PUAN JULIA masih menanti jawapan daripada anak lelakinya, Iskandar. Duda anak satu. Jawapan yang mungkin sampai bila-bila pun lelaki itu akan menolak. Muka Iskandar masih direnung dengan penuh harapan. Senyuman yang ditayang dari wajah itu penuh tanda tanya.
"Lia, come here. Papa nak tanya sesuatu pada my only daughter ni." Iskandar memanggil anak perempuannya yang berusia lima tahun itu agar datang kepadanya.
Terkedek-kedek Alia berlari anak menuju ke arah Iskandar sambil tersenyum riang.
"What is it, papa?" Petah si kecil menyoal apabila dia sudah pun berada di dalam dakapan lelaki itu. Mata polosnya merenung pada wajah Iskandar dengan terkebil-kebil.
Iskandar tersenyum lebar. Dahi Alia dikucup lembut. "Lia nak mama baru tak? If you want, papa akan terima cadangan nenek untuk kahwin dengan wanita pilihan nenek." Sekilas mata lelaki itu melirik pada Puan Julia. Kemudian, beralih kembali pada Alia.
"Kenapa Lia yang di tanya? Mommy nak jawapan dari Is, bukan Lia. Lagipun, Lia perlukan seorang mama untuk berikan kasih sayang pada dia," pintas Puan Julia sebelum sempat si kecil menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia geram kerana Iskandar sering menolak cadangannya. Walhal, anak lelakinya itu selalu sahaja sibuk di pejabat sehingga Alia di abaikan.
Kata sayang, tapi sibuk dengan kerja! Marah Puan Julia di dalam hati.
"Yelah, kalau Lia setuju nak mama baru. Yes, Is akan kahwin. If not, Is tak kan terima cadangan mommy. Hati Lia pun Is kena hormati walaupun dia masih kecil," bidas Iskandar dengan riak selamba.
"So, my baby. What do you think? Baby setuju ada perempuan lain gantikan tempat mama?" Sengaja soalan itu diajukan sebegitu. Iskandar menahan senyum tatkala melihat muka kelat ibunya.
Puan Julia mendengus geram. Dia tahu Iskandar sengaja menutur ayat dan soalan seperti itu agar Alia keliru dan berfikir bahawa ada orang yang akan menggantikan tempat arwah ibunya. Namun, dia tetap sabar menanti jawapan daripada cucunya itu.
Alia memegang dagu sambil jari telunjuk diketuk-ketuk ke bibir. Bola matanya berputar ke seluruh siling rumah agam itu dengan dahi yang berkerut nipis. Iskandar tertawa melihat gelagat si kecil.
Comel. Salin tak tumpah macam arwah isterinya, Fatehah.
"Eemm... I think I want new mama. Papa kahwin, Lia dapat kawan baru. Lepas tu, dapat adik baru. Kan nenek?" Mata Alia beralih pada Puan Julia sambil dia berlari anak menghampiri wanita itu.
Lebar senyuman Puan Julia apabila mendengar jawapan dari Alia. "Yes. Kalau papa kahwin, Lia ada mama boleh jaga Lia. Lepas tu nanti, mama baru boleh bagi Lia adik," puas hati Puan Julia tika ini. Matanya dikalih memandang pada Iskandar sambil tersenyum menang.
"So, Is setuju untuk kahwin dengan anak Mak Uteh tu?" Tanpa menunggu, soalan itu terus diajukan pada Iskandar. Beberapa ketika lelaki itu masih berdiam diri dan akhirnya dia mengangguk perlahan.
Tiada pilihan lain, Iskandar terpaksa bersetuju dengan cadangan Puan Julia kerana Alia sendiri yang mahu. Jika tidak, dia tetap dengan pendiriannya. Tidak akan berkahwin lain kerana dalam hatinya hanya ada Fatehah.
Teha, maafkan abang. Hati kecil Iskandar berdetik sayu.
"Alhamdulillah. Finally, your papa setuju Lia. Thank you baby. Nanti nenek bawa Lia jumpa dengan mama baru." Pipi Alia dikucup berkali-kali. Lalu Puan Julia angkat punggung dan bangun dari situ.
"Tapi, bagi Is jumpa dan bercakap dengan dia dulu. Boleh?" Soal Iskandar dengan nada yang sedikit bergetar.
"Sure and of course mommy akan temukan Is dan Yasmin untuk berkenalan. And don't put high expectation pada Yasmin. Sebab dia cuma gadis kampung yang tak berpelajaran tinggi. Tapi, mommy berkenan dengan dia sebab mommy percaya dia boleh jaga Alia dan bakal cucu-cucu mommy dengan baik," panjang lebar Puan Julia menjelaskan tentang gadis yang bernama Yasmin itu. Dia tidak mahu Iskandar mengharapkan rupa paras dan pendidikan yang terlalu tinggi terhadap pilihannya.
"Is tak kisah semua tu. Yang penting dia boleh jaga Lia dengan baik. That's all." Tegas Iskandar. Dia tidak rela, tetapi dia harus tepati janji.
"Good!" Balas Puan Julia sambil tersenyum lagi.
"So, baby Lia and papa, nenek got to go now. Nenek nak bagi tahu pada atok about this happy news." Puan Julia memandang pada wajah Iskandar sekali lagi. Raut muka anak lelakinya itu kelihatan begitu suram. Tetapi, dia tidak peduli. Apa yang penting, dia akan pastikan segalanya berjalan dengan baik. Iskandar akan berkahwin dengan Yasmin. Titik!
"Drive safely, mommy. Kirim salam pada papa," pesan Iskandar lalu dia bangun menghampiri Puan Julia. Belakang tangan wanita itu dikucup lembut.
"Mommy tahu Is tak rela. Tapi, semua ni demi kebaikan Alia. Dan mommy percaya, Yasmin wanita yang tepat untuk jaga Alia dan lahirkan zuriat yang baik untuk Is." Nada Puan Julia seakan memujuk. Bukan dia tidak tahu isi hati anak lelakinya itu. Terlalu sukar membuang cinta pertamanya bersama arwah Fatehah. Sudah empat tahun berlalu. Masih sahaja wanita itu menjadi kenangan di dalam hati Iskandar.
"Untuk jaga Alia, yes. Untuk Is, no mommy. Is masih tak boleh lupakan Teha. Tak mungkin Is nak perempuan lain berikan zuriat pada Is selain Teha," luah Iskandar dengan sayu.
Puan Julia tarik nafas dalam. Malas dia mahu membidas kata-kata anaknya itu. "Mommy balik dulu," kaki di bawa melangkah keluar dari rumah agam milik Iskandar.
"Papa, are you okay?" Soal Alia sambil tangannya memegang hujung jari Iskandar. Lantas kepala lelaki itu terus menunduk pada anaknya sambil tersenyum.
"I'm okay, baby. Lia seronok papa nak kahwin?" Soal Iskandar dengan senyuman yang tenang.
"Of course. Papa selalu sibuk. Tinggalkan Lia dekat rumah nenek lama-lama. Lepas ni, Lia ada kawan. Lepas tu nanti, Lia ada adik. Kan seronok tu?" Mata Alia bersinar-sinar saat perkataan adik itu meluncur di bibirnya.
Iskandar sekadar tersenyum hambar. "I'm sorry, baby. Lepas ni, Lia dah ada kawan baru. Tapi, nanti mesti Lia dah tak kawan dengan papa," sengaja Iskandar pamer muka masam.
"No... Papa always in my heart like mama. Lia tak kan lupakan mama walaupun dah ada mama baru nanti," polos sahaja wajah Alia menjawab kata-kata Iskandar.
Lelaki itu tersentak. Berubah riak wajahnya saat ini. Namun, senyuman masih kekal dibibir. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Alia. Si kecil yang tidak pernah lupakan ibunya walaupun Alia sempat bersama Fateha hanya beberapa tahun sahaja.
"I trust you," ujar Iskandar sambil meletakkan jari telunjuknya pada dada Alia. Mereka berpelukan erat.
"I love you, papa,"
"I love you three million, baby"
Mengekek Alia ketawa apabila Iskandar menggeletek pinggangnya.
"KAU apa hal ni Is? Muka macam kena kahwin paksa je," soal Aman, rakan kongsi di dalam syarikat milik Iskandar. Juga merupakan kawan baik lelaki itu sejak dari zaman belajar lagi.
"Mana kau tahu?" Soal Iskandar bersahaja. Wajahnya kelihatan tenang.
Aman tersentap. Hampir sahaja air kopi yang dihirup tadi tersembur keluar. Tidak sangka tebakannya tepat. "Serius, bro?" Tisu dicapai dari atas meja dan dikesat ke mulutnya.
"Apa hal terkejut sangat? Kau macam tak tahu mommy aku tu macam mana? Alasannya Alia. Alia perlukan kasih sayang seorang ibu. Itu jelah modal mommy aku tu, dari dulu sampai sekarang." Iskandar merengus kasar.
Gelas berisi air apple juice dicapai dan hujung straw diletak ke bibir lalu disedut perlahan. Terasa kesejukan air itu melalui rengkung lehernya. Segar terasa.
Aman ketawa besar. Dia menggeleng seraya berkata, "Aku ingat dah habis bab kahwin paksa ni. Rupa-rupanya tak selesai lagi?"
"Mommy aku tu selagi aku tak kahwin, selagi tu lah dia paksa, Man."
"Habis tu, kau tolak lagilah?" Soal Aman. Matanya memandang tepat pada Iskandar yang masih lagi menyedut air apple juice itu.
"Aku dah terima sebab Alia setuju. Dia nak mama baru." Iskandar beriak bersahaja.
Kening Aman terangkat ketika mendengar jawapan lelaki itu. Mulutnya juga ternganga dek kerana terkejut.
"Wah... Makan nasi minyaklah aku tak lama lagi ni?" Ceria sungguh nada suara Aman tika ini.
Iskandar menggeleng lalu gelas air diletakkan semula ke meja. Sekilas dia melirik pada Aman. "Aku setuju, sebab Alia setuju." Ulangnya sedikit tegas.
Aman tersenyum mengejek. "Yelah tu sebab Alia. Ke sebab kau dah lama sangat menduda. Nak test power," Aman mengusik.
Iskandar terus ketawa besar. "Ke situ pula kau ni, Man. Takda benda lain kau nak fikir?" Selar Iskandar. Dia menggeleng dengan tawa yang masih bersisa di bibirnya.
"Kita lelaki, Is. Kalau aku, tak tahan lama-lama membujang. Tu aku pelik kau boleh tahan," sambung Aman masih lagi dengan perbualan sebegitu.
"Sudahlah kau. Jom masuk ofis. Lambat dah ni. Aku potong gaji kau kang!" kata Iskandar. Malas dia mahu melayan otak kuning sahabatnya itu. Bukan boleh dilayan, takut meleret panjang.
Aman ketawa lagi. Namun, dia membuntuti juga Iskandar yang sudah pun berjalan keluar dari restoran itu.