Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
44,544
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 4

Subuh menjelma setelah malam yang penuh dengan drama mengundurkan diri, Ternyata bagi aku, subuh hari ini sedikit berbeza berbanding dengan hari-hari sebelumnya. Solat yang dilakukan lebih khusyuk dan terasa dada lebih aman dan lapang. Mungkin kerana dendam yang ada di hati aku selama 10 tahun yang lalu lenyap sepenuhnya ketika ini. Sesuatu yang aku tidak jangkakan akan berlaku. Mungkin Allah swt permudahkan untuk aku melepaskan dendam aku itu. Sesungguhnya dendam itu hanya membuatkan hati aku tidak pernah tenteram dan menghalang aku untuk menjadi hambaNya yang diredhai.

Terasa sunyi rumah sewa ini pada saat ini. Farhain pada minggu ini mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah ibubapanya di Pulau Pinang. Sudah lama dia tidak menziarahi kedua ibubapanya. Kebetulan pada minggu ini kerjanya tidak begitu banyak. Dia juga rindu pada masakan ibunya. Sayu aku bila Farhain sebut pasal ibu. Aku pula sudah lama kehilangan ibu. Mungkin Allah swt lebih sayangkan padanya. Ketika itu jugalah peristiwa tersebut berlaku. Peristiwa yang menjadikan aku pada ketika ini.

“Ryu” seru aku pada robot ciptaan Professor Firdaus.

“YA DARIUS. APA YANG SAYA BOLEH BANTU?” balas Ryu dengan pantas sambil kelibatnya kini mula muncul di hadapan muka aku. Ternyata sebelum ini Ryu masih dalam Mod Cloakingnya. Cuma caranya muncul betul-betul seinci daripada muka aku membuat aku sedikit geram.

“Kalau ya pun nak munculkan diri, tak perlulah betul-betul depan batang hidung aku ni” marah aku pada Ryu.

“BZZTT. BANTAHAN. KALAU SAYA TIDAK BERBUAT SEDEMIKIAN,DARIUS BELUM TENTU DAPAT MENJUMPAI SAYA DIMANA.” balas Ryu

“Perlu ke bunyi bzztt tue?” 

“BUNYI TIPIKAL ROBOT KAN BEGITU.SAYAKAN ROBOT.”

“Menyampah aku layan perangai kau nie. Dah,tak payah nak mengarut teruk sangat.Sekarang ni aku nak kau cari segala maklumat berkenaan dengan syarikat Globat Trade Sdn Bhd.”

Aku keluarkan semula kertas yang diberi oleh Naqiela malam tadi. Pada kertas tersebut,terdapat beberapa perkataan ditulis di atasnya. Itu merupakan nama syarikat yang diuruskan Johan ketika ini. Syarikat Global Trade Sdn Bhd. Sekali lagi aku melihat nama syarikat yang diuruskan oleh Johan ini. Sekarang adalah masa untuk aku mengumpul maklumat berkenaan dengan syarikat tersebut sebelum aku melakukan apa-apa tindakan selanjutnya.

“ARAHAN DITERIMA. MEMULAKAN PROSES PENCARIAN MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN SYARIKAT GLOBAL TRADE SDN BHD.” Ryu terus tanpa melengahkan masa memulakan tugasnya mencari maklumat yang berkaitan dengan Syarikat Global Trade Sdn Bhd. Maklumat syarikat, petikan artikel akhbar, video berkenaan syarikat tersebut. Apa sahaja yang ada kaitan dengan Global Trade Sdn Bhd.

Sementara Ryu khusuk melaksanakan arahan yang diberikan, aku terus memandang robot ciptaan Professor Firdaus ini. Untuk pengetahuan, Ryu adalah robot ciptaan Professor Firdaus. Robot ini dinamakan sebagai N.E.I.S yakni merupakan singkatan kepada Nano-Network Exploitation Intelligent System. N.E.I.S pada asalnya dihasilkan oleh Professor Firdaus untuk membantu memulihkan pesakit-pesakit kronik dengan menggunakan keupayaan mesin nano yang disuntik ke dalam diri pesakit dan bertindak mengatasi sel-sel atau kuman bakteria merbahaya di dalam badan dengan sama ada menghapuskannya atau memulihkannya semula kepada keadaan asal. Dikatakan jika diaplikasikan, kebanyakan pesakit lumpuh mampu pulih semula. Begitu juga dengan pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti AIDS dan lain-lain. Namun,sudah menjadi lumrah manusia untuk menggunakan teknologi di dalam konflik yang dicipta oleh manusia sendiri.

Setelah ciptaan Professor Firdaus diketahui umum, terrdapat beberapa pihak ketenteraan negara-negara maju yang ingin mendapatkan teknologi tersebut untuk digunakan di dalam sistem persenjataan mereka. N.E.I.S boleh meningkatkan keupayaan fizikal seorang tentera dengan mengarahkan mesin nano yang disuntik ke tubuh mereka melakukan modifikasi sel tubuh badan. Ternyata usaha mereka dapat dihidu oleh Professor Firdaus lalu beliau mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri dan membawa bersama hasil ciptaannya bersama demi memastikan ia tidak jatuh ke tangan pihak yang salah.

Disebabkan itu, Professor Firdaus kini hidup dalam persembunyian. Mujurlah Professor Firdaus tidak mempunyai sanak-saudara dan ahli keluarga di dunia ini lagi. Professor cuma akan munculkan dirinya jika aku ada urusan dengannya. Itupun Professor Firdaus selalu berada di dalam bentuk penyamarannya. Maka tidak hairanlah, jika wajahnya sering berubah-ubah tiap kali aku berjumpa dengannya. Aku sendiri tidak tahu mana satukah rupa Professor Firdaus yang sebenar. 

Hubungan aku dengan Professor Firdaus juga sebenarnya agak rumit. Mungkin satu hari nanti aku akan ceritakannya. Tapi bukan pada hari ini. Professor Firdaus mempunyai pertalian antara aku dengan  masa silam ayah. Sebelum ini aku sendiri tidak mengetahuinya. Ibu aku sendiri tidak pernah menceritakan kisah silam dia dan ayah bersama dengan lelaki yang dikenali sebagai Professor Firdaus. Apatah lagi dia sendiri ingin bercerita. Pertemuan kami juga atas sebab peristiwa itu. Andai peristiwa itu tidak berlaku, rasanya sehingga sekarang aku masih tidak mengetahui berkenaan dengan Professor Firdaus.

“DARIUS, PENCARIAN MAKLUMAT SELESAI. PAPARKANNYA SEKARANG?” soal Ryu saat aku leka berfikir tentang Professor Firdaus.

“Paparkan pada paparan.” balas aku pada pertanyaan Ryu itu.

“ORAIT. MEMANCARKAN SEGALA MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN GLOBAL TRADE SDN BHD PADA PAPARAN HOLOGRAM”

Mata Ryu memancarkan sinaran cahaya menuju ke hadapan. Sinaran tersebut kini membentuk paparan imej di udara. Paparan hologram yang pada satu ketika dahulu hanya mampu dibayangkan di dalam filem-filem barat kini teknologi tersebut berada di dapan mata aku. Cepat sungguh manusia mencapai kemajuan di dalam teknologi. Namun disebalik kemajuan teknologi, sifat nurani diri semakin terhakis. Remaja terdedah dengan unsur-unsur negatif dengan lebih mudah. Bahkan yang masih bersekolah rendah juga telah pandai tentang berkaitan hal-hal yang dahulunya masih tidak diketahui insan seusia mereka.

Berdasarkan pada maklumat yang terpapar pada paparan hologram Ryu, Global Trade Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang sangat baik di dalam dan di luar negara.  Dikatakan syarikat yang berkembang dengan pantas dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Namun tempoh 2 tahun ini lebih menyerlah sebaik sahaja Johan mengambil alih pengurusan syarikat ini daripada ayahnya, Datuk Ahmad. Tersenarai sebagai antara tokoh perniagaan muda yang berpengaruh di Malaysia malahan disenaraikan di dalam senarai jejaka pilihan gadis Malaysia.

Sebenarnya aku tak hairan pun, memang Johan mempunyai paras rupa. Andai kata dia menjadi pelakon, sah-sah diberi watak utama dalam cerita tersebut. Berbalik pada maklumat syarikat ini, tahun lepas merupakan tahun kewangan terbaik untuk syarikat tersebut. Kini nilai saham syarikat mereka dikatakan mencecah RM 3 billion ringgit.

Namun, ada sesuatu yang tidak kena disini. Berdasarkan kepada aktiviti syarikat mereka, syarikat mereka tidak akan mampu menjana keuntungan sehingga berates-ratus juta hanya dengan mengeksport dan mengimport produk berasaskan teknologi. There something fishy here.

“MANA ADA IKAN. KITA MASIH DI DARATAN DARIUS.” 

“Apa agaknya rujukan yang dibuat oleh Professor Firdaus ketika nak menghasilkan sistem kepintaran yang ada di dalam diri kau ye Ryu?. Loyar buruk teruk sangat.” persoal aku setelah mendengar lawak yang cuba dibuat oleh Ryu.

“CHILL LA DARIUS. HIDUP KENA ADA CERIA.” kata Ryu semula.

“Dah, aku nak buat kesimpulan nie.” 

“OWH, NAMPAKNYA KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEBENARAN.” Kata Ryu sambil suaranya lagak suara kartun animasi Malaysia yang tengah popular ketika ini.

Ternyata aku mula rasa sakit kepala melayan gelagat Ryu. Nasiblah aku perlukan keupayaan dia ketika ini. Kalau tak dah aku rembat dia terus ke dinding. Sekarang ini aku kena fokus dengan apa yang ingin aku buat ketika ini. Aku mula meletakkan kedua-dua tangan aku di hadapan sambil membuat gaya lagak memikir yang biasa dilihat di dalam mana-mana cerita penyiasatan sambil mimik muka aku yang serius menambahkan suspen.

“Ada sesuatu yang tidak kena disini. Tetapi apa?.” Fikir aku setelah kembali menatapi paparan hologram yang berada di hadapan aku. Nilai saham syarikat Global Trade Sdn Bhd agak mencurigakan. Apa yang membuatkan nilai saham mereka melonjak sehingga mececah nilai berbilion. Seolah-olah mereka percaya yang syarikat ini mampu menjana keuntungan lagi selepas ini.

Patutkah aku pergi lebih dalam lagi tentang perkara ini? Naluri aku kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan semua ini. Pastinya aku harus melihat sendiri transaksi aliran tunai mereka. Disitu aku akan dapat melihat jika terdapat suntikan modal daripada syarikat yang mencurigakan. Itu akan dapat menjadi asas untuk aku menyiasat syarikat ini dengan lebih mendalam selepas ini.

“Ryu….” 

“YE DARIUS. ADA APA?” balas Ryu.

“Bersedia untuk menukar kepada Mod Godam”

“SERIUS?”

“I’m dead serious right now.”

“BAIKLAH. ARAHAN DITERIMA DENGAN JELAS. MEMULAKAN PROSES KE MOD GODAM”

Sebaik sahaja Ryu tamat berkata-kata, Ryu mengalami perubahan fizikal. Kelihatan muncul tanduk seakan-akan antenna keluar berada di kanan dan kiri permukaan atas Ryu. Warna badan Ryu juga kini berubah menjadi warna hijau cerah.

“PERTUKARAN KE MOD GODAM LENGKAP. BERSEDIA UNTUK MENERIMA ARAHAN SETERUSNYA”

Seperti Namanya, mod godam adalah salah satu keupayaan yang ada pada N.E.I.S yang dipasang oleh Professor Firdaus. Apabila Ryu berada di dalam mod ini, Ryu mempunyai keupayaan untuk mengakses mana-mana sistem rangkaian yang wujud di dalam dunia ini tanpa dapat dikesan oleh mana-mana pihak berkenaan.

Sejujurnya aku tidak ingin menggunakan kaedah ini. Bagi aku, tindakan yang aku sedang lakukan ini telah melanggari batas undang-undang sedia ada. Bahkan mungkin berdosa. Namun maafkan di atas perbuatan aku ketika ini. Tiada lagi kaedah yang efektif pada ketika ini. Takkanlah aku nak pergi tanya depan-depan pada Johan tentang transaksi tunai syarikat dia? Jadi terpaksalah guna cara ini.

Bayangkan kalau mod ini jatuh pada tangan yang salah, boleh huru-hara dunia ini dibuatnya. Sistem persenjataan, sistem bank, sistem kerajaan di mana-mana di dunia ini mampu diakses dan dijual kepada pihak yang berniat jahat.

“Ryu,akses akaun syarikat Global Trade Sdn Bhd. Aku nak lihat setiap transaksi yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.”

“ANDA PASTI?” soal Ryu untuk kepastian

“Ya.Teruskan.” jawab aku ringkas

“PENGESAHAN DITERIMA. PENGGODAMAN KE AKAUN SYRAIKAT GLOBAL TRADE SDN BHD BERMULA.”

Ryu terus mengalami perubahan sebaik sahaja arahan tersebut disahkan. Kelihatan sepasang tanduk terbentuk pada diri Ryu dan warna keseluruhan badannya yang pada asalnya perak kini bertukar menjadi warna kehijauan. Ryu kini seakan-akan naga berbentuk bulat. Bolehlah digelar sebagai ‘mutiara naga bertanduk’.

“PERTUKARAN KE MOD GODAM SELESAI DAN LENGKAP.BERSEDIA UNTUK MENERIMA ARAHAN SELANJUTNYA”

Mod Godam adalah salah satu keupayaan yang terbina pada N.E.I.S. Apabila Ryu berada dalam mde ini, Ryu berupaya untuk mengakses mana-mana sistem rangkaian yang wujud di dalam dunia ini tanpa dapat dikesan oleh pihak berkenaan.

“Ryu, mulakan penggodaman ke akaun bank syarikat Global Trade Sdn Bhd.”

“PERMINTAAN INI MEMERLUKAN KESEDARAN PIHAK YANG DIBERIKAN AUTORITI.PERLU DIINGATKAN, TINDAKAN INI ADALAH SALAH DISISI UNDANG-UNDANG. ANDA PASTI DENGAN ARAHAN YANG DIBERIKAN?”

Aku terdiam seketika. Adakah ini jalan yang terbaik untuk aku memperolehi maklumat yang aku perlukan? Ternyata aku tiada lagi pilihan ketika ini. Tapi soalan yang diberikan oleh Ryu sedikit menggangu diri ini ketika ini.

“Ish, kan dah namanya godam. Sah-sahla salah di sisi undang-undang. Kau saja ke apa ni?” soal aku pada Ryu dengan sedikit geram.

“PERTANYAAN INI SAHAJA DILAKUKAN. SAYA NAK PASTIKAN DARIUS MASIH DISINI ATAU FIKIRAN MELAYANG MEMIKIRKAN PERKARA LAIN.”

“Aik, kau perli aku Ryu. Hishh, kenapalah prof bagi kau emosi. Aku yang tekanan.”

“PENGGODAMAN KE AKAUN BANK GLOBAL TRADE SDN BHD AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI.DIMINTA ANDA BERSABAR SEKETIKA.SEMENTARA MENUNGGU SELESAI, SILA LAKUKAN KERJA-KERJA YANG TERTANGGUH TERLEBIH DAHULU.”

Ayat Ryu ni memang nak cari gaduh dengan aku apa. Aku syak prof ni terlalu lonely sebab itulah dia bubuh emosi kat robot yang dia bina. Mau tak sunyi. Duduk keseorangan bersembunyi daripada pandangan manusia di luar sana. Kalau aku, boleh gila jawabnya.

Ryu terus memfokuskan usahanya untuk menggodam ke akauan bank syarikat Global Trade Sdn Bhd menggunakan segala keupayaan yang terbina padanya. Pertama sekali, mestilah Ryu perlu mengesan apakah bank yang digunakan oleh syarikat Global Trade Sdn Bhd untuk urusan transaksi perniagaan mereka. Setelah mengetahui nama bank yang digunakan untuk berurusan, maka langkah kedua adalah dengan menggodam sistem keselamatan maklumat penyimpan pada bank tersebut. Ternyata disini beberapa sistem keselamatan yang dipasang perlu dilepasi. Sama ada dalam bentuk firewall,cyber security system hendaklah dilepasi. Setelah berjaya barulah maklumat akaun tersebut boleh diperolehi.

Sedar tak sedar, telah hamper sejam penggodaman ini berlanjutan. Sehingga aku tidak sedar bahawa aku telah pun terlelap sementara menanti ia selesai.

“PENGGODAMAN SELESAI.HASIL DIPAPARKAN SEKARANG”

Pengumuman tersebut dilakukan Ryu sambil diiringi dengan nada dering yang membingitkan telinga. Tersentak aku dari lena. Mana taknya, rupa-rupanya Ryu berada betul-betul disebelah telinga kanan aku. Main kasar sungguh di ni.

“Woi, main kasar nampak Ryu. Kalau iye pun nak bagitahu dah selesai, tak perlulah buat betul-betul sebelah telinga aku. Nasib aku tak kena serangan jantung.”

“SAYA LAKUKAN TINDAKAN TERSEBUT UNTUKM MEMASTIKAN BAHAWA DARIUS DENGAR.” Jawab Ryu selamba

“Aku musykil dengan personaliti kau ni. Kau ni memang diberi personaliti sarcasm ke apa? Pelik aku dengan prof. Dalam banyak-banyak sifat, sarcasm yang dibubuhnya dekat kau.”

“SAYA DIPOGRAM SEBEGINI.KALAU NAK MENCARI PUNCA,SILA SALAHKAN PROFESOR.”

“Amboi, senangnya kau salahkan professor. Patut kau bersyukur dicipta oleh professor. Satgi dia reprogram kau baru kau tahu.” Ugut aku pada Ryu.

“MAAFKAN SAYA. JANGAN BAGITAHU PADA PROFESOR.” rayu Ryu. Nasibla dia robot. Tak nampak riak mukanya. Kalau mesti hodoh muka dia.

Aku kembali focus pada apa tujuan aku sekarang. Mata aku kini dihalakan tepat pada arah paparan hologram yang dihasilkan oleh Ryu. Terpapar rekod transaksi akaun syarikat Global Trade Sdn Bhd dengan jelas. Setelah melihat satu per satu transaksi yang berlaku di dalam akaun bank tersebut, serta merta riak wajah aku berubah. Seriuslah? Kenapa nama ini muncul disini? Nama sebuah syarikat yang amat dikenalinya melalui sebuah peristiwa yang ingin dilupakannya. Syarikat yang mempunyai pertalian dengan hidupnya. Syarikat tersebut adalah Yamaguchi Holding Incorporated

Nampaknya takdir seakan-akan mempermainkan diri aku. Bertahun lamanya aku melarikan diri daripada episode hitam ini, namun kini ia muncul di depanku tanpa diduga. Seolah-olah menanti diriku untuk menoktahkan episode tersebut.

“Ryu, kembali ke asal. Pastikan diri dicas sepenuhnya. Kita akan bergerak esok pagi. Perjalanan kita jauh. Pastikan diri bersedia.”

“KITA NAK KEMANA DARIUS?” soal Ryu

“Kita akan ke Sabah.” balas aku ringkas

“UNTUK APA?”

“Kita akan ke salah satu lokasi Gudang Global Tech Sdn Bhd di sana. Pastikan maklumat tersebut disimpan dalam memori kau.” Arah aku kepada Ryu

“ARAHAN DITERIMA.NYAHAKTIF MOD GODAM DAN LOKASI GUDANG GLOBAL TECH SDN BHD DISIMPAN DALAM MEMORI.”

Ini sahaja caranya. Aku perlu melihat dengan mata aku sendiri. Sekiranya apa yang aku fikirkan adalah benar, maka aku mesti bongkarkan perkara ini. Aku tidak akan benarkan mereka mencapai impian mereka sama sekali! Itu ikrar aku kepada DIA. Cukuplah nyawa yang tak berdosa menjadi mangsa korban cita-cita jahat keluarga Yamaguchi.Aku akan pastikan ia takkan menjadi realiti. Aku bersumpah!.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.