Home Novel Alternatif #AntologiDarius
#AntologiDarius
JejakaTerpujiSyurga
16/8/2017 11:35:33
44,540
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 11


Hanya kebisuan menyelubungi kedua-dua insan ini. Tasik di hadapan mereka juga seolah memahami situasi mereka. Mujurlah pada hari ini kelibat manusia tidaklah  seriuh mana. Mungkin kerana bukan hujung minggu. Malahan tidak ramai yang berkunjung ke tasik kerana masih di tempat kerja.

            Mawar seakan tidak percaya bahawa disebelahnya kini adalah Firdaus, lelaki yang berada di dalam salah satu fasa coretan hidupnya. Hilang dari radar diri bahkan rakan kenalan ketika di alam pekerjaan. Namun kini muncul membawa seribu misteri dan persoalan.

“Mesti kau nak tahu kenapa tiba-tiba aku muncul kan?” ujar Firdaus seakan dapat meneka apa yang bermain di benak fikiran Mawar.

            “Jangan risau, aku bukan muncul untuk porak perandakan hidup kau Mawar. Tiada apa ganjaran yang akan aku perolehi untuk aku berbuat sedemikian.” Tegas Firdaus cuba untuk memberikan jaminan kepada Mawar bahawa kemunculannya bukan untuk membangkitkan kisah silam yang pernah terjadi di antara mereka.

            “Jadi untuk apa kau muncul Firdaus kalau bukan berkenaan kisah silam kita? Soal Mawar seolah tidak percaya dengan jaminan yang diberikan oleh Firdaus.

            Burung-burung yang hinggap di dahan pokok berdekatan juga seakan-akan membisu dan merenung tajam tepat ke arah mereka seperti memberi ruang kepada kedua-duanya untuk berbicara.

            “Aku cuma muncul di hadapan kau sebab kau merupakan ibu kandung kepada Naqiela. Itu sahaja.” Jawab Firdaus ringkas cuba untuk tidak berdolah-dalih tentang tujuannya.

            “Kenapa Naqiela? Apa kena mengena dengan kau dan anak perempuan aku?” soal Mawar sambil cuba mengawal amarahnya ketika ini. Anaknya Naqiela merupakan permata kehidupan buat dirinya. Andai anak perempuannya di dalam bahaya, pastilah dirinya tidak akan berdiam diri.

            “Aku cuma nak nasihatkan kau dan Naqiela agar jauhi anak kawan aku yang kau lihat di shopping complex tadi.Ini semua adalah demi keselamatan kamu berdua.” Kata Firdaus dengan nada tegas.

            “Apa yang anak aku dah lakukan?”soal Mawar ingin tahu kenapa Firdaus mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap anak perempuannya.

            “Mesti kau tahu berita kematian tunang anak kau kan. Apa yang aku boleh katakan di sini adalah apa yang berita laporkan bukan apa yang berlaku sebenarnya. Jadi, lebih baik kau dan Naqiela tidak masuk campur dalam urusan ini.” Hurai Firdaus sambil memalingkan wajahnya ke arah Mawar yang agak terkejut mendengar perkhabaran ini.

            “Tapi, kenapa Naqiela terbabit sama?Siapa lelaki yang bersama dengan Naqiela tadi?” soal Mawar lebih lanjut kepada Firdaus.

            “Nampak sangat mata kau dah kabur.Takkan kau tak boleh nak teka siapa sebenarnya pemuda yang bersama dengan Naqiela sebentar sahaja tadi?” ujar Firdaus sinis kepada wanita tersebut.

            “Nampaknya mulut kau yang sentiasa melepaskan kata-kata berapi tidak pernah berubah. Aku cuma sempat pandang belakang pemuda tersebut ketika itu.” Jawab Mawar cuba membela dirinya.

            “Takdir adalah sesuatu yang tidak pernah mengecewakan. Dulu, ibunya terpaut. Sekarang anaknya pula. Pemuda yang kau lihat tadi adalah anak lelaki yang pernah kau tergila-gilakan dahulu. Anak Ichmail Yanagawa,” jelas Firdaus sambil burung-burung yang bertenggek di dahan pokok berdekatan bertempiaran terbang seperti babak drama tatkala pendedahan plot kejutan diutarakan.

35TAHUN DAHULU..

            Firdaus nampak penuh fokus. Meneliti setiap satu dokumen yang berada di atas mejanya, cuba mengenalpasti di mana punca yang menyebabkan projek kali ini gagal. Secara teori, projek yang dihasilkan sepatutnya sudah mampu menunjukkan hasil, namun sebaliknya yang terjadi.

            “Kau janganlah kecewa sangat Firdaus, biasalah hasil keputusan berbeza dengan apa yang kau harapkan. Teori biasanya kita rumuskan dalam persekitaran yang sempurna. Namun apabila kita cuba laksanakan, persekitaran yang sempurna kita bayangkan sukar untuk terjadi.Mungkin nilai kuasa tidak mencukupi. Keadaan cuaca, pengaturcaraan yang tidak lengkap.Jadi janganlah kau rasa kecewa.” Hurai lelaki Jepun yang muncul dibelakang Firdaus sambil menepuk bahunya. Mempunyai paras rupa Asia, dengan mata sepetnya dan berbicara Bahasa Malaysia berpelatkan slang Jepun.

            “Kau diamlah Ichmail.Mentang-mentang projek kau dah hampir lengkap bolehlah kau cakap macam tu.” Balas Firdaus kembali yang sedikit bengang dengan lelaki tersebut. Mungkin kerana cemburu dengan pencapaian rakan sekerjanya itu.

            “Janganlah macam ini sahabat baik aku. Aku janji akan bantu projek kau. Kita kan kerja satu organisasi. Kenapa perlu kita bermusuh sedangkan matlamat kita sama?” pujuk Ichmail kepada rakannya.

            “Yela, ni kau datang dekat aku mesti sebab perempuan yang kau duk usha dekat ofis tu kan?” soal Firdaus cuba meneka tujuan sebenar sahabatnya itu.

            “Bolehkan, kau bukan tak kenal dengan aku. Pemalu sikit.” Terang Ichmail pada Firdaus.

            “Habis, Mawar kau nak letak mana?”soal Firdaus sambil bergerak keluar dari makmal penyelidikan tersebut sambil diekori Ichmail.

            “Mawar? Kau kan tahu aku tak pernah ada perasaan dekat dia. Jadi bukan salah aku kalau aku tolak cinta dia.” Balas Ichmail berkenaan pertanyaan sahabatnya itu.

            “Aku tahu tapi kau kenalah beritahu dekat dia. Ini aku tengok kau masih je layan dia sama. Kau kena faham, orang yang dilamun cinta ni kalau kau tak bagitahu seketul dia tak akan putus asa.”Ujar Firdaus sambil mereka kini sudah pun hampir ke pejabat di mana terletaknya meja kerja mereka yang jarang diduduki.

            “Baiklah Firdaus. Aku faham. Cuma aku nak kepastian. Betul ke kau suka pada Mawar? Aku dengar kau confess dekat dia tapi kena rejek.” Soalan maut Ichmail membuatkan Firdaus terdiam duduk di mejanya.

            “Nampaknya satu ofis dah tau. Tak ada makna aku nak nafikan. Aku luahkan perasaan aku dekat dia. Tapi macam yang kau tahu, cinta aku ditolak. Tapi aku tak menyesal pun. Kebarangkalian untuk diterima rendah selagi perasaan dia pada kau masih ada. Apakan daya tindakan manusia tak dapat diukur dengan formula dan pengiraan.” Jawab Firdaus selepas membisu seketika.

            “Sebab itu aku nak kau beritahu dekat Mawar perkara sebenar. Biar dia dengar dari mulut kau sendiri kenapa cinta dia bukan untuk diri kau. Itu lebih baik untuknya. Aku pun tak akan cuba untuk memikat hati dia. Mungkin aku lebih sesuai dedikasikan hidup aku dengan sains.” Sambung Firdaus lagi sambil diperhatikan Ichmail.

            Ichmail tahu rakannya itu ketika ini sedang kecewa namun sukar untuk menunjukkan reaksi wajahnya. Mungkin kerana sahabatnya itu lebih suka memendam perasaan diri.

            “Aku janji Firdaus. Aku akan jelaskan perasaan aku pada Mawar agar dia putus asa dengan aku. Sekarang ni,jom teman aku tolong dapatkan cinta aku.” Ujar Ichmail sambil melemparkan senyuman kambing kepada sahabatnya.

TAMAT IMBASAN MASA LAMPAU…..

            “Pelikkan, dulu kau yang menagih cinta Ichmail. Sekarang anak dia pula yang menagih kasih daripada anak kau. Aku harap kau pesan dekat Naqiela. Dunia Darius dan dia sangat berbeza. Dia golongan yang ada harta dan nama. Darius cuma anak seorang saintis yang tiada di dalam mana-mana rekod pencapaian.” Tegur Darius pada Mawar sambil mengeluarkan cermin mata hitam yang ada di dalam poket bajunya.

            “Aku tak berani janji. Naqiela seorang yang degil. Mungkin lebih degil daripada aku masa muda dahulu.” Balas Mawar.

            “Apapun aku dah laksanakan apa yang aku ingin lakukan. Satu lagi, ambil alat ini dan pastikan cuma gunakannya ketika kau atau Naqiela dalam keadaan bahaya. Sebelum aku beransur pergi, aku nak bagi pesanan pada kau. Hati-hati dengan suami kau. Ingat pesan aku ni.”Ujar Firdaus sambil menyerahkan sebuah alat seakan kerongsang kepada Mawar lantas terus meninggalkan Mawar disitu.

********************************************************************************************************************************

            “Kau ok ke tak ni Darius?” soalFarhain kepada aku.

            Setelah aku selesaikan urusan akuuntuk berjumpa dengan Naqiela, aku mohon untuk kembali ke rumah sewa aku kepada Profesor Firdaus. Profesor Firdaus agak keberatan untuk membenarkannya; bimbang akan keselamatan aku namun akur kerana dia tahu aku perlukan ruang buat masa ini.

            “Yup, ok je ni. Cuma letih sikit.Kan aku baru balik dari Sabah. Biasalah sindrom jetlag.” Balas aku dengan senyuman palsu di wajah.

            “Iyela tu. Dahlah pergi tergesa-gesa.Balik pun tak bagitahu dekat aku. Tengok-tengok terpacak depan rumah. Sekurang-kurangnya bagitahulah yang kau nak balik hari ni. Bolehlah aku jemput dekat airport.”Ujar Farhain sambil menghirup teh o panas yang baru sahaja siap dibuatnya.

            “Maaflah, pelanggan aku request last minute.Sebab jurugambar yang dia upah cancel  hari tu. Aku pun terus angkat beg pergilah.Bukan senang nak dapat job. Upah dia pun lumayan juga.” Terang Darius dengan alasan rekaannya bagi mengelakkan Farhain dari terus bertanya tentang tujuannya ke Sabah.

            “Ok, aku maafkan tapi kau kena belanja aku makan. Alang-alang kau dapat upah lumayan kan.” Pinta Farhain sebagai cara dia membalas dendam terhadap aku. Menyesal pula rasanya bagi ayat aku dapat upah lumayan. Nasiblah Profesor Firdaus bagi aku elaun setiap bulan untuk tampung kos sara hidup aku. Ditambah dengan job fotografi yang akuperolehi.

            “Baiklah Farhain.Tapi bukan malam ni.Aku letih. Esok tak pe.” Angguk aku tanda setuju dengan cadangan yang diberikan Farhain.

            “Oh ya, kau ada tengok berita dekat tv?” soal Farhain yang baru sahaja ingin mengundurkan diri dari ruang tamu.

            “Emm, kenapa?” soal aku kembali terhadap persoalan yang cuba diberikan oleh Farhain kepada diriku. Aku mampu meneka apa yang ingin disoalkan oleh Farhain kepada aku ketika ini.

            “Kau ingat tak tentang Naqiela, crush kau dulu. Tunang dia baru sahaja meninggal. Dengar kata punca daripada kemalangan di tempat kerja. Kesian.” Hurai Farhain berkenaan soalannya sebelum ini.

            “Oh, maksud kau Encik Johan, ahli perniagaan muda yang berjaya tu? Itu aku tahu. Nak buat macam mana kan.Ajal maut di tangan tuhan yang Maha Esa. Aku tak tahu pula Encik Johan tu tunang Naqiela.” Balas aku seolah-oleh tidak mengetahui akan situasi tersebut.

            “Memanglah, kau kan jenis tak berdunia dengan orang. Aku suruh join group Whatsapp alumni kita kau takmau. Entah-entah kawan kita lalu sebelah pun kau tak kenal.” Ujar Farhain akan jawapan aku.

            Memang benar apa yang Farhain katakan. Aku kalau boleh tidak mahu ada kaitan dengan masa silam aku. Farhain terkecuali. Hakikatnya aku tahu tentang Naqiela dan Johan namun tidak pernah aku ceritakan kepadanya. Mungkin belum tiba masanya pada ketika  itu. Dengan keadaan sekarang, lagilah sukar untuk aku memberitahu kepada Farhain.

            Aku cuma harap yang Naqiela dapat maafkan aku kerana tidak dapat selamatkan Johan. Aku tahu Johan adalah manusia yang telah melakukan banyak kesalahan tapi pengakhiran sedemikian bukan sepatutnya yang dia diterima. Rasa bersalah aku ini mungkin kerana terlintas di fikiranaku ketika itu di saat nyawa Johan melayang, aku seakan gembira. Tak sangka cinta yang aku sangka sudah terpadam kembali menyala. Namun aku tidak layak dicintai dan mencintai. Cukuplah kesengsaraan yang aku perolehi pada saat itu menjadi kedukaan kali terakhir dalam hidup ini. Selagi niat dan impian klan Yamaguchi tidak dihalang, tiada kebahagiaan akan muncul di dunia ini sama ada kepada aku atau orang-orang di sekeliling ku.

            Biarlah peristiwa tersebut menjadii ktibar dan menjadi bencana terakhir yang pernah dicetuskan oleh klan Yamaguchi kepada insan-insan yang tidak bersalah.Aku masih ingat bagaimana peristiwa itu berlaku seolah-olah ia baru sahaja berlaku. Namun, untuk aku bercerita berkenaan dengan peristiwa tersebut aku kena mulakannya daripada saat aku hilang daripada radar rakanrakan selepas habis pengajian di universiti.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.