Home Novel Cinta BAGAIMANA
BAGAIMANA
AHC
27/4/2023 11:44:59
13,711
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

TEASER BAB 5 (E-BOOK BAGAIMANA)


SEJAK dari tadi dahi Iskandar berkerut seribu. Seakan ada sesuatu yang tidak beres. Kejap-kejap matanya memandang pada bekal yang diberi oleh Yasmin kepadanya. Dan... terngiang-ngiang suara cemas wanita itu dicorong telefon sebentar tadi. Dia menarik nafas dalam sambil menyandar ke dada kerusi.

Iskandar kembali mencapai telefon bimbitnya dan terus menghubungi Yasmin. Dia merasa bersalah dengan kata-kata yang diucapkan pada wanita itu tadi. Beberapa minit dia menunggu panggilannya dijawab.

"Hello," lunak suara wanita itu kedengaran di hujung talian. Kalau Fatehah, sudah tentu tidak mahu menjawab panggilan telefonnya setelah dimarahi sebegitu. Tetapi, Yasmin tetap sahaja menyambut panggilannya dengan nada lembut.

"Hello..." Iskandar diam beberapa detik sebelum dia meneruskan kata-katanya.

"Alia macam mana?" Soal Iskandar.

"Okay. Dah berhenti menangis." Nada suara Yasmin kedengaran perlahan. Iskandar yakin, wanita itu terasa hati dengannya.

"Tengah hari nanti, I balik. You nak makan apa? I belikan,"

"Takpa. Min masak. Abang nak makan apa?" Soal Yasmin pula.

Iskandar terdiam. Rasa bersalah semakin menyerbu ke tangkai jiwa apabila Yasmin masih sahaja berlembut ketika bercakap dengannya. "Apa-apa je." Jawab Iskandar dengan perlahan.

"Okay. Aaa... Min minta maaf sebab ganggu abang tadi. Min panik. Tak tahu nak pujuk Alia macam mana," Kata Yasmin. Nadanya kembali seperti biasa seakan tiada apa yang berlaku.

"It's okay. First time Alia buat perangai macam tu. Selalu okay je," Balas Iskandar dengan tenang.

"Alia kata, dia mimpi arwah isteri abang." Nada suara Yasmin sedikit bergetar.

Iskandar terdiam seribu bahasa. Hatinya seakan di rentap kuat saat mendengar kata-kata Yasmin tentang Alia.

"Nanti abang balik, abang luangkan masa dengan Alia boleh? Tadi dia mengadu yang abang selalu sibuk. Dia perlukan perhatian abang. Sekejap pun jadilah," Yasmin cuba memujuk lelaki itu agar memberi sedikit masa untuk Alia.

Semakin tersentap hati Iskandar ketika ini. Benar, dia mengabaikan Alia. Dia akui tentang itu. Wajah diraup kasar. Keluhan berat terlepas dari mulutnya. "Okay," lemah nada suaranya menjawab.

"Aaa... Okaylah. Min nak pujuk Alia mandi ni," sambung Yasmin.

"Alright. Bye!" Talian di tamatkan.

Iskandar menatap skrin telefon bimbit miliknya. Gambar dia bersama Alia dan arwah Fatehah masih menjadi gambar utama skrin telefonnya sejak dari dulu lagi. Lama matanya melekat di situ. Ibu jarinya mengusap skrin dengan lembut. Sungguh, dia juga merindui arwah Fatehah. Kehadiran Yasmin di dalam keluarganya sedikit pun tidak dapat mengubat rindunya pada Fatehah.

Dia tidak mahu mencuba. Yang dia tahu hanya Fatehah di dalam hatinya. Mana mungkin Yasmin menggantikan tempat isteri dan cinta pertamanya. Tak mungkin!


untuk pertanyaan tentang ebook Bagaimana, boleh follow akaun wattpad AHC_007

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AHC