Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
44,550
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 9

Qilin atau dikenali Kirin oleh masyarakat Jepun, adalah salah satu haiwan mistikal yang sering muncul di dalam budaya dan kisah dongeng di sekitar Asia. Ia merupakan makhluk yang mempunyai tanduk satu,berbadan sisik dan mampu terbang di udara seumpama naga.Disebabkan kemampuannya untuk terbang tinggi di udara,dikatakan makhluk mistikal ini mampu menyerap kilat dan menyimpannya untuk kegunaannya.Dikatakan pada tahun 122 sebelum masihi Emperor Wu of Han yakni merupakan pada ketika itu Emperor China Kuno yang ketujuh pada zaman dinasti Han, telah berjaya menangkap seekor Kirin hidup dan telah menyimpannya sebagai haiwan peliharaan.Pada tahun 1988, dikatakan terdapat arkeologi menjumpai artifak yang dikatakan sebagai serpihan makhluk tersebut di sebuah kawasan di negara China.Namun apa yang orang ramai tidak mengetahui bahawa artifak tersebut telah dicuri oleh klan Yamaguchi untuk dijadikan sebagai salah satu daripada bahan ujikaji projek mereka yang misteri ketika itu.

Qilin adalah bukti hasil eksperimen tersebut. DNA daripada sampel tersebut digabungkan di dalam badannya dan kini dia berupaya untuk menghasilkan kilat dan berupaya menyerap kilat jika perlu.Sesiapa yang cuba untuk menyerangnya secara terus pasti merasa kejang tatkala menyentuh kilat yang berada di sekeliling tubuhnya.Dikatakan dia masih berusia belasan tahun ketika eksperimen itu dilakukan.Kini jika dilihat pada paras rupa dan susuk tubuh, usianya mungkin sudah berusia 40-an.Namun, tiada tanda padanya yang membuktikannya usianya adalah 40-an dengan susuk tubuhnya ketika ini.

Maka tidak hairanlah andai dia dikenali sebagai pejuang daripada klan Yamaguchi terkuat di antara yang mereka ada. Kewujudan mereka andai diketahui umum pasti akan mengemparkan dunia. Sebab itu mereka cuma diarahkan apabila tugas tersebut tidak mampu dilakukan oleh manusia biasa.Namun manusia dengan kekuatan istimewa ini sebenarnya tidak pernah lari dari segi sejarah manusia.Ini kerana banyak percubaan telah direkodkan di dalam sejarah tamadun manusia di mana manusia cuba untuk menjadi tuhan. Menggabungkan baka dua haiwan yang berbeza dan menjadikannya sepsis haiwan yang baru.Cuma kini ia telah menjadi realiti kepada spesis manusia.Dikatakan pada perang dunia kedua, pihak Amerika dan Jerman cuba menggunakan kuasa mistik iaitu psikik kepada askar mereka khususnya di dalam tugas-tugas risikan.

Berbeza pula dengan Hitonori. Walaupun diberi gelaran Phoenix namun keupayaannya tidak seperti kuasa yang sering dikaitkan dengan haiwan mistik ini. Kelahiran semula atau dengan kata mudahnya tidak boleh mati. Dia Cuma mampu menghasilkan api daripada atmosfera. Pelik bukan? Namun itulah keupayaannya.Sebenarnya menurut sains tiada apa yang menghairankan bagaimana Hitonori mampu menghasilkan api daripada atsmosfera.Api terhasil apabila sumber bahan terbakar dikenakan oksigen dan haba yang mencukupi lantas menyebabkan rantaian atom komposisi bahan tersebut mula pecah dan akhirnya membebaskan gas yang menyebabkan kebakaran.Berbablik kepada Hitonori,walaupun kebolehannya sangat hebat,namun tidak terlepas daripada kekurangannya. Kesan penggunaan kuasa tersebut dia perlu makan dengan kuantiti yang banyak untuk menggantikan lemak yang ada di badannya.Ini kerana lemak badannya menjadi sumber kepada kuasa api miliknya.Hitonori dikatakan sebelum diambil oleh klan Yamaguchi, telah membakar keluarganya sendiri dek kerana bengang dengan ibubapanya yang dilihat lebih menyayangi adiknya.Mungkin kerana itulah,personaliti Hitonori seumpama pembunuh bersiri.Teruja apabila melihat musuhnya rentung dek akibat kuasa apinya.Malah hampir setiap masa, mindanya memikirkan bagaimana mahu membakar pihak musuhnya dengan apinya.Disebabkan itulah, Qilin menjadi rakannya untuk mengawal perbuatannya daripada melampau batas yang diarahkan.Ini kerana andai tidak dikawal, orang tahu akan kewujudan manusia seperti mereka dan itu pastinya bukan kemahuan klan Yamaguchi.Bagaimana aku boleh tahu? Sebab aku juga salah seorang daripada bahan ujikaji klan Yamaguchi.Tapi cerita itu akan aku ceritakan andai aku mampu kelaur dari kemelut ini.

Aku perkukuhkan kekuda aku. Melihat dengan teliti pergerakan kedua-dua manusia yang sudah tidak sabra untuk menyerang aku ketika ini. Apa yang perlu aku elakkan sekarang adalah dari terkena renjatan daripada kila yang terhasil di sekeliling badan Qilin. Serangan api Hitonori masih mampu untuk tepis dalam keadaan aku sekarang. Mereka juga nampak agak berhati-hati kerana mungkin takut terperangkap dengan keupayaan. Jelas sekali mereka berdua merupakan pejuang yang mempunyai banyak pengalaman dalam bertarung. Tidak terburu-buru menyerbu musuh yang tidak diketahui keupayaan.

Hitonori memulakan serangan dengan menghasilkan api di sekeliling aku. Tujuannya adalah untuk aku tidak mempunyai cara lain untuk melarikan diri selain melompat keluar dari tempat aku berdiri sekarang. Namun aku mengambil langkah berbeza dengan melibas sepenuh tenaga kaki kanan aku yang mana mewujudkan angin yang mampu memadam api tersebut. Hitonori tampak terkejut dengan perbuatan aku namun aku masih lagi dalam bahaya kerana ketika ini Qilin betul-betul berada di atas kepala aku cuba untuk melepaskan tumbukan yang dikenakan tenaga kilatnya. Mujur reaksi badan aku cepat 0.01 saat dan berjaya mengelak dari tumbukan tersebut dengan menghumbankan badan aku ke belakang setelah serangan api Hitonori tadi telah lesap.

Tercungap-cungap juga aku sebab setelah sekian lama tidak mengalami pertarungan yang sungguh mencemaskan diri. Aku juga sejak peristiwa tersebut sudah kurang berlatih bertarung kerana menjalani kehidupan yang normal. Aku pandang semula kedua-dua mereka. Ternyata mereka masih mempunyai tenaga untuk meneruskan pertarungan ini. Aku juga telah banyak kehilangan tenaga dek menewaskan konco-konco Johan sebentar tadi. Sekarang apa yang aku boleh lakukan dengan melengahkan mereka sehingga isyarat berundur aku terima daripada Ryu dan Professor.

Sementara itu,Ryu yang kini telah selamat keluar dari kawasan gudang tersebut terus cuba untuk menghubungi Professor. Setelah seketika talian komunikasi Ryu terhubung dengan Professor.

“PROFESSOR FIRDAUS, KITA KENA BERUNDUR SEKARANG SEBAB KEHADIRAN TELAH DIKETAHUI OLEH PIHAK MUSUH.” Maklum Ryu dengan nada suara yang merisaukan.

“Darius mana? Sebab aku cuma kesan isyarat dari kau sahaja.” Soal Professor kepada Ryu.

“Dia masih di dalam gudang. Sedang bertarung dengan musuh. Tapi yang merisaukan saya adalah kehadiran dua manusia yang mempunyai paras kuasa yang melampaui manusia biasa.” Jelas Ryu

“Betul ke ni?” kata Professor yang nyata terkejut dengan kenyataan daripada Ryu. Terus pengesanan Kawasan dilakukan untuk memastikan kenyataan tersebut. Ternyata ia tepat kerana pada ketika ini radar di hadapannya menunjukkan terdapat 3 penanda yang memaparkan paras kuasa yang bukan pada tahap manusia normal. Ternyata Professor agak gusar kerana dia boleh menjangkakan siapa pemilik dua lagi penanda tersebut.

“Tak sangka mereka hantar pejuang mereka ke sini. Nampaknya mereka sudah berjaya menghidu kewujudan Darius. Aku harap mereka tidak mengetahui identiti sebenar dia lagi” bicara Professor di dalam hati.

“Ryu, pergi ke sisi Darius. Sebaik sahaja kau bersama dengan dia, aktifkan isyarat kecemasan. Aku akan teleportasi kau berdua ke kapal pejuang.” Arah Professor kepada Ryu.

“ARAHAN DITERIMA.” Balas Ryu ringkas sambil kembali menuju ke lokasi Darius berada.

Sementara itu, kelihatam kedua-dua pihak masih terus bertarung. Darius dilihat dalam keadaan yang sulit kerana terpaksa bertarung dengan dua musuh secara serentak.Apa yang mampu dilakukannya adalah dengan hanya mampu mengelakkan daripada terkena serangan merbahaya daripada mereka.Darius juga sedar bahawa mod S.H.E.S yang diaktifkannya sudah hampir mencapai tempoh yang dibenarkan. Andai dia menggunakannya melebihi daripada tempoh tersebut, maka nyawanya akan berada dalam keadaan bahaya.

Qilin dan Hitonori pula tidak menyangka bahawa Darius mampu menepis setiap serangan yang dilancarkan mereka.ini bererti bahawa Darius bukan calang-calang manusia. Tidak ramai yang mampu berhadapan dengan dua manusia yang mempunyai kuasa luar biasa dan masih belum tumbang.Ini bermakna Darius juga bukan manusia biasa cuma belum dapat dipastikan lagi apakah rahsia kekuatan yang dimilikinya.

Kedua-dua pihak kini kembali menjejakkan kaki ke permukaan dengan masing-masing menjarakkan diri sebagai langkah berjaga-jaga. Darius kelihatan tercungap-cungap sementara Qilin dan Hitonori masih bertenaga.

“Siapa sebenarnya kau wahai anak muda?” soal Qilin kepada Darius.

“Aku cuma seorang jurugambar yang diupah untuk menyiasat Encik Johan.” Balas Darius ringkas

“Jurugambar biasa takkan mampu bertarung dengan baik seperti apa yang kau lakukan.” Ujar Qilin

“Kebetulan jurugambar ini ambil kelas seni mempertahankan diri untuk situasi seperti sekarang” balas Darius semula.

“Qilin, aku rasa baik kita jangan buang masa lagi. Biar aku guna kuasa penuh aku dan tamatkan nyawa budak ini.”

“Hitonori, sabar. Kalau kau guna kuasa kau secara sepenuhnya, tempat ini akan meletup. Kau jangan lupa bahawa disekeliling kita ini ada senjata merbahaya. Kita cuma perlu serang dia sehingga dia kehabisan tenaga. Cuba kau tengok dia pun dah tak secergas tadi.” Ujar Qilin menenangkan shabatnya Hiotonori sambil jarinya ditundingkan kea rah Darius.

Ternyata Darius sudah mencapai hadnya. Separuh mati Darius mangambil nafas cuba untuk terus bertahan. Mujurlah musuhnya itu kini berhenti menyerangnya. Ini memberinya masa untuk memikirkan apakah langkah seterusnya bagi membolehkannya keluar daripada krisis ini.

“PSTTT, DARIUS. AKU DAH HUBUNGI PROFESSOR.PROFESSOR SURUH KITA BERUNDUR.” suara halus muncul di tepi telinganya.

Ryu rupanya berjaya kembali ke lokasi dimana Darius berada. Namun Ryu terpaksa berada dalam Mod nyahpandang supaya Qilin dan Hitonori tidak menyedari kehadirannya.Ternyata Darius lega mendengar perkhabaran yang dibawa oleh Ryu kepadanya.

“Kau tunggu isyarat daripada aku. Bagi aku masa untuk pastikan mereka berdua tidak dapat melakukan apa-apa ketika kita berundur.” Pinta Darius kepada Ryu sambil kembali memperkemaskan kekudanya untuk melakukan serangan.

Ryu terus berundur ke belakang dan bersiap sedia untuk menghantar isyarat kepada professor sambil menanti tindakan Darius. Darius sebaik sahaja berjaya mengumpul saki-baki kekuatan yang ada, terus tanpa membuang masa mengambil langkah untuk cuba melakukan satu serangan pantas.

Qilin dan Hitonori yang terkejut dengan tindakan Darius tersebut, terus bersiap sedia untuk melakukan serangan. Hitonori bersiap sedia pada tangan kanannya bebola api yang akan dilepaskan pada Darius sebaik sahaja dirinya berada pada jangkauannya. Sebaik sahaja dia ingin melepaskan bebola apinya itu, Darius berhenti seketika dan mengubah arah laluan ke kanan Hitonori sepantas kilat. Hitonori tersentak. Darius tanpa membuang masa terus melakukan satu libasan kaki kanan yang cukup kuat yang ditujukan kepada rusuk kanan Hitonori.

“Terimalah ini, Tendangan Naga!!!: jerit Darius

Hitonori ternyata tidak dapat menangkis serangan tersebut.Tendangan tersebut membuatkannya terbabas ke arah sahabatnya Qilin yang ternyata tidak menyangka bahawa serangan Darius mampu singgah di tubuh Hitonori.Hitonori juga terkena renjatan kilat Qilin menyebabkan dia kini tidak dapat bangun.

Pada ketika ini, Darius terus berundur dan menuju ke arah lokasi Ryu berada, Ryu yang memahami apa yang cuba dilakukan Darius, terus menghantar isyarat kepada Professor sebaik sahaja Darius sampai kepadanya.

“Semoga kita dapat tamatkan pertarungan kita suatu hari nanti.” Ujar Darius kepada Qilin yang baru sahaja bangkit setelah berjaya memisahkan dirinya dengan tubuh Hitonori. Darius dengan senyuman sinis,melambaikan tangan kanannya dengan gaya hormat kepada musuhnya yang ternyata bukan calang-calang.

Qilin masih belum mahu berputus asa cuba menyerbu ke arah lokasi Darius berdiri namun agak terlewat, kelibat mereka hilang disedut sinaran cahaya datang daripadan atas.Qilin yang kini sendirian, agak berang kerana gagal menumbangkan musuhnya yang pada matanya cuma seorang pemuda yang tidak segagah mereka berdua. Kini apa yang perlu dirisaukan adalah bagaimana hendak dilaporkan kepada ketua mereka bahawa mereka melepaskan saksi kejadian.

“Nampaknya tempat ini terpaksa dihapuskan.” Fikir QIlin

Itu adalah tindakan yang sebaiknya.Andai dibiarkan pasti pemuda tadi akan cuba mendedahkan kewujudan tempat ini kepada pihak berkuasa.Walaupun boleh dikatakan terdapat pegawai atasan yang berpihak kepada mereka, namun yang menjadi kerisauan adalah masyarakat yang akan mempersoalkan kredibiliti penguatkuasa di negara ini lantas akan menekan pihak kerajaan untuk mendapatkan jawapan.Ini ternyata akan memberi kesan kepada pemimpin negara ini. Sudah tentulah klan Yamaguchi tidak mahu ia berlaku. Andai berlaku perubahan pentadbiran pada negara ini, pastinya segala apa yang sedang dilakukan klan Yamaguchi dengan pemimpin sedia ada akan terdedah.

Qilin kini cuba mengejutkan rakannya Hitonori dengan mengenakan renjatan elektrik yang sedikit. Ternyata Hitonori tersedar akibat tindakan Qilin.

“Woi, sakitlah kena renjat.” Marah Hitonori pada Qilin,

“Tau pun sakit. Kau tu pun satu sapa suruh pengsan masa-masa macam nie?” balas Qilin.

“Bukan aku saja suka-suka nak pengsan. Aku kena tendang lepas tue, kilat kau pulak buat aku kejang. Rasa sakit ni tak hilang lagi nie.” 

“Dah, musuh kita dah pun berjaya melarikan diri. Sekarang panggil anak buah kita hapuskan semua bukti kewujudan tempat ini dengan segera. Kita bakar sebaik sahaja segala barang yang ada di dalam gudang berjaya kita keluarkan.”

“Yela, serahkan sahaja tugas membakar tempat ini pada aku. Bolehlah aku lepaskan kemarahan aku nie.” 

“Hitonori kau ada perasan tak gaya dia bertarung tadi.?” Satu persoalan dibangkit oleh Qilin kepada Hitonori

“Kenapa? Aku tengok biasa je” jawab Hitonori

“Serangan dia yang terakhir tue seakan-akan aku pernah lihat dulu. Cuma aku masih kabur” ujar Qilin

“Musuh kita terlalu banyak. Setiap daripada mereka ada gaya bertarung masing-masing.Ingat mampu kita nak ingat semua?” balas Hitonori

“Masalahnya gaya bertarung dia sangat familiar.Seolah-olah pemuda tersebut salah seorang daripada kita.” Ujar Qilin.

“Takkanlah orang kita sendiri nak musnahkan rancangan klan kita? Soal Hitonori.

“Kau dah lupa ke? Klan kita ni sangat besar. Biasalah kalau ada yang cuba menjatuhkan ketua kita supaya pihak tertentu mampu merampas kuasa. Sama ada dalam klan kita sendiri atau klan musuh kita.”

“Aku rasa agak mustahil.Budak tu bukan berasal daripada negara kita. Jadi kemungkinan dia salah seorang daripada kita mungkin sukar.”

“Kau lupa ke? Klan kita ada cawangan antarabangsa. Malah dalam kalangan pejuang terhebat klan kita ada yang bukan dilahirkan di negara kita.Apapun kita kena laporkan perkara ini kepada ketua.”

“yela, sekarang berkenaan dengan Johan nie macam mana?”

“Macam biasa, kau suruh je orang dalam kita istihar dia mati akibat letupan di gudang milik dia.Pandai-pandailah dia buat.”

Qilin dapat rasakan bahawa pertemuan dia dengan pemuda tersebut bukanlah yang terakhir kali. Dia nekad andai mereka bertemu sekali lagi, dia akan menjadi pemenangnya!.

SEMENTARA ITU……

“Terima kasih Professor. Saya ingat ajal saya dah tiba tadi.”

“Jadi betullah kau bertarung dengan pejuang elit klan Yamaguchi?”

“Ye, Qilin dengan Hitonori”

“Nampaknya penglibatan Johan dengan klan Yamaguchi sangat dalam sehingga dua pejuang elit klan Yamaguchi dihantar ke sini. Apa hasil penemuan kau?”

“Nampaknya kontena yang sampai mengandungi senjata prototaip baru yang dihasilkan oleh klan Yamaguchi untuk dilelong ke pasaran gelap di Asia.Saya harap Professor dapat analisis struktur senjata ini.”

Darius menyerahkan data tersebut yang berada pada Ryu untuk dilihat oleh Professor.Professor dengan segera cuba untuk menganilisis data yang diterima namun hampa.

“Nampaknya analisis senjata ini perlu dilakukan di makmal aku.Keupayaan komputer di dalam pesawat ini tidak mampu menyahkodkan data tersebut. Apapun aku rasa untuk hari ini setakat ini sahajalah yang boleh kita lakukan. Sekarang adalah masa untuk kita kembali ke tempat asal kita. Aku nak kau Darius, cuba untuk tidak berada di tempat awam dengan kerap pada ketika ini. Aku takut klan Yamaguchi akan mencari kau.Kau kena ingat kau masih pelarian yang dikehendaki oleh mereka. Nasib baik pejuang elit mereka tidak tahu siapa kau sebenarnya.”

Darius nampak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Professor Firdaus.Namun apa yang lebih dirisaukan adalah bagaimana ingin diceritakan berita kematian Johan kepada Naqiela.Kematian Johan adalah disebabkan dia berjaya membongkar kegiatan haram syarikat Johan. Ternyata pasti terkesan andai diketahui tunangnya, mati dibunuh oleh rakan perniagaannya sendiri!!.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.