itu Lia kena datang sini
selalulah.”
“Insyaallah. Tapi ummi dalam seminggu dua ni, Lia tak
boleh datang kerap ke rumah ummi, Lia mungkin sibuk.”
“Ummi makan dulu. Lia naik atas kemas barang sikit”
“Lia nak balik sekarang ke? Tak nak kenal anak ummi?”
“Ya ummi. Lain kalilah, nanti Lia datang lagi.”
Pujuknya.
Lia masuk ke bilik Puan Anis untuk mengemas barangnya.
Sepanjang dia berada di rumah Puan Anis dia hanya tidur sebilik dengan Puan
Anis. Bilik lain tidak pernah dibukanya. Lima belas minit kemudian Lia turun
dengan bag pakaiannya.
“Ummi, Lia kena bergerak sekarang. Lia kena pergi office
dulu, ada kerja kena siap. Kalau ada apa-apa ummi telefon saja Lia. Insyaallah
Lia datang”.
Lia bersalaman dengan Puan Anis. Dipeluknya Puan Anis
erat-erat, terasa sebak pun ada dia nak meninggalkan Puan Anis. Begitu juga
yang dirasa oleh Puan Anis. Lia memasuki kereta Myvi milik Syafikah dipandunya menghala
ke HH Holding Sdn.Bhd.