Lebih kurang jam 8.00 malam mereka sampai di Riyaz
Heritage yang terletak di Pulau Duyung Kuala Terengganu. Sampai sahaja di
chalet Riyaz Heritage mereka dibawa ke bilik dengan menggunakan kereta buggy.
Bilik Alia dan Syafikah di tingkat bawah manakala bilik Mimi dan Hana di
tingkat atas. Bilik Amysa dan umminya juga di tingkat atas bersebelahan dengan
bilik Alia.
Perjalanan yang jauh itu cukup memenatkan mereka.
Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing untuk mandi dan berehat. Mimi dan
Hana merebahkan diri di atas katil empuk untuk berehat. Begitu juga Puan Anis
dengan kesihatannya yang kurang baik memudahkannya terlena.
Alia terlebih dahulu ke bilik air untuk menyegarkan
badan maklumlah satu hari suntuk mereka semua berjalan. Selesai sahaja mandi
Alia keluar dengan baju pijama putih yang disediakan oleh pihak hotel dan
membungkus rambutnya dengan tuala. Dia keluar dari bilik air dilihatnya
Syafikah sedang berbaring di atas katil. Alia mengejutkan Syafikah.
“Syaf pergilah mandi aku sudah siap.”
Syafikah bangun menuju ke bilik air. Alia membuka kain
sembahyang terus menunaikan solat maghrib dan isyak.
Amsya telah siap mandi dan bersolat, dia keluar ke
varrandah untuk mengambil angin malam. Teringat peristiwa pertunangannya tadi
mudah dan tiada halangan. Tersenyum sendiri, dia melihat chalet penginapan Alia
disebelah chaletnya, lampu bilik Alia masih cerah mungkin belum tidur fikir
Amsya.
Sedang Alia melipat kain sembahyangnya telefon
bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin hampa perasaannya ketika itu apabila
melihat pangilan dari Faris. Bisik hatinya.
“Apa lagi Faris jahaman mahu dari aku.”
Telefonnya berdering lagi mahu tidak mahu Alia
terpaksa juga jawab pangilan Faris.
“Hello”
“Hello Lia. Lia ada di mana sekarang?” Tanya Faris
dengan lembut.
“Kenapa kau mahu tahu, kau nak apa lagi dengan aku.”
Balas Alia.
“Lia, janganlah marah, Faris nak mintak tolong Lia.
Lia mesti tolong saya.” Kata Faris.
“Tolong apa lagi?” Tanya Alia mengerut dahi tidak
senang dengan sikap Faris.
“Faris nak Lia masukkan duit kat Faris sepuluh ribu.”
Pinta Faris. Terkejut Alia mata di bulatkan, dia menarik nafas panjang
mendengarnya. Alia sudah mula marah
dengan permintaan Faris. Tiada benda yang diminta selain duit.
“Faris mana aku ada duit sebanyak itu, aku tidak boleh
tolong kau. Kau boleh tak jangan ganggu hidup aku.” Kata Alia dengan tengking.
“Eh Lia, aku minta baik-baik dengan kau. Kalau kau
tidak mahu tolong aku, aku akan terus ganggu kau.” Gertak Faris dengan marah.
Alia membalasnya.
“Eh Faris, aku tidak akan bagi duit pada kau…aku tidak
takut dengan ugutan kaulah Faris.” Balas Alia.
Dengan perasaan yang marah dan tidak puashati dengan
Alia, Faris terus menggugut Alia.
“Eh, Lia. Kau dengar sini baik-baik, aku tidak akan
lepas kau, kerusi pengarah urusan HH Holding akan jadi milik aku.” Alia semakin
marah dengan kata-kata Faris.
“Apa kaitan HH Holding dengar kau? Kau tiada hak.”
Jerkah Alia.
“Bila kau
kahwin dengan aku nanti HH Holding akan menjadi milik aku.” Gertak Faris
membuatkan Alia hilang sabar.
“Kau giler
Farissss” Jerit Alia sekuat hati. Sebak hati diperlakukan begitu oleh
Faris.
Alia terus memutuskan talian Faris. Dengan perasaan
marah, geram terhadap Faris. Alia menjerit lagi
“Jahaman kau Farisssss….”
Alia terus lari keluar ke varanda dengan tangisan dia
duduk di kerusi yang sudah sedia ada di chalet itu.
Syafikah yang masih di dalam bilik air terkejut
mendengar jeritan dari Alia.
Amsya yang masih di varrandah melihat Alia keluar dari
biliknya duduk dikerusi sambil kedua-dua tangannya menekup muka. Amsya
memerhati kelakuaan Alia yang pelik. Kemudian Syafikah keluar menuju ke varrandah
dilihatnya Alia sedang menangis. Dia duduk disebelah Alia memegang dan mengosok
bahu Lia.
“Faris telefon kau?” Tanya Syafikah. Alia mengangguk.
“Apa lagi dia nak?” Tanya Syafikah lagi.
“Apa lagi nak duitlah sepuluh ribu. Faris tu memang
sudah gila dia ugut aku.” Jawab Alia sambil menangis. Syafikah mengeluh. Alia
memikirkan sesuatu. Dia meluahkan segalanya dengan perasaan sedih dan sayu
bersama airmata yang keluar.
Amsya sedang menyaksikan mereka tidak tahu apa yang
dibual dan dibincangkan sehingga Alia menangis sebegitu. “Apa yang sudah
terjadi pada Alia?” Bisik hati Amsya.
“Syaf, betul ke apa yang aku buat ini?... selesai ke
masalah aku kalau aku kahwin dengan Amsya? Aku rasa akan menambahkan kesulitan
lagi. Aku tahu Faris akan cari aku juga lepas
ini. Aku tidak mahu Amsya tahu masalah aku dengan Faris. Dan sekarang
Amsya pula bagi pengharapan palsu kepada orang tua kami. Apa kata tok wan dan
aki bila dia dapat tahu aku bercerai, mungkinlah dia akan suruh aku terima
Faris? Aku rasa aku nak batalkan perkahwinan ini. Apa pendapat kau syaf?” Luah
Alia air matanya terus mengalir.
“Sabar Lia, kau tidak boleh buat begitu apa kata
mereka nanti. Kita fikir apa yang akan kita buat atau kita bincang dengan Amsya
lepas kau kahwin rahsiakan dulu perceraian kau sehingga kau jumpa dengan orang
yang kau cintai kemudian kau boleh kahwin dengan dia.” Pujuk Syafikah. Alia memandang dengan sayu ke mata
Syafikah, airmatanya mengalir lagi.
Syafikah terus memeluk Alia selepas mendengar penjelasan
itu. Dia juga turut menangis. Amysa yang sedang ralik menyaksikan keadaan itu
dengan jelas dapat melihat Alia menangis kemudian dipujuk oleh Syafikah.
Berbisik hati Amsya.
“Kenapa Alia menangis, apa sebenarnya berlaku pada
dia? Kenapa dia begitu sedih? Masa mahu menerima lamaran pun dia menangis. Masa
bercakap dengan ummi pun dia menangis. Tapi bila bercakap dengan aku selalu jer
marah-marah, poyo pula tu ada saja alasannya. Dia tidak suka aku ke? Aku mesti
pikat dia, aku sayang dan cinta dia…Tengku Umairah tu biarkan dulu.”
Sedang asyik Amsya memerhati Alia dan syafikah
tiba-tiba namanya dipanggil. Amsya tidak
perasan yang Mimi keluar di varanda bersebelahan bilik Amsya. Mimi melihat
Amsya ada di situ Mimi terus memanggilnya dengan laungan yang kuat.
“En.Amsyaaaa…buat apa tu?”
Mereka bertiga terkejut dengan panggilan Mimi, suara
mimi yang kuat itu memecahkan suasana sepi malam. Syafikah dan Alia memandang
kearah bilik Amsya. Amsya berdiri di varanda memandang Mimi. Amsya membalas
teguran itu dengan melambai tangan ke arah Mimi. Alia dan Syafikah yang berada
di bawah bilik penginapan Mimi tersentak.
“Hi, Mimi tidak tidur lagi ke?”. Soal Amsya dengan mesara.
“Tidak boleh tidur.” Jawab Mimi.
“Ingat kekasih ke?” Soal Amsya dengan nada bergurau
“Iyalah, En.Amsya tak apalah buah hati depan mata.”
Balas Mimi.
Membuatkan Alia dan Syafikah meleraikan pelukkan,
Syafikah menjenguk ke atas bilik Amsya. Amsya membalas pandangan Syafikah. Kemudian
Alia bangun masuk ke dalam bilik.begitu juga Syafikah ikut sama masuk ke dalam.
Alia dan Syafikah merebahkan dirinya ke katil. Mimi dan Amsya yang berada
diluar juga semua masuk ke bilik masing-masing.
Keesokkan paginya mereka semua berkumpul di halaman
chalet untuk bersarapan di café Riyal Heritage mereka semua bergerak ke sana.
Alia berjalan seiringan dengan Puan Anis manakala Amsya berjalan disebelah Alia.
Sambil berjalan Amsya sesekali memandang Alia disebelahnya dia cuba memegang tangan
Alia namun Alia berjaya mengalihkan tangannya.Sekali lagi Amsya mencubanya
akhirnya kali ini dia berjaya memegang tangan Alia dengan erat membuatkan Alia
tidak berjaya untuk meleraikan tangannya. Dia memandang Amsya dengan tajam.
Amsya tidak mengendahkannya. Teman-temannya yang lain berjalan didepan. Amsya
meramas-ramas tangan Alia yang lembut itu.
Sampai di café mereka menikmati pelbagai hidangan
buffer yang disediakan oleh pihak hotel. Amsya asyik memandang Alia, ini
membuatkan Alia semakin marah dengan Amsya. Belum sempat Amsya mengambil
makanan Alia telah menarik tangannya dan membawa Amsya ke tempat yang jauh
sedikit dari ummi dan teman-temannya. Dengan suara yang marah Alia berkata.
“En.Amsya kenapa awak pegang-pegang saya. Saya tidak
suka tau, lain kali kalau awak buat macam tu saya akan batalkan perkahwinan
ini.”
Amsya tersenyum memandang Alia, Dia menjawabnya.
“Awak marah kan? yang awak pegang tangan saya kenapa?”
Terkejut Alia, dia tidak perasan yang dia masih memegang tangan Amsya. Dia
terus lepas tangannya. Amsya dengan senyum mendekatkan mukanya ke telinga Alia
dan membisikan sesuatu.
“Syok lah Lia pegang tangan abang.” Kata Amsya tersengih
keningnya diangkat-angkat pada Alia. Kemudian terus beredar dari situ
meninggalkan Alia. Alia tergaman, berkerut mukanya, mengeluh lalu bergerak
semula ke meja buffer untuk mengambil makanan. Sepanjang makan Amsya asyik
memerhati Alia. Alia pula menarik muka masam.
Selepas bersarapan mereka kembali semula ke bilik
mengemas barang untuk pulang. Lebih kurang pukul 11.30pagi mereka bertolak
pulang. Memandangkan perjalanan mereka yang jauh, banyak yang dapat mereka
bincangkan mengenai perkahwinan mereka. Puan Anis membuka bicara.
“Alia, semalam tok wan ada bagitahu majlis akad nikah pada
hari raya ke-tiga akan diadakan sebelah pagi pukul 10.30, lepas itu bersanding
pukul 2.00petang, malam pula ada majlis khatam Al-Quran untuk Lia dan tahlil
untuk papa dan mama Lia. Kalau begitu ummi perlu bermalam di Besutlah, ada homestay
ke dekat-dekat situ?”
“Tidak payah homestay, Ummi bermalam rumah tok
wan bersama kami dua malam, hari ke tiga kita bertolak awal pagi ke Kuala
Lumpur sama-sama, majlis rumah ummi hari raya ke enam, sempat sangatlah” Balas
Alia.
“Kalau itu kata Lia ummi mengikut sajalah.
Memandangkan masa tidak banyak lagi, esok ummi mahu Lia datang rumah ummi kita
bincang pasal kad kahwin dan baju pengantin untuk rumah ummi pula, ummi sudah
buat temujanji dengan perunding perkahwinan. Lia dan Am kena ambil kursus
kahwin dan medical check-up cepat-cepat nanti tidak sempat. Minggu ini ummi nak
kamu settled semua. Lepas itu beli barang-barang hantaran.” Terang Puan Anis.
Alia memandang Amsya.
“Barang-barang hantaran nanti Am pergi beli dengan
Lia.” Balas Amsya.
Mereka semua berhenti diperhentian Genting Sempah untuk
makan. Selesai mereka di situ Alia tidak lagi bersama Amsya dan Puan Anis. Dia
menaiki kereta bersama teman-temannya yang lain. Mereka berpisah di situ pulang
ke rumah masing-masing.
Malam itu semua teman-teman Alia tidur awal mungkin
penat satu hari suntuk berjalan. Esok mereka semua bekerja. Alia belum tidur
masih dimeja studynya membelek-belek fail yang di bawa balik oleh Syafikah yang
belum sempat diperiksanya. Telefon Alia berdering, dia melihat jam 11.40malam.
Diambil telefon bimbitnya dilihat skirn, panggilan dari Amsya. Dia menjawab
panggilan itu.
“Hello, En.Amsya nak apa lagi malam-malam ni?
“Lia sudah tidur ke?” Soal Amsya.
“Kalau saya tidur saya tidak jawab panggilan awak.
Awak nak apa lagi? Nak cancel perkahwinan ke? Boleh juga.” Serkap Alia.
Terkejut Amsya mendengarnya.
“Tidaklah, esok awak kerja tak? Saya nak ajak awak
pergi beli barang.”
“Kerjalah En.Amsya esokkan hari Isnin. Saya tidak mahu
pergilah, lain kali jer. Lagipun esokkan ummi suruh saya pergi rumah nak jumpa
perunding perkahwinan.” Balas Alia. Amsya mengeluh, ajakkannya ditolak lagi.
“Awak buat apa tu?” Soal Amsya.
“Kerjalah, awak pergilah tidur esok nak kerja. Saya
ada kerja nak buat ni janganlah ganggu saya.” Pinta Alia.
“Awak buat kerja apa?” Tanya Amsya apabila mendengar
kunci keyboard ditekan oleh Alia.
“Kerja officelah, banyak ni.” Komen Alia.
“Sampai rumah buat kerja office? Lia bila kita nak
pergi kursus kahwin?”
“Awak ni banyak soallah. Nantilah kita bincang.
Sudahlah kita jumpa rumah awak esok.” Jawab Lia kemudian memutuskan talian. Amsya termenung, tersengih sendiri memikirkan
Alia yang tidak sudi melayan dia. Tidak sabar rasanya nak tunggu esok jumpa
dengan Alia. Entah mengapa tidak timbul bayangan Tengku Umairah dalam
fikirannya kini. Apa reaksi Tengku Umairah kalau dia tahu aku akan kahwin
rasanya bergaduh sakan. Tengku Umairah tidak perlu tahu.